Tuesday, December 16, 2014

DONT WORRY DATO SERI.. SEMUA OK..





DS Najib pernah buat kenyataan yang disiarkan TV sebaik saja tamat PRU zaman Paklah sambil mengurut dada terkejut kerana kerusi Parlimennya hampir hilang kepada pembangkang, padahal orang kepercayaan dia kata DONT WORRY DATO SERI.. SEMUA OK.. 

Rupa-rupanya peristiwa ini mencerminkan kepimpinan Najib ketika zaman dia berkuasa. Hanya lepaskan kepada orang suruhan untuk disuapkan info sebelum dia buat keputusan. Kepimpinan Najib yang cukup longgar ini memberi kesempatan kepada orang-orang kepercayaannya melakukan semahunya untuk kepentingan masing-masing. Najib terus dikhianati dan dimalukan tanpa mampu berbuat apa-apa kerana merasakan dirinya akan hilang sokongan sekiranya terlalu tegas mengongkong Firaun-Firaun kecil ini. 

Semua sedia maklum, ini adalah zaman Najib berkuasa sebagai Perdana Menteri. Oleh itu jadilah seorang Perdana Menteri yang BERKUASA. Berkuasa untuk mengawal orang kanannya serta rakyat dibawah kekuasaannya. Najib tidak sepatutnya menjadikan kuasa yang ada padanya hanya sekadar untuk menjaga kedudukannya. Beliau perlu mempamerkan kualiti kepimpinan bertaraf dunia , bukan longgar sana sini kerana kurang yakin dengan kedudukan sendiri. Kerana kepimpinan beliau sedang diperhatikan dan bakal menjadi bual bicara kepada generasi akan datang.




Saturday, December 6, 2014

RASULULLAH PUN TAHU KEPENTINGAN BAHASA



Kuliah subuh pagi ni Ustaz kata Rasulullah mempunyai kelebihan mudah untuk menyesuaikan dialek arabnya sehingga sesiapa yang mendengar kata2 Rasulullah merasakan seolah olah Rasulullah lahir dari kabilah mereka.... Pentingkan keutamaan bahasa dalam dakwah? Sebab itu gereja sangat teruja menggunakan bahasa melayu dalam usahanya menarik lebih ramai orang melayu untuk menganuti agama Kristian. 

Bahasa adalah jambatan kepada persefahaman dan ia turut memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman tentang agama kepada manusia. Bahasa boleh jadi penghalang kepada usaha membentuk persefahaman. Apabila tiada persefahaman, manusia akan terus berada dalam kejahilan dan mengulangi kesilapan.. fahaman yang salah pula membawa kepada kesesatan. Penghalang ini perlu diruntuhkan bagi memberi laluan penyebaran fahaman yang menjadi asas kesatuan pemikiran dan tindakan.

Jika Rasullullah pun tahu kepentingan bahasa dalam penyebaran dakwahnya. Mengapa peminpin di negara ini tidak mengerti bertapa perlunya rakyat tidak dipisahkan oleh perbezaan bahasa. Mereka perlu disatukan dengan satu bahasa. Jangan sampai kerana bahasa rakyat negara ini berpecah-belah dan memusnahkan kemakmuran negara sendiri.

Sunday, November 30, 2014

ADAKAH ORANG CINA AKAN TERUS KEBAL?



Bijak Najib mengungkit kesilapan Tun M yang kononnya pernah fedup dengan pengundi cina.. Najib tahu mereka yang mendesak penghapusan sekolah cina adalah juga merupakan mereka yang mengkagumi sosok Ultra Malay seperti Tun.. Tun hingga kini pun berpendapat menyisihkan kaum cina sama ada ketika pilihanraya mahupun dalam pembahagian jawatan menteri kabinet adalah tidak wajar. 

Namun tiada siapapun dapat menafikan Tsunami Cina sepatutnya telah merubah pendekatan BN terhadap kaum itu. Hingga kinipun masih belum jelas apakah laluan yang akan dipilih Najib sama ada ingin menghukum kaum itu dengan menghapuskan sekolah cina seperti banyak suara-suara kecewa orang melayu atau terus hanyut dengan helah sokongan mereka yang digambarkan seperti menyiram air di gurun pasir. 

MCA yang diharapkan Najib untuk menagih sokongan cina masih lagi mengikut rentak DAP. Laluan demokrasi menterjemahkan hasrat kaum itu yang tidak boleh dibantah oleh parti yang mahu mewakili mereka. Mereka telah lama dipikat oleh agenda Malaysian Malaysia, cuma kini mereka lebih yakin dan lebih berani menyahut seruan itu malah telahpun mampu membuktikan solidariti. 

Saya yakin jika Najib tidak sampai hati untuk menghukum mereka, Najib tiada pilihan lain selain menyedarkan kaum itu tentang kontrak sosial. Bukan sekadar mengulangnya berkali-kali dalam ucapan.. Tetapi dengan tindakan yang cukup berbekas. 

Mereka perlu diperkenalkan dengan natijah sekiranya mereka ingkar dengan apa yang terkandung dalam kontrak sosial. Sama ada dilucutkan kerakyatan atau sekadar didakwa bawah akta hasutan bukan perkara pokok. 

Yang lebih utama orang cina sedar bahawa menolak kontrak sosial bermakna mereka tidak mengiktiraf kedudukan mereka sendiri sebagai rakyat Malaysia dan mereka perlu kembali memberi sekongan kepada kepimpinan orang Melayu sebagai membuktikan mereka berhak untuk terus diterima berada dibumi ini.

Monday, November 24, 2014

KERANA BAHASA MAMPU MENUMBANGKAN SEBUAH BANGSA



Ada seorang wanita berbangsa cina namanya Lucy Liu memegang kerakyatan France..Pulang ke kampung halaman di Ipoh, Perak.. Baik rakan mahupun saudara mara teruja untuk menantikan kepulangan Lucy.. Apabila sekembalinya Lucy ke tanah air, Lucy diminta untuk bertutur dalam bahasa Perancis..

Tetapi sayang..... Lucy telah menghampakan semua rakan dan saudara mara kerana beliau gagal untuk bertutur dalam bahasa Perancis. Beliau memberikan alasan kononnya tidak bercampur dengan masyarakat tempatan dan hanya tinggal di China Town ....Logik tak kisah Lucy ni?... Di Malaysia ramai tak orang macam Lucy?... BONJOUR!

Saya tidak kisah kepada pelajar atau pemain bola sepak melayu yang mentikus atau berkepit seperti belangkas dengan rakan sebangsa sendiri ketika berada diluar negara. Ya mereka patut mahir dan jangan sia-siakan peluang, namun akibat mentaliti mereka terikat dengan hakikat bahawa mereka berada di situ hanya buat seketika.. Selepas segalanya selesai mereka akan pulang ke tanah air dan tak perlupun  bersusah payah membelitkan lidah melopongkan mulut tercari-cari perkataan yang nak diluah.

Namun bagi mereka yang telah tenggelamkan kapal untuk pulang, sanggup tinggalkan saudara mara berkurun lama demi kehidupan lebih baik di negara orang,  adakah mereka mampu untuk terus hidup tanpa perlu belajar bahasa orang tempatan? Oh tidak perlu untuk menguasai bahasa tempatan kerana orang tempatan tidak penting dalam hidup mereka. Mereka boleh sahaja mengelak dari berurusan dengan orang tempatan. Semua rakan perniagaan dari pembekal dan peruncit pun kecil sangat bilangan orang tempatan. Ambil pekerja pun mereka berhak untuk tidak memilih orang tempatan. Bermesyuaratpun tidak gusar menggunakan bahasa sendiri, dengan syarat dalam bilik mesyuarat tiada orang tempatan.

