Saturday, July 6, 2019

DR MAHATHIR SUDAH BAKAR TALI HUBUNGANNYA DENGAN DAP





Macam mana ia bermula kita sudah tahu sebabnya. Ia akan berakhir dengan sebab yang sama. Dr Mahathir tetap mahu kekal menjadi pembuat keputusan bagi mewakili seluruh orang Melayu agar tiada siapa yang dapat menghalang anak beliau Mukhriz mendaki ke posisi paling tinggi dan mewarisi kedudukan yang mampu dikawal beliau sebanyak 2 kali.

Orang Melayu tidak dapat tidak perlu berbincang dengan teliti mendapatkan lebih banyak maklumat tentang apakah sebenarnya yang berlaku sehingga memaksa Dr Mahathir mengangkat bendera putih. Mungkin ada perkara yang tidak sesuai untuk nyatakan secara umum.

Seruan terbuka Dr Mahathir membuktikan beliau baru sahaja membakar jambatan kerjasamanya dengan DAP. DAP mungkin ada mengemukakan rancangan yang mungkin bagi Dr Mahathir sebagai keterlaluan berbanding pelbagai perancangan merugikan orang Melayu yang telahpun dilakukan sebelum ini.

Sungguhpun kita sepatutnya duduk berbincang  sekian lama dulu sebelum semua ini berlaku.  Perbincangan yang amat penting menentukan haluan politik  antara 2 pemimpin paling berpengaruh orang Melayu, iaitu Dr Mahathir dan Najib Razak di mana ketika itu mereka masih lagi mampu bekerjasama telah pun berlaku tetapi gagal untuk membentuk apa2 persetujuan. Walau bagaimanapun, untuk sebuah perbincangan pada bila2 masapun sepatutnya tiada yang kita boleh kata ianya sebagai terlambat. Apa yang berlaku telah pun berlaku. Semua pihak telahpun menerima balasan dan banyak juga pengajarannya.

Mungkin boleh saja Allah takdirkan BN kalah dalam keadaan Dr Mahathir masih kekal menjadi tunggak kepada BN dan jawatan Perdana Menteri jatuh ketangan mereka yang boleh membawa negara ini kearah yang lebih teruk keadaannya berbanding sekarang. Kini paling tidak kuasa Perdana Menteri masih dikalangan orang yang mampu kita bawa berbincang dan mengatur sesuatu termasuk bila boleh Parlimen dibubarkan. Oleh itu saudara2..

Saya antara yang paling awal memaki hamun Dr Mahathir dikala awak2 semua masih memujanya berpendapat usah lah kita tutup ruang perbincangan. Masa depan bangsa kita bukan hak milik mana2 individu. Oleh itu ia sepatutnya diputuskan secara bersama. Bersama duduk semeja dengan satu agenda .

Dalam politik untuk bina kekuatan memang tiada permusuhan dan persahabatan yang kekal lama. Perselisihan memang merobohkan persepakatan. Namun proses untuk membentuk kerjasama perlu berlaku lebih pantas dari itu. Pantasnya seolah2 ia berlaku semalaman hingga menyebabkan musuh keliru. Kerana kita tidak mahu membuang masa jadi pembangkang yang hanya mampu melihat saja musuh berkuasa meratah apa yang selama ini kita bina dan akhirnya segala yang pernah menjadi kebanggaan kita musnah dan terpaksa merangkak semula digaris permulaan.

Sunday, June 2, 2019

Serah zakat, Iftar di kuil KONGSI KEKUFURAN






Serah zakat, Iftar di kuil KONGSI KEKUFURAN

Dalam menangani isu orang kafir menyerahkan zakat dan jemputan majlis berbuka puasa di rumah ibadat orang bukan Islam ini ternyata masih ramai diantara kita termasuk mereka yang berotoriti dalam urusan agama pihak berkuasa negeri masih keliru. Tiada persepakatan dan ini amat menjelaskan kelemahan orang Islam di negara kita tentang kefahaman mereka terhadap agama mereka sendiri dalam menyesuaikan dengan nilai2 yang diperkenalkan oleh orang kafir.

Pesanan Allah yang diulang2 dalam Al Quran tentang bahaya kekufuran dan sikap orang beriman terhadapnya sepatutnya menjelaskan pendirian kita terhadap isu ini. Allah berpesan Janganlah kamu mati melainkan dalam agama Islam dan banyak ayat2 lain yang menzahirkan kebencian Allah terhadap dosa kekufuran iaitu mensyarikatkan Allah dengan lain2 sembahan seperti yang dilakukan oleh agama2 lain. Jauhnya berbedaan nasib dan ancaman siksa yang tiada kesudahan terhadap golongan yang menolak keesaan Allah di hari pembalasan amat menggerunkan.

Hal ini sepatutnya menanamkan rasa gementar dan ketakutan terhadap jiwa kita sebagai orang Islam apabila mendekati mahupun sekadar melihat dari jauh rumah ibadat dan simbol2 agama lain ini yang mana telah menjadi asbab jutaan manusia terpaksa menerima seburuk2 pembalasan di akhirat kelak.

Orang kafir mencipta nilai2 yang disifatkan sebagai sejagat memerangkap orang Islam untuk membenci agama sendiri. Apabila Islam tidak mengiktiraf agama lain.. Apabila Islam mahu meletakkan diskriminasi melalui sikap kita terhadap mereka yang bukan Islam.. Apabila kita mengasingkan barang keperluan mahupun tidak menjamah makanan yang mereka sediakan... Semua ini bertentangan dengan nilai sejagat ciptaan mereka dan Islam akan dianggap terasing, anti perpaduan dan keharmonian, malah memandang hina agama2 lain. Kita kemudiannya makin malu dengan ajaran agama kita sendiri dan mula melakukan penyesuaian untuk memuaskan hati penganut agama lain sungguhpun bertentangan dengan syarak.

