Friday, January 27, 2017

MACAM MANA RAKYAT BIASA NAK GELAPKAN WANG VS MAHAFIRAUN



KISAH BENAR

Teringat kisah seorang pakcik di Singapura bekerja dengan money changer yang mempunyai beberapa cawangan di seluruh Singapura. Oleh kerana pengurusan terpaksa mengurangkan kos pengiring keselamatan maka beliau ditugaskan membawa sejumlah wang yang bernilai jutaan dollar dalam pelbagai matawang untuk diagihkan ke seluruh cawangan.

Saban hari beliau terpaksa membawa beg penuh berisi dengan wang berlagak seolah olah ia hanya sebuah beg pakaian menggunakan pengangkutan awam ...MRT..Teksi dan Bas..

Setiap kali menjalankan tugas itu jantung beliau berdegup kencang penuh debaran, diselubungi perasaan bimbang apatah lagi bila terasa seperti ada orang yang mengekori dari belakang.

Beliau sedar tugasnya itu mengundang banyak risiko hingga boleh membahayakan nyawa beliau sendiri. Beliau juga sentiasa diganggu oleh mimpi buruk terbunuh akibat rompakan.

Pernah terjadi disuatu stesen MRT yang sesak dengan penumpang, beg yang terlalu sarat dengan wang itu terkoyak dan wang bertaburan ke lantai. Namun beliau bernasib baik kerana orang ramai yang terlihat hanya membiarkan dan ada juga buat2 seperti tidak melihat apa2.

Pada suatu malam beliau terfikir sampai bilakah hidup beliau akan berterusan begini lalu beliau berbincang dengan ahli keluarga. Beliau merancang ingin meninggalkan Singapura dengan melarikan wang jutaan dollar. Beliau akan memulakan hidup baru dan ahli keluarga lain boleh menyusul sekirannya keadaan kembali tenang. Beliau memikirkan negara mana yang sesuai untuk dijadikan tempat persembunyian dan bagaimanakah wang dapat dibawa keluar dengan selamat tanpa dikesan kastam.

Namun apabila tiba keesokkan harinya beliau bertemu dengan pengurus dan menyatakan hasrat untuk berhenti kerja..

Begitulah kisah bagaimana seorang rakyat biasa apabila diberikan amanah dan cuba untuk mencari jalan MENGGELAPKAN WANG. Namun tidak sukar bagi seorang yang telah memerintah negara selama 22 tahun dan kuasanya begitu mencengkam hingga tidak terdaya bagi sesiapapun untuk berkata tidak dengan permintaannya.

MENGGELAPKAN WANG dengan jumlah semahu hati..Dengan tujuan yang tidak dapat dicapai oleh imaginasi. Namun kekal suci dan dikagumi tanpa perlu menjadi bangsat menghilangkan diri termasuk bayang2 dan tapak kaki.

Zulhairi Fetani

Monday, January 23, 2017

MYKMU DAN KONTROVERSI UCAPAN TPM



Saya tidak hairan jika MYKMU melalui bossnya Johari Ishak dan Ab Jalil Backer antara yang amat tersinggung dengan ucapan TPM Zahid Hamidi. Saya antara ratusan penggiat media sosial yang berjaya didekati melalui pelbagai inisiatif dan program demi memantapkan lagi jaringan komunikasi serta keberkesanan gerakan menyerang dan menepis serangan FITNAH pembangkang.

Saya yakin ramai lagi rakan2 media sosial diluar sana tetap teguh memberi sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan PERDANA MENTERI dan mahukan Barisan Nasional terus memerintah negara ini demi kestabilan politik dan ekonomi serta mengekalkan legasi kepimpinan Bangsa Melayu di bumi bertuah ini.

Saya berharap ucapan TPM itu bukanlah membayangkan bahawa segala usaha MYKMU menghimpunkan penggerak media sosial selama ini telah menemui kegagalan. Bertambah dan berkurangnya sokongan rakyat terhadap kerajaan sangat bergantung kepada dasar2 yang memberi manfaat kepada rakyat dan cara kerajaan menangani permasalahan rakyat, tiada kaitan dengan usaha yang sedang dijalankan oleh MYKMU.

Golongan penggiat media sosial yang didekati oleh MYKMU adalah mereka yang mendedikasikan masa menyumbang buah fikiran dengan hujah yang tersendiri untuk menepis fitnah serta memupuk kesedaran dikalangan rakyat agar mempunyai sikap yang betul dalam menyantuni usaha kerajaan memperbaiki mutu kehidupan mereka.

Saya amat berharap MYKMU terus menjadi penghubung antara kerajaan dan penggiat media sosial agar kedua2 pihak dapat menyumbang dengan lebih berkesan demi menjayakan matlamat bersama.

6.6% MALAH MUNGKIN LEBIH KECIL DARI ITU





Obama pun dah sebut dalam ucapan akhirnya. Sosial media menyebabkan seseorang itu terkumpul dengan kumpulan manusia lain yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama.

Nak mudahkan cerita sungguhpun dalam sebuah komuniti followers yang jumlahnya agak ramai, kita juga boleh dikatakan berada dalam keadaan syok sendiri. Kita terlalu selesa dengan likers dari followers yang kita tahu mereka sehaluan dengan ideologi kita.

Kita fikir telah berjaya menyampaikan mesej keseluruh pelusuk dunia tanpa prejudis. Namun percayalah dalam keadaan sedemikian pun mesej kita hanya berlegar dikalangan kita. Tidak memberi apa2 kesan dalam melebarluaskan pengikut lebih2 lagi jika dibandingkan dengan jumlah mereka yang berada diluar subset berpuluh kali ganda lebih ramai..

Kumpulan dimana kita berada sungguhpun terasa seperti gegaran sesekali serentak bersuara, tidak mampu langsung untuk menggambarkan bahawa kita mewakili kolompok terbesar dalam negara.

Tuesday, January 17, 2017

HARTANAH YANG MENAKLUK HANYA BERDASARKAN IMAGINASI MAHATHIR YANG LEMAH



Belum pernah saya dengar sesebuah negara menghalang warga negara asing untuk membeli hartanah. Jika ada peraturan pun tujuannya untuk melindungi jenis2 hartanah bernilai rendah untuk diberikan keutamaan kepada rakyat tempatan agar mampu memiliki rumah.

Dalam isu Forest City ternyata tujuan pembangunan itu mensasarkan kepada pembeli warganegara asing selaras dengan peraturan2 pemilikan hartanah.

Rakyat Malaysia yang berkemampuan pun mempunyai peluang untuk memiliki hartanah di Singapura seperti yang pernah kecoh seketika dahulu dalam isu NFC.

Namun apa yang cuba dibawa oleh Tun Mahathir dalam menjawab pertanyaan Sultan adalah sekadar telekan atau forecasting beliau secara peribadi dan menyuntik logik dikalangan rakyat bahawa PENDATANG CINA amat merbahaya kepada negara ini berdasarkan kekacauan politik yang dihasilkan oleh orang cina sedia ada melalui parti politik DAP. Jika benar beliau bimbang kenapa beliau kini bekerjasama dengan DAP?

Telekan Tun bagi saya adalah terlalu berlebihan dan melampau. Pemilikan hartanah di Johor oleh rakyat asing bukanlah baru dan ketika zaman pemerintahan Tun sendiri telah banyak berlaku pemindahan hak pemilikan hartanah secara besar-besaran kepada warganegara Singapura. Namun syarat ketat pemberian taraf kewarganegaraan antaranya tidak boleh pulang ke negara asal selama 5 tahun berturut-turut yang terpaksa dilakukan ibu saya sendiri bukanlah mudah untuk dipenuhi. Tun sepatutnya membentangkan statistik jumlah kebanjiran warganegara Singapura yang telah berhijrah kerana mempunyai hartanah di Johor dan kemudiannya diterima sebagai warganegara untuk menyokong telekan beliau itu.

Bukan mudah untuk warganegara asing melepaskan kerakyatan negara asal mereka hanya semata-mata kerana mempunyai milikan hartanah di negara luar. Hak kewarganegaraan mereka dinegara asal sudah tentu lebih berharga kerana dari situlah asal sumber ekonomi mereka hingga mempunyai kuasa membeli yang cukup luar biasa. Kebiasaan bagi mereka yang bersungguh2 untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan di negara ini adalah kerana desakan hidup atau percaya Malaysia menawarkan sumber pendapatan dan masa depan yang lebih baik berbanding negara asal. Bukan kerana milikan hartanah.

Ternyata telekan Tun Mahathir hanyalah imaginasi liar beliau sendiri yang tidak berpandukan apa2 kajian dan fakta. Namun bagi sebahagian besar pengikut beliau apa saja yang dikatakan oleh Tun Mahathir adalah sama nilainya dengan pemberitaan kedatangan hari kiamat dalam Al Quran yang wajib dipercayai sungguhpun ada banyak bukti keputusan2 yang cuai dan lemah dilakukan oleh orang yang sama menyebabkan kerugian yang amat besar kepada negara dan menyusahkan rakyat sepanjang 22 tahun beliau memerintah.