Thursday, December 24, 2015

Syaitan Bertopengkan Ulamak





Pernah dulu Mufti Perlis Dr Asri tersenarai antara mereka yang dikehendaki KDN dalam menyebarkan fahaman keganasan NAMUN dibantu oleh KJ dan akhirnya nama beliau dikeluarkan..

Cukuplah dengan kenyataan beliau yang menghalalkan rakyat menggulingkan kerajaan "zalim" menjadi antara sebab utama berlakunya Ara

b Spring yang akhirnya kekuatan orang Islam musnah. Kini mengharapkan simpati bertebaran diseluruh dunia sebagai pelarian.

Monday, December 14, 2015

TITIK KEPUASAN DALAM KEHIDUPAN



Masa zaman kita masih muda.. Kita mendambakan kehidupan yang lebih senang di masa hadapan...

Apabila sudah senang maka umur pun makin lanjut.. Kita berangan pula agar dapat kembali ke masa muda tanpa pedulikan kehidupan ketika itu yang serba kekurangan..

Inilah realiti hidup.. Takkan ada satu titik kepuasan yang dapat kita temui.. Kabahagiaan yang hakiki hadir apabila kita sentiasa berusaha untuk bersyukur dan memperbaiki amalan kita.

Friday, December 4, 2015

ALLAH DAH BAGI JAWAPAN KEPADA TUN BAGI PIHAK ANWAR



Ternyata Tun tidak mempunyai apa-apa bukti mengaitkan 1MDB dengan sebarang salahlaku penggunaan dana awam. Dalam penulisan kali ini Tun seolah-olah menganggap syarikat tersebut bertanggungjawab untuk melapor segala aktiviti dan transaksi kewangan mereka. Tun harus sedar Tun tidak lagi berada dalam kerajaan. Saya yakin Tun semakin galak memanipulasi dan menimbulkan isu apabila Tun berjaya mendapat perhatian syarikat itu.

Pada hakikatnya mereka tidak perlu langsung melayan tuduhan Tun dengan prasangka yang berubah-rubah tanpa rasa malu dan bertanggungjawab. Telah ramaipun dikalangan rakyat yang selama ini mengagumi Tun termasuk saya sendiri jemu dengan tindakan Tun sejak akhir-akhir ini.

Walaupun ada banyak maklumat tentang motif Tun bertindak sedemikian yang dikatakan hanya bersifat peribadi, saya tetap serahkan kepada Tun untuk berlaku jujur di hadapan masyarakat dan menghargai kesetian mereka terhadap Tun dengan memperbaiki keadaan dan menjelaskan duduk perkara yang sebenar.

Tun harus sedar Tun kini hanyalah rakyat biasa yang tidak sepatutnya melancarkan gerakkan menggugat kedudukan Perdana Menteri negara kita. Ia adalah tindakan yang bersifat tidak patriotik dan merosakkan nilai-nilai murni yang sepatutnya diwarisi generasi selepas Tun pergi.

Saya menarik nafas dalam apabila mengenangkan mereka seusia Tun sudah tidak ramai masih kelihatan berjalan di atas muka bumi. Masa semakin suntuk untuk Tun membuat pembetulan. Mungkin juga sudah terlambat untuk Tun membersihkan nama kerana saban hari ada sahaja cemuhan daripada penyokong kerajaan Dato Seri Najib Tun Razak membuktikan kehebatan jentera perang cyber mereka dalam membenamkan imej ramai musuh politik Najib tanpa belas kasihan.

Mungkin sahaja kedudukan Tun kini tiada beza dengan Anwar Ibrahim yang akhirnya membuktikan penginayaan Tun terhadap beliau sudah dijawab oleh Allah.





Wednesday, December 2, 2015

SEMUA NAIK : GILIRAN SELANGOR DIANAK TIRIKAN




JIKA dulu KELANTAN jadi negeri yang termundur. Serba serbi ketinggalan dari lain2 negeri di Semenanjung. Katanya mungkin akibat diskriminasi politik BN terhadap negeri yang dikuasai pembangkang.

KINI apa kisahnya dengan negeri SELANGOR? Sepatutnya tiada masalah kerana Selangor adalah negeri TERKAYA dan TERMAJU di Malaysia.

Oh... ada juga caranya nak balas budi pengundi Selangor.. Biarkan saja mereka menjerit kerana segala macam kenaikan harga... Boleh kira kos sara hidup mereka menjadikan lebih ramai termasuk dalam golongan MISKIN BANDAR walaupun bergaji besar. Dari Tol, ERL, Metrobus, rumah dibiarkan saja oleh kerajaan BN.

Pergilah mengadu kepada kerajaan negeri yang kamu angkat masuk ke penggal ke 2.. BN sudah tidak berminat lagi untuk mendapatkan Mu..

Wednesday, November 25, 2015

MUNGKIN KITA DITAKDIRKAN UNTUK KE NERAKA?



Di zaman serba canggih ini kita tahu banyak perkara. Malah kita juga tahu perkara-perkara lain yang tidak berkaitan dengan kehidupan kita. Tahu sesuatu perkara tidak bermakna menjadikan diri kita seorang yang berbeza. 

Syurga Neraka.. Tidak perlu jadi orang Islam pun ramai saja yang tahu. Apa gunanya ada Syurga Neraka jika tidak memberi kesan kepada tingkahlaku kita. Sama ada Syurga atau Neraka, tiada tekanan langsung buat diri kita untuk memikirkannya kerana sehingga saat ini setelah dosapun tidak lagi mampu untuk dikira, barang Syurga mahupun Neraka tak seorang pun diantara kita pernah melintasi salah satu daripadanya.

Di manakah takdir kita? Syurga atau pun Neraka mungkin sesuatu yang kita boleh tundakan jauh ke belakang hari jika ada masa. Namun jawapannya sudah ada. Ia bergantung kepada setiap amalan kita. Tahu tentang DOSA dan PAHALA sentanding para sarjana bidang agama masih bukan satu kelebihan untuk kita mampu mengelak dari terhumban ke dalam Neraka dan masuk ke dalam Syurga. 

Bulan dan matahari silih berganti, selagi nyawa dikandung badan, selagi akal masih cergas berfungsi, barang sesaatpun kita tidak terleka dari setiap amal perbuatan yang kita lakukan. Malah semuanya dilakukan atas pilihan sendiri,  tidak pernah sekali pun dipinggirkan dari dijemput untuk membuat keputusan. 

Tahu bermacam perkara, takkan boleh keliru dalam memilih sama ada mahu ke Syurga atau ke Neraka. Namun setiap kali keputusan yang dibuat, Syurga Neraka tidak pernah diambil kira. Tambah malang apabila tiba peluang amalan menjanjikan pahala dibiarkan berlalu tanpa kesal, sekilas melintas kerlipan dosa menggoda sanggup dinanti walaupun perlu bersengkang mata. Soalanku jika benar kita sudah tahu semua mengapa kita tidak mampu untuk menolak dosa? 

Mungkin kerana kita sudah ditakdirkan untuk dilempar ke dalam Neraka. Dan Naraka itu telah diciptakan untuk kita. 


Tuesday, November 24, 2015

TUN M OBJEK SENTIMENTAL




TUN M SEBAGAI OBJEK SENTIMENTAL

INILAH antara kekuatan Tun Mahathir yang menyebabkan beliau masih mempunyai pengikut TEGAR setelah pelbagai kesalahan besar beliau telah lakukan baru-baru ini.

Dek kerana memerintah terlalu lama hingga bergenerasi rakyat Malaysia mengabadikan sejarah hidup mereka dari sejak baru kenal dunia hingga mampu berdikari, hanya satu PERDANA MENTERI yang mereka kenal, dan mereka kaitkan tokoh itu dalam kenangan sepanjang perjalanan hidup mereka, tidak lain dan tidak bukan dialah Perdana Menteri paling lama, Dr Mahathir bin Mohamed.

Sama seperti kita sayangkan barangan kepunyaan peribadi untuk mengimbau detik-detik LAMPAU yang amat bermakna dalam hidup kita, Dr Mahathir tidak mempunyai apa-apa kelebihan selain itu untuk dijadikan sebagai kayu pengukur prestasi beliau hingga TERPAKSA membina monument seperti KLCC dan Putrajaya agar rakyat terus MENGINGATINYA.

Rakyat Malaysia perlu bergerak MAJU kehadapan bersama pemimpin generasi TERKINI yang membawa cabaran serta matlamat jauh lebih besar berbanding apa yang kita tempohi sepanjang 23 tahun dibawah pemerintahan Dr Mahathir. Usah terbelenggu dengan nostalgia hingga masa depan anak cucu menjadi taruhan.

Beliau akan terus terpahat dalam kenangan keperitan hidup kita untuk bangun dan berlajar berdiri dan kini masanya untuk berlari dan mendaki.

Jasa setiap pemimpin bergantung kepada impak berubahan KUALITI HIDUP yang kita nikmati sepanjang mereka memerintah dan BUKANNYA terletak pada kenangan peribadi zaman silam yang tidak mahu kita tinggalkan.

Wednesday, November 11, 2015

SENJATA API sama dengan VAPE.




SENJATA API tidak semestinya menggunakan bahan peledak yang terkandung dalam peluru. Ada juga senjata api yang menggunakan kuasa mampatan udara (air gun) yang turut dikelasifikasikan sebagai SENJATA API.

Sama juga dengan VAPE.. 

Sungguhpun menggunakan bateri dan cecair khas.. VAPE masih tetap diklasifikasikan sebagai ROKOK atau nama lainnya ROKOK ELEKTRONIK. Jadi bagi mereka yang menggunakan VAPE kita perlu katakan mereka sedang MEROKOK. Masyarakat perlu berusaha membuang tabiat merokok tidak kira apa jenis rokok yang mereka guna.

PSSTTT.. Perempuan merokok biasa kita jumpa di lorong Haji Taib..

