Wednesday, August 22, 2018

TIBA2 RAMAI MELAYU YANG KAYA RAYA



UNTUK RENUNGAN BERSAMA.

Sejak zaman DSN lah dasar ransangan ekonomi memberi byk peluang kepada usahawan2 melayu tak kira iks.. Pertanian.. Perladangan... Ditambah pula kebijaksanaan beliau menyokong org2 felda.. Menaiktaraf kehidupan pekebun2 felda... Anak2 felda sampai diberi peluang masuk universiti Lim Kok wing dgn inisiatif beliau...

Ledakan globalisasi perniagaan secara online yg beliau beri kebebasan utk seluruh rakyat meniaga tanpa sempadan.. Bila taraf hidup dan gaji rakyat naik terutama org melayu.... Maka berbondong2 lah melayu kita lihat semakin senang.. Kaya raya... Malahan makin ramai bergelar jutawan... Market melayu semakin besar dan kukuh... Jual tudung je dah jd milionaire..

Apa bidang meniaga zaman DSN lah kita lihat melayu ada modal utk venture sama2 dgn kaum cina...org2 melayu semakin bijak menyokong industri dan peniaga2 melayu...

Dan inilah punca kaum yg satu itu semakin hairan.. Bila banglo mereka beli berjiran dgn ramai org2 melayu yg bkn terdiri daripada aristokrat tapi asal rakyat marhein sahaja... Kaum2 inilah yg makin sakit jiwa bila makin ramai melayu2 kita byk duit menyemak penuh kat airport kuar holiday g oversea...

Kaum inilah yg makin penuh dendam kesumat bila lihat anak2 muda melayu sudah pandai memandu kereta2 mewah dgn hanya berniaga coconut shake mahupun nasi lemak udang galah...

Dan semakin lama market bukan melayu makin slow hingga menyebabkan tokey2 cina spt Hai O.. Coway... Cuckoo.. Amway dan pelbagai pemilik produk2 lain terpaksa bergantung kepada salesman2 melayu demi menguasai pasaran belian dlm kalangan org2 melayu... Sampaikan pondan.. Transgender melayu pun mampu bergelar jutawan walaupun dgn bayar gst??!!!๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ..

Kauorg rasa x sakit jiwa ke kaum yg satu tu??!!!! ๐Ÿ™„๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚... Akhirnya mereka tiada pilihan kecuali membunuh bapa transformasi kekayaan org2 melayu... ๐Ÿ˜’๐Ÿ˜’.. Demi menjatuhkan pasaran org melayu dan menghentikan kemajuan serta kekayaan masyarakat melayu di Malaysia masa kini... ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”...

Yg sedihnya org2 melayu yg dibantu dan diberi peluang oleh DSN sendiri kufur nikmat.. Percaya hasutan dan bersama2 menjatuhkan beliau tanpa mereka sedari mereka sdg menggali kubur kemiskinan untuk bakal anak cucu mereka sendiri... ๐Ÿคจ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Coretan dari sahabat FB Ann Fardan.

Monday, August 20, 2018

DUNIA BENCI MAHATHIR




Untuk selamatkan hubungan Malaysia/China, TunM kena letak jawatan kerana China dah terasa hati apabila TunM menuduh mereka nak jajah Malaysia melalui ekonomi dan menuduh Syarikat China ada pakatan rasuah sedangkan syarikat2 tersebut adalah dalam jaminan Kerajaan China sendiri, menuduh syarikat mereka sama lah macam menuduh kerajaan China itu sendiri.

Lagi merumitkan keadaan ialah kerana kenyataan TunM nak batalkan semua projek dengan negara China semasa berkempen dulu, akhirnya ia memakan diri TunM sendiri.
Telah dijangka lawatan TunM ke China akan gagal dan ianya akan membuat pelabur semakin takut dengan kita.
Jepun pun hilang keyakinan dengan kita, apabila kita bercakap tentang hutang negara yang angkanya berubah2.
Dalam keadaan ekonmi kita didakwa teruk oleh Kerajaan PH, TunM bercakap pasal nak buat projek kereta nasional ke3, mana lah Jepun tak pening dengan kita.

