Thursday, August 9, 2018
KALAH PRK SG KANDIS: UMNO MASIH BERTARUNG DENGAN BAYANG2
Satu persoalan yang masih ramai gagal rungkai ialah... Kenapa rakyat mudah percaya fitnah terhadap UMNO dan DS Najib?
61 tahun lamanya telah tertanam dalam minda rakyat bahawa kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO penuh dengan cerita pembongkaran penyelewengan dan rasuah. Organisasi yang saling bantu membantu mensuburkan rasuah hingga menjadi budaya. Hanya dengan pertukaran kerajaan saja persepsi ini dapat dihilangkan.
Pakatan pembangkang yang menggunakan perkataan HARAPAN membawa mesej jelas hasrat rakyat melalui pemimpin2 yang baru mempunyai potensi besar menghapuskan amalan rasuah dan kronisme yang hampir mustahil dapat dibenteras oleh kerajaan BN UMNO.
Atas alasan inilah rakyat masih memberikan peluang dan terus meletakkan harapan agar kerajaan baru dapat benar2 menjadikan Malaysia lebih bersih dari muka2 lama yang senonim dengan gaya hidup mewah hanya kerana mereka bergelar ahli politik.
Gagal melihat hasrat rakyat ini menyebabkan ramai penyokong BN seolah2 bertarung dengan bayang2. Tidak mampu mencari punca sebenar ramai rakyat beralih arah mencari harapan dengan kerajaan yang baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment