Sunday, June 2, 2019

Serah zakat, Iftar di kuil KONGSI KEKUFURAN






Serah zakat, Iftar di kuil KONGSI KEKUFURAN

Dalam menangani isu orang kafir menyerahkan zakat dan jemputan majlis berbuka puasa di rumah ibadat orang bukan Islam ini ternyata masih ramai diantara kita termasuk mereka yang berotoriti dalam urusan agama pihak berkuasa negeri masih keliru. Tiada persepakatan dan ini amat menjelaskan kelemahan orang Islam di negara kita tentang kefahaman mereka terhadap agama mereka sendiri dalam menyesuaikan dengan nilai2 yang diperkenalkan oleh orang kafir.

Pesanan Allah yang diulang2 dalam Al Quran tentang bahaya kekufuran dan sikap orang beriman terhadapnya sepatutnya menjelaskan pendirian kita terhadap isu ini. Allah berpesan Janganlah kamu mati melainkan dalam agama Islam dan banyak ayat2 lain yang menzahirkan kebencian Allah terhadap dosa kekufuran iaitu mensyarikatkan Allah dengan lain2 sembahan seperti yang dilakukan oleh agama2 lain. Jauhnya berbedaan nasib dan ancaman siksa yang tiada kesudahan terhadap golongan yang menolak keesaan Allah di hari pembalasan amat menggerunkan.

Hal ini sepatutnya menanamkan rasa gementar dan ketakutan terhadap jiwa kita sebagai orang Islam apabila mendekati mahupun sekadar melihat dari jauh rumah ibadat dan simbol2 agama lain ini yang mana telah menjadi asbab jutaan manusia terpaksa menerima seburuk2 pembalasan di akhirat kelak.

Orang kafir mencipta nilai2 yang disifatkan sebagai sejagat memerangkap orang Islam untuk membenci agama sendiri. Apabila Islam tidak mengiktiraf agama lain.. Apabila Islam mahu meletakkan diskriminasi melalui sikap kita terhadap mereka yang bukan Islam.. Apabila kita mengasingkan barang keperluan mahupun tidak menjamah makanan yang mereka sediakan... Semua ini bertentangan dengan nilai sejagat ciptaan mereka dan Islam akan dianggap terasing, anti perpaduan dan keharmonian, malah memandang hina agama2 lain. Kita kemudiannya makin malu dengan ajaran agama kita sendiri dan mula melakukan penyesuaian untuk memuaskan hati penganut agama lain sungguhpun bertentangan dengan syarak.

Islam itu datang dengan sifatnya yang ungul sebagai satu2nya agama yang diiktiraf oleh Allah. Mana mungkin cahaya dan pentunjuknya dapat ditandingi oleh apa yang ada pada agama lain. Sikap baik terpuji yang dilakukan oleh penganut agama lain untuk mengambil hati umat Islam tidak sedikitpun melepaskan mereka dari tuntutan untuk mengakui keesaan Allah. Malah segalanya seperti debu ditiup angin dan tidak bermanfaat sedikitkan untuk menyelamatkan diri mereka dari siksa dosa kekufuran.

Meletakkan agama Islam seolah2 sama kedudukannya dengan agama2 lain adalah satu fitnah yang besar menggelapkan cahaya hidayah yang mungkin berasal dari batang tubuh yang sudah lama bergelumang dengan zulumat yang akhirnya sanggup berkongsi segalanya termasuk tempat kembali selepas mati.