Friday, April 22, 2016

KAWANKU SEORANG MALAIKAT



Di umur saya masih belasan tahun saya mempunyai sahabat karib yang kawan2 miripkan beliau sama seperti MALAIKAT. Ketika kami baru mula rancak berbual, beliau sudah berusaha untuk melelapkan mata agar tidak ketinggalan tahajjud dan subuh dimasjid. Beliau dalam keadaan begitu sepanjang masa manakala saya pula bermusim BERSAING dengan beliau.

Suasana berlumba-lumba mengumpul amal soleh boleh diwujudkan sungguhpun hanya ada seorang teman yang mampu buat kita risau..

RISAU melihat beliau bersungguh-sungguh bangkit di awal pagi berdiri dalam keadaan gelap gelita bertahajjud seolah-olah beliau bakal dihukum mati apabila terbit matahari.

"Bagaimana dengan diriku? Aku hidup sampai bila-bila ke?" Bingkas saya turut bangkit dengan tergesa-gesa seperti masa telah terlalu suntuk untuk mengejar amalan agar mirip seperti beliau.

Itulah beruntungnya jika kita mempunyai teman yang mampu memperingatkan kita agar tidak ketinggalan dalam perlumbaan ini. Orang sekeliling kitalah yang membentuk amalan kita sama ada untuk jadi seorang ahli Syurga ataupun ahli Neraka.

Saturday, April 16, 2016

ZAKIR NAIK: BACK TO BASIC



Back to Basic..

Itulah pengalaman yang akan dirasai oleh setiap orang Islam yang mendengar syarahan Dr Zakir Naik.

Dia mengajak kita untuk kembali berfikir tentang asas pegangan yang mungkin kita rasakan sudah sampai tahap matang dan sangat kukuh.

Namun apabila kita diperdengarkan maksud kalimah syahadah, apabila dipetik ayat2 alquran, kita seolah2 baru pertama kali mendengarnya..

Itulah hakikat seorang muslim kerana keturunan, bukan kerana pilihan sendiri tidak merasa mutiara kehebatan yang sepatutnya ada dalam diri setiap muslim.

Saban hari kehidupan dilalui hanya untuk memenuhi kehendak demi kehendak hingga busung dan bontang dengan nikmat dunia.. Lalu mahu bertepuk sorak apabila menyaksikan saudara baru mengucapkan syahadat? Sejak lahir sebagai seorang muslim hanya syaitan yang bertepuk dan bersorak setiap kali berjaya memperdayakan anak Adam untuk terus lalai dan melakukan pelbagai dosa..

Friday, April 15, 2016

NAZRI AZIZ CONTOH PENGANUT AGAMA YANG ABAIKAN KITAB



Nazri Aziz mengatakan bahawa:

1) Perdebatan dalam isu perbandingan agama menggugat keharmonian Malaysia.

2) Kita tidak seharusnya membicarakan tentang agama lain.

3) Ulama kita lebih baik dari ZAKIR NAIK

Saya yakin Nazri Aziz tidak pernah mendalami isi kitab yang merupakan asas agamanya sendiri sama seperti penganut HINDU, CHRISTIAN malah sebahagian besar umat Islam dinegara ini.

Dalam Al Quran ada banyak surah yang juga merupakan hujjah yang Allah telah sediakan untuk kita berdepan dengan penganut agama lain. Maka apakah hujjah2 itu semua hanya sekadar diperdengarkan dikalangan penganut agama Islam saja?

Islam hanya melarang kita mencela agama lain. Hujjah adalah jalan penyebaran dakwah yang merupakan sunnah paling besar Nabi Muhammad.

Adakah selama ini negara tidak pernah berdepan dengan masalah keharmonian sungguhpun tanpa melibatkan aktiviti perbandingan agama. Bukankah membentuk persefahaman mengenali agama Islam itu merupakan langkah menuju keharmonian sejagat?

Kehadiran ZAKIR NAIK setidak2nya mengubah pendekatan ulama tempatan yang banyak disibukkan dengan isu remeh temeh, jarang sekali membicarakan soal akidah secara mendalam berpandukan kitab hingga generasi muda terpaksa berdepan dengan masalah gejala murtad!