Sunday, November 1, 2015

PLUS & 1MDB: RAKYAT VS KRONI





Kejayaan tindakan kerajaan mengambil alih PLUS melalui KWSP dan KHAZANAH untuk mengurangkan BEBANAN RAKYAT mendorong kerajaan untuk melakukan perkara yang sama melalui 1MDB. Bezanya kali ini ia melibatkan lebih ramai RAKYAT menerima manfaatnya iaitu dengan pengambilalihan PENYEDIA TENAGA BEBAS milik individu dan syarikat persendirian yang mempunyai kaitan dengan pentadbiran kerajaan sebelumnya (TUN DR MAHATHIR).
Pengambilalihan ini memaksa 1MDB meningkatkan jumlah pinjamannya dengan angka yang cukup besar. Rancangan menerbitkan IPO bagi membayar ansuran telah digagalkan oleh serangan mereka yang mempunyai kepentingan terhadap survival syarikat PENYEDIA TENAGA BEBAS terbabit dan kini 1MDB terpaksa melangsaikan hutangnya dengan mencairkan aset.
1MDB dan PLUS kisahnya adalah usaha seorang PEMIMPIN yang benar-benar bersungguh untuk membersihkan sistem yang diwarisi zaman berzaman dari sebarang KOMPLOT yang MERUGIKAN rakyat dan MENEKAN kerajaan.
Jelas apa segala cercaan dan fitnah yang terpaksa dihadapi PEMIMPIN hari ini adalah tindak balas mereka yang sengaja untuk menggagalkan rancangan baik kerajaan demi masa depan rakyat negara ini.
Kita semua perlu bersatu bersama-sama dengan kerajaan kerana apa yang kerajaan hari ini lakukan adalah demi kita semua. Mempercayai fitnah adalah satu kesilapan yang merugikan diri kita sendiri.
Ringkasan saya bagi penjelasan Arul Kanda semalam

Sunday, October 25, 2015

DA'IE?..MERKETER?.. CYBERTROOPER?





DA'IE adalah segolongan manusia biasa yang dimuliakan oleh Allah hanya kerana mengajak orang kepada kebenaran.. Tak perlu jadi Ustaz mengajar di surau pun boleh jadi Da'ie..

Kalau dalam sebuah perniagaan DA'IE sama tugasnya dengan MARKETER.  Bezanya Marketer cari bisnes untuk syarikat.. Tanpa bisnes kilang besar mana pun boleh tutup.

Dalam sebuah kerajaan pula DA'IE sama tugasnya dengan CYBERTROOPER. Bezanya CYTRO cari sokongan untuk kerajaan. Tanpa sokongan kerajaan akan TUMBANG.

DA'IE dalam agama ialah mengajak orang kepada Allah. Sukar kerana Allah sifatnya tidak nampak. Hanya dengan bercakap tentang kekuasaan Allah sahaja Allah akan hadir dalam hati manusia dalam bentuk iman. Tanpa iman.. amalan semudah zikir pun jadi terlalu berat.. Inikan pula nak bangun awal pagi start motor ke masjid..

Berikut kisah DA'IE dalam AlQuran

Di permulaan surah Yassin terdapat kisah pemuda bernama HABIBUNNAJAR yang berlari dari hujung kota untuk membenarkan kata-kata 3 orang rasul yang ditolak oleh kaumnya. Lalu dia dibunuh dan Allah hantarkan beliau terus ke dalam Syurga..

Yā-Sīn:26 - Dikatakan (kepadanya): "Masuklah ke surga". Ia berkata: "Alangkah baiknya sekiranya kamumku mengetahui.

Apa yang dikatakan oleh pemuda itu kepada kaumnya? Beliau tidak membuka aib sesiapa.. tidak mencemuh dan membenci sesiapa.. beliau hanya menyatakan perkara yang benar...Inilah kata2 yang menyebabkan dia bahagia selama lamanya..

Yā-Sīn:22 - Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) akan dikembalikan?

Yā-Sīn:23 - Mengapa aku akan menyembah tuhan-tuhan selain-Nya jika (Allah) Yang Maha Pemurah menghendaki kemudharatan terhadapku, niscaya syafa'at mereka tidak memberi manfaat sedikitpun bagi diriku dan mereka tidak (pula) dapat menyelamatkanku?

Yā-Sīn:24 - Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata.

Yā-Sīn:25 - Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu; maka dengarkanlah (pengakuan keimanan)ku.

Friday, October 9, 2015

SARAN ISRAEL PATUHI AJARAN AGAMA SENDIRI: NAJIB KINI MUSUH UTAMA YAHUDI


Apakah reaksi sebenar hasil dari sindiran tajam Perdana Menteri terhadap Israel ini? 

Anda sepatutnya tidak senang hati kerana Yahudi dianggap seperti budak nakal yang mempunyai rotan ditangannya. Najib Razak pula bercakap mewakili negara di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang turut dihadiri ramai ketua negara dari seluruh dunia termasuk Perdana Menteri Israel sendiri. Pentas antarabangsa badan dunia itu bukanlah sama seperti berucap dimana-mana forum lain didunia. Seperti ibu bapa yang hadir untuk menerima buku rekod prestasi pelajaran anak di sekolah, begitulah jua sama keadaannya apabila isu sengketa Israel - Palestine dengan beraninya dibawa oleh Najib yang seterusnya mendapat sokongan berupa tepukan gemuruh dari sebahagian besar pemimpin dunia. Reaksi spontan pemimpin dunia ini sudah pasti memberikan kesan yang tidak dapat dijangkakan terhadap imej Israel di mata dunia. 


Berikut petikan ucapan Najib Razak yang menyindir Israel;

On that note, given the Rosh Hashanah violations of Al-Aqsa Mosque in Jerusalem and aggression against its worshipers three weeks ago, I call on the Israeli government to live up to Judaism’s highest ethical principles, and the essential message of the Torah as succinctly expressed by the first century BC sage Hillel. When asked to describe the Torah in a soundbite, he said, ‘That which is hateful to you, don’t do to your fellow human being.’


Saya menyeru Kerajaan Israel agar menghidupkan prinsip ahklak paling tinggi dalam ajaran agama Yahudi dan mesej yang disampaikan melalui kitab Taurat yang diterjemahkan oleh Hillel seorang ketua agama Yahudi pada abad pertama sebelum masehi yang mana beliau diminta untuk menjelaskan ajaran dalam Taurat secara ringkas, Belia menjawab "APA YANG DIBENCI OLEHMU , USAH LAKUKAN IA TERHADAP ORANG LAIN"



http://www.algemeiner.com/2015/10/02/malaysian-premier-invokes-torah-wisdom-to-bash-israel-in-un-speech/#

Sungguhpun akhbar Israel melapor kononnya Malaysia mengharapkan perhubungan yang lebih baik diantara dua negara namun komen-komen negatif yang terhadap ucapan Najib dalam posting media mereka menunjukkan yang sebaliknya. Najib Razak dan Malaysia sebagai negara yang diwakilinya menjadi kecaman dan sindiran balas.




Komen dari individu bernama Sarah pula menyifatkan orang Islam di Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan orang Islam di Palestine kerana mereka lebih baik. Kesal kerana Malaysia mengutuk Israel bagi pihak Palestine menyebabkan label Islam Sederhana Malaysia adalah tidak jujur dan mereka tiada bezanya dengan orang Islam di Palestine. 








Wednesday, July 29, 2015

Muhyiddin TIDAK BERMINAT untuk menjadi Perdana Menteri.



Muhyiddin TIDAK BERMINAT untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau sebelum ini pernah menyatakan akan bersara apabila penggalnya tamat. Namun kedudukan beliau sebagai TPM menarik minat Mahathir untuk merealisasikan impiannya.

Tun SANGGUP melakukan apa sahaja agar Najib berundur dan kemudiannya TSMY  sebagai PM akan melaksanakan impian Tun M dengan melantik Mukhriz sebagai TPM. Iaitu jawatan yang selamat bagi anakandanya untuk mewarisi jawatan TERTINGGI negara itu dalam tempoh yang sangat singkat.

NAMUN apa yang mendorong TSMY untuk membantu Tun M padahal beliau sudahpun berhasrat untuk bersara?...

Penyingkiran MUHYIDDIN serta merta menamatkan perancangan Tun Mahathir dan beliau berseorangan menerima natijah atas krisis yang beliau sendiri mulakan.

Hebat juga orang tuaku mengeluarkan "teori" yang aku sendiripun tidak terfikir...



#KekalNajib

#RapatkanSaf

Wednesday, July 22, 2015

Terus Tabah




Dialah pemimpin kita semua. Saudara seagama..

Bertuturpun dalam bahasa ibunda kita.

Mengalir ditubuhnya darah kesatria ayahanda yang sanggup menolak untuk dinobat kerana hormatkan bapa kemerdekaan berketurunan raja.

Tidak sanggup pula membiarkan rakyat dan negara dalam keadaan lemah kesugulan terus gagah memerintah hingga kesakitan mencabut nyawa.

Anakandanya pula kini menggalas amanah dikala negara penuh dengan mehnah dan seribu duka.

Tidak pernah dia melatah dan tidak pula sanggup dirinya tewas dek kerakusan musuh meratah dagingnya. Kerana beliau sedar Allah bersama-samanya.

Sungguhpun ramai yang membutakan mata dan memekakkan telinga, enam tahun yang sudah setiap detiknya membawa tuah kepada semua berkat ketulusan hatinya. Hingga kuasa besar dunia mencemburui kita.

Allah saja yang tahu betapa kesabaranmu diuji namun tetap tabah berbakti demi kesejahteraan rakyat dan negara.

SELAMAT HARI LAHIR KE 62 TAHUN BUAT DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA

Semoga sentiasa dalam lindungan Allah.