Dengan Arab saudi pun kita bakal bermasaalah kerana TunM pernah kata hanya orang gila sahaja yg sanggup beri derma RM2.6B dulu sedangkan yang menderma itu adalah Raja Arab Saudi sendiri dan kita kena ingat Arab Saudi diperentah oleh rajanya secara mutlak.

Tulisan Tuan Bahazelan

PEMIMPIN PH DITEKAN DAN DIMALUKAN





Baru2 ini saya selaku wakil syarikat dijemput menyertai jamuan makan malam persatuan pengilang. Apa yang menjadi kejutan pada malam itu ialah cara Presiden Persatuan menyampaikan ucapan yang mana ditujukan khas kepada wakil kerajaan PH.

Beliau bukan sahaja meninggi suara malah beliau mengulang-ulang peringatan dan tuntutan mereka terhadap kerajaan PH seolah-olah beliau sedang bercakap dengan budak sekolah yang tidak faham bahasa.

Apabila melihat cara Perdana Menteri China ini menjawab keluhan Mahathir dengan persetujuan yang telah dibincangkan dalam sidang media ini saya teringat cara kurang hormat ucapan presiden persatuan pengilang itu. Sungguhpun situasinya isunya berbeza, apa yang saya ingin sampaikan ialah pemimpin yang mewakili kerajaan PH ditekan dengan cara yang tidak selayaknya dengan kedudukan mereka.

Mereka dimalukan di khalayak tetamu makan malam dan di sebuah sidang media terbuka hubungan diantara negara.

TELITINYA PAS, TUKANG KEMPEN PUN DITAPIS




Satu dimensi politik baru bagi UMNO apabila berkempen untuk calon PAS pada PRK Seri Setia. Beberapa personaliti dari UMNO dilarang untuk menyertai kempen kerana bimbang menyebabkan pengundi menjauhkan diri.

Begitulah cara berpolitik yang kita perlu pelajari dari PAS. Mereka sangat teliti dan mengambil kira segala aspek yang mempengaruhi pengundi dalam membuat pilihan. Kecenderungan pengundi majoriti, Latar belakang Allahyarham bekas ADUN malah orang2 yang mengelilingi calon ketika pilihanraya.

Sebelum ini UMNO yang memberi seluas2 ruang dan mengerahkan jentera seramai boleh untuk terlibat dalam kempen pilihanraya. Namun berbeza bagi pusingan kali ini apabila calon PAS yang bertanding, UMNO sebagai rakan gabungan terpaksa akur dan menghormati gerakkerja PAS.

UMNO selama ini beranggapan rakyat akan terima siapa saja calon yang mereka letakkan. Citarasa dan imej yang mempengaruhi pilihan rakyat setempat tidak langsung menjadi faktor. Apabila bergabung dengan PAS bukan imej calon saja yang diutamakan, tukang kempen pun amat diberi perhatian agar tidak mencemarkan imej calon.

Memang susah untuk buat orang suka kepada kita. Tetapi begitulah keadaannya apabila menjadi pembangkang. Menjadi pilihan rakyat adalah kemuncak segala pertaruhan.

Sunday, August 19, 2018

TAK LAMA DULU LAH..





Tak lama dulu lah... Najib dituduh #JualNegara kepada China. Sebilangan uneducated Malaysian menyahut tuduhan ini dengan rasa teruja kerana hal itu keluar dari mulut Ayahanda Mahathir. Bagi mereka apa sahaja yang keluar dari mulut Mahathir adalah betul. Tidak perlu dipertikai dan tak perlu bukti. Mereka yakin sebagai individu yang pernah 22 tahun memerintah negara semestinya Mahathir lebih arif dan tidak pernah silap.

Apabila ditegur tentang kesanggupan Mahathir bersekongkol dengan komunis DAP, mereka kaitkan pula hubungan akrab antara Barisan Nasional dan Parti Komunis China.

Sesungguhnya Allah itu Maha adil. Jika BN terus memerintah sudah tentu kita semua tidak akan dapat menyaksikan bagaimana Mahathir sanggup datang menyembah ke negara China. Beliau mengaku China bertindak balas atas tindakan Mahathir mengganggu projek2 syarikat milik China di Malaysia.