Mereka berjaya memujuk orang tempatan untuk mengiktiraf sekolah dan universiti mereka.. Ia memberi laluan kehidupan yang sangat selesa kepada keturunan mereka seterusnya untuk mempercayai bahawa bahasa tempatan tidak penting dalam hidup mereka. Mereka juga percaya satu hari apabila mereka semakin kuat dan dapat merampas kuasa kerajaan orang tempatan, mereka mungkin akan lebih rasa selesa dan tidak perlu lagi untuk risau dan tertekan untuk mempelajari bahasa tempatan.

Dengan kelebihan ini mereka menjadikan bahasa sendiri umpama tembok yang menampung air dari mengalir keluar. Air itu akan hanya dinikmati sesama mereka dan seterusnya membiarkan orang tempatan lemah kehausan. Kelebihan itu membuatkan mereka lebih dominan dan bisa menekan orang tempatan yang kian lemah dan tidak bermaya.

Hanya dengan bahasa, orang tempatan tewas dan hilang segala-galanya. KERANA BAHASA MAMPU MENUMBANGKAN SEBUAH BANGSA.

Thursday, November 20, 2014

AL QURAN JUGA MILIK ORANG KRISTIAN



Sebelum anda marah dengan kenyataan ini, sila amati 5 ayat pertama dalam surah Al Kahf. Jelas dalam ayat ini bahawa Al Quran diturunkan oleh Allah MEMPUNYAI DUA TUJUAN. Dan dua tujuan ini haknya perlulah dipenuhi.

Selain menjadi petunjuk kepada mereka yang beriman, turunnya Al Quran juga adalah ditujukan khusus kepada orang yang beragama Kristian. Ini bermakna Al Quran BUKANLAH milik EXCLUSIVE orang Islam. Al Quran adalah kitab yang Allah sendiri nyatakan dalam ayat ini bahawa ia adalah MILIK ORANG KRISTIAN.

Namun betapa lemahnya pemahaman masyarakat Islam terhadap Al Quran menyebabkan mereka kini bergelut dengan rentak yang dipalukan oleh orang Kristian bahawa kalimah ALLAH itu milik mereka. Mengapa tiada orang Islam yang berani mengatakan bahawa bukan sekadar Kalimah Allah, malah Al Quran itu keseluruhannya juga adalah milik orang Kristian?

Sudah pasti jika persoalan ini ditimbulkan, sebilangan besar penganut agama Kristian akan mula berfikir mengapa mereka hanya teruja untuk merebutkan Kalimah Allah padahal Al Quran itu sendiri secara sah adalah milik mereka jua. Cuba bayangkan apa reaksi mereka apabila kita mengagihkan Al Quran di gereja-gereja seluruh negara!

Bukankah hal ini akan membimbangkan pihak gereja yang sekian lama mengatur jalan untuk mengkristiankan orang Melayu, namun sebaliknya pula yang akan berlaku. Masyarakat Kristian pula disuntik minat untuk mencari bukti apakah benar Al Quran itu jua adalah milik mereka, bukan hanya Kalimah Allah sahaja.

Sungguhpun negara ini agak luarbiasa kerana mempunyai larangan terhadap aktiviti sebaran agama lain kepada orang Islam, namun aktiviti penyebaran agama Islam itu sendiri seakan tidak mempunyai kelebihan di negara ini.

Agama Islam dilihat seperti berlegar dikalangan orang melayu. Komuniti Islam dari bangsa lain tidak begitu signifikan kewujudannya. Malah anak melayu pula yang sanggup tinggalkan agama melalui laluan penuh helah pihak gereja.

Situasi ini cukup untuk membuktikan bahawa orang melayu memang buta Al Quran. Mereka bergantung kepada undang-undang ciptaan yang bersifat prejudis padahal Al Quran telah pun menyediakan jalan untuk menewaskan musuh dengan helah yang cukup indah.

(Al-Kahf):1 - Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya;

(Al-Kahf):2 - sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,

(Al-Kahf):3 - mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.

(Al-Kahf):4 - Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah mengambil seorang anak".

(Al-Kahf):5 - Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.


Wednesday, November 19, 2014

TAK MAKAN CADBURY KERANA KENYANG TERMAKAN FITNAH




Hanya kerana keghairahan seorang kakitangan makmal Kementerian Kesihatan berkongsikan penemuan Porcine atau DNA babi pada salah satu produk coklat Cadbury telah menyebabkan syarikat itu hingga kini mengalami kerugian bernilai RM 37 JUTA dan 80% pekerja Melayu Islam yang digajikannya terpaksa dicutikan tanpa gaji kerana pengeluaran dipotong hingga 50%.

PADAHAL kehadiran DNA babi dalam sesuatu produk tidak pernah dijadikan sebab untuk memuktamatkan status Halal produk tersebut. Ini kerana berlakunya satu peristiwa penemuan DNA babi pada rempah keluaran syarikat di UK, sedangkan bahan digunakan untuk membuat rempah itu tidak langsung melibatkan bahan berasaskan haiwan. Setelah kajian dibuat mereka mendapati pencemaran DNA babi boleh berlaku hanya kerana menempatkan produk bersama-sama bahan yang tidak halal itu dalam satu ruangan yang tertutup.

Disebabkan oleh penemuan fakta ini, JAKIM sebagai agensi yang diktiraf serata dunia telah menolak untuk menjadikan pengujian DNA sebagai prasyarat bagi mendapatkan sijil Halal. Namun rakyat Malaysia terutama sekali bangsa Melayu yang beragama Islam ini tidak menitikberatkan soal mencari kebenaran sebelum mempercayai sebarang tuduhan. Mereka mudah untuk berpuashati dengan sangkaan tanpa memikirkan tentang akibat dari perbuatan mereka mempercayai fitnah malah menyebarkannya.

Kini terbukti ada pihak yang menjadi mangsa. Ada pihak yang terpaksa hidup menderita. Mereka bersama-sama pengurusan syarikat yang hampir kesemua beragama Islam saban hari menganjurkan solat hajat agar diberikan petunjuk jalan keluar dari permasalahan ini. Sedang diluar sana cukup bernafsu menginaya dan memburuk-burukkan usaha murni mereka menyediakan makanan halal kepada semua.

Mereka langsung tidak terlibat dan tidak bersalah dalam hal ini. Ia hanya kesilapan tafsiran sesetengah pihak yang malas untuk mendapatkan hujahan teknikal. Mereka sendiri tidak tahu mengapa masyarakat bertindak sedemikian rupa terhadap mereka.. Ada yang sanggup melemparkan tuduhan seolah-olah mereka pula yang sengaja memberikan makanan tidak halal dan menipu pengguna...

Ya fitnah terus berlegar mengotorkan hampir setiap jiwa yang lemah iman dan keupayaan akal fikirannya. Bagi sesetengah pihak ia hanya sekadar kisah sejenis coklat...Tetapi bagi saya ia adalah ujian yang rata-rata mereka yang melaluinya telah gagal. Membuktikan umat zaman akhir ini kebanyakkannya positif pembawa fitnah.