#TerusTabah

#KekalNajib

#NAJIB

Friday, June 12, 2015

KISAH 1MDB DAN PUTERI GUNUNG LEDANG




Motif serangan Tun terhadap Perdana Menteri bukanlah terlalu sukar untuk dirungkaikan. Malah sejak dari awal lagi beliau sudah nyatakan rasa tidak puas hati ke atas KESANGGUPAN 1MDB membelanjakan sejumlah dana yang cukup besar untuk menebus beberapa Penyedia Tenaga Bebas (IPP). Jelas Tun Dr Mahathir amat terkejut dan menyangka 1MDB tidak akan membelanjakan wang sebegitu banyak. Harga yang tinggi diletakkan oleh pemilik asal IPP memberi isyarat kepada 1MDB bahawa ia BUKAN UNTUK DIJUAL.

Namun apakandaya.. Tidak ada apa yang terlalu berharga jika keutamaan Pengurusi 1MDB iaitu YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang telah menetapkan bahawa PENGAMBILALIHAN perlu berlaku walau dengan apa harga sekalipun. DS Najib perlu mencari jalan bagaimana untuk menghapuskan kos yang terpaksa TNB tanggung demi membayar subsidi serta pembelian tenaga dari IPP. Ini perlu kerana rakyat tidak lagi mahu mendengar berita kenaikan tarif elektrik yang mana turut membawa kesan rantaian kenaikan kos sara hidup.

Diibaratkan kisah peminangan Sultan Mahmud ke atas PUTERI GUNUNG LEDANG. Si Puteri yang menjadi kegilaan Raja Melaka telah meletakkan syarat pinangan seperti jambatan emas dan perak, 7 dulang hati nyamuk dan hama, 7 tempayan air mata anak dara dan pinang muda, dan yang terakhir semangkuk darah anak kesayangan Sultan.

Sudah tentu PUTERI GUNUNG LEDANG pun akan terkejut sama sepertimana Tun Mahathir terkejut jika segala syarat yang diletakkan berjaya dipenuhi.

Tun Mahathir mengulangi persoalan yang sama. Bagaimana 1MDB sanggup mengeluarkan dana yang sebegitu banyak jauh lebih besar dari harga pasaran demi untuk memiliki IPP.  Tun pasti tahu keluhan itu tidak dapat mengubah apa-apa. Apa yang mampu Tun lakukan ialah mempersoalkan dari mana 1MDB dapat sebegitu banyak dana. Ia hanya menyatakan kekesalan beliau atas tindakan 1MDB membeli IPP.. Tidak lebih dari itu.. Tiada kerugian  dalam 1MDB.. Malah siapa yang melabur kepada 1MDB bakal mendapat pulangan yang cukup lumayan. Lumayan yang ditarik dari beberapa taikun billionaire yang "cukup rapat" dengan Tun..

Kita doakan 1MDB terus maju dan berupaya mengambilalih PLUS HIGHWAY satu lagi peninggalan Tun yang masih menyusahkan rakyat dengan kenaikkan demi kenaikan.

Friday, June 5, 2015

MENGAPA SAYA SOKONG PM?




BUKAN semua perkara PERDANA MENTERI boleh maklumkan kepada rakyat.

Keberkesanan strategi beliau hanya boleh kita lihat HASILNYA dalam kehidupan kita sehari-hari.

Apa yang PASTI masyarakat antarabangsa mengiktiraf pencapaian ekonomi negara di bawah pentadbiran PM Najib.

Buktinya KUALITI kehidupan rakyat semakin meningkat. Itu yang kita semua mahu dan perlu KEKALKAN.

Kita perlu beri dia sepenuh kepercayaan bahawa apa yang dia lakukan adalah untuk kebaikan KITA..

Prasangka buruk TIDAK membantu beliau untuk fokus..Malah jelas dalam agama berdosa bercakap perkara yang kita tidak pasti akan KEBENARANNYA..

USAH LAYAN LAGI, SAMAN JIKA TIDAK BENAR



Ketua Pemuda UMNO Kluang merangkap Pengerusi NGO Sukaguam Dato Khairul Anwar Rahmat dipersalahkan dan dianggap tersilap langkah dengan menganjurkan majlis NGO bersama Dato Seri Najib Tun Razak yang dinamakan "NOTHING TO HIDE" pagi tadi. Penganjuran yang lemah, terlalu terbuka dan tidak mengambil kira ketegangan yang boleh berlaku akibat cetusan emosi dari kedua-dua belah pihak yang bertelagah. 

Penganjuran ini pada mulanya dilihat positif namun akhirnya ia dijadikan platform oleh pengikut serta Tun Dr Mahathir sendiri mengambil kesempatan menghangatkan keadaan. Program apapun yang berkaitan persoalan dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu perlu dihentikan. Cukup sekadar penjelasan oleh individu atau kementerian yang berkaitan. Layanan istimewa Perdana Menteri terhadap isu-isu yang dibangkitkan Tun M hanya memberi political mileage kepada musuh-musuh politik DS Najib apabila ia menjadi catalyst. pemangkin kepada ingatan rakyat dari masa ke semasa dikala ia dianggap terlalu lama untuk sampai ke penyudah. 

Ramai sudah semakin jelas dan sedar Tun M tidak lagi berminat untuk mendengar apa pun alasan yang diberikan DS Najib kerana beliau ada agenda lain disebalik isu-isu yang dibangkitkan. Keihklasan Tun M yang menjadi penarik kepada ramai penyokongnya kononnya beliau buat semua itu demi UMNO telah pun tercalar kerana beliau sanggup menyerang hal peribadi DS Najib dan menyebarkan kebencian serta prasangka terhadap Perdana Menteri. 

Apa yang perlu dilakukan oleh DS Najib ialah mengarahkan peguamnya menjalankan tugas untuk bertidak terhadap sesiapapun yang menyatakan perkara tidak benar tentang beliau. Biarkan mahkamah mengambil alih apabila tiada lagi tolak ansur atau perasaan saling hormat menghormati. 

Tindakan ini jua dapat memberi signal keyakinan kepada rakyat bahawa Perdana Menteri dipihak yang benar. Survival politik DS Najib menentukan kestabilan politik dan masa depan negara ini. Tidak perlu pilih kawan atau lawan. Jika ikhlas menegur tidak perlu hingga sampai memburuk-burukkan, Apatah lagi mereka sudah mempunyai gerakkan dari pihak-pihak yang mempunyai kepentingan untuk menggugat kedudukan Perdana Menteri. 

Tiada lagi maaf dan tiada lagi toal ansur terhadap golongan pelampau ini. Segala jalan diplomasi untuk memuaskan hati mereka hanya menyebabkan mereka meraih lebih ramai penyokong. Biar mahkamah sahaja yang tentukan dan mendidik mereka bahawa jangan sekali-kali bermain persepsi dengan Perdana Menteri.

Wednesday, June 3, 2015

1MDB TIADA KAITAN DENGAN KAMU SEMUA




Orang yang terlibat dengan macam2 projek tahu kewujudan 1MDB dalam pelbagai perlaburan strategik yang memberi pulangan besar. 

Tuduhan kononnya duit pinjaman 1MDB hilang adalah tuduhan yang tidak patut dilayan langsung oleh orang ramai. Tidak ada kena mengena dengan dana awam pun. 

Hanya kerisauan yang tidak kena tempat dan tentangan yang tiada arah haluan. 

Jika 1MDB untung atau rugi, tidak ada sesen tanggungjawab syarikat itu untuk di kongsi atau menuntut duit poket dari mereka mereka yang hingar bingar berbicara tentangnya. 

Kini terbukti orang menuduh wang bank dalam jagaan 1MDB hilang adalah salah.. Maka apa kene mengene dengan kamu semua? Hanya jadi pembawa cerita bohong yang tiada kaitan dengan hidup sesiapapun yang mendengarnya.


JATUHKAN PEMIMPIN HANYA KERANA DUIT



Usahlah mengaku kamu kononnya pejuang Agama, Bangsa dan Negara.. Apabila datang tiupan kisah duit kamu mula goyah.

Siang malam kisahkan perihal duit.. Sampai duit hutang syarikat orang yang tiada kena mengenapun sibuk nak dikorek..

Puas mengfitnah, mengkhianati pemimpin. Perjuangan agama dan bangsa diletakkan di punggungnya hanya kerana duit.

Dulu berhempas pulas kuatkan ummah. Apabila hampir menang dah mula periksa kantung pemimpin kalau kalau ada sembunyikan duit.

Percaya atau tidak mereka ini mengaku sembah Allah mengaku taatkan Rasul... Tetapi apabila sentuh soal duit.. Allah entah ke mana. Rasul entah ke mana.

Letaklah dalil Al Quran mahupun Hadis sohih, datang kisah bual mulut bab duit walaupun bukan hak dia maka si munafikpun sanggup diteman hingga ke liang lahad.

Apa beza kau dengan sikafir isi neraka jika siang malam masa hidupmu saling bermusuh dan bertikam lidah kerana duit.

Aku tak rela masa hidupku habis bertekak dengan kamu hanya kerana duit. Aku tidak mahu harga diri dan martabat ku sebagai Hamba Allah dihina kerana sibuk berdebat dengan si penyembah duit.

Agaknya telah ditakdirkan hidup mati kamu akhirnya memang kerana duit... Bawalah duit itu walaupun hanya sekadar untuk disebut-sebut bibirmu dihadapan neraca mizan Allah bersama fitnah dan khianat kerananya. Manalah tahu duit-duit yang kamu zikirkan siang dan malam itu mampu memberi sedikit kebaikan kerana bukan sedikit mereka yang berbuat begitu..

Bertuhankan duit hingga segala apa yang di lakukan kerana duit, bagaimanakah sanggup pula mengharapkan pembelaan Allah?

Segenap inci jiwa raganya telah dipenuhi dengan duit. Jikalau boleh liang lahadnyapun mahu dipenuhkan dengan duit..

Usahlah mengaku Allah yang kamu sembah jika setiap perkataan harian yang keluar dari mulutmu tidak pernah berpisah dengan duit..

Sunday, April 26, 2015

TUNTUT LALUAN MUDAH UNTUK ANAK CUCU



Maaflah ... baru ada masa nak lihat sedikit potongan video majlis dialog negarawan semalam... 