Jenuh saya dan rakan2 tak lama dulu.. bukan setahun lepas.. mungkin lebih sikit dari 100 hari yang genapnya 2 hari lepas mempertahankan dan memuji tindakan Najib menjalinkan hubungan ekonomi yang begitu hebat dengan China. DS Najib dalam respon beliau ketika serangan Mahathir itu hanya mampu berkata bahawa dakwaan tidak masuk akal.

Najib hilang kata2 bagaimana kejayaan beliau menarik perhatian pelabur2 syarikat gergasi dunia dari China memakmurkan negara dengan jumlah pelaburan bernilai puluhan billion ringgit beserta ribuan peluang pekerjaan dituduhnya sebagai menjual negara.

Kini Mahathir yang tidak pernah menyangka dapat kembali menjadi Perdana Menteri terpaksa berhadapan dengan realiti dan mengaku betapa pentingnya pelaburan negara tanah besar itu kepada Malaysia. Mahathir kini bertindak memujuk China kembali melabur kepada Melaysia menyambung jalan yang pernah dirintis DS Najib yang mencapai kejayaan paling besar dalam sejarah hubungan China - Malaysia.

Rakyat sebenarnya semakin hari semakin yakin dengan kemampuan Najib dan mula menilai siapakah sebenarnya Mahathir..







Friday, August 17, 2018

100 HARI: RAKYAT BARU SEDAR TENTANG PRESTASI BERBANDING OMONG KOSONG



YB KJ kata rakyat tak kisah PH tunai manifesto atau tidak. Ya itu hanya mewakili sebahagian jenis pengundi yang terlalu taksub dengan politik kepartian. Ramai lagi golongan rakyat yang memerhatikan secara dekat prestasi kerajaan PH dan memperbandingkan dengan kerajaan terdahulu terutama sekali mereka yang telah banyak menerima manfaat dari kerajaan dahulu.

Ada yang sudah keluar dari cara berfikir dikuasai persepsi. Hakikat kerajaan telahpun bertukar tangan membantu untuk menghilangkan banyak persepsi negatif samada ia direka oleh PH ataupun yang terbit dari imej BN sendiri. Rakyat kini lebih fokus tentang perkara yang mereka kurang memberi perhatian ketika membuang undi dulu, iaitu apa yang mereka boleh dapat dari kerajaan.

100 hari jelas menunjukkan Kerajaan PH hampir putus nafas memberikan pelbagai alasan bagi menutup kegagalan. Terbaru kenyataan Tun Mahathir bahawa negara lebih kaya jika rakyat bergaji rendah dan kecaman beliau terhadap rakyat Malaysia kononnya suka kepada wang percuma, menggambarkan betapa kuat tekanan rakyat tidak kira dari pembangkang mahupun penyokong mereka sendiri. Ini adalah pengenalan dan permulaan yang cukup tidak baik bagi PH yang buat julung kalinya diberikan peluang memerintah negara.

Tindakan PH tergopoh-gapah menghentikan kutipan cukai GST selama 3 bulan mengesahkan kepada rakyat cara urus tadbir Kerajaan PH yang amat tidak cermat dan meletakkan kewangan negara diambang defisit.

Oleh itu dalam politik KJ tidak boleh pukul rata dan menafikan impak beberapa isu kegagalan kerajaan PH dan mendakwa rakyat secara keseluruhannya tidak kisah jika PH abai janji tunai manifesto. Sebarang isu kegagalan kerajaan PH perlu diambil peluang dan mendapatkan seberapa ramai rakyat tahu dan tidak ketinggalan memerhatikan gelagat kerajaan pilihan mereka.

Tuesday, August 14, 2018

ALASAN HUTANG KERAJAAN PH TIDAK BERTAHAN LAMA




Apabila peruntukan sekolah swasta cina dibatalkan, ramai orang cina mempersoalkan kejujuran kerajaan menggunakan alasan hutang.

Kini semakin ramai pihak terjejas atas alasan yang sama termasuk 1.6 juta penjawat awam apabila kerajaan mengumumkan tiada kenaikan gaji buat masa ini.