Cara untuk mengesan mereka mudah.. tak perlu ujian DNA... Hanya beri mereka makan coklat CADBURY... Jika mereka tak makan... maknanya mereka telah kenyang termakan FITNAH.. Sebagai manusia yang POSITIF PEMBAWA FITNAH, mereka ini pasti dengan mudah untuk terpedaya dengan fitnah dajjal laknatullah apabila diturunkan Allah kelak... Ketika itu Babi itu lebih mulia dari mereka kerana Babipun tidak dihumbankan ke dalam api neraka.

Saya sebagai salah seorang yang turut terlibat dalam industri Halal ini telahpun menasihatkan Puan Hasreena yang merupakan pengurus komunikasi Cadbury (Mondelez) Asia Tenggara agar menyaman pihak yang terlibat dalam menjejaskan imej syarikat itu termasuk pengguna media sosial yang mengfitnah mereka. ALHAMDULILLAH mereka telah pun membuat kenyataan akhbar semalam untuk bertindak terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Sebagai syarikat yang terdedah kepada untung rugi, mereka wajar bertindak demi memelihara kepentingan organisasi yang telah bertapak selama 40 tahun dinegara ini.


Wednesday, November 12, 2014

UJIAN BUAT LELAKI LEMBUT




Entah mengapa hidup saya memang selalu sahaja dikelilingi oleh lelaki yang disifatkan sebagai lembut ini. Ada yang jadi teman rapat saya ke timur dan ke barat bersama, pernah juga saya sengaja memilih untuk menginap dalam dorm yang majoriti dihuni golongan ini. Di universiti pun sama juga. Cuma saya akan menjauhkan diri jika mereka sanggup bersolek atau mahu fizikal mereka kelihatan seperti perempuan. Golongan ini bagi saya istimewa kerana sifat mereka yang sangat caring, sensitif dan cermat menjaga perasaan orang lain. 

Saya ikuti perkembangan mereka yang sebahagian besar terus bertekad tidak mahu merubah penampilan. Ada yang sudah berumahtangga dan ada yang terus selesa bersendirian. Mereka tahu batas-batas agama dan terus kuat mempertahankannya. Kelainan dari cara dan gaya mereka berinteraksi telah mengaitkan diri mereka dengan wanita. Inilah ujian mereka.

Sama seperti larangan oleh Allah terhadap Adam dan Hawa agar tidak memakan buah kuldi, ujian bagi lelaki lembut ialah larangan oleh Allah bahawa seorang lelaki tidak dibenarkan berpakaian menyerupai wanita. Untuk lelaki normal, adalah sangat memalukan jika mereka berpakaian seperti wanita walaupun sekadar mengenakan tudung di kepala. Hal ini menjelaskan bahawa hanya lelaki lembut sahaja yang diuji dengan larangan ini. 

Mereka teruja apabila dapat menggayakan pelbagai fesyen yang menampilkan diri mereka menyerupai seorang wanita. Adalah lebih berjaya jika masyarakat tidak langsung dapat mengecam identiti sebenar mereka. Dengan kecanggihan dunia kecantikan, mereka tidak lagi berpuas hati jika hanya sekadar berpakaian sahaja. Mereka mahu mempunyai dada yang membusung seperti payu dara wanita. Kulit mereka mungkin lebih lembut dari kebanyakan wanita. Malah dunia akhir zaman membolehkan mereka menggantikan alat sulit walaupun tidak berupaya melahirkan zuriat. 

YA MEREKA BOLEH LAKUKAN ITU SEMUA, Seperti kisahnya Adam dan Hawa membuktikan bahawa mereka boleh memakan buah kuldi. Namun inilah ujian yang Allah ciptakan khas buat mereka. Saya sangat yakin jika mereka melepasi ujian ini, mungkin kedudukan mereka lebih baik di akhirat sana berbanding kita-kita yang hanya tahu mengecam, memencil dan menghina...

Sunday, November 9, 2014

GILIRAN PONDAN PROMOSI PERLANGGARAN HUKUM AGAMA


Ramai yang  seakan masih tidak ambil peduli tentang apakah kesannya dari keputusan mahkamah yang membenarkan golongan Transgender untuk berpakaian wanita.  

Ada yang berfikir "Alah biarlah mereka nak pakai apa pun..Kita halang ke tak halang mereka tetap pakai ikut apa yang mereka suka". Janganlah malas untuk berfikir.. Tahukah anda keputusan mahkamah ini adalah salah satu bentuk permulaan pengiktirafan terhadap kewujudan golongan ini. Esok jangan terkejut jika tiba-tiba mereka mengadakan pertandingan ratu cantik pondan di pusat membeli-belah dan tiada siapa yang boleh berbuat apa-apa untuk menghalangnya. 

Sebagai umat Islam yang membentuk majoriti di negara ini, kita mempunyai hak untuk memastikan masyarakat kita bebas dari sebarang bentuk promosi perlanggaran hukum agama. Jika ia berlaku secara terbuka dan berulang-ulang tanpa mampu dihalang, maka sedikit demi sedikit kita akan menerimanya sebagai sebahagian dari identiti masyarakat kita. Bukan prejudis.. tetapi yang hak buat mereka ialah bimbingan untuk kembali kepangkal jalan. 

Monday, October 27, 2014

YA.. SEPUPU SAYA MASUK KRISTIAN



Alangkah terkejutnya apabila dikhabarkan seorang dari sepupu saya yang menetap di Singapura telahpun memeluk agama Kristian dan berkahwin dengan seorang wanita cina. Tak berapa kenal dengan keluarga beliau tetapi saya tahu ayahnya pernah bergelar penyanyi zaman kegemilangan pop 60 an dulu..

Saya tak hairan perkara ini boleh berlaku tanpa kita sedari kerana dari generasi ke generasi orang melayu semakin melonggarkan pegangan agamanya. Mereka semakin tidak tahu sebab mengapa mereka beragama Islam. Malah dikalangan wanita bertudungpun ramai yang tidak lagi menunaikan solat. Jelas ia disebabkan oleh sikap kita yang meringankan agama. Saban hari sibuk dengan urusan dunia dan leka dengan kenikmatannya. Jangankan memperingatkan ahli keluarga, diri sendiripun turut hanyut dan mula merasakan agama menyusahkan dan menyekat kebebasan kita. NAUZUBILLAH.

Inilah natijahnya apabila agama bukan lagi perkara yang memberi makna apa-apa dalam kehidupan kita. Sedikit demi sedikit kita mencari jalan dan mencipta alasan untuk menjauhkan diri dari agama. Amal agama yang ada pun kerana menjaga hati orang sekeliling dan kerana terpaksa. Apabila bersendirian penuh dengan khayalan dosa. Itu tandanya hidayah bukan lagi milik kita.

Allah telah pilih hambanya yang lain untuk berada dalam naunganNya. Mereka yang berusaha menjaga agamanya dan bimbang Allah tidak mempedulikan nasib dirinya. Mereka ini memperteguhkan kecintaannya pada akhirat dan semakin menjauhkan dirinya dari terpesona dengan tipu daya kehidupan dunia.

Apalah nilai yang ada pada dunia hingga kita terleka dan binasa kerananya? Walaupun kita memiliki lebih separuh dari isinyapun apakah hebatnya jika setiap detik menghitung baki masa menanti kehilangannya. Agama adalah anugerah dari Allah bak batu permata yang tidak ternilai harganya.. Namun pasir batu kerikil yang hina lagi tidak berguna kita rebutkan jua.

YA ALLAH berikan daku petunjukMu ke jalan yang benar.. BUKAN JALAN ORANG-ORANG YANG TELAH KAU SESATKAN.