Kalau ada yang terperasan, Tun dah HINT sebab sebenar beliau menyerang Najib kepada semua. Beliau katakan baliau sangat terhutang budi kepada Arwah Tun Razak kerana melantik beliau jadi menteri. Malah mewasiatkan kepada Tun Hussein Onn untuk melantik beliau sebagai TPM yang seterusnya memastikan tempat yang selamat untuk beliau mengorak langkah sebagai pemimpin No.1 negara.

Lalu Beliau kemudiannya menyatakan bahawa Najib yang merupakan anakanda sulong Arwah Tun Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah kerana arahan beliau kepada Pak Lah. Tindakan beliau itu adalah untuk membalas budi kepada "anak".."cucu".. Arwah yang telah banyak berjasa kepada beliau.

PERKATAAN "ANAK" .... "CUCU" ... itu disebut bukanlah semata mata ingin berjenaka kepada penonton..  Perkataan itu adalah jelas SIGNAL beliau kepada semua termasuk DS NAJIB yang pasti turut cuba untuk menghadamkan kata-kata beliau BAHAWA anak beliau termasuk keturunan beliau perlu mendapat keistimewaan LALUAN MUDAH untuk menjadi pemimpin negara pada masa akan datang sama seperti apa yang dinikmati oleh keluarga atau golongan bangsawan yang lain.

Namun hal ini mungkin agak sukar bagi Najib kerana Beliau bukanlah bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan individu tertentu sahaja, beliau perlu mengutamakan kepentingan rakyat termasuk kedudukan beliau sendiri yang diperlukan untuk terus memimpin negara.



Thursday, April 23, 2015

JAWAPAN UNTUK TUN M




Soalan-soalan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Mohd Najib Tun Razak merupakan serangan-serangan peribadi yang mahukan Perdana Menteri Keenam Malaysia ini meletak jawatan.
Kita sayang, hormat dan kenang jasa Tun Mahathir. Sumbangan Tun Mahathir kepada negara tidak terkira besarnya. Demikian juga sumbangan UMNO dan rakyat Malaysia yang mengundi Barisan Nasional kepada Tun Mahathir.
Untuk menjatuhkan Barisan Nasional, UMNO atau Mohd Najib sendiri ia harus berlandaskan fakta dan isu yang besar bukan sekadar kerana Tun Mahathir menyatakan soalan-soalan beliau tidak dijawab oleh Mohd Najib.
Antara isu yang memberi keraguan besar kepada rakyat ialah dakwaan bahawa 1MDB telah melesapkan RM 42 bilion wang negara.
1. 1MDB hanya diberikan RM 1 juta sebagai modal permulaan kerana syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Sekarang kabinet meluluskan kemudahan kewangan RM 970 juta dalam bentuk “standby facility” kepada 1MDB. Kemudahan ini diberikan kerana 1MDB berhadapan masalah dalam menjana kecairan kewangan. Jumlah keseluruhan belum pun RM 1 Bilion.
Jadi tidak timbul wang kerajaan atau wang rakyat sebanyak RM 42 bilion telah dicuri atau dilesapkan oleh Mohd Najib Tun Razak atau sesiapa sahaja kerana ia tidak pernah wujud dalam bentuk tunai mahu pun berada dalam akaun bank 1MDB.
2. Dari mana datangnya RM 42 bilion yang disebutkan oleh Tun Mahathir ini?
i. RM 42 bilion ini merupakan hutang terkumpul 1MDB dari pembelian Penjana Kuasa Elektrik Bebas (IPP), pembelian hartanah untuk pembangunan dan penerbitan islamik bon sebanyak RM 5 bilion.
ii. Wang tunai yang ada dalam 1MDB untuk pelaburan dan pengambil alihan projek-projek yang disebutkan itu ialah hanya RM 5 bilion. Bakinya merupakan pinjaman ke atas pembelian hartanah dan IPP.
Seperti mana kita membeli tanah, kereta atau rumah, kita meminjam untuk membayar kepada penjual. Katakan kita membeli rumah berharga RM 3 juta. Kita perlu membayar kepada penjual 10% iaitu RM 300 ribu. Bakinya RM 2.7 juta yang dibiyai melalui pinjaman. Pembelian berbentuk pajakan ini dimasukkan terus ke dalam akaun penjual bukannya dalam akaun pembeli.
Inilah model pengembangan 1MDB dalam pembelian IPP dan hartanah. Justeru tidak ada langsung fakta menyatakan RM 42 bilion duit rakyat atau kerajaan telah dilesapkan.
Mustahil 1MDB atau Mohd Najib Razak boleh menyalahguna wang terbabit kerana ia merupakan pinjaman pajakan yang mana wang dimasukkan terus ke dalam akaun penjual.
3. Tidak mustahil ada pakatan antara penjual dengan Perdana Menteri? Tiada ketirisan dan penyelewengan?
Ia agak mustahil dilakukan kerana ia membabitkan banyak pihak (penjual) dalam dan luar negara. Lihat senarai pengambil alihan aset 1MDB hampir mustahil menyatakan Mohd Najib atau sesiapa sahaja boleh berpakat dengan pelbagai penjual dalam dan luar negara.
Namun kita tidak boleh menolak soal ketirisan dan “mark up” harga melebihi harga pasaran untuk keuntungan pihak tertentu.
Sebab itu Perdana Menteri pada 4 Mac 2015 telah mengarahkan Jabatan Audit Negara menyiasat pengurusan dan pembelian 1MDB. PM menyatakan tindakan harus diambil jika ada penyelewengan dan kesalahan dilakukan.
Perdana Menteri mengumumkan ini sebelum Tun Mahathir menyerang dengan soalan-soalan beliau lagi.
Laporan siasatan Jabatan Audit Negara akan dibentangkan kepada Parlimen melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
PAC ini dianggotai oleh wakil rakyat kerajaan dan pembangkang dan mereka boleh memanggil pihak terbabit sekiranya tidak berpuas hati dengan siasatan Ketua Audit Negara. Mereka juga boleh mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan.
Jadi kita tunggulah laporan Ketua Audit Negara sebelum membuat apa-apa kesimpulan.
4. Mengapa 1MDB perlu kemudahan RM 970 juta dari kerajaan jika tidak mempunyai sebarang masalah?
Pertamanya, kerajaan tidak pernah mendakwa 1MDB tiada masalah. Kerajaan menafikan ada penyelewengan duit rakyat bernilai RM 42 bilion. Perdana Menteri Najib Razak juga menafikan pembabitan anak tiri beliau dengan 1MDB.
Kerajaan mengetahui 1MDB bermasalah dari segi kewangan kerana mereka mengembangkan perniagaan terlalu cepat melalui pinjaman yang besar. Sekarang mereka memerlukan wang tunai untuk membayar pinjaman tahunan.
Sebab itu kerajaan melantik CEO 1MDB yang baru pada awal tahun ini untuk menstrukturkan semula perniagaan mereka.
Dari segi pelan perniagaan 1MDB mmepunyai kemampuan berjaya kerana keseluruhan aset yang mereka miliki apabila dibangunkan sepenuh bernilai ratusan bilion.
1MDB sepatutnya tiada masalah jika perancangan penyenaraiannya menjadi kenyataan pertengahan tahun ini. Namun dengan serangan dari pembangkang dan Tun Mahathir, 1MDB perlu mencari sumber lain kerana IPO pada masa ini tidak akan banyak membantu kerana imej buruk yang dipaparkan kepada mereka.
5. Mengapa wang dilaburkan di Pulau Cayman dan kemudiannya dipindahkan ke Singapura bukan Malaysia?
1MDB mendaftarkan dana mereka di Pulau Cayman kerana ia merupakan antara pusat kewangan antarabangsa. Terdapat ratusan syarikat Malaysia yang mendaftar dana di sana termasuk Maybank, Hong Leong Bank dan banyak lagi. Ini bagi memudahkan pelaburan antarabangsa dengan syarikat PetroSaudi.
Pada Januari 2015, 1MDB mengumumkan bahawa mereka telah mendapat semua pelaburan mereka dalam PetroSaudi beserta dengan keuntungan sebanyak USD 488 juta.
Kerana persepsi negatif rakyat terhadap Pulau Cayman, 1MDB telah membawa wang terbabit ke sebuah Bank di Singapura bagi tujuan mengekalkan mata wan US Dollar dan memudahkan pelaburan antarabangsa pada masa akan datang.
Perdana Menteri tidak pernah menyatakan wang tersebut tidak dibawa pulang ke Malaysia kerana akan disoal oleh Bank Negara. (Lihat Jawapan kepada Parlimen Mac 2015).
Soal simpanan di bank mana tidak sepatutnya ada isu kerana ia diaudit dan berada dalam laporan kewangan 1MDB.
6. Mengapa kerajaan perlu 1MDB?
Matlamat asal kerajaan menubuhkan 1MDB ialah untuk menstabilkan harga tenaga elektrik. Pada masa ini Tenaga Nasional Berhad berhadapan dengan kos penghasilan elektrik yang tinggi kerana perjanji berat sebelah antara TNB dengan IPP sedia ada.
TNB dikehendaki membayar sekian jumlah kepada IPP sama ada mereka menggunakan atau tidak. Harga dalam perjanjian juga agak tinggi berbanding kadar yang kompetitif. Selain itu, IPP ini juga menikmati subsidi bahan api yang banyak.
Justeru 1MDB ditubuhkan bagi tujuan mengambil alih sebahagian besar IPP ini dan bekerjasama dengan TNB untuk memberi harga yang lebih rendah. Ini akan membolehkan TNB tidak menaikakn kadar tarif elektrik yang tinggi untuk pengguna.
7. Pembabitan 1MDB dalam projek-projek lain ialah bertujuan mengembangkan perniagaan dan menjana kewangan bagi mengimbangi kerugian akibat urusniaga pengambil alihan IPP dan penyusunan semula perjanjian dengan TNB.
8. Siapakan Jho Low?
Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang telah berjaya sebelum Mohd Najib Razak menjadi Perdana Menteri lagi. Beliau juga datang dari keluarga yang kaya raya. Sehingga kini tuduhan Jho Low mencampuri atau mengambil keuntungan melalui penyelewengan dalam 1MDB adalah satu tuduhan dan gosip politik.
Ya, saya pernah berjumpa dengannya di Kuala Lumpur. Ini sama seperti saya berjumpa dengan orang lain yang terlibat dalam dunia perniagaan kerana saya berada di sektor perbankan. Tetapi Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB dan saya tidak menjumpai sebarang dokumen yang mengaitkannya dengan syarikat ini. Malah, dakwaan yang mengatakan ayahnya atau kawannya menjadi pengarah di 1MDB juga tidak tepat.
Ini satu lagi spekulasi. Jujurnya sebagai ahli perniagaan, saya tidak mahu memberi reaksi kepada sebarang aktiviti yang menjurus kepada berita-berita berbentuk spekulasi. Tetapi saya juga mempunyai kuasa untuk menghentikan apa jua cerita dibawa mereka. Apa yang boleh saya buat ialah akan terus bercakap secara jujur dan menerangkan fakta yang betul. – Arul Kanda, CEO 1MDB
1MDB dan Mohd Najib sendiri menafikan Jho Low terbabit dalam pengurusan 1MDB. Justeru tidak wajar kita menerima tuduhan-tuduhan sebegini sebagai alasan mengundi menentang Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil.

http://www.mykmu.net/2015/04/ringkasan-untuk-rakyat-malaysia-penceramah-dan-pengundi/

Tuesday, April 21, 2015

MELAYU ISLAM SUPREMACY DI KAMPUNG MEDAN.