Akan lebih ramai pihak akan lebih berani untuk mempertikaikan alasan kerajaan itu ditambah pula dengan pelbagai tindakan kerajaan yang tidak seiring dengan alasan kewangan itu termasuklah penetapan GST kosong selama 3 bulan, perbelanjaan menyelenggaraan kapal Equanimity, upah menurunkan logo 1 Malaysia di UTC seluruh negara dan banyak lagi yang dilihat perbelanjaan yang dilihat sebagai tidak perlu, tidak penting dan boleh dielakkan.

Saya berpendapat kerajaan tidak lagi dapat mempertahankan alasan HUTANG ini dan adalah lebih baik kerajaan berterus terang kepada rakyat yang kini merasa dimangsakan untuk menafikan apa yang mereka anggap sebagai hak yang mereka patut terima dan mampu dilaksanakan kerajaan BN tetapi dinafikan oleh Kerajaan PH.

Adakah benar kerajaan PH sebenarnya menipu rakyat tentang keadaan hutang negara kerana rakyat bukan menjadi keutamaan dan peruntukan kerajaan digunakan untuk kepentingan lain termasuk tujuan politik?

Sunday, August 12, 2018

MEROMPAK? MENCURI? ADAKAH KITA PASTI?



MEROMPAK? MENCURI? APAKAH KITA PASTI?

Mudahnya perkataan seperti itu keluar dari kata-kata kita. Mana datang dan asalnya? Adakah kita melihat  perbuatan itu berlaku? Siapakah yang mengesahkannya? Jika tiada bukti kita menuduh berdasarkan apa? Cukupkah sekadar ramai orang memperkatakan tentang perkara yang sama?

Apakah hubungan kita dengan orang yang kita tuduh? Apa sebab kita begitu yakin dengan tuduhan yang kita buat? Adakah kita terlibat dengan siasatan atau diri kita sendiri menjadi saksi kejadian? Atau kita sekadar mendengar cerita orang? Boleh jadi betul dan boleh jadi tidak.

Jika tidak betul apa akibatnya? Atas kepercayaan agama mana yang kata kita boleh terlepas jika suka2 menuduh orang tanpa bukti?  Mengapa tidak biarkan saja mereka mereka yang berani menuduh menanggungnya. Apa perlunya kita terlibat sama atas perkara yang kita tidak pasti?

Apa perasaan kita jika orang mengatakan perkara yang tidak betul tentang diri kita?Mahukah diri kita dituduh dilaung atas perkara yang sama? Apa sudahnya jika penafian dan penjelasan kita tak seorang pun mahu ambil peduli? Marah atau Pasrah? Apakah kesudahannya? Apakah yang mampu kita lakukan?

Dimanakah kewarasan kita? Dimanakah pertimbangan kita? Apakah makna ini semua? Adakah segala perlakuan kita ini tidak akan dikira dalam kitab amalan? Sudah lepaskah kita dari perhitungan antara syurga dan neraka? Atau bolehkah kita hanya melihat kawan2 serta sanak saudara kita sahaja yang akan dibungkus dan ditimbus dalam tanah tetapi tidak kepada diri kita? Adakah hanya apabila tubuh badan kita kesejukan menanti sakaratulmaut baru kita berharap agar kita tidak pernah menuduh sesiapapun dengan perkara yang tidak baik agar ulat dan perut bumi menjaga tubuh kita dengan baik?

HUJAH TERBAIK DS NAJIB!



Saya terkejut membaca kenyataan Lim Guan Eng yang cuba memberi bukti kononnya dia juga mempertahankan golongan yang miskin. Terkejut saya berselang ketawa sebenarnya.

Guan Eng memberi dua bukti bagi menyokong dakwaannya itu.

Pertama, Guan Eng mendakwa kerajaan PH telah mengambil langkah tambahan bagi membayar RM400 sebagai bayaran Bantuan Sara Hidup kepada golongan B40 bulan ini.

Pembayaran BSH itu sebenarnya BR1M yang kerajaan saya luluskan dalam Bajet 2018. Ia hanya ditukar nama namun hakikatnya ia adalah cetusan inisiatif kerajaan BN.