Saturday, October 25, 2014

KEMPEN JAUHI ANJING & BABI




JAKIM perlu mengadakan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mengadakan kempen atau roadshow bertajuk "JAUHI ANJING DAN BABI". 

Jelas melalui banyak kajian klinikal terbukti anjing dan babi sangat berbahaya untuk kesihatan manusia. Kerajaan perlu mendidik masyarakat tidak kira bangsa dan agama untuk menolak segala perkara yang memudhoratkan seperti mana kempen "Berhenti Merokok", "Saya Tidak Rasuah", "Kewangan Bebas Riba'" dan macam-macam lagi. 

Kesedaran mengenai bahaya anjing dan babi tidak sepatutnya dilihat dari perspektif agama sahaja. ISLAM adalah agama universal yang menepati fitrah manusia. Sebagaimana kewangan bebas riba' menerima sambutan yang amat luar biasa hingga banyak bank gergasi dunia terpaksa mewujudkan unit kewangan patuh syariah, prinsip-prinsip syariah yang lain termasuk dalam bidang kesihatan dan keselamatan makanan perlu mendapat perhatian yang sama. 

Sudah tiba masanya Islam disebarluaskan prinsipnya demi kebaikan manusia sejagat sebagai salah satu dakwah manusia kepada kebenarannya. JIKA ini tidak dilakukan, maka umat Islam pula akan didakwah untuk menerima cara hidup jahiliyah  yang akhirnya merugikan Islam dan mengancam kebenaran ajarannya.

Wednesday, October 22, 2014

Kerana terlalu menjaga imej dimata KAFIR





Hidayah itu milik Allah..  Allah akan beri petunjuk kepada sesiapapun yang Dia mahukan. Tugas kita hanya menyampaikan. Namun jika kita yang lahir-lahir sudah Islam tetapi tidak pernah menghargai apa yang kita ada, maka tidak mustahil rasa cinta kepada agama akan pudar. Kerana merasa diri lebih memahami agama hingga sanggup menyesuaikan agama mengikut selera sendiri bukan mengikut kehendak Ilahi. 

Mungkin nikmat sebagai seorang Islam itu telah terlucut. Cara kehidupan dan pemikiran sikufar pula menjadi kiblat hingga sanggup mencairkan agama agar dilihat lunak dan santun. Yakinilah hati orang kafir yang kamu risau dilukai oleh imej agama ini tidak bernilai sedikit pun disisi Allah. 

Risaulah tentang untung nasib dirimu sendiri dialam yang amat dekat. Itu lebih patut kita semua utamakan dari memikirkan kehendak orang kafir yang sudah pasti tidak akan berdiam diri selagi orang Islam tidak mengikut cara hidup mereka. Kenalilah Islam itu dengan sebenar-benarnya atau kamu yang terpaksa melupakan Islam hanya kerana ingin diterima oleh sikufar sebagai sahabat.

Sunday, October 19, 2014

Taat atau jadi PENGKHIANAT




Baik Amerika mahupun Indonesia, mereka ada majlis ikrar taat setia yang perlu diberikan oleh calon pemimpin parti yang tewas sebelum ketua kerajaan yang baru di lantik.

Mereka faham semua rakyat negara perlu bersatu dalam mendepani cabaran, bukan masih duduk di kelompok masing-masing mengharapkan pihak yang menang gagal mentadbir negara lantas memberikan peluang kepada pencipta onar.

Mengambil kesempatan ke atas nasib malang rakyat adalah ciri-ciri pengkhianat yang perlu dihapuskan. Kelak ia menjadi barah dan menjatuhkan sebuah negara bersama pembangkangnya sekali. Yang baik kita ikut, yang salah kita tinggalkan.

Saturday, October 4, 2014

BEN AFFLECK SANGGUP BERTEGANG URAT DEMI ISLAM




Orang seperti Ben Affleck sanggup bertegang urat dengan mereka yang bersungguh ingin melabelkan Islam sebagai agama yang mengancam dunia. Setiap kali bersuara beliau dihalang dengan gangguan rakan seforum namun tidak pernah putus asa menyatakan pendiriannya yang konsisten menolak sebarang penglabelan ke atas seluruh umat Islam secara tidak bertanggungjawab itu. 

Kumpulan jihad militan dan undang-undang bunuh terhadap murtad dijadikan alasan untuk dunia terus membenci penganut agama kedua terbesar didunia itu. Ben Affleck menegaskan adalah tidak adil memburukkan seluruh umat Islam dunia jika hanya segelintir sahaja mereka yang percaya dengan keganasan. 

Apa bezanya keganasan yang dicetuskan oleh Amerika di rantau teluk adakah ia satu yang tidak disengajakan? Forumers lain turut mengecam undian 70% umat islam di Britain yang mahu seorang kartunis penghina Nabi Muhammad dihukum bunuh dan mengaitkan hal itu sebagai satu yang biasa dalam agama Islam. Ben menegaskan yang patuy dipersalahkan ialah pelakunya bukan kumpulan manusia mana mereka berasal. Kartunis itu mencari masalahnya sendiri manakala kehadiran amerika di rantau teluk telahpun membunuh ribuan mereka yang tidak bersalah.

Saya sangat terharu ada seseorang yang bukan datang dari kalaangan orang Islam telahpun bertindak mempertahankan agama walaupun hanya dengan menggunakan nilai-nilai kebebasan dan keadilan sejagat yang dipercayainya. 

Moga Allah memberikan hidayah kepada Ben dan seluruh umat Nabi Muhammad yang masih belum beriman agar mampu melihat betapa hodohnya golongan ini yang mahu melihat jalan menuju Allah itu bengkok. ALLAHUAKBAR

http://m.huffpost.com/us/entry/5931832

Pilihan Selain PETROL




Nissan Leaf dipamerkan buat pertama kali di Malaysia hari ini di One Utama. Kereta yang 100% menggunakan tenaga elektrik selain Chevy Volt. Sekali cas boleh jalan hingga 190KM. Full charging amik masa 4 jam. Kene pasang mende macam tiang khas tu kat rumah. Nak pasang tiang tu orang nissan akan buat checking kat rumah tentang kesesuaian kawasan rumah untuk menepati keselamatan alat itu. Kalau duduk kat kondo kene minta kebenaran untuk pasang di parking. Tak bolehlah nak mengembara jauh-jauh dengan kereta ni. Di Singapura pun dah banyak charging port disediakan di parking lot khas beberapa shopping complex. 

Persoalannya ia sama saja hasilnya jika sumber penjanaan elektrik masih lagi menggunakan sumber terhad dan mahal seperti petrol dan arang batu. Negara perlu beralih kepada sumber seperti nuklear jika benar-benar jujur tidak mampu tanggung subsidi petrol dan ingin bantu rakyat kurangkan kesan peningkatan kos sara hidup. Jika tarif elektrik murah mungkin ia membantu rakyat dan kenderaan elektrik dapat melepaskan rakyat dari perlu membayar harga petrol yang sangat mahal. 

Tenaga Nuklear mungkin menggerunkan tetapi sumber itu sangat murah. Sebuah kapal selam bertenaga nuklear tidak perlu mengisi minyak selama 25 tahun hanya dengan pengunaan 4 rod uranium yang menggerakkan engin kapal selam dan memenuhi segala keperluan tenaga elektrik anak kapal. Namun semalam baru terdengar berita menjelang 2028 negara akan mampu membekalkan tenaga elektrik  dengan kadar yang lebih murah apabila siapnya janakuasa Hydroelektrik yang mampu menyediakan 3000 Megawatt kepada negara. 