Itulah yang ada dalam jiwa sekumpulan orang melayu membantah perletakkan langbang salib sebesar tubuh manusia di sebuah lot hujung rumah kedai, Kampung Medan. 
Tiada sesiapakah ingin mengulas tentang latar belakang sekumpulan penduduk yang membantah? Mereka ini pernah melalui peristiwa berdarah pada awal tahun 2001 akibat perselisihan faham antara kaum. Dato Seri Dr Khir Toyo, Menteri Besar Selangor ketika itu terpaksa berkawal dihadapan sebuah kuil Hindu bagi meredakan ketegangan yang berlarutan hingga 5 hari dengan jumlah korban yang tidak diketahui.

Sejak peristiwa itu sekiranya ada apa saja masalah melibatkan hubungan antara kaum di situ, mereka lebih selesa untuk mengadu terus kepada pihak polis. Sebagai kawasan yang dihuni oleh majoriti orang Melayu, mereka berhak untuk membantah sebarang pembinaan atau struktur yang bertentangan dengan nilai-nilai yang mereka percaya tidak sesuai untuk berada dikawasan mereka. 

Namun seperti kekecewaan yang diluahkan oleh seorang seniman yang juga aktivis masyarakat saudara Mustapha Kamal dalam isu lambang salib ini, mengapa hanya kita sahaja yang perlu meminta maaf kepada mereka? Tidak ada seorang pun wakil mereka tampil untuk meminta maaf kepada penduduk kerana sikap mereka yang tidak sensitif dengan sensitiviti masyarakat setempat. 

Saya ingin bandingkan juga dengan struktur bangunan yang membentuk lambang salib yang bakal dibina di muara sungai Plentong Johor ini. Bukan kerana ia maka orang Islam akan mudah tukar agama. Ia adalah tanggungjawab kita memelihara persekitaran kehidupan untuk diwariskan kepada generasi akan datang agar simbol agama lain selain Islam tidak kelihatan dominan di negara ini.

Monday, April 20, 2015

TINGGALKAN NOSTALGIA TUN DEMI MASA DEPAN LEBIH GEMILANG




Asyik bernostalgia dengan pengambilalihan GUTHRIE dari milikkan penjajah Margeret Thatcher dengan kejayaan mendapatkan kembali aset berupa berekar ekar tanah perladangan di Malaysia.

Tidak sedarkah kita sudah masuk alaf baru? Kita sekarang sudah sampai ketahap berlumba-lumba membeli hartanah terkemuka dunia ditanah asal penjajah. 

Selain berjaya membida pembangunan kawasan BATTERSEA, KWSP semalam melengkapkan kejayaan mereka dalam dunia pelaburan dengan mencatatkan nilai jualan hartanah TERTINGGI dalam sejarah Kota London. Keseluruhan aset KWSP sudah mencecah 600 BILLION DOLLAR. Kita ni dok bergelut nak joli duit sebelum mati.


Sunday, April 12, 2015

JAMBATAN BENGKOK VS JAMBATAN PERSAHABATAN




Dulu saya pernah tanya sepupu saya DAUD YUSOF seorang penyampai berita kanan bahagian berita bahasa Melayu Mediacorp Singapura tentang Projek Jembatan Bengkok. "HABISLAH SINGAPURA" Respon beliau secara spontan. 

Ketika itu juga peminpin Singapura telah membayangkan ekonomi negara yang bakal suram dan mula mencari-cari buah fikiran untuk meneroka punca pendapatan yang baru termasuk idea pembukaan kasino. 

Mendiang Lee Kuan Yew juga ada menyatakan hasrat agar satu hari nanti Singapura dapat kembali bersatu dengan Malaysia kerana beliau tidak berfikir Singapura dapat bertahan lagi jika kedudukan strategik mereka jatuh ketangan Malaysia. 

Bukan perkara yang aneh membuka laluan bagi memendekkan perjalanan seperti terusan Suez dan Panama. Namun pembukaan Tambak Johor hanya memangsakan satu negara.. Singapura. 

Sekiranya negara jiran itu dalam keadaan terdesak pasti Malaysia tetap akan menerima tempiasnya. Oleh yang demikian, perlunya ada persetujuan yang menguntungkan kedua-dua negara berjiran ini tanpa meletakkan salah satu darinya dalam keadaan terdesak.

Saturday, April 11, 2015

SEBAB SEBENAR TUN MENYERANG



Perlantikan mengejut Tun M sebagai pengurusi Proton menyebabkan tekanan kepada Putrajaya untuk tidak berkata tidak ke atas permintaan bantuan kewangan bagi syarikat kereta nasional itu yang mengalami penurunan jualan dan jumlah hutang yang besar. 

Namun sehingga kini tiada tanda-tanda persetujuan dari Kementerian Kewangan ke atas permintaan Tun itu. Satu demi satu isu-isu yang mungkin menjadi motif serangan Tun terhadap Perdana Menteri dibongkar Putrajaya selain Jambatan Bengkok yang disebut sendiri oleh Perdana Menteri dalam program khas soal jawab kelmarin. 

BRIM yang ditentang oleh Tun M kononnya dianggap rasuah tidak akan menjadi satu pembaziran sekiranya ia dibelanjakan dalam bentuk bantuan kewangan kepada Proton. Proton yang seusia penubuhannya dengan Kia dan Hyundai sepatutnya lebih profesional dalam pengurusan kewangan mereka. Mereka tidak akan serius dalam mempertahankan survival syarikat sekiranya sentiasa mengharapkan ada bantuan kewangan dari kerajaan. 

Proton adalah maruah Tun. Beliau yang menubuhkannya. Kerajaan yang ditadbir oleh Najib hari ini menolak pembiayaan yang menyebabkan Tun berang.

Friday, April 10, 2015

BERSEDIALAH! TUN M BENAR BENAR MAHU JATUHKAN NAJIB

Seperti yang telah saya jangkakan.. Tun benar-benar ingin menjatuhkan Najib. Beliau telah menafikan hak Perdana Menteri untuk mempunyai kebebasan mentadbir negara mengikut acuan sendiri. 

Ini adalah penghinaan terhadap sistem demokrasi yang hanya meletakkan individu yang mendapat mandat rakyat terbanyak untuk mentadbir negara.

Saya berikrar selagi Tun dan mana-mana pihak bersekongkol dengan beliau berterusan menggangu pentadbiran negara dan menjejaskan kedudukan Perdana Menteri sebelum penggalnya berakhir, saya akan pastikan Tun akan menjalani pengakhiran sejarah kegemilangannya di sudut yang paling sepi dan memalukan!

Berikut adalah laporan blogger senior RBF bagi pihak portal Perak Today yang berpeluang menemuramah Tun petang tadi.


Friday, April 3, 2015

KRITIKAN TUN MAHATHIR: TAJUK PUN DAH TAK LOGIK



Nampaknya ramai tidak mempedulikan tajuk blog Tun yang mendakwa UMNO akan kalah pada PRU 14 sekiranya Najib kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Tak logik... Tajuk pun dah tak logik...

Bukankah kini kita semua dapat saksikan Pakatan Rakyat dalam proses menggantung diri sendiri?Mereka seperti retak menunggu belah. Malah sebelum PRU lagi ada kemungkinan negeri-negeri PR boleh goyang dan jatuh ke tangan BN.


Tajuk blog Tun sepatutnya memberi makna beliau sudah putus asa dengan Najib yang tidak melakukan perubahan. Apa perubahan yang Tun mahukan? Bukankah selama ini Tun secara konsisten mengkritik Najib kerana tidak tegas terhadap pembangkang hingga bermaharajalela menghasut rakyat? Najib kemudiannya menenangkan Tun dengan memberi alasan bahawa mandat yang diberikan oleh rakyat tidak cukup kuat untuk beliau bertindak.

Namun, apabila keadaan semakin baik dengan keretakkan pembangkang, Najib bertindak tegas mengumpulkan personaliti pembangkang ke dalam lokap, tiba-tiba sahaja Tun tampil mengaitkan Najib dengan kes mainan pembangkang yang telah selesai prosesnya mahkamah. Tidakkah hal ini cukup kuat untuk memberi maksud bahawa seperti ada yang tidak kena dengan teguran Tun kali ini?

Adakah Tun cuba bermain politik kali ini? Adakah benar desas desus sebelum ini kononnya direka oleh agen pejabat Perdana Menteri mengatakan Tun tidak mahu seseorang Perdana Menteri itu berkuasa terlalu lama sebagai memberi laluan kepada anakanda beliau Mukhriz untuk turut berpeluang menjadi Perdana Menteri?

Apapun agenda yang tersirat Tun, pemilihan isu dan tajuk penulisan sepatutnya diberi perhatian pembaca. Jika tajuk pun bunyinya sudah tidak logik. Apa lagi kisah-kisah yang disentuh memang akan berkongsi masalah dengan tajuk yang dipilih.

Wednesday, April 1, 2015

Hudud tidak adil jika hanya dikenakan kepada orang Islam?



Hal inilah yang pernah dipersoalkan oleh Tun Mahathir seketika dulu yang menjadi alasan Hudud tertangguh berpuluh tahun lamanya. Asal usul dan cara hukum Islam itu dijalankan oleh Nabi perlu didalami. Jika tidak maka sistem undang-undang konvensional akan dijadikan perbandingan hingga kita tidak mampu melihat maksud dan hikmah disebalik perintah hukum jenayah itu.

Hudud tujuannya ialah untuk membersihkan dosa dan sebagai pencegahan bagi mereka yang mahu melakukan jenayah. Maka bagi orang kafir, dosa apa yang mahu diampunkan jika diri mereka pun sentiasa dalam keadaan berdosa mensyirikkan Allah?

Menjaga diri orang Islam dan keturunannya itu lebih utama daripada memperhitungkan dosa-dosa orang kafir. Malah urusan nikah cerai mereka pun tak sama dengan undang-undang keluarga Islam selama ini.
 
Hudud adalah perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Iaitu agama yang kita percayai. Maka bagi kita adalah agama kita, bagi mereka adalah agama mereka. Itu lah konsep keadilan dalam Islam yang meletakkan orang yang beriman sentiasa berbeza dengan orang yang kufur kepada Allah termasuk dalam cara untuk mengadili mereka.

KISAH BENAR: TONG KOOI ONG PENGKHIANAT NEGARA



 Oleh Saiful Bahari Baharum

Tong Kooi Ong adalah pemilik surat khabar kewangan The Edge (yang saban mengeluarkan berita ekonomi dan kewangan negatif negara kita secara "bias"), The Malaysian Insider dan BFM Radio.

Tong Kooi Ong ini dulunya memiliki sebuah bank - Bank Phileo Allied dimana lesennya di beri oleh Menteri Kewangan pada masa itu, Anwar Ibrahim.

Sekitar tahun 2000, semasa saya bertugas di CIMB, saya menemuramah bekas ketua dealer matawang asing (head forex dealer) bank tersebut.

Lepas interview saya tanya direct, "Were you selling or buying the Ringgit during the Asian Crisis?"

Jawapnya, sambil tersenyum, "We were selling it like crazy".

Bayangkan sebuah bank Malaysia yang di miliki oleh rakyat Malaysia, seorang kroni Menteri Kewangan Malaysia, bersungguh-sungguh menjual matawang Malaysia di waktu matawang Malaysia di serang oleh spekulator asing.

Adakah penjualan tersebut tidak di ketahui oleh Menteri Kewangan?

Atau di buat di atas arahan Menteri Kewangan?

Perlu di ingatkan bahawa pemantauan prnjualan matawang asing adalah di bawah tanggunjawab Bank Negara Malaysia. Anwar Ibrahim telah meletakkan seorang lagi kroninya Dato Abdul Murad Khalid, Penolong Gabenor, Bank Negara Malaysia. Datuk Murad ini telahpun di dakwa di mahkamah di atas kegagalanya mengishtiharkan hartanya berjumlah puluhan juta ringgit (sila Google untuk pengetahuan lanjut).

Penjualan ini berlaku di waktu Kerajaan Malaysia terpaksa menghadapi saat-saat genting menghadapi serangan bertubi-tubi krisis kewangan dan ekonomi pada waktu itu.

Pengkhianat-pengkhianat negara sebegini bukannya cukup di penjarakan tetapi sepatutnya di pancung.

http://greatermalaysia.com/2015/02/06/timeline-tong-kooi-ong-saga/


Monday, March 30, 2015

MEREKA GOLONGAN PALING MEWAH DAN PALING DEGIL BAYAR CUKAI






Jika kita lihat ada dikalangan jiran kita yang mempunyai gaya hidup luar biasa mewah maka kita akan katakan "Mungkin dia ada perniagaan". 

Persaingan dalam dunia perniagaan amat hebat dan mengujakan. Masing-masing berlumba-lumba untuk meluaskan pasaran untuk melipatgandakan keuntungan. Bagi kita yang makan gaji ini pasti terpinga-pinga melihat orang meniaga seakan tiada hari esok mengumpul harta kekayaan. 

Namun pernahkah kita persoalkan adakah mereka membayar cukai sepertimana duit gaji kita dipotong setiap bulan? Di manakah keadilan?

Dalam kes puan Roslina ini jelas pemilik premis yang selama ini menikmati pendapatan melalui sewa tanpa cukai enggan membayar cukai dengan memaksa penyewa membayar harga sewa lebih tinggi untuk menyelesaikan cukai bagi pihak perniagaannya. 

Siapa yang meniaga, perlulah bertanggungjawab membayar cukai hasil pendapatan perniagaannya. Berlaku adillah kepada rakyat terbanyak yang tidak pernah gagal membayar cukai walaupun pendapatan mereka tidak segah mereka yang berniaga.

LAWAN PENIPU CUKAI NEGARA



TAHNIAH kepada kerajaan Malaysia kerana setelah pelbagai pembohongan, fitnah dan kecaman pembangkang, kerajaan tetap konsisten untuk melaksanakan struktur cukai yang baru ini. 

Menangguhkannya beberapa kali sebelum ini membuktikan bahawa ia bukan keputusan yang mudah kerana sistem cukai yang sekian lama digunakan sebelum ini tidak pernah tertera dalam bil berbanding GST yang diisytiharkan walaupun nilainya lebih rendah. 

Pembangkang memberi gambaran seolah-olah rakyat tidak pernah dikenakan cukai langsung sebelum GST. Peniaga pula yang tersepit dek aktiviti penipuan cukai selama ini terpaksa menaikkan harga untuk mengekalkan keuntungan mereka. 

Bagi peniaga yang jujur dan pentingkan keberkatan dalam membayar cukai perniagaan, mereka sedikitpun tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan harga lama malah mampu menawarkan harga lebih murah. 

Terpulang kepada kebijaksanaan pengguna untuk memilih barangan dengan harga yang kompetatif dan sentiasa mengelakkan diri dari diperdaya peniaga. 

Dengan adanya struktur cukai baru ini kerajaan dapat mengawal kenaikan harga barang kerana ia mampu memantau margin keuntungan disetiap rantaian pembekal dan dalam masa yang sama menjana lebih banyak pendapatan untuk menjalankan perancangan pembangunan. 

Kedua-duanya menguntungkan rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak pernah sunyi dengan keluh kesah tentang kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi pada bahan keperluan seperti petrol. 

Pengguna perlu bangkit dan sedar dari pembohongan pembangkang yang tidak sudah-sudah menyalahkan kerajaan padahal apa yang pengguna patut lakukan sekarang ialah memboikot peniaga yang menaikkan harga barang hanya kerana GST.

Semoga pengguna terus bijak mempertahankan hak mereka. GST adalah kemenangan untuk pengguna. Hanya pengguna keliru sahaja akan melawan GST bagi pihak peniaga agar mereka terus bermaharajalela menaikan harga barang. 

Akhir kata...

JADILAH PENGGUNA BIJAK

- zulhairi fetani - aktivis rakyat marhaen

Tuesday, March 24, 2015

PELUANG TAUBAT MENYEKAT NAFSU MENGHUKUM




Suasana perbincangan ilmu tanpa perlu beremosi perlu dikekalkan kerana ia sihat untuk kebaikan mase depan ummah. 

Ilmu bukan hak eksklusif mana-mana golongan manusia. Ia adalah hak milik bagi mereka yang berhajat mendapatkannya. Bagi mengelakkan kita berada dalam perbalahan yang panjang. Dengarlah nasihat agar kita semua kembali kepada Al Quran. Ini kerana Al Quran itu dijamin terpelihara isi kandungannya. Namun hal ini tidak sama keadaannya dengan Hadis.. Tiada jaminan ianya palsu atau tidak.. Maka mudah saja peraturannya.. 

Mana saja hadis yang diriwayatkan tidak menepati kehendak dalam Al Quran kita berhak menolaknya. Ia bukan bermakna kita anti hadis. Sekadar mengelakkan kekeliruan melalui ribuan riwayat hadis yang terdedah dengan pengolahan semula termasuk mereka yang giat mereka hadis palsu untuk mendapat perhatian umum. 

Kesan hadis hadis yang tidak selari dengan kehendak AlQuran ini jika dituruti boleh membawa fitnah yang cukup besar terhadap agama kita. 

Dalam isu Hudud terhadap orang bukan Islam ini jelas ada hadis yang menepati kehendak Al Quran dan ada yang tidak. Maka dalam hal ini utamakanlah hadis yang menepati kehendak AlQuran. Sebagai contoh dalam ayat ini yang memperuntukkan peluang taubat kepada pesalah untuk terlepas dari hukuman... Adalah tidak adil jika hukuman ini dilaksanakan terhadap Non Muslim kerana mereka jelas tidak mampu untuk menyesal dan bertaubat kerana dosa syirik adalah dosa yang tidak terampun..

Jangan putuskan hubungan ke dua dua ayat ini kerana ia masih membincangkan isu yang sama untuk beberapa ayat kemudiannya. Peluang bertaubat adalah HAD bagi penguasa yang mungkin cukup bernafsu untuk menghukum. Sama juga dengan konsep kewangan Islam, mengisytiharkan keuntungan maksimum dalam pembiayaan jangka panjang ialah seperti meletakkan HAD kepada nafsu institusi kewangan yang mahu menghukum peminjam yang gagal selesai bayar hutang apabila cukup waktunya.