Islam itu datang dengan sifatnya yang ungul sebagai satu2nya agama yang diiktiraf oleh Allah. Mana mungkin cahaya dan pentunjuknya dapat ditandingi oleh apa yang ada pada agama lain. Sikap baik terpuji yang dilakukan oleh penganut agama lain untuk mengambil hati umat Islam tidak sedikitpun melepaskan mereka dari tuntutan untuk mengakui keesaan Allah. Malah segalanya seperti debu ditiup angin dan tidak bermanfaat sedikitkan untuk menyelamatkan diri mereka dari siksa dosa kekufuran.

Meletakkan agama Islam seolah2 sama kedudukannya dengan agama2 lain adalah satu fitnah yang besar menggelapkan cahaya hidayah yang mungkin berasal dari batang tubuh yang sudah lama bergelumang dengan zulumat yang akhirnya sanggup berkongsi segalanya termasuk tempat kembali selepas mati.

Tuesday, May 14, 2019

DAH JADI MACAM SINGAPURA? BELUM.. DALAM PROSES





Cepat atau lambat Malaysia akan tetap jadi seperti Singapura. Lahirnya sebuah negara baru seperti Singapura amat bergantung kepada sokongan orang Melayu. Jauh berbeza dari Singapura pada hari ini, permulaannya masih mengekalkan identiti asal masyarakat setempat melalui perlembagaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Malah lagu kebangsaannya pun bertajuk MAJULAH SINGAPURA. Yusof Ishak sebagai tokoh wartawan dan pengasas akhbar Utusan Melayu yang terkilan dengan kerajaan Tunku diangkat menjadi Presiden pertama negara itu.

Perubahan dilakukan sedikit demi sedikit agar orang Melayu tidak menyedari apa yang sebenarnya berlaku demi mengelak risiko penentangan dari kaum itu. Disebalik janji manis dan harapan kehidupan orang Melayu akan menjadi lebih baik, mereka diperkenalkan polisi hak samarata antara kaum yang akhirnya menjadikan orang Melayu ketinggalan jauh dibelakang. Mereka juga dipecah2kan mengikut ethnik asal seperti Jawa, Bugis, Banjar, Boyan, agar dapat menghalang penyatuan orang2 Melayu dibawah satu panji.

Apa bezanya dengan apa yang berlaku di Malaysia? Dalam tempoh setahun pertama pemerintahan PH dasar hak samarata telah pun dilaksanakan dari segi peruntukan kewangan apabila kementeriannya diberikan kepada DAP. Institusi kewangan dan syarikat yang banyak membiayai kebajikan dan pembangunan orang Melayu dilelong asetnya atas alasan membayar hutang negara. Orang Melayu dipastikan tiada lagi tempat bergantung dengan ketiadaan bantuan dana malah disuruh pula berdikari. Orang Melayu akhirnya jatuh miskin tidak terbela dan menjadi hamba ditanah air sendiri.

Monday, May 13, 2019

MELAYU DIPERGUNA SEBAGAI ALAT MEDIA BUKAN BUMIPUTRA KERAJAAN PH






Modus operandi PH yang dikuasai bukan bumiputra nampaknya semakin jelas. Mereka mempergunakan Melayu PH dari Menteri ke Perdana Menteri untuk menjadi jurucakap dan melayan pelbagai persoalan manakala susuk yang menjalankan agenda anti bumiputra dan Raja2 Melayu melalui rektifikasi ICERD dan ICC atau Statute Rome adalah anggota PH bukan bumiputra.

Ia sudah tentu langkah yang perlu dilakukan agar dapat mengawal sentimen orang Melayu dan mengelakkan dari timbul kemarahan jika dapat tahu dalang yang bersungguh-sungguh ingin menghapuskan hak orang Melayu dan menghakis kuasa Raja-Raja adalah dari anggota PH bukan bumiputra.

Kini telah jelas cara mereka mempergunakan orang Melayu PH dan sudah pasti banyak lagi perencanaan yang merugikan orang Melayu termasuk pujukkan dari Tun Mahathir sendiri yang mengajak rakyat tidak lagi mengharapkan bantuan kerajaan adalah skrip yang ditulis oleh kumpulan bangsa pendatang dalam kerajaan PH ini.

Jadi apa lagi yang boleh diharapkan oleh penyokong kerajaan PH dari bangsa Melayu yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pemimpin Melayu dalam PH termasuk Tun Mahathir? Sudah pasti Tun Mahathir pada hari ini bukan lagi sama seperti siapa yang kita kenali selama ini. Lihat saja di dalam satu sidang media MOF di mana Lim Guan Eng menunjukkan buku RCI Skandal Forex yang melibatkan Tun Mahathir yang jelas kenyataannya dengan nada yang marah sambil berikrar mahu bertindak terhadap mereka yang terlibat sebagai satu ugutan kepada Perdana Menteri yang mungkin gagal mematuhi arahan atau kehendak beliau.

Melayu PH juga sangat efektif menjadi jurucakap media kerajaan dalam isu - isu sensitif Melayu Islam ini seolah-olah mereka terlibat secara langsung malah memberikan apa saja alasan bagi melengahkan tindakan protest pihak2 yang tidak bersetuju dan sekali gus apa yang menjadi perancangan kumpulan bukan bumiputra ini tidak terganggu termasuk rektifikasi Statute Rome ICC yang bakal menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu dalam menggunakan kuasa mereka atas alasan peribadi sekiranya ada pihak yang menghina dan sebagainya.