Segala jalan penyelesaian ke arah kehidupan bebas pergantungan terhadap bahan api petrol amatlah diperlukan. Ia menjadi jawapan kepada masalah kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat ini. Setelah berusaha ayuhlah kita semua berdoa kerana Allahlah yang turunkan kesempitan dan Allah jualah yang memberi kelapangan rezki kepada kita. Jika kita bersyukur, bertakwa dan sanggup membantu mereka yang memerlukan sudah pasti Allah ketemukan jalan keluar dari masalah ini. Dalam soal ini adalah tidak bertanggungjawab jika meletakkan 100% punca permasalahan kepada kerajaan. Jika kita tidak mampu ubah sikap dan amalan kita tiada siapa yang dapat mengubah keadaan kehidupan kita.

Thursday, October 2, 2014

Gemar MENGELUH mengundang PAPA






Saya selalu berpesan, jangan sekali-kali kita mengeluh dengan rezki. Rezki itu Allah yang bagi. Harga barang naik ke. Gaji tidak cukup ke. Itu semua rezki. Saya yakin perbuatan mengeluh kata rezki tidak cukup dan tidak mampu sara hidup itu hanya mengundang kemarahan Allah. 

Jika kita mengeluh tandanya kita tidak berpuas hati tentang apa yang Allah telah berikan dan tetapkan kepada kita. Adakah dengan cara menyakiti Allah boleh pula kita mengharapkan rahmat dengan rezki berlipat kali ganda?

Takutilah bahawa perbuatan gemar mengeluh ini sebenarnya bakal menyempitkan lagi rezki kita. Kerana hanya mereka yang bersyukur sahaja Allah akan janji nikmat baginya.

"Sekiranya kamu bersyukur nescaya aku akan tambahkan nikmat Ku kepada mu dan sekiranya kamu kufur ingatlah sesungguhnya azab ku amat pedih" 

KRISIS TENAGA: Tiada siapa pun mampu untuk bayar harga PETROL



Di negara Eropah, mereka telah lama mula menggunakan kenderaan lebih kecil (walaupun tubuh mereka besar), kapasiti enjin yang kecil, cekap tenaga, hybrid dan elektrik. Malah harga basikal yang sesetengah kita malu untuk menggunakannya di negara maju cukup popular hingga harganya melambung tinggi. Mereka ini tidak dibiasakan dengan subsidi. Mereka menghadapi realiti dan menerimanya dengan mencari jalan penyelesaian. Namun di Malaysia jika mahu membeli kereta baru masih ramai yang tidak mengambil kira berapa yang mereka perlu belanja untuk penggunaan petrol. Yang menjadi keutamaan ialah gaya, kelajuan, boleh bawa ramai orang. Akhirnya bila dipaksa menghadapi realiti, mereka inilah sebenarnya golongan yang paling sengsara.

Sama ada bersedia atau pun tidak, baik NEGARA mahupun RAKYAT perlu memikirkan cara untuk mengelakkan dari perlu membayar kos bahan api bersumberkan petrol. Sebagaimana negara mengurangkan subsidi terhadap petrol, rakyat juga perlu mencari alternatif untuk mengurangkan penggunaan petrol. HARGA bahan api itu tidak lagi mampu untuk ditanggung oleh sesiapapun.

Berhentilah dari mempergunakan golongan miskin untuk menarik simpati kerajaan agar anda terus dapat menikmati harga petrol yang lebih murah. Golongan miskin itu haknya perlu dibantu oleh kita semua jika benar ikhlas simpati dengan mereka. Hakikatnya DUNIA telah lama mempersiapkan diri untuk menghadapi KRISIS TENAGA ini. Tetapi kita masih lagi mengharapkan kehidupan seperti dilindungi awan. menggunakan alasan kononnya negara kita adalah pengeluar minyak berkualiti tinggi. Belajarlah terima hakikat bahawa bahan itu adalah sumber tenaga yang TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI.

Kita telahpun sekian lama menikmati kadar subsidi berbillion ringgit setahun dan akan sampai juga satu masa kerajaan tidak lagi mampu untuk terus menyediakan keistimewaan itu kepada kita. Bodohlah jika hanya dengan alasan itu ada yang berkeras untuk terus mahu menikmati minyak yang murah buat selama-lamanya. Dengan pertambahan jumlah kereta dijalanan dan kenaikan harga bahan api, hatta gergasi ekonomi seperti China pun jika dipaksa menanggung subsidi untuk rakyat yang berbilion ramainya, pasti akan berakhir dengan hanya satu perkataan... BANKRAP. Kerana tiada sesiapa pun mampu untuk bayar harga petrol...




Wednesday, October 1, 2014

Kita tetap perlu survive TANPA SUBSIDI

Di US ... harga petrol bukan sahaja berubah2 sepanjang masa... malah harga yang ditawarkan dari stesen minyak ke stesen minyak yang lain pun berbeza2... Inilah amalan kewangan kerajaan negara maju...Malaysia perlu ikut cara mereka jika ingin buka pintu lebih luas dan lebih makmur.



Kita telah melalui beberapa siri kenaikan kos sara hidup. Ambillah peluang untuk menerima ulangan kisah yang sama ini dengan pendekatan yang lebih matang. 

Kerajaan telah menjelaskan berkali-kali tetang proses rasionalisasi subsidi ini. Terimalah hakikat bahawa satu hari nanti kita terpaksa survive TANPA BERGANTUNG PADA SUBSIDI.

Mengapa perlu hapuskan SUBSIDI?

Menjadi sebahagian dari prasyarat kemasukan pelabur ialah kewangan kerajaan yang kukuh tanpa dibebankan dengan penanggungan subsidi. Hal ini adalah amalan mana-mana negara maju. Di US, harga petrol bukan sahaja berubah-berubah sepanjang masa, malah harga yang ditawarkan dari stesen minyak ke stesen minyak yang lain pun berbeza-berbeza. 

Jika kerajaan terpaksa terus menanggung subsidi, dibimbangi komitment kerajaan dalam menyediakan infrastuktur mesra pelabur tidak 100%. Persepsi pelabur amat penting dan adalah sukar keadaannya bagi negara jika tidak dilihat selari dengan amalan kewangan negara maju. Malaysia perlu ikut cara mereka jika ingin buka pintu lebih luas dalam menyediakan lebih banyak peluang-peluang ekonomi. Dari situ negara akan makmur lebih baik keadaannya berbanding zaman serba serbi penuh dengan subsidi.

Monday, September 29, 2014

Kotak Hitam MH17 gagal rungkai DALANG




Mungkin sudah ada yang melupakan detik peristiwa hitam tragedi MH17 ini yang telah berlalu lebih 2 bulan lepas. Begitulah trend pengaruh media yang begitu cepat gelombangnya hingga perhatian kita sangat mudah dialihkan seperti ombak yang merubah pasir pantai. MH17 adalah tragedi kemanusiaan yang tidak terjangkau oleh akal fikiran lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan Malaysia yang merupakan negara berkecuali dan tidak terlibat dalam mana- mana sengketa negara-negara kuasa besar.

