Sunday, August 18, 2019

ZAKIR NAIK : CINA INDIA TAKUT ISLAMISASI





NABI Muhammad SAW hidup aman di Mekah sekian lama. Hanya apabila Baginda mula berdakwah barulah pelbagai gangguan malah cubaan BUNUH beliau terpaksa hadapi. Dakwah adalah kerja setiap yang mengaku Muslim. Tetapi kerja ini ditinggalkan sekian lama. Sebab itu tidak pernah golongan kafir merasa terganggu selama ini.

Orang Islam tidak sepatutnya mengharapkan Dr Zakir untuk berdakwah dinegara kita. Jika kita telah melakukan kerja dakwah ini sejak awal Kemerdekaan dahulu, sudah tentu kini perihal yang dibawa Dr Zakir Naik bukan asing dalam polemik perdebatan antara agama bagi rakyat negara kita.

Namun dunia sebenarnya tidak pernah bebas dari perselisihan diantara Agama. Sebab itu tema dibawa Dr Zakir ialah PEACE atau AMAN. Agama tidak perlukan kekerasan. Allah telah bekalkan kita cukup maklumat melalui AlQuran untuk berdakwah mengajak lebih ramai manusia kembali kepada agama fitrah.

Sungguh malang negara majoriti Muslim seperti Malaysia tidak mampu mengislamkan lebih ramai orang cina dan india malah hak kedudukan mereka sebagai Pribumi dan agama mereka dalam perlembagaan pula berdepan dengan pelbagai ancaman.

Saturday, August 17, 2019

ALASAN KERAJAAN BANYAK HUTANG TAKTIK BERHASIL ELAK KEMARAHAN RAKYAT.



ALASAN KERAJAAN BANYAK HUTANG TAKTIK BERHASIL ELAK KEMARAHAN RAKYAT.

Rakyat tak pernah marah apabila pelbagai bantuan dan subsidi yang bertahun2 dinikmati di bawah BN tiba2 tidak diteruskan pada zaman PH. Mereka cuba fahami dan beri masa kepada kerajaan PH mencari jalan menyelesaikan masalah ini. Dalam masa yang sama rakyat menyalahkan kerajaan terdahulu kerana terlalu banyak meninggalkan hutang hingga mencecah 1 TRILLION.

Tapi macam mana Gabenor boleh kata hutang naik pula.. Dah naik pun tak sampai 1 TRILLION lagi...

Jadi pengumuman hutang banyak 1 TRILLION sebelum ini tidak betul lah? Besarnya manfaat alasan hutang 1 TRILLION. Jika tidak memang dah lama terbalik kerajaan PH dirempuh rakyat seluruh negara yang berang.

Monday, August 5, 2019

APALAH DOSA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN...




Bukan Pakatan Harapan tak pandai tadbir negara.. Tetapi Allah yang tetapkan dibawah Pakatan pelbagai masalah timbul.. Mungkin kerana ramai sangat mereka yang terinaya mendoakan perkara yang tak baik berlaku terhadap Kerajaan.

Cubalah Kerajaan minta maaf kepada Dato Seri Najib dan beri pampasan kepada beliau atas gantirugi mengfitnah beliau selama ini hingga di seret ke mahkamah setiap hari. Pulangkan kembali segala sokongan dan bantuan yang pernah diberikan kepada rakyat oleh kerajaan sebelum ini.

InsyaAllah Allah akan memaafkan dan memberkati kerajaan Pakatan Harapan dan rakyat turut menerima manfaat oleh kerajaan yang bebas dari segala bentuk perbuatan zalim dan penginayaan.