Thursday, May 9, 2019

SEJAK BILA ISU KAUM DAN AGAMA TIADA KAITAN DENGAN POLITIK ?






Takkanlah Melayu tak tahu orang cina sepakat sokong DAP kerana sakit hati cukai yang mereka bayar kepada kerajaan BN diguna untuk bantu pendidikan dan survival ekonomi orang Melayu. Isu ini amat popular dan alasan yang amat kuat untuk orang cina menolak BN sungguhpun pelbagai peruntukan diberikan ketika itu.

Bukankah isu ini tertegak atas platform PERKAUMAN? Bukankah selama ini isu kaum menjadi penggerak kepada kewujudan parti-parti politik untuk terus wujud dinegara kita? Adakah apabila penggabungan PAS dan UMNO berlaku maka barulah isu berkaitan Kaum dan agama ini tiba-tiba menjadi ancaman. Saya yakin jika perkauman menjadi ancaman maka DAP lah yang paling kuat meniupkan semangat perkauman dikalangan orang Cina hingga kini menzahirkan tindakbalas kemarahan orang Melayu melalui penggabungan PAS dan UMNO.

Ya, situasi ini boleh mewujudkan kedudukan yang tidak lagi selesa bagi orang Cina di negara ini. Orang Melayu semakin sedar kebaikan dan toleransi mereka terhadap orang Cina selama ini hanya memakan diri. Segala tindak tanduk DAP melalui kerajaan PH termasuklah melemahkan penguasaan aset strategik syarikat milik kerajaan yang menjadi kebanggaan orang Melayu akan membangkitkan kemarahan kaum majoriti itu.

Kuatnya penangan isu yang melibatkan orang Melayu ini akan memaksa kerajaan PH memujuk orang Melayu dengan memberikan pelbagai bantuan. Keadaan ini akan sekali lagi mewujudkan rasa tidak puas hati dikalangan orang Cina. Maka mereka perlu menjadikan isu kaum tidak lagi boleh dijadikan isu politik agar keadaan ini tidak berterusan.

Wednesday, May 8, 2019

TIDUR SELEPAS SAHUR KEMPUNAN LAYANAN VVIP





Alangkah ruginya mereka yang berjaya bangun menyediakan juadah dengan hiruk pikuk ahli keluarga terpekik terlolong mengejutkan mereka yang sukar bangun tidur, namun setelah bersahur mereka terus kembali ke tempat tidur dan kemudiannya terpaksa dikejutkan semula ketika masuk waktu Subuh.

Tahukah kita waktu apakah ketika kita bersahur itu?

Tahukah kita bahawa ada dua kumpulan manusia yang Allah panggil untuk dibenarkan masuk ke dalam Syurga serta merta ketika seluruh manusia berkumpul di padang Mashyar  iaitu sebelum hisab atau pengadilan dijalankan? Dua golongan elit dilayan bagai VVIP meninggalkan yang lain untuk menghadapi saat yang paling mendebarkan.

Layanan istimewa ini diberikan kepada mereka yang bangun malam bersolat tahajjud ketika yang lain sedang lena dibuai mimpi dan mereka yang sentiasa dalam keadaan memuji muji Allah.

Ramadhan bulan yang penuh dengan ganjaran yang dilipatkaligandakan tersembunyi amalan istimewa golongan manusia terhebat namun disia-siakan dengan dengan kajahilan kita tentangnya. Ibadah kita tempelkan dengan objektif yang palsu sedangkan yang benar-benar menjadi buruan diabaikan.

Inilah masa untuk melatih diri agar tidak liat bangun waktu tahajjud dan akhirnya menjadi kebiasaan untuk dijadikan amalan melengkapkan syarat-syarat khas untuk dipilih sebagai ahli kumpulan elit VVIP ketika jutaan manusia dalam kekesalan.

BELAJAR DARI KESILAPAN DAN TUNGGU PRU 15






Itulah yang perlu dilakukan majoriti rakyat Malaysia yang baru tersedar dengan kesilapan yang telah mereka lakukan pada PRU setahun yang lalu. Hari ini genaplah sejarah kebodohan dan kejahilan pengundi di negara ini tidak mengira kaum dan agama.

Mereka memilih untuk belajar dengan melakukan kesilapan setelah tidak mempedulikan proses menilai kebenaran atau tidak peka dengan latarbelakang parti2 yang terlibat dalam kancah politik negara.

Pengalaman itu guru yang terbaik namun ia memaksa mereka untuk membayar dengan nilai yang cukup mahal. Sungguhpun tidak mampu untuk mengundurkan semula masa namun mereka berharap kerosakan yang terus berlaku selagi kerajaan PH memerintah ini dapat dipulihkan secepat mungkin apabila BN kembali berkuasa.

Tuesday, May 7, 2019

IPIC YANG CURI NAJIB YANG KENA




Kerajaan PH sepatutnya teruskan menuntut bayaran penuh wang 1MDB yang diselewengkan oleh pegawai IPIC kerana mereka sepatutnya bertanggungjawab kerana gagal memegang amanah. Kenapa perlu tuntut dari pihak yang tiada kene mengena secara terus dan tidak dapat beri jaminan keseluruhan wang akan dikembalikan?

Hakikatnya 1MDB dan Najib adalah pihak yang dianiaya oleh IPIC tetapi Kerajaan PH mengambil kesempatan untuk membina persepsi Najib yang mencuri wang yang dilesapkan pegawai IPIC untuk terus mendapat sokong rakyat yang selama ini percaya pembohongan PH.