PADA pagi Isnin 22 September yang lalu saya ada menonton temubual di TV3 bersama seorang pakar penerbangan yang pernah terlibat dalam penyiasatan tragedi pesawat terhempas Mandala Air, Prof Salehuddin Muhamad yang kini mengajar di UNIKL. Beliau juga antara pakar penerbangan negara yang terut terlibat dalam penyiasatan kotak hitam MH17. Beliau memaklumkan bahawa apa yang terakam dalam kotak hitam itu hanyalah perbualan biasa antara pusat kawalan penerbangan dan kepten pesawat beserta data-data operasi pesawat sebelum semuanya terputus secara tiba-tiba.

Tidak seperti siasatan Mandala Air yang mana beliau dapat mendengar rakaman saat cemas sebelum terhempas, kotak hitam MH17 tidak dapat merakam sebarang percakapan sejurus selepas pesawat menerima impak. Impak yang dimaksudkan telah memutuskan bahagian kepala pesawat yang mana satu-satunya bahagian yang dapat dirakam oleh kotak hitam. Kesan tembakan pada kokpit jelas kelihatan pada bangkai pesawat yang mana badan pesawat kemik ke sebelah dalam membuktikan ia bukan letupan tetapi tembusan objek dari luar. 

Sekiranya bahagian kokpit masih belum terputus, sudah pasti kotak hitam yang terletak dibahagian ekor pesawat masih dapat merakam detik-detik cemas sebelum terhempas. Ia juga memungkinkan sebarang pentanda atau maklumat penting dapat disampaikan oleh pengendali pesawat jika beliau menyedari punca insiden mahu pun memberikan isyarat kecemasan untuk tindakan segera. Kini siasatan ke atas kotak hitam yang pada mulanya diharapkan dapat merungkai banyak misteri berakhir dengan kegagalan untuk memberikan sebarang petanda bagi menjejaki dalang.

Kegagalan mendapatkan sebarang maklumat untuk menjejaki dalang pada rakaman kotak hitam mungkin adalah sebahagian dari modus operandi serangan yang menumpukan bahagian kokpit sebagai sasaran utama. Kesan tembakan yang bertubi-tubi mengakibatkan bahagian depan pesawat itu terputus serta-merta menghentikan sebarang rakaman oleh kotak hitam.

Sama ada MH17 mahupun MH370, kedua-duanya akan terus menjadi misteri kerana didalangi mereka yang cukup pakar dan sangat arif dengan kelemahan teknologi dunia penerbangan. Malah cadangan resolusi rentetan dua tragedi misteri ini telah pun dikemukakan iaitu agar pakar penerbangan memperbaiki dan menambahbaik ciri-ciri keselamatan agar tidak memberi peluang kepada kedua-dua jenis tragedi ini berulang lagi pada masa hadapan.

Bagi mereka yang menanti-nantikan kesudahan kisah tragedi ini, maka jelaslah sudah negara kita menjadi sasaran pihak tertentu dari kalangan kuasa besar dunia yang mungkin tidak bersetuju dengan polisi-polisi tertentu berkaitan hubungan antarabangsa mahupun sebagai tekanan atau ugutan agar negara patuh dengan kehendak mereka.

Dato' Seri Najib juga baru-baru ini ada mengatakan bahawa beliau menyimpan perasaan yang amat kuat berhubung pihak manakah yang menjadi dalang kepada kedua-dua tragedi yang menimpa syarikat penerbangan negara ini. Namun begitu demi tanggungjawabnya terhadap keselamatan negara beliau rasakan lebih baik ia dirahsiakan. Sebagai Perdana Menteri sudah pasti beliau mempunyai maklumat-maklumat risikan yang disalurkan untuk membantu beliau membuat keputusan.

Kita sebagai rakyat biasa yang mempunyai capaian maklumat yang sangat terhad hanya sekadar mampu membaca melalui apa yang terzahir dan menterjemahkannya tanpa ada apa-apa pengesahan mahupun tindakan untuk menghukum pihak yang bertanggungjawab.

Tiada apa yang terlalu misteri melainkan ia dimahukan agar terus menjadi misteri. Semoga satu hari nanti akan ada pihak yang sanggup tampil memberikan bukti kukuh cukup untuk membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.




























Tuesday, September 23, 2014

Mimpi berdakwah



Jam tepat pukul 5.15 pagi..Alhamdulillah saya baru terjaga dari tidur dan sangat bersyukur kerana sekian lama merindui pengalaman berdakwah, akhirnya Allah berikan peluang saya berdakwah dalam mimpi. Bercakap dengan seorang pemuda sebentar tadi sebelum terjaga..

"Bro, kita perlu banyakkan bercakap tentang kebesaran Allah agar benda-benda dan perkara-perkara selain dari Allah tidak masuk dalam hati kita. Ini kerana jika ia berlaku, benda-benda dan perkara selain dari Allah itu akan memenuhi segenap ruang dalam hati kita hingga tiada tempat untuk Allah. Apabila Allah tiada dalam hati kita maka segala tindakan kita, amalan kita, langkah kita siang dan malam adalah untuk mendapatkan benda-benda dan perkara-perkara selain dari Allah. 

Sekirannya benda-benda dan perkara-perkara selain dari Allah menjadi tujuan hidup kita maka tidak ada bezanya antara kita dengan mereka-mereka yang tidak percaya akan Allah dan hari pembalasan. Malah dikala nyawa dihujung tengkorok benda-benda dan perkara-perkara selain dari Allah itu yang akan memenuhi pandangan dan pendengaran hingga kita tidak mampu untuk memikirkan tentang Allah yang telah menghidupkan dan bakal mematikan kita. NAUZUBILLAH.

Oleh itu sama-samalah kita saling mengingatkan dan memperbanyakkan bercakap tentang kebesaran Allah berbanding bercakap tentang kebesaran benda, kehebatan kereta, manusia, dan kuasa. Kebesaran Allah itu ada disekeliling kita malah tubuh badan kita menjadi bukti kebesarannya yang patut kita perkatakan dan kita sebut berulangkali. Hanya hati hambaNya yang hidup mampu untuk terus memuji dan melihat kebesaran Allah atas segala apa yang dilihatnya dan difikirkannya. "

Mahasuci Allah perkongsian saya ini bukanlah untuk mendabik dada, sekadar untuk memperingatkan sesama kita agar tidak terus leka dengan hidup penuh kelalaian hingga sukar untuk kita kenali bagaimanakah sepatutnya kehidupan kita sebagai hambaNya jika mahu pulang dengan aman bertemudenganNya. 

Thursday, September 18, 2014

Kerana TANPA MENGHASUT, pembangkang tidak akan ke mana-mana..




Apabila Akta Hasutan yang selama ini ditidurkan berkuatkuasa, maka terencatlah segala isu ditinggalkan begitu saja. Sanggup ke timur dan ke barat merencana himpunan dan bantahan. Dari sebaris lapan orang budak hingusan mengendong jenazah demokrasi mahupun cantuman gambar pelbagai latar belakang mereka yang protest dengan sepanduk anti akta penjaga kemakmuran antara rakyat itu. 

Ingin memberi gambaran kononnya ia aspirasi rakyat. Padahal rakyat tetap tenang dan aman. Hanya pembangkang panas dan kegelisahan mengkocakkan air. Mengharap kocakkan mereka disambut. Belum cukup dengan itu, pertualang asing turut dijemput memberikan tekanan dan ugutan atas nama kebebasan hak asasi manusia. Mereka lakukan ini semua kerana mereka tau tanpa aktiviti yang ditegah dalam akta itu mustahil mereka boleh pergi sebegini jauh. 