Malahan, jika BN menang bayaran ini sepatutnya RM800 dan bukan RM400 sahaja untuk ansuran ini.

Alasan kedua yang Guan Eng bagi ialah harga petrol tetap RM2.20 satu liter walaupun harga minyak dunia sudah naik ke tahap US$70 (RM290) satu tong.

Katanya, ini bukti bahawa kerajaan PH sangat baik kerana masih menetapkan harga petrol pada tahap RM2.20.

Pada September 2013, bila harga petrol RON95 dinaikkan 20sen dari RM1.90 kepada harga RM2.10 oleh kerajaan saya, harga minyak dunia ketika itu setinggi US$120 (RM400 masa itu) satu tong.

Ketika itu, Guan Eng pernah menjerit harga petrol RM2.10 terlalu tinggi dan menuduh kerajaan saya zalim biarpun harga minyak dunia pada masa itu jauh lebih tinggi dari sekarang.

Namun ada yang tidak ingat bahawa harga RON95 juga ada turun sehingga RM1.60-RM1.70 pada tahun 2015 dan 2016. Apabila harga minyak dunia rendah, kita kembalikan kepada rakyat.

Tetapi saya pelik mengapa harga petrol pada tahap RM2.10 pada ketika harga minyak dunia ialah RM400 satu tong dianggap tindakan kejam tetapi harga petrol RM2.20 hari ini pada ketika harga minyak RM290 satu tong tidak zalim pula?

Guan Eng perlu buktikan bahawa dia benar-benar mahu membantu golongan B40 dan bukan hanya mahu menolong golongan kaya, peniaga dan ekonomi gelap untuk mengelakkan cukai atau membantu pengaliran dana haram ke luar negara.

Dia patut turunkan harga petrol seperti mereka janjikan, tol dihapuskan, turunkan harga elektrik dan gas dan bukan dinaikkan sebagaimana berlaku bulan lepas, naikkan gaji penjawat awam dan bayaran BR1M seperti kerajaan BN dahulu.

Dia juga patut menjamin harga barang tidak akan naik bila SST diperkenalkan bulan depan pada ketika harga barang tidak turun selepas GST telah dimansuhkan, menjamin bahawa bantuan dan bayaran bonus kepada peneroka, petani dan nelayan tidak akan dibatalkan dan lain-lain janji-janji manifesto mereka.

Saya sedia mengaku saya tersalah sangka jika Guan Eng boleh membuat demikian.

Guan Eng juga berkata bahawa Malaysia masih tidak mengalami masalah kewangan walaupun GST telah dimansuhkan.

Ya. GST baru dimansuhkan dan harga minyak dunia masih tinggi tetapi jawapan saya ialah seperti alasan yang diberikan oleh pemimpin-peminimpin PH apabila ditanya mengapa janji-janji manifesto100 hari belum ditunaikan lagi:

"Takkan hari ini kahwin, esok sudah beranak?"

HANYA NAJIB MAMPU MENUMBANGKAN PH



Antara sebab Mahathir diterima untuk menyertai PH ialah kerana BN menyerang beliau selama setengah jam saban hari di berita TV. Serangan tersebut menandakan Mahathir amat digeruni BN. Itulah hujah pakar strategik PH Rafizi Ramli apabila ditanya mengapa PH terima Mahathir.

Tetapi serangan PH terhadap Najib tidak menyembabkan beberapa pemimpin UMNO melihat Najib sebagai kekuatan kepada parti malah liabiliti. Pemimpin itulah sebenarnya tidak lagi releven dengan dunia politik mutakhir dan perlu berundur.

Najib Perdana Menteri yang terlalu bersih dan terlalu hebat. Jika kenyataan ini tidak ditimbuskan dengan pelbagai fitnah sudah tentu pembangkang tiada peluang langsung untuk menang.

Sama seperti PKR dengan Anwarnya, PPBM dengan Mahathirnya, PAS dengan Tok Gurunya, DAP dengan Dynasty Limnya, UMNO perlu mengangkat Najib sebagai pemimpin terulungnya dan hanya membawa bersama mereka yang sanggup berdiri teguh dibelakang Najib.