Kita rakyat Malaysia sebenarnya telah kehilangan pemimpin negara yang benar2 berupaya membawa Malaysia kearah yang lebih baik. Bukti nilai Bandar Malaysia yang mencecah USD 140 BILLION hasil pelaburan 1MDB yang kini menjadi rebutan kroni PH tidak dapat lagi menyorokkan kehebatan pemimpin bernama Najib Razak.

Kini negara kita terus sengsara digantikan dengan pemimpin yang hanya tahu menyalahkan kerajaan terdahulu dalam masa yang sama membawa malapetaka ekonomi memangsakan semua rakyat Malaysia yang sebelum ini terpedaya dengan cara kotor mereka untuk merampas kuasa.

Thursday, April 25, 2019

SIAPA PERANGKAP DATO SERI NAJIB?





Alhamdulillah! Nampaknya kes Dato Seri Najib semakin jelas membuktikan beliau tidak bersalah. Tindak tanduk pendakwaan yang takut untuk mendedahkan sebahagian besar penerima wang dari SRC selain Dato Seri Najib bakal meruntuhkan kes ini.

Hanya penerima2 lain selain  Dato Seri Najib dapat menerangkan apakah kepentingan mereka pula mendapat dana dari akaun yang sama. Ia bakal mendedahkan identiti individu yang bertanggungjawab memasukkan wang ke akaun Dato Seri Najib dan apakah motif beliau berbuat demikian.

Tuesday, April 16, 2019

HARAM SOLATKAN JENAZAH MAHATHIR?





Mungkin agak keterlaluan namun inilah hakikat yang berlaku sungguhpun ketika zaman Rasulullah masih hidup. Kelibat manusia yang berpura-pura Islam ini semakin berani berdiri ditengah-tengah khalayak ramai mendabik dada dengan perbuatan yang langsung tidak menggambarkan akhlak Islam yang sebenar. Demi politik sanggup lakukan apa saja dan mengheret seberapa ramai untuk turut sama terlibat dalam aktiviti propaganda bergelumang dengan penipuan dan pembohongan.

Islam mengajak manusia agar lebih mencintai kehidupan akhirat kerana Allah tahu kecintaan manusia terhadap dunia ini amat sukar dihakis sungguhpun telah berada dihujung usia. Manusia yang putus harap terhadap kehidupan akhirat akan berterusan melakukan kerosakan semahunya dimuka bumi.

Bukan terlalu teruja untuk menghukum namun umat Islam perlu disedarkan dari bahaya manusia yang rosak lagi merosakkan berselindung dengan kehidupan penuh kepura-puraan. Setiap kumpulan manusia mempunyai pemimpinnya sendiri. Maka awasilah kerana kita akan dibangkitkan diakhirat kelak bersama pemimpin yang kita ikuti.

Politik mungkin bagi sesetengah pihak hanya permainan dan ada yang menghalalkan cara demi mencapai matlamat tertentu. Namun politik juga adalah ciptaan Allah untuk menguji sejauh manakah kita sanggup berpegang teguh dan terus taat kepada perintah Allah walau bagaimana besar pun desakkan kumpulan manusia membawa pelbagai cerita yang entah mana datang asal usulnya demi menjatuhkan pihak lawan.

Wujudkah SIMUNAFIK dizaman ini? Ini bukan kisah dongeng malah kisah golongan munafik banyak dikisahkan dalam sirah nabi mahupun Al Quran. Kecaman terhadap golongan ini sangat keras kerana sifat khianatnya merosakkan umat Islam dari dalam. Umat Islam sentiasa diingatkan terus berwaspada dengan golongan ini kerana ia berada dicelah2 umat bersolat dan berpuasa seperti tiada cela yang dibawa.

Oleh kerana golongan ini membawa mudhorat maka Islam telah pun mendedahkan ciri-ciri SIMUNAFIK agar kita menjauhinya dan tidak terjerumus dalam tipu daya dan helah serta kepura-puraannya. Namun ciri2 Munafik yang boleh dikatakan kemuncak pengkhianatan seperti yang di kisahkan dalam Sirah Nabi dan Al Quran ialah apabila mereka bersekongkol dengan musuh Islam untuk menghancurkan orang Islam. Kasemua ciri-ciri munafik termasuk kesanggupan mereka untuk bersekongkol dengan musuh Islam telah dipenuhi oleh MAHATHIR dan kaum pengikutnya.

Kini terpulanglah kepada kita sebagai umat Islam yang taat kepada ajaran agama dan menyokong penyatuan ummah untuk membuat keputusan sama ada larangan Allah untuk solatkan jenazah golongan MUNAFIK ini terpakai atau tidak terhadap Mahathir dan pengikutnya.

Thursday, April 11, 2019

HENTIKAN TROLL MASA UNTUK SERIUS MELAWAN




Saya rasa TROLL bukan lagi pendekatan yang sesuai untuk menegur kerajaan. Soal melibatkan kepentingan negara, umat Islam dan keturunan bangsa kita bukan sesuatu yang boleh dipersendakan.

Apa yang kita dapat dari troll hanyalah gelak ketawa padahal rakyat perlu disedarkan dengan membawa mesej yang serius dan tegas.

Troll mungkin mudah difahami dan cukup memalukan mangsanya. Namun kesannya tidak mengharapkan apa-apa kebangkitan sebagai susulan tindakan.

Padahal kita perlu bergerak cepat menyedarkan seberapa ramai masyarakat bukannya tersandar menahan sakit perut tertawakan lawan sebagai kemenangan.

JANGAN MENGUNGKIT. KITA DAH JADI PEMBANGKANG



Saya rasa semua orang UMNO kene duduk berbincang.

Mana yang tersilap elok akui dan minta maaf. Tak guna kita mengungkit2.

Kita perlukan mereka2 kembali sedar dan berkerja dengan satu matlamat.

Kita dah jadi pembangkang. Tak perlu tanya apa sebab saya kata macam ni lagi.

RAJA-RAJA PERLU BERTINDAK





Raja pemilik asal negara ini. Demokrasi hanya melantik wakil dipilih rakyat bagi menjalankan tangungjawab mengurus negara dan negeri2 bagi pihak Raja2. Perdana Menteri yang pertama pun datang dari anak raja.

Keturunan bangsawan mewarisi hinggalah giliran anak perantau yang bukan siapa2 tiba2 saja mempersoal, memperlekeh dan mencabar kuasa raja2.

Apabila kaduk naik junjung inilah jadinya. Raja2 perlu bertindak agar negara sentiasa ditadbir oleh individu yang benar2 layak dan menghormati sistem beraja di negara ini.

Wednesday, April 3, 2019

TUNKU BUANG SINGAPURA KERANA NAMPAK BAHAYA CINA





Bila cakap pasal Singapura yang jatuh ketangan bangsa pendatang je ade yang tuduh ia kerja Tunku..

Tunku dipaksa terima Singapore oleh British jika mahu Merdeka.. Singapore terlalu ramai Cina.. Sebab tu Tunku akhirnya keluarkan Singapura dari Malaysia.. Ketika itu Lee Kuan Yew dah hasut Sabah Serawak untuk keluar dari Malaysia.

Keadaannya tidak sama dengan tindakan sesetengah orang Melayu yang sanggup serahkan kuasa kepada cina DAP hanya kerana dengki sesama bangsa.

Friday, March 29, 2019

DUIT KERAJAAN BANYAK. PH YANG SEKAT HAK RAKYAT






WAKIL RAKYAT SERAWAK pun kata memang bodohlah siapa yang percaya dengan alasan kerajaan membatalkan banyak projek rakyat kononnya tiada duit disebabkan menanggung kerosakkan yang dilakukan BN. Semua projek itu akan tetap diteruskan jika BN menang. Yang buat ia terhenti dan disekat hanyalah kerana PH telah menggantikan BN.

PH yang sebenarnya mengamalkan polisi tidak mengutamakan rakyat. Duit kerajaan SANGAT BANYAK dan PH hanya menjadikan BN sebagai kambing hitam untuk menyembunyikan imej kotornya. 

Perbuatan PH ini sebenarnya adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat negara ini. Kekejaman kezaliman PH yang menafikan hak rakyat untuk menjalani kualiti kehidupan lebih baik seperti mana yang dirancang oleh BN perlu ditentang habis-habisan oleh setiap rakyat.

Rakyat tidak sepatutnya terus diperbodohkan dengan alasan-alasan basi rekaan pemimpin PH yang sedang secara halus dan licik merompak khazanah kekayaan rakyat negara ini hingga licin sebelum penggal mereka tamat.

PEMIMPIN PH LEBIH KEBAL DARI RAJA




Dari kes rakam bawah skirt sampai rasuah terowong 350 Juta, malah kes hasutan mendiang Karpal pun masuk dalam list dilepaskan begitu sahaja.

Kalau orang lain buat tapi bukan anak Lim Kit Siang atau kroni Pakatan Harapan tak boleh lari termasuklah pengundi mereka sendiri.

Jadi undang2 ditangan mereka. Mereka lebih kebal dari raja2. Boleh buat apa sahaja yang mereka suka dinegara ini tanpa diadili atau bimbang dikenakan tindakan undang2.

Saya nasihatkan rakyat biasa jauhkanlah dari pemimpin dan kroni Pakatan Harapan kerana jika mereka menyebabkan kematian atau mengambil apa2 hak anda maka anda tidak akan mendapat keadilan. Mereka lebih bebas melakukan apapun jenayah tanpa ragu.

Sunday, March 24, 2019

DENGAN RAJA PUN MELAYU NAK DENGKI




Hebatnya orang Melayu dengan sikap dengki bukan lagi dengan adik beradik dan rakan taulan, dengan raja2 pun mereka boleh timbul perasaan dengki. Walaupun lahir dari rahim sipenjual nasi lemak atau si penoreh getah, itu bukan halangan untuk mereka mengidamkan apa yang dikalangan raja2 ada. Raja nak berniaga dapat projek di tanah jajahan sendiri pun nak dipersoalkan. Mana dia kesetiaan dan ketaatan orang melayu kepada raja sendiri.

Raja adalah pemilik kerajaan. Kerajaan yang mempunyai syarikat2 yang maju memberi sokongan kepada kerajaan untuk membela rakyat. Atau melayu lebih rela serahkan kepada kapitalis cina untuk menguasai negara? Apa kepentingan mereka nak jaga orang melayu? Buat program biasiswa pun semua bagi kat bangsa mereka sendiri. Belum lagi jawatan2 penting dalam syarikat meminggirkan melayu yang layak. Raja2 sudah tentu ada yayasan dan tabung sumbangan dari syarikat2 milik kerajaan. 

Sampai bila kita nak dibelenggu dengan sikap dengki yang tidak bertempat? Adakah kita mahu raja2 dihalau daripada Istana seperti di Singapura baru kita boleh hidup dengan tenang?

Sunday, March 17, 2019

BENCANA PASIR GUDANG SERIUS KE TAK?



Hanya separuh dari masyarakat Pasir Gudang tadi saya lihat tidak mengenakan face mask. Padahal keadaan berbeza di Stadium Pasir Gudang apabila semua mengenakan face mask dan kakitangan frondesk siap dengan baju khas. Sudah pasti mereka sentiasa dalam keadaan bersiapsiaga tahu dan sedar tentang bahaya dan risiko yang mereka hadapi berbanding penduduk pasir gudang sendiri.

