Wednesday, August 10, 2016

IZINKAN SAYA BERKONGSI PENGALAMAN MENONTON OLA BOLA



Izinkan saya berkongsikan pengalaman peribadi saya menonton Ola Bola

Saya cukup seronok ada penerbit tempatan berani membawa konsep filem yang diinspirasikan oleh sejarah kegemilangan bolasepak negara. Filem yang mengambil tempat dizaman era tahun 70an sudah pastinya mereka tidak kira bangsa dan keturunan sangat fasih berbahasa melayu dan cukup rapat hubungan antara kaum berbanding sekarang.

Namun saya kecewa apabila sepanjang menonton filem tersebut saya terpaksa membaca sarikata apabila pelakon bertutur dalam bahasa cina dan banyak pula babak menggunakan bahasa inggeris seolah2 mak bapak saya yang turut melalui zaman itu menggunakan bahasa inggeris dengan sebegitu meluas.

Ia langsung tidak menggambarkan keadaan sebenar masyarakat Malaysia pada zaman itu dan ia adalah satu penipuan terhadap rakyat Malaysia kononnya pada zaman itu lagi penggunaan bahasa kebangsaan telah dipinggirkan.

Saya lihat pembikin filem tidak kira dari Indonesia, India mahupun Thailand amat berbangga jika ada watak dalam filem mereka dari bangsa asing tetapi mampu bertutur dalam bahasa kebangsaan mereka dengan baik sekali.

Dalam program pertandingan pidato bahasa kebangsaan yang disertai oleh pelajar bidang pengajian bahasa Melayu dari seluruh dunia juga telah mencipta keterujaan dan perasaan ingin tahu rakyat bagaimana mereka boleh berbahasa Melayu dengan sebegitu fasih hingga mampu menyampaikan pidato.

Saya mengajak rakan2 semua untuk memboikot filem yang merosakkan identiti negara seperti Ola Bola dan saya berharap kerajaan lebih bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap kewujudan filem sebegini kerana ia secara halus telah merosakkan mentaliti rakyat untuk menerima perkara yang cukup asing malah bertentangan dengan nilai2 identiti kebangsaan yang selama ini menyatukan rakyat negara kita.

#FestivalFilemMalaysia

SALLEH GOPOH : MALAYSIA BAKAL HILANG IDENTITI BAHASA KEBANGSAAN



Dengan pengumuman Kementerian Penerangan untuk membuka kategori Filem Terbaik Malaysia kepada filem yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan maka bermulalah era baru apabila Bahasa Melayu dilucutkan taraf kebangsaannya selangkah demi selangkah.

Kementerian tidak sepatutnya terburu2 mengubah format anugerah Festival Filem Malaysia. Cukup sekadar berjanji akan mempertimbangkan cadangan pihak2 tersebut. Segala perubahan serta pengenalan format baru hanya akan digunapakai pada penganjuran akan datang.

Kementerian masih boleh mengumpul cadangan agar matlamat memperkasakan bahasa kebangsaan tidak menjadi taruhan.

Kementerian boleh mengenakan syarat sebagai contoh, jika sesuatu filem berbahasa bukan Melayu mahu dicalonkan sebagai filem terbaik, filem tersebut perlu mempunyai versi alih bahasa dalam bahasa kebangsaan.

Sikap Kementerian yang mudah mengalah akan membayar padahnya dikemudian hari. Peruntukan dalam perlembagaan berkenaan bahasa kebangsaan tidak lagi relevan seperti apa yang berlaku di Singapura. Pada hari ini rakyat Singapura sendiri pasti akan terkejut bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara itu.

Kementerian mungkin akan berpendapat lebih banyak lagi ruang dan cara untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.

Namun percayalah kewujudan ketegori sampingan khas untuk bahasa kebangsaan setara dengan bahasa yang lain akan menjadi panduan seperti bintang penunjuk arah diangkasa bahawa negara ini telah berubah identitinya dan perlu diperluaskan kepada kementerian2 yang lain. Akhirnya terlucutlah keistimewaan bahasa Melayu sebagai BAHASA KEBANGSAAN hingga generasi masa depan keliru dengan identiti negara ini.