Hal ini terpakai selagi mana Najib menjadi tumpuan serangan PH sungguhpun beliau bukan lagi presiden parti. Kebenaran yang ada pada Najib merupakan bom jangka yang boleh meruntuhkan sokongan rakyat terhadap PH.

Sudah tentu kedudukan PH akan lebih bahaya sekiranya BN sebulat suara mengangkat semula Najib sebagai PRESIDEN PARTI dan calon PERDANA MENTERI.

Thursday, August 9, 2018

KALAH PRK SG KANDIS: UMNO MASIH BERTARUNG DENGAN BAYANG2




Satu persoalan yang masih ramai gagal rungkai ialah... Kenapa rakyat mudah percaya fitnah terhadap UMNO dan DS Najib?

61 tahun lamanya telah tertanam dalam minda rakyat bahawa kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO penuh dengan cerita pembongkaran penyelewengan dan rasuah. Organisasi yang saling bantu membantu mensuburkan rasuah hingga menjadi budaya. Hanya dengan pertukaran kerajaan saja persepsi ini dapat dihilangkan.

Pakatan pembangkang yang menggunakan perkataan HARAPAN membawa mesej jelas hasrat rakyat melalui pemimpin2 yang baru mempunyai potensi besar menghapuskan amalan rasuah dan kronisme yang hampir mustahil dapat dibenteras oleh kerajaan BN UMNO.

Atas alasan inilah rakyat masih memberikan peluang dan terus meletakkan harapan agar kerajaan baru dapat benar2 menjadikan Malaysia lebih bersih dari muka2 lama yang senonim dengan gaya hidup mewah hanya kerana mereka bergelar ahli politik.

Gagal melihat hasrat rakyat ini menyebabkan ramai penyokong BN seolah2 bertarung dengan  bayang2. Tidak mampu mencari punca sebenar ramai rakyat beralih arah mencari harapan dengan kerajaan yang baru.

Tuesday, August 7, 2018

KENAPA KERAJAAN PH SEPERTI MENSABOTAJ EKONOMI NEGARA SENDIRI



Saya lihat kerajaan PH seperti masih berperanan sama seperti ketika mereka menjadi pembangkang iaitu mensabotaj ekonomi negara.

Tidakkah mereka sedar apa yang mereka lakukan ini hanya memburukkan rekod pencapaian mereka sendiri setelah rakyat sanggup memberi kepercayaan.

Setelah 61 tahun baru diberi peluang sepatutnya inilah masanya PH membuktikan mereka merupakan kerajaan yang jauh lebih baik dari BN.. Bukan terus melakukan kerja2 sabotaj terhadap ekonomi negara sendiri seperti ketika berada dalam kem pembangkang.

Saturday, August 4, 2018

KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN SEPATUTNYA RUNTUH



Maaf.. Saya amat tidak berpuas hati dengan keputusan PRK ni. Kepercayaan rakyat terhadap PH sepatutnya sudah runtuh. BN mempunyai banyak kelebihan dan perlu meletakkan strategi yang lebih berani kerana parti itu bukan lagi parti kerajaan. Kemenangan yang berpihak kepada PH membuktikan mereka masih mampu bertahan setelah rakyat tahu apa yang mereka lakukan apabila membentuk kerajaan.

BN dan UMNO mempunyai jentera yang serba kompleks namun masih gagal mencari apakah sebenarnya kemahuan pengundi. Tidakkah mereka melakukan sebarang kajian dan bertindak atas hasil kajian itu. Bagai mana isu2 besar masih tidak dapat dipergunakan sebaiknya untuk menghasilkan impak paling maksimum dalam peti undi?

Apakah strategi yang dijalankan masih lagi ketinggalan berbanding parti lawan atau kerja2 yang dilakukan hanya sekadar cantikkan report kepada pimpinan tanpa sebarang kemahuan untuk menghasilkan keputusan yang benar2 memberi makna atas segala susah payah yang dilakukan?

Sekiranya keadaan ini berterusan tanpa sebarang langkah drastik maka saya lihat PH dapat terus bertahan dan berjaya memujuk pengundi mereka untuk terus mengekalkan kerajaan sedia ada buat masa yang cukup lama.