TAKUT PANIK

Oleh kerana MB sendiri menyatakan bahawa perkara pertama yang menjadi keutamaan beliau ialah tidak mahu orang ramai panik maka sudah pasti dalam membuat sebaran maklumat terdapat maklumat yang dianggap serius dan berbahaya dielakkan dari terlepas kepada pengetahuan ramai.

Sebagai contoh maklumat bahawa kawasan pencemaran bukan hanya di sungai kim kim, Menteri terpaksa menggunakan media untuk beri amaran kepada pengilang supaya jangan membuat sebarang pembuangan sisa toksid secara panik. Melalui hebahan ini sudah pasti menteri mempunyai maklumat berkenaan penemuan lokasi baru. Sehingga kini tiada hebahan media secara rasmi tentang penemuan sisa kimia berbahaya itu di lokasi baru iaitu Sungai Masai. Mereka hanya diingatkan bahawa keadaan udara di Pasir Gudang belum benar2 selamat.

SOP di pusat rawatan kecemasan pula yang mahu pesakit mandi dan menukar pakaian sebelum masuk ke dalam kawasan rawatan memberi gambaran betapa berbahayanya bahan pencemaran ini hingga jika terdapat bahan tersebut pada pakaian pun boleh mendatangkan mudhorat.

Bencana toksid ini adalah merupakan bencana yang buat pertama kali dihadapi oleh semua pihak. Tidak seperti kejadian jerebu dan banjir sebelum ini, banyak perkara yang masih tidak jelas dan hanya boleh diberikan jawapan setelah melalui kajian teliti. Baik dari pihak petugas mahupun masyarakat masih bingung apa yang perlu dilakukan. Bagi mereka yang mengambil berat dan sedar tentang bahaya bencana pencemaran toksid ini mereka segera mencari jalan meninggalkan kawasan. Ada juga yang tak mahu bertindak apa2 dan menganggap hebahan di mediasosial hanya perbuatan nakal mengganggu ketenteraman ramai.


#PRAYFORPASIRGUDANG

Saturday, March 16, 2019

HOLYWOOD BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEGANASAN DI NEW ZEALAND






Siapa pernah saksikan filem Sicario : Day of the Soldado? Salah satu babak di sebuah pasaraya seperti yang dibincangkan dalam screenshot ini amat menyayat hati.

Setelah 2 pengganas Islam (Bom diletupkan sambil pengganas mengangkat tangan berdoa dengan menyebut nama Allah) berjaya meletupkan diri, rakan mereka yang sepatutnya meletupkan bom yang ke 3 masih teragak2 mengambil sedikit masa dihampiri seorang Ibu bersama anak perempuan yang ketakutan merayu agar mengizinkan mereka keluar dari pasaraya tersebut. Namun pengakhirannya menyentap hati sesiapapun yang menontonnya  meninggalkan rasa geram, benci dan terkilan yang amat walaupun ia sekadar babak dalam sebuah filem.

Terkini bukan sahaja SKMM malah Facebook dan beberapa platform perkongsian media sosial bertindak mengharamkan rakaman pembunuhan beramai2 umat Islam yang sedang menunaikan solat Jumaat (Mendengar Khutbah) oleh pengganas kulit putih di Christchurch, New Zealand.

Alasan mereka ialah rakaman tersebut amat menyinggung dan boleh meninggalkan kesan buruk selain tidak menghormati mereka yang sedang bersedih dengan kehilangan ahli keluarga dalam insiden itu. Namun persoalannya bagaimana pula dengan deretan filem Holywood yang masih menampilkan babak pengganas Islam dijaja ke seluruh dunia hingga memarakkan lagi kebencian seluruh dunia terhadap agama Islam?

Walaupun ia sekadar filem, dengan teknologi canggih pembikinan filem masa kini gambarannya amat realistik hingga kelihatan ia seperti benar2 berlaku.

Saya sebagai peminat filem aksi terutama sekali dari tema ketenteraan atau taktikal yang melibatkan banyak penggunaan senjata api apabila menyaksi video yang diharamkan seluruh dunia itu saya seolah2 tidak dapat membezakan kejadian itu dengan babak dalam filem Holywood.

Jelas pengharaman video ini hanya menggambarkan ketakutan orang kulit putih bukan Islam yang rasa terancam sekiranya kejadian yang amat menyayat hati pembunuhan kejam yang menyasarkan rumah ibadat orang Islam itu bakal memarakkan kebencian kepada mereka.

Oleh itu dimanakah keadilan terhadap orang Islam apabila filem Holywood pula bebas menyebarkan kebencian seluruh dunia terhadap umat Islam dan mungkin juga menghasut keganasan dilakukan terhadap penganut agama itu?




Friday, March 8, 2019

KALAU MELAYU TAK SEDAR LAGI TAK TAHU LAH





"KALAU MELAYU TAK SEDAR LAGI TAK TAHU LAH"

Inilah yang selalu diulang-ulang oleh bapak setiap kali saya menjenguknya. Berbaki 2 bulan sahaja lagi maka cukuplah setahun negara kita buat kali pertamanya sejak merdeka berada dibawah kuasa DAP. DAP yang sekian lama dibiar terus hidup setelah jelas berniat jahat terhadap kedudukan orang Melayu dan tidak langsung menghormati Perlembagaan Negara tentang agama Islam. Padahal Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang dikatakan agen UMNO telah lama diharamkan. Mungkin UMNO tidak fikir DAP mampu mendapatkan cukup sokongan untuk menumbangkan parti itu dan mereka juga percaya akan terus mendapat sokongan orang Melayu yang membentuk kumpulan majoriti pengundi di negara ini.

Namun, zaman sudah berubah. Benih ditabur dahulu kini telah membuahkan hasil. Jika duhulu mereka di bangku sekolah dan universiti, kini anak-anak Melayu yang bangkit dari kemiskinan memegang jawatan penting di dalam organisasi besar. Mereka mungkin tidak pernah merasai kerut dahi ayah dan ibu ketika mencongak belanja yang perlu diketepikan untuk membiayai perjalanan pertama mereka ke universiti. Malah mungkin sudah timbul rasa benci untuk mengenang saat dibesarkan di pondok kecil dan sempit, ke sekolah dengan kasut yang koyak dan berlubang hingga terpaksa diseret. Kehidupan baru mereka dibandar besar ternyata cukup hebat hingga mereka anggap ia sekadar nasib yang hadir secara tiba-tiba.

Saya bersama rakan-rakan lain secara konsisten sejak 10 tahun dahulu telahpun mengingatkan orang Melayu bahawa apa yang mereka nikmati pada hari ini boleh hilang jika UMNO hilang kuasa. Mungkin kini ramai yang sudah hidup senang tetapi perlu ingat masih ramai lagi Melayu lain yang miskin perlu dibantu. Bahkan tiada jaminan anak dan keturunan kita sendiri boleh bernasib baik seperti kita atau mungkin hanya sekadar berebut hasil peninggalan apabila kita meninggal dunia nanti.

10 tahun dahulu kami hanya sekadar membuat simulasi berdasarkan agenda tersurat melalui tindak -tanduk parti DAP dalam banyak isu negara dan menjelmakan keinsafan melalui nasib orang Melayu di Singapura untuk dijadikan sempadan menduga bahaya agenda tersirat. Namun ada Melayu begitu yakin itu semua tidak akan berlaku kerana negara masih mempunyai perlembagaan dan Raja-raja. Ada juga yang menganggap kami hanya berpropaganda untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin ketar lutut takut hilang pangkat dan jawatan.

Kini 10 bulan telah berlalu. Masa untuk bersimulasi telah lama tamat. Hanya memperhatikan apa yang dijangka berlaku..  terjadi satu persatu. Kalau Melayu tidak sedar lagi aku tak tahulah..






Tuesday, February 26, 2019

PERKAHWINAN NABI PANDUAN ORANG ISLAM ..BUKAN UNTUK ORANG KAFIR




Nabi berkahwin dengan Aisyah dikata orang kafir sebagai PEDOFILIA. Itu sudah memang sikap orang kafir sentiasa ingin memburuk2kan Islam dan merosakkan pegangan orang Islam. Umur 9 tahun mungkin masih kategori kanak2 bagi zaman ini. Namun perkembangan kanak2 pada usia itu secara biologinya sudahpun bermula kitaran haid membuktikan Islam menepati ciri2 agama FITRAH yang didatangkan terus dari Tuhan yang menciptakan manusia.

Kehidupan Nabi Muhammad yang menjadi rujukan bagi seluruh umat Islam hikmahnya menjadikan perkahwinan Baginda dengan Siti Aisyah sebagai panduan bahawa itulah usia paling muda dibolehkan untuk dikahwini. Zaman mutakhir mengelaskan umur itu sebagai masih kanak2 adalah mengambil kira proses pendidikan kanak2 yang umumnya hanya akan tamat antara 6 hingga 8 tahun kemudian.

Jika perkahwinan Baginda ini disifatkan sebagai salah satu jenayah PEDOFILIA maka tuduhan itu natijah dari kejahilan dan sikap orang kafir yang tidak mahu memahami tetapi hanya berminat untuk menghina.

NAZRI AZIZ YANG LIBERAL KINI DIPANGGIL RASIS APABILA PEGUAM NEGARA TINDAS MELAYU





Nazri Aziz yang dulunya merupakan figura UMNO paling liberal kini diserang dituduh sebagai RASIS hanya kerana menyuarakan pendapat tentang kedudukan jawatan2 tertentu sepatutnya dijawat oleh anak Melayu Islam.

Bagi saya Nazri Aziz adalah orang yang paling layak untuk bercakap tentang hal ini kerana ia menandakan kekecewaan Nazri yang sebelum ini cuba memperlihatkan imej UMNO sebagai inclusive terhadap kaum2 lain.

Beliau sudah tentu kecewa apabila mendapati kaum lain apabila dilantik ke jawatan2 penting negara mereka menjadi PREJUDICE terhadap Melayu Islam dan melebihkan kaum sendiri.

Dalam kes ADIB adalah menjadi bukti yang jelas Peguam Negara bersikap berat sebelah hingga ke saat ini tidak berani membuat sebarang pendakwaan kerana yang terlibat adalah dari kaum India.

Sebagai individu yang pernah menjadi Menteri Perundangan sudah tentu Nazri Aziz sekali lagi orang yang paling layak untuk mempersoalkan kredibiliti Peguam Negara. Sudah tentu Peguam Negara akan menjadi tumpuan serangan orang Malayu Islam yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan mengendalikan kes Adib. Ia juga bakal menjadi rujukan buat selama2nya bahawa memiliki status WARGANEGARA dari kaum bukan Melayu dinegara ini tidak lagi boleh dipercayai untuk menjadi individu yang adil terhadap semua rakyat dinegara ini.

Tomy Thomas menjadi ukuran bahawa kaum2 lain selain Melayu Islam tidak layak untuk menjawat jawatan penting dalam negara jika mahukan Malaysia jadi sebuah negara yang ADIL.

Saturday, February 23, 2019

UNDI TIDAK PERCAYA SEBAGAI UGUTAN JIKA GAGAL PISAHKAN UMNO DAN PAS?






Tak mahu tulis panjang.. Inipun hanya spekulasi yang bertujuan untuk membina persepsi.  Sudah tentu pertemuan TGHA dan Mahathir tempohari memberi kelebihan kepada TGHA untuk kita percayai apakah sebenarnya yang sedang berlaku dalam PH sekarang.

Mahathir mungkin diugut oleh DAP dan PKR agar memaksa TGHA menjauhkan PAS dari UMNO. Sekiranya tidak mereka akan usulkan undi tidak percaya bagi menggulingkan Mahathir. Sebab itulah apabila TGHA nyatakan kesanggupan untuk menyokong Mahathir jika berlaku undi tidak percaya Mahathir jawab beliau mahu lihat apa yang dikatakan TGHA itu benar.

Pengumuman TGHA memberi peluang kepada Mahathir untuk menyekat hasrat usul undi tidak percaya itu dari diteruskan.. Persepakatan UMNO dan PAS ketika ini amat jitu hingga ia amat membimbangkan PH. Malah dari segi undi yang dimenangi PAS ketika PRU 14 jika dicampurkan dengan UMNO sudah pasti kedudukan dalam Perlimen amat berbeza.

Dalam keadaan rakyat telahpun memahami apakah untuk mereka mengundi PH tempohari sudah pasti PH hanya perlu bersiap2 untuk meninggalkan Putrajaya menjelang tamatnya penggal dan menerima hukuman tindak balas dari kerajaan perpaduan melayu Islam.

Friday, January 18, 2019

PENJAJAHAN CINA TERHADAP TANAH MELAYU?



Sewaktu ketika dahulu apabila isu penjualan beberapa kawasan tanah tambak disensasikan oleh Mahathir, maka ramailah yang sanggup memburuk-burukkan keluarga di-Raja Johor. Mahathir mengaitkan ia sebagai satu bentuk PENJAJAHAN yang kononnya bakal menyebabkan negeri selatan tanah air itu dihuni oleh warga asing hingga rakyat tempatan merasa terancam, Padahal ia tidak lebih daripada sekadar transaksi perniagaan hartanah biasa berlaku dimana-mana negara yang mengamalkan ekonomi bebas. 

Perkataan PENJAJAHAN ketika itu amat berkesan membangkitkan kemarahan kerana ia cukup mudah difahami dan tindakbalasnya tidak perlu diajar. Namun adakah boleh perkataan yang sama kita gunakan terhadap situasi politik negara masakini yang amat jelas dikuasai sebuah parti berasaskan kaum cina? Bolehkah kita anggap melayu telah dijajah oleh cina sedangkan kedua-dua bangsa itu membentuk kumpulan terbesar rakyat Malaysia? 

Penjajahan juga membawa maksud penindasan. Menguasai pemerintahan negara adalah kedudukan yang amat selesa untuk digunakan bagi menindas pihak lain. Tetapi bukankah baik melayu mahupun cina kedua-duanya tetap merupakan rakyat Malaysia? Itu semua bergantung kepada tahap integrasi yang berlaku diantara kedua-dua kaum. Sekiranya terdapat jurang pemisah yang cukup besar maka memegang status kerakyatan yang sama bukan sebab kukuh mereka saling menghormati dan membawa hasrat yang sama dalam mengemudi negara. 

Jika diambil kira kedudukan Melayu dalam Perlembagaan Negara maka ia membawa maksud sungguhpun cina yang diberi kuasa untuk memerintah negara, mereka TETAP perlu memberi khidmat yang terbaik bagi memastikan bangsa melayu diperkasa dan diberi segala macam bentuk bantuan mengatasi kaum-kaum lain di negara ini. Memang cukup harmoni jika hal itu berlaku. Namun apa yang berlaku disebabkan tolak ansur pemimpin melayu yang cukup longgar dalam membentuk identiti rakyat negara ini menyebabkan cina dan melayu dipisahkan sejak alam persekolahan lagi. Apabila kurangnya persefahaman yang dibentuk secara semulajadi maka mereka sangat bergantung kepada prasangka. Mereka mula menganggap kedudukan mereka boleh terancam dan saling bersaing untuk kelangsungan bangsa masing-masing. 

Apakah benar cina kini MENJAJAH melayu? 

Kita masih mempunyai seorang Perdana Menteri Melayu dan nisbah kedudukan Menteri Kabinet yang seimbang antara kaum. Namun harus diingat di dalam buku sejarah, orang melayu diceritakan telah bersilih ganti DIJAJAH oleh Portugis, Jepun dan Inggeris sungguhpun Raja-Raja Melayu tidak pernah turun tahta sejak beratus tahun lamanya. Melayu telah dijajah kerana mereka tidak bebas mengutip hasil bumi mereka untuk kepentingan bangsa mereka sendiri. Mereka terpaksa tunduk dengan syarat dan perjanjian British yang berkuasa melalui penempatan residen Inggeris di negeri-negeri sebagai penasihat Sultan. 

Bagaimana pula dengan situasi kerajaan mutakhir ini? Jawapannya ia bergantung kepada syarat-syarat dan perjanjian diantara pemimpin politik yang membentuk kerajaan. Pembahagian beberapa jawatan strategik, keputusan-keputusan yang telah diambil kerajaan serta peruntukan kewangan dapat memberikan mesej yang cukup jelas untuk membantu kita bagi menjawab sama ada benarkah pernyataan bahawa  melayu kini sebenarnya telah DIJAJAH oleh orang cina.