Tuesday, August 9, 2016

MENJAWAB AFDLIN SYAUKI


Wa'alaikum salam, terima kasih atas kesudian Bro Afdlin meluangkan sedikit masa membaca nukilan saya sebagai blogger nasionalis dan berkongsi pandangan sebagai penggiat seni.

Isu bahasa ni sangat mudah. Kena faham tujuan manusia perlukan bahasa. Tanpa bahasa manusia tidak mampu untuk berkomunikasi. Tanpa komunikasi persefahaman tidak akan terbentuk. Tanpa persefahaman manusia akan saling bertelingkah. Apabila wujud pertelingkahan maka perpaduan akan musnah.

Lihatlah betapa pentingnya peranan bahasa bagi manusia. Malaysia model negaranya berdasarkan perlembagaan sama seperti Perancis, Indonesia, Jepun.. Kita berbilang bangsa namun menggunakan hanya satu bahasa. Berbeza dengan Switzerland dan Singapura .. mana2 papantanda akan ada semua bahasa utama negara.

Namun dalam negara demokrasi manusia bebas memilih mengikut kecenderungan. Tiada paksaan. Mereka sendiri memilih untuk hantar anak mereka ke sekolah perkauman. Itu menandakan bahasa kebangsaan bukan satu keperluan. Atau lebih tepat mereka boleh hidup tanpa perlu mahir berbahasa melayu. Identiti Malaysia tidak wujud dalam jiwa mereka.. Jika tidak, masakan kita mampu membezakan antara orang cina Indonesia dengan orang cina Perancis.

Apabila dalam sebuah negara wujud jurang komunikasi antara rakyat maka tidak perlulah mengharap perpaduan menjadi trend. Tidak wujud pun zaman perpaduan seperti yang tuan dakwakan. Mereka dilihat bersatu selagi ia memberi keuntungan kepada diri mereka.

Penggiat seni seperti tuan yang bergantung kepada filem bahasa Melayu satu hari nanti terpaksa menghasilkan filem berbahasa inggeris . Oh ya tamil pun tuan dah buat. Itulah jalan kesudahan untuk survive akibat kekangan bahasa.

Betul kata tuan bahasa bukan element paling utama. Penceritaan bergambar jauh lebih besar pengaruhnya dalam menghasilkan filem. Sebab itu filem yang menggunakan bahasa hindi telah mendapat tempat sekian lama di negara kita. Ini berlaku kerana filem mereka berjaya menarik minat hingga orang kita tidak kisah bersusah payah membaca sarikata.

Sebagai penggiat filem saya yakin tuan pasti setuju karya seniman agung P Ramlee masih terlalu tinggi nilainya untuk ditandingi hingga ke hari ini. Ini kerana beliau menjadikan karya seninya sebagai medium untuk menyampaikan mesej yang cukup besar menegur menyindir mentaliti masyarakat dengan tujuan untuk menyedarkan mereka. Tetapi filem melayu zaman sekarang sama seperti peniaga bazar ramadan.. Kualiti tidak seberapa, hanya bermodalkan muka terkenal untuk memerangkap pengguna pertama kali. Jika filem itu bagus pasti orang akan menonton lebih dari sekali atau mencadangkan kepada orang lain.

Maaf cakap slot cerekarama TV3 dalam banyak masa lebih berkualiti dari filem kerana ia dinilai oleh profesional. Seperti keluhan tuan sebelum ini memang sangat sukar untuk bawa orang macam saya menonton filem melayu dipawagam.. Zaman sudah berubah.. Tiket wayang dah jejak RM27.. Penonton lebih berkira untuk belanjakan wang mereka.

Belajar dan maju dengan cara bangsa lain? Kita telahpun berada dizaman dunia tanpa sempadan. Tak perlu hadkan gelanggang kita hanya dalam negara. Dato Rosyam pun sanggup jadi extra untuk belajar cara penggiat filem india bekerja. Kalau setakat belajar dengan pelajar filem Taiwan bernama Namewee, saya fikir tuan pun tahu dan tak perlu berprasangkapun terhadap sikap benci beliau terhadap Melayu dan Islam