Mereka terus kuat dengan menghasut, melekeh dan mencerca. Sebagai tanda mereka telah berjaya menunduk dan menambat kuasa peribumi dan raja-raja yang seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa. 

Kemaraan mereka menarik minat sebilangan besar bangsa chauvinist yang dulunya tunduk dan patuh. Kini melompat dijalanan meluahkan pekong mereka menayangkan kurap dan  mengeluarkan lendir di alam cyber. Masing-masing berebut-rebut ingin mencuba benarkah kuasa melayu dan raja sudah tiada. Ini peluang bagi mereka menunjukan siapa mereka sebenarnya. 

Begitulah pengajarannya bagi pemimpin yang lemah daya kepimpinannya. Seperti lalang mengikut saja ke mana arah angin ke sana jasad dibawa. Negara dibiarkan bak nasib untung sabut timbul kuasa kemudi yang ada disia-siakan begitu saja. 

Ayuh tiga tahun lagi ia bakal menjelma. Keluarnya taring masih belum terlambat menambat semula anjing-anjing bongkak yang hanya berkuasa apabila terus bebas menyalak. Ketika itu rakyat aman damai bebas dari bunyi bising salakkan yang saban hari membingitkan telinga. Pembangkang akan terus dilupakan, dibiar hidup sengsara disuatu sudut yang amat sepi.

Akta Hasutan ini sangat digeruni pembangkang. Kerana tanpa menghasut, melekeh, menghina dan mencerca, mereka tidak akan ke mana-mana..

Monday, September 15, 2014

MATI di SYRIA tiada kena mengena dengan AGAMA!




Kita perlu kawal dan sekat anak-anak muda kita dari mengorbankan nyawa mereka untuk krisis politik dalaman SYRIA. Secara spesifik ia langsung tidak boleh dikaitkan dengan AGAMA. Ia jelas sekadar sengketa manusia untuk rebutkan kuasa dan siapa terlibat berbunuhan sesama Islam adalah BERDOSA dan menderhaka kepada Allah! 

Jangan terlibat dalam menyebarkan sebarang propaganda politik yang cuba mendapatkan simpati dan sokongan masyarakat Islam dunia seperti pemerintah SYRIA syiah, zalim dan sebagainya. Jika benar pun itu semua ia tidak langsung boleh jadikan syarat menghalalkan kita terlibat sama dalam sengketa dan kemudiannya menobatkan sesiapa yang terkorban sebagai SYAHID.

Jika anda setuju dengan kesyahidan mereka maka anda juga patut setuju dengan kesyahidan mereka yang berjuang dalam AlMaunnah dan terlibat dalam peristiwa MEMALI. Apa? Kerajaan Malaysia tidak Zalim berbanding SYRIA? Sejak bila kita mempunyai rujukan membezakan tahap kezaliman sesebuah negara terhadap rakyatnya?

Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul. Jangan jadi pembantu kepada kesesatan dan kejahilan. Ada seribu satu cara untuk berjihad dan mati syahid kerana mendapatkannya TETAPI bukan mati kerana terlibat dengan sengketa politik di SYRIA!

Thursday, September 11, 2014

UPSR: Orang Malaysia tidak JUJUR?



Bak kata pepatah, kecil-kecil sudah pandai menipu esok besar jadi pencuri. Bocornya kertas peperiksaan UPSR mendedahkan bahawa negara ini seolah-olah dihuni oleh mereka yang tidak jujur dan tandus dengan nilai-nilai murni. Dari petugas yang mengendalikan kertas peperiksaan tidak kira guru ataupun bukan, mereka yang menyebarkan maklumat, mungkin melalui ibu bapa yang kemudiannya diberikan kepada anak-anak, mahupun dikalangan pelajar sendiri yang sudah pun mempunyai group what's up untuk lebih mudah berkongsi. Walaupun tidak dapat dipastikan berapa ramaikah yang terlibat, tindakan kementerian yang terlalu mengikut SOP dengan terburu-buru menunda atau mengulang peperiksaan memberi indikasi bahawa golongan-golongan ini tidak berintegriti. 

Masakan terlalu ramai ibu bapa yang sanggup mengajar anaknya menipu dalam peperiksaan? Apakah nilai yang ada pada gred yang cemerlang jika sekadar menyembunyikan perasaan bersalah memperdaya diri sendiri? Jika guru yang terlibat maka berapa ramaikah dari golongan pendidik ini yang merelakan hasil usaha mereka bertahun lamanya mendidik anak bangsa nilainya hanya sekadar satu penipuan?

Mengambil cara yang paling selamat dengan mengikut SOP yang lapuk semata-mata tidak mahu dipersalahkan. Apa salahnya mengambil sedikit masa menilai tindakan sesuai berbanding sekadar patuh kepada SOP orang lama yang tidak pernah kenal apa itu what's up dan telegram? Mengapa tidak sekadar mendahulukan nasihat agar pelajar dan ibu bapa yang mempunyai soalan bocor itu tidak mencemarkan piawaian peperiksaan, menghayati kehebatan menjadi manusia yang jujur kepada diri sendiri? 

Dengan bertambahnya jumlah golongan ibu bapa yang berpelajaran tinggi, maka mereka menjadi sangat peka dengan prestasi akedemik anak-anak. Tidak cukup dengan pelbagai program disediakan pihak sekolah, mereka sanggup berkorban cuti hari minggu dan berbelanja besar untuk tuisyen demi melihat anak-anak mereka berjaya. UPSR adalah peperiksaan besar pertama dalam sistem pendidikan negara kita. Adakah kita cukup berbangga jika generasi akan datang bukan sahaja gagal dalam akedemik malah tempang pula akhlak dan peribadi mereka? 

Tak perlu ULANG UPSR



Saya cadangkan pihak kementerian tidak perlu ulang semula kertas peperiksaan yang dilaporkan telah bocor. Lebih-lebih lagi apabila lebih banyak laporan kebocoran soalan melibatkan subjek-subjek lain yang sudah pasti menyebabkan anak-anak kita yang menghadapi peperiksaan tersebut tertekan. 

Perlu ada timbang rasa dari semua pihak sungguhpun kementerian mempunyai SOP dan piawaian tertentu. Apa nasib anak-anak kita yang bersungguh-sungguh menjawab peperiksaan tiba-tiba sahaja perlu diulang semula? Berapa ramaikah yang terlibat dan berjaya menggunakan maklumat dari soalan bocor itu untuk menjawab peperiksaan ini? Jika ia tidak ramai apa perlu libatkan semua. 

Di zaman teknologi canggih ini memang mudah untuk sebarkan maklumat. Sungguhpun mahu bertindak mengekang masalah, janganlah jadikan anak-anak ini sebagai mangsa. Kementerian boleh ambil langkah lebih berhati-hati pada peperiksaan akan datang dan tidak mustahil peperiksaan ulanganpun akan berlaku perkara yang sama. 

Masalah ini pasti akan berkurang apabila tindakan tegas dikenakan terhadap pembocor maklumat. Namun saya berharap janganlah ulangi peperiksaan hanya kerana laporan-laporan itu. Tanganilah ia dengan cermat, tidak gopoh dan bertimbang rasa terutama sekali kepada anak-anak kita..

Tuesday, September 9, 2014

Lebih BAIK PAS bersama UMNO





KEMELUT yang melanda pakatan pembangkang hari ini bukanlah sesuatu yang sukar untuk dijangkakan. Sememangnya sejak daripada awal pembentukan pakatan politik antara DAP, PKR dan Pas, sudah ramai pemerhati politik yang menelah betapa rapuhnya kesepakatan tersebut.