Maka HAD yang menjadi kata asas bagi HUDUD sepatutnya memberi kefahaman kepada kita unsur BELAS KASIHAN iaitu peluang bertaubat yang tidak wujud dalam sistem hukuman konvensional. Bayangkan betapa penguasa sangat beriya menghukum apabila pelbagai bukti dibentangkan, namun pesalah masih berpeluang untuk terlepas hukuman sekiranya mereka bertaubat.

Bagi mereka yang mencuri pula, adakah mereka sanggup dipotong tangannya hanya kerana enggan bertaubat. Malah kita dianjurkan oleh Nabi agar memujuk sipelaku untuk bertaubat maka hukuman tersebut dapat dielakkan. Begitulah indahnya Islam dimana setiap orang yang melakukan kesalahan diberikan peluang untuk memperbaiki diri kerana hidup itu hanya sekali, setiap saat disini memberi impak untuk ribuan tahun kehidupan diakhirat. 

Tanya Beta Apa Saja... Beta Jawab: Sultan Johor





JOHOR BHARU: Pemerintah Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berpindah dari Istana Pasir Pelangi ke Istana Bukit Serene beberapa minggu lalu dan wawancara bersama The Stardiadakan di singgahsana baharu rasmi Tuanku yang menghadap Singapura.
Ketika menyusuri jalan menuju ke istana, penulis dihidangkan dengan pemandangan yang hebat termasuk beberapa sangkar besar untuk harimau, harimau bintang dan kucing di kedua-dua tepi jalan.
Mahligai yang tersergam indah terletak kira-kira dua kilometer dari pintu masuk Jalan Kolam Air, dapat dilihat di atas bukit dan menghadap sebuah kolam renang yang sangat besar.
Pemandangan indah di kawasan istana yang luas penuh kehijauan ini juga semestinya memukau setiap mata yang melihatnya.
Kami diiringi sehingga ke bahagian dalam istana, melepasi ruang dewan besar yang dihiasi dengan perabot kayu berhias dan candelier selain beberapa potret besar keturunan Diraja Johor yang terpampang di dinding istana.
Sultan Ibrahim telah sedia menunggu kami dengan berpakaian baju kemeja lengan pendek berwarna biru dan dalam keadaan mood yang baik.
“Silakan dan tanya Beta apa sahaja soalan,” kata Baginda sambil mempersilakan kami untuk duduk.
Sepanjang sesi soal jawab yang memakan masa sejam, Sultan Ibrahim tenang menjawab semua soalan kami, termasuk soalan berkaitan perniagaan Baginda, tentang pelabur China di Johor, perubahan hari kerja hujung minggu, khabar angin tentang kasino dan pemindahan hati anakanda, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di China.

PERTABALAN
S: Tuanku, The Star memanjangkan ucapan tahniah terhadap pertabalan Tuanku yang akan berlangsung tidak lama lagi. Yang Teramat Mulia, mengapa majlis pertabalan Tuanku diadakan hanya selepas lebih empat tahun?
J: Beta fikir tiada sebab untuk terburu-buru. Majlis pertabalan bukan keperluan wajib. Majlis itu lebih kepada keperluan adat tetapi lebih bermakna dalam meneruskan tradisi.
Majlis Sokongan Negara telah mengesahkan dan mengisytiharkan Sultan Johor selepas kemangkatan terdahulu. Majlis angkat sumpah dan pengisytiharan tersebut telah cukup memenuhi syarat proses menaiki takhta secara sah.
Majlis pertabalan boleh diadakan pada bila-bila masa selepas disahkan mewarisi takhta. Majlis itu juga tidak memerlukan syarat khusus mengikut undang-undang, tetapi merupakan tradisi adat bagi memperkukuhkan lagi kedaulatan dan keagungan Raja.
Selain itu, terdapat beberapa perubahan tempat untuk majlis tersebut, termasuk Istana Besar.
Perlu diingatkan bahawa Sultan Abu Bakar yang ditabalkan pada 29 Julai 1886 selepas 23 tahun menaiki takhta.
Ia merupakan politik yang betul bagi istilah “pertabalan” untuk Sultan Johor kerana Sultan Abu Bakar mengangkat dirinya sebagai Sultan pada 1886 dan istilah itu perlu digunakan pada pertabalan waris Baginda, menjadikan Johor sebagai negeri pertama berbuat demikian.
Raja-raja di negeri Melayu yang lain melaksanakan majlis pertabalan pada hari mereka menaiki takhta.
PERNIAGAAN, PEMBANGUNAN DAN PENAMBAKAN JOHOR
S: Tuanku, peningkatan dalam bidang perniagaan dan urusan komersial Tuanku menjadi perbualan hangat. Keluarga diraja Johor telah terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan termasuk projek janakuasa (Projek 4A 1,000MW-1,400MW) dan pembangunan hartanah di Johor. Bagaimana Tuanku membahagikan kebaikan untuk rakyat dan negeri apabila mempunyai kepentingan peribadi dalam pelbagai jenis perniagaan?
J: Jika anda melihat sejarah keluarga diraja Johor, kami telah terlibat dalam dunia perniagaan sejak zaman moyang kami lagi. Beta tidak pernah cuba menyembunyikan urusan perniagaan menggunakan proksi seperti segelintir orang lain. Beta berurusan secara terbuka dan telus.
Jika melihat susur jalur keluarga diraja Johor, anda akan melihat bagaimana sejarah mereka terlibat dalam perniagaan. Segalanya bermula dengan perniagaan gambir dan lada hitam. Almarhum Sultan Abu Bakar, yang dikenali sebagai Bapa Kemodenan Johor, turut terlibat dalam perniagaan tersebut pada abad ke-19. Malah Almarhum Sultan Ibrahim (1895-1959) pula terlibat dalam perniagaan ladang getah.
Beta sendiri terlibat dalam perniagaan ladang kelapa sawit apabila bergelar Tengku Mahkota. Jangan sesekali menyangka Beta akan berhenti dalam dunia perniagaan sebaik-baik bergelar Sultan. Beta percaya ia merupakan aktiviti yang menyihatkan bagi keluarga diraja untuk melibatkan diri dalam urusan perniagaan yang sah dan betul berbanding perniagaan yang mencurigakan serta memberi kesan buruk kepada imej institusi diraja. Beta mahu mewariskan perniagaan ini kepada anakanda lelaki beta supaya mereka boleh belajar.
Terdapat banyak peluang perniagaan untuk semua orang di Johor dan Malaysia. Kita tidak boleh bersaing dengan semua orang kerana perkara itu adalah hampir mustahil. Tetapi peluang di Malaysia cukup untuk semua orang.
Secara jujurnya, kita diperintah mengikut Raja Berpelembagaan. Beta perlu menyara hidup sendiri seperti orang lain dan tidak boleh bergantung kepada elaun RM27,000 sebulan. Beta perlu mempunyai kehidupan yang sama seperti rakyat biasa Malaysia.
Beta pasti rakyat Johor tidak melihat Sultan mereka menjual nama untuk mendapatkan pendapatan. Malah tidak adil untuk memperkatakan bahawa sektor swasta akan ketinggalan.
Lihat jumlah syarikat swasta yang menjalankan perniagaan di Johor. Di sini adalah pasaran bebas. Tiada siapa dipaksa untuk membeli.
Gejala monopoli tidak wujud di Johor.
S: Apa pandangan Tuanku berhubung dakwaan tentang kerja-kerja penambakan akan menjejaskan kawasan pinggir laut Singapura?
J: Terdapat banyak tanah di Johor tetapi kawasan pinggir laut merupakan lokasi strategik. Orang ramai hanya tentang penambakan yang dilakukan oleh Johor, tetapi ramai yang tidak sedar tentang penambakan tanah yang dilakukan oleh Singapura seperti yang dilaporkan seawal tahun 1820-an, semasa era penjajahan.
Sudah tentu ketika itu penambakan dilakukan secara kecil-kecilan, tetapi Beta hanya anda mengetahui tentang sejarah. Pada tahun 1960-an, penambakan tanah dilakukan dalam skala yang besar.
Beta difahamkan bahawa Singapura telah menambak kawasan lebih 70 kilometer persegi sejak 1960 sehingga ke hari ini.
Menurut satu laporan, pada 1990, keseluruhan keluasan tanah Singapura adalah 663 kilometer persegi. Keluasan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 51.5 kilometer persegi atau 8.9 peratus keluasan keseluruhan. Apabila penambakan tanah diteruskan, keluasan Singapura akan bertambah kira-kira 100 kilometer persegi menjelang tahun 2030.
Beta tidak pasti tentang ketepatan angka ini, tetapi ia adalah satu fakta bahawa bentuk Singapura telah berubah ekoran penambakan secara sistematik dan agresif.
Jadi mengapa tiada siapa membangkitkan isu penambakan yang dilakukan oleh Singapura? Kenapa mereka menuding jari kepada Johor? Johor melakukan penambakan kerana keperluan strategik.
Malah mari kita berbicara tentang persekitaran. Beta sendiri melakukan pemeriksaan. Tiada seekor dugong yang akan terjejas dan pastikan fakta anda tepat. Menurut Menteri Besar, bayaran sebanyak 30 sen dikenakan bagi setiap kaki persegi tanah yang ditambak untuk membantu golongan nelayan yang terjejas akibat penambakan tanah.
Secara keseluruhannya, lebih RM104 juta diperoleh bagi membantu nelayan.
S: Projek hartanah Forest City seluas hampir 2,000 hektar menjadi kontroversi. Forest City akan mempunyai saiz hampir separuh daripada Putrajaya dan membangun di Selat Johor, barat laut Johor Bharu iaitu lokasi Hubungan Kedua ke Singapura. Projek itu merupakan usahasama antara firma Country Garden Holdings yang beroperasi di Guangdong, China dan syarikat tempatan Johor, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
J: Sebagai sultan, Beta mengalu-alukan semua pelabur, sama seperti yang disuarakan oleh Menteri Besar. Malah tindakan menolak pelaburan adalah kerja gila.
Pelabur dari China mempunyai keyakinan dan berpandangan jauh bahawa duit mereka akan dilaburkan dengan baik. Mereka sanggup mengambil risiko, tetapi mereka percaya terhadap kedudukan strategik Johor.
Jika ada pelabur Amerika, Britain, Australia atau Jerman yang sanggup melabur di Johor, mereka juga dialu-alukan, tetapi di manakah mereka? Jika pelabur China bersedia melabur di sini, mengapa perlu dijadikan isu?
Bagaimanapun, semua pelaburan tersebut mendatangkan keuntungan kepada Johor memandangkan Kerajaan Negeri mencatatkan rekod penambahan lebihan bajet untuk tempoh empat tahun berturut-turut. Beta berharap lebihan tersebut akan berterusan dan meningkat ketika lebih banyak projek dan pelaburan memasuki negeri ini.
Beta juga yakin bahawa ramai rakyat Singapura akan membeli rumah di Johor ekoran penuruan nilai mata wang Malaysia.
Semua pelaburan ini bakal membuahkan hasil yang baik kerana memberi kesan limpahan terhadap banyak sektor seperti peruncitan, membuka peluang kerja yang lebih banyak untuk penduduk tempatan dan perkhidmatan pengangkutan.
Beta yakin projek pembangunan besar seperti di Pontian akan membantu meningkatkan kualiti hidup di daerah tersebut yang terkenal dengan perniagaan makanan laut.
S: Johor dilihat membenarkan segelintir pemaju utama China melancarkan projek hartanah berskala besar. Satu daripadanya melibatkan pembinaan 9,000 unit rumah pada satu-satu masa dan kebanyakannya dijual kepada pembeli dari China. Tetapi masih banyak unit pembangunan itu tidak terjual. Wujud kebimbangan bahawa Johor dilihat membangunkan terlalu banyak projek dan berkemungkinan mewujudkan bandar hantu. Pemaju tempatan juga telah menyuarakan tentang layanan istimewa terhadap pemaju asing ini. Sila berikan komen terhadap isu tersebut.
J: Kebimbangan berlakunya lebihan rumah hanya merupakan satu andaian. Semua rumah ini tidak dibina secara serentak. Mengapa salahkan pelabur China yang melabur di negeri ini? Ketika ini, 80 peratus hartanah di London merupakan milik orang asing. Beta tidak fikir pemaju China akan membina rumah dan membiarkan projek itu kosong. Adakah anda fikir bahawa pemaju China ini masih belum mengira kos mereka, termasuk pemulihan modal dan pulangan pelaburan?
Segelintir orang bercakap tentang lebihan unit hartanah bangunan bertingkat yang semakin bertambah di Johor Bharu. Pemaju dari China tidak akan membina 80,000 buah rumah secara sekali gus. Hanya 8,000 unit sedang dibina buat masa ini.
Bagaimanapun, tidak semua pembeli rumah dari China dan ada juga rakyat tempatan terutamanya dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Malah ada juga pembeli dari Singapura.
Masa depan berada di Johor kerana rakyat Singapura, bukan sahaja China, akan membeli rumah di negeri ini.
Rumah merupakan aset yang tidak mampu dibeli oleh rakyat Singapura di negara mereka sendiri.
Isu ini telah dipolitikkan apabila golongan kelas pertengahan merasakan diri mereka ditindas.
Di Malaysia juga yang mempunyai tanah luas, golongan muda berasa sukar untuk memiliki sebuah rumah terutamanya di Pulau Pinang dan Lembah Klang.
Apabila kedua-dua negara ini berhubung (Hubungan Kedua), satu situasi baru dan menjadi normal apabila melihat rakyat Singapura menetap di Johor dan bekerja di Singapura. Itu adalah masa depan.
Beribu-ribu penduduk Hong Kong dan espatriat termasuk rakyat Malaysia, tinggal di Shenzen tetapi berulang-alik ke tempat kerja pada setiap hari.
Lebih 200,000 orang menyeberang ke Shenzen pada setiap hari dalam tempoh 45 minit. Itu adalah realiti budaya kerja melintasi sempadan yang berubah mengikut peredaran zaman.
Beta fikir pemaju tempatan perlu bekerja lebih keras. Beta percaya persaingan secara sihat dalam kalangan syarikat pemaju dapat memberi kebaikan kepada negara.
S: Benarkah dikatakan tidak ramai orang berani bersuara apabila menghadap Tuanku? Terdapat rasa takut dan hormat yang bercampur-aduk. Selain itu, Tuanku juga mempunyai reputasi yang kontroversi.
J: (Ketawa) Sebenarnya, soalan anda sangat sukar. Beta rasa Beta merupakan individu yang mesra dan mudah bergaul. Beta jenis suka berterus-terang. Beta tidak boleh berdepan orang yang hipokrit. Beta mengharapkan orang ramai berani bersuara. Anda menanyakan soalan yang sukar tentang diri Beta.
Ramai orang termasuk ahli politik di Kuala Lumpur, tidak tahu tentang Beta tetapi berbicara seolah-olah mengenali diri Beta. Mereka ini mempunyai pandangan tersendiri terhadap Beta dan itu bukan salah mereka.
Johor merupakan hak milik rakyat Johor dan hanya rakyat negeri ini tahu situasi sebenar dan keperluan Johor. Mengapa orang luar perlu campur tangan dan mengajar kami tentang apa yang harus dilakukan kepada negeri kami sendiri?
Beta pernah membangkitkan isu tentang cadangan Kerajaan Persekutuan mengenakan harga minimum sebanyak RM1 juta bagi hartanah yang mahu dibeli oleh rakyat asing dan Beta berkata syarat itu hanya sesuai dilaksanakan di Kuala Lumpur.
Malah Beta mencadangkan agar rakyat asing dibenar membeli hartanah bangunan bertingkat pada harga minimum RM500,000, tetapi untuk pemilikan tanah, mereka hanya dibenarkan membeli rumah yang bernilai lebih RM2 juta sahaja.
Beta juga mengkritik projek minyak dan gas milik Petronas di Pengerang kerana syarikat itu tidak membuka banyak peluang kepada rakyat tempatan untuk mengendalikan kontrak yang mempunyai kaitan dengan projek tersebut.
Beta turut mencadangkan satu pasukan khas ditubuhkan bagi merayu keputusan Pulau Batu Puteh yang dibuat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Bagi Beta, keputusan ICJ memihak kepada Singapura berhubung pemilikan pulau tersebut disebabkan campur tangan luar yang mengendalikan kes berkenaan.
ANAKANDA KELIMA, Tunku Abdul Jalil
S: Secara peribadi, saya dimaklumkan tentang spekulasi berhubung tahap kesihatan anakanda kelima Tuanku, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, yang juga dikenali sebagai Tunku Laksamana Johor. Boleh Tuanku memberi komen terutamanya berkenaan pemindahan hati yang dilakukan Tunku Jalil?
J: Anakanda Beta berada dalam keadaan baik dan sihat selepas menjalani pembedahan dan syukur kepada Allah. Lima tahun lagi akan menjadi tempoh penting buat Tunku Jalil kerana anakanda perlu mengamalkan corak pemakanan dan gaya hidup yang baik.
Beta bersyukur kerana Tunku Jalil masih hidup dan itu menjadi satu sebab Beta mengeluarkan belanja sebanyak RM10 juta bagi menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit kanser yang tidak mampu mendapatkan rawatan yang mahal.
Tunku Jalil sangat bertuah kerana menjadi anakanda Beta. Beta faham tentang penderitaan mengalami kanser tahap empat. Malah anakanda Beta juga tidak percaya berjaya meneruskan hidup, begitu juga dengan Beta. Beta mahu yayasan ini menjadi pemangkin supaya pihak lain boleh menghulurkan derma melalui yayasan ini.
Kami hanya mengetahui tentang kanser tersebut pada tahun lalu selepas Tunku Jalil mengadu tentang sakit bahu dan hanya dirawat di Hospital Besar tempatan yang hanya memberikan anakanda ubat tahan sakit dan pil tidur.
Kami menyedari sesuatu tidak kena dengan sakit yang dialami Tunku Jalil ketika bercuti di London. Selepas berbincang dengan pakar bedah dari Singapura, kami memutuskan untuk menghantar Tunku Jalil ke Guangzhou, China bagi menjalani pembedahan organ.
Beta berasa berterima kasih kerana prosedur tersebut berjalan lancar dan dijaga dengan baik ketika di China. Pihak perubatan di China juga berbesar hati untuk membantu anakanda Beta sehingga sanggup menghantar dua doktor ke Singapura bagi berbincang dengan pakar bedah di Singapura. Malah mereka menyediakan doktor dan jururawat yang boleh berbahasa Inggeris bagi memudahkan komunikasi.
Beta juga merakamkan rasa terima kasih dan rasa terharu apabila dimaklumkan beribu-ribu rakyat, tidak kira agama dan bangsa sama-sama berdoa demi kesihatan anakanda dan keluarga Beta. Ternyata berkata doa rakyat ini membantu Tunku Jalil.
CUTI HUJUNG MINGGU DI JOHOR
S: Adakah hari Jumaat dan Sabtu masih dikekalkan sebagai hari bekerja bagi perkhidmatan awam atau Johor sebagai sebuah negeri membangun, merancang untuk kembali semula menjadikan hari cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad bagi menyaingi kehendak antarabangsa, lebih-lebih lagi melibatkan perniagaan dengan Singapura? Atau adakah sektor swasta perlu menukar cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu?
J: Perkara itu sudah dilaksanakan lebih setahun apabila Johor menetapkan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu. Tujuan perubahan itu dilakukan bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat Jumaat tanpa perlu kembali ke pejabat.
Beta faham perubahan ini memberi kesan kepada sektor swasta serta perniagaan dengan Singapura. Beta masih dalam proses untuk mengumpul maklum-balas daripada sektor awam dan swasta berhubung perkara ini.
ESOK: Sultan Ibrahim berbicara tentang gelaran diraja, khabar angin tentang usul pembinaan kasino di Johor, hubungan Baginda dengan Menteri Besar pada masa lalu dan kini, serta banyak lagi isu lain