Apatah lagi setiap parti yang membentuk pakatan sudah dimaklumi punya matlamat dan dasar yang bukan sahaja berbeza, bahkan saling bertentangan antara satu sama lain.

Umpamanya, Pas adalah sebuah parti berteraskan doktrin agama yang diketahui dari dulu cuba menegakkan negara teokrasi Islam dalam konteks negara ini.

Sedangkan rakan sepermuafakatannya, DAP amat jelas mahu menanggalkan ciri-ciri Islam dalam negara, bahkan mahu merubahnya kepada sekular.

PKR pula daripada awal penubuhannya hanya bermatlamat menjadikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Nilai perjuangan yang berorientasikan agenda peribadi tampak makin terserlah apabila PKR sanggup melawan Sultan Selangor hanya kerana hendak memenuhi kehendak Anwar meletakkan isterinya sebagai calon menteri besar.

Mungkin ada yang mendakwa Pas sudah banyak berkompromi dalam memastikan kelangsungan pakatan pembangkang walaupun terpaksa mencabut identiti perjuangan mereka selama ini seperti Negara Islam, hudud dan sebagainya.

Kesediaan Pas untuk berkompromi terhadap prinsip perjuangan mereka tidak pula berlaku kepada DAP yang secara konsisten dikenali sejak dari dulu tegar berpegang kepada perjuangan menjadikan negara ini sekular dan berkonsepkan sama-rata atas label momokan mereka sejak dulu ‘Malaysian Malaysia’. Maka tidak hairanlah apabila ada tuduhan dan tohmahan secara konsisten mendakwa Pas parti tunggangan DAP dan PKR.

Namun penulis tidak yakin Pas sanggup berterusan meleburkan imej keIslamanan mereka atau berkompromi hal-hal yang melibatkan prinsip perjuangan mereka.

Dengan kemelut terbaru di Selangor, lebih menyerlahkan betapa Pas adalah parti yang belum bersedia berkompromi sepenuhnya terhadap prinsip perjuangan mereka.

Dengan itu lebih baik Pas kembali berjuang bersendirian atau lebih baik lagi bersama dengan Umno yang telah terbukti tidak mempunyai pertentangan yang banyak dengan Pas, khususnya dalam agenda memartabatkan Islam.

Ternyata jika kita berfikir secara objektif dan mencari titik-titik persamaan antara Umno dan Pas, pasti kita akan dapati terlalu banyak persamaan yang boleh digariskan antara keduanya.

Pertama, Umno mahupun Pas kedua-duanya mendakwa memperjuangkan agama Islam di negara ini. Jika dinilai perlembagaan parti bahkan pernyataan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti jelas menzahirkan iltizam masing-masing memperjuangkan Islam.

Kedua, aqidah yang dipegang oleh kedua-dua parti juga adalah sama iaitu aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah bermazhab Syafie. Baik Umno mahupun Pas, kedua-duanya solat dengan cara yang sama bahkan tiada beza pegangan fekah antara satu sama lain. Kalaupun ada
seorang dua pimpinan mahupun pengikut yang terjebak dengan ajaran sesat seperti Syiah atau penyakit liberalisme dalam agama, tidaklah sesekali mewakili dan menggambarkan pendirian organisasi.

Ketiga, kedua-dua parti juga menjunjung dan menghormati Perlembagaan negara. Umno mahupun Pas memperakui, bahkan taat pada Perlembagaan Persekutuan sebagai sistem undang-undang tertinggi negara.

 Keempat, kedua-dua parti juga memperakui identiti kemajmukan negara berbilang kaum yang memerlukan pertimbangan dan kerjasama politik antara pelbagai parti yang mewakili kepentingan kaum masing-masing.

Malah Pas yang satu ketika menyesatkan Umno kerana bekerjasama dengan orang kafir khususnya MCA dan MIC, kini sudah mulai terbuka bahkan turut melakukan kerjasama politik dengan DAP parti dominan mewakili Cina dan PKR yang mewakili pelbagai kaum.

Kelima, Umno dan Pas kedua-duanya mewakili kelompok majoriti penduduk Malaysia iaitu Melayu Islam. Malah agenda Ketuanan Melayu lebih dulu diperjuangkan Pas ketika saat pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

Tokoh-tokoh nasionalisme Melayu Islam awal terdiri daripada pemimpin-pemimpin tertinggi Pas seperti Dr Burhanuddinn al-Helmi dan Ustaz Zulkifli Mohamad. Maka tidak timbul momokan isu assabiyyah sebagaimana dilaung-laungkan segelintir pemimpin Pas.

Banyak lagi jika hendak digariskan satu persatu persamaan antara Umno dan Pas. Mudah-mudahan ALLAH membuka hati semua kepimpinan parti untuk lebih mengutamakan kepentingan umum berbanding peribadi, negara berbanding organisasi dan yang paling penting
untuk kembali bertaut atas asas nama permuafakatan sesama Melayu dan Islam.

Oleh Dato' Dr Asyraf Wajdi

Tuesday, September 2, 2014

Rakyat Sengsara kerana Pemimpin yang takut "FLIP FLOP"



Pemimpin hari ini terlalu takut dengan jenama "FLIP FLOP".

Bagi mereka biar segalanya hancur dan musnah asalkan mereka dapat jauhkan diri dari digelar sebagai pemimpin "FLIP FLOP".

Yang hapuskan ISA berkeras tidak mahu wujudkan ia semula.Jenayah dan pencabulan undang-undang terus berlaku. Yang menetapkan cuti hari Jumaat berkeras mahu swasta mengikut mereka walaupun sedar ia tidak akan berlaku. Keluarga terus terpisah dek kekangan waktu. 

Hinanya gelaran "FLIP FLOP" ini... Ia menjadikan tuannya pemimpin yang paling tidak berguna. Pemimpin yang enggan membuat kajian sebelum laksanakan keputusan. Pemimpin yang lemah dan leka, tidak tahu apa yang dia lakukan. Pemimpin yang tidak tetap pendirian. Dihalakan bala tenteranya ke timur dan ke barat, kemudian ke timur semula tanpa arah tujuan. Pemimpin yang disindir oleh pengikut dan panglima sendiri. Hodohnya pemimpin "FLIP FLOP" ini!

Namun perlu diingatkan juga bahawa pemimpin yang terlalu bencikan jenama "FLIP FLOP" ini adalah pemimpin yang sangat mementingkan diri sendiri. Hanya mengejarkan gelaran manusia agung hingga tidak mahu mengakui dirinya tidak sempurna. Sanggup menyaksikan kerosakan dan membiarkan kehancuran berlaku dihadapan mata asalkan keputusan yang salah dilakukannya tidak akan ditarik balik hingga ke hari KIAMAT!

Pemimpin yang baik akan merasa bimbang jika ada manusia lain terpaksa menderita atas kesilapannya dalam membuat keputusan. Tak mengapalah digelar "FLIP FLOP". Amanah yang diberi bukan untuk mengangkat diri sendiri. Malah mereka yang diberikan amanah perlu sanggup berkorban memperbetulkan kesilapan walaupun sedar ia bakal membuka pekong didada. 

Kita manusia.. tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Kita juga dituntut untuk melakukan pembetulan atas kesilapan yang dilakukan. Itulah sebaik-baik jalan pilihan bagi pemimpin jika bukan kemashyuran diri sendiri yang menjadi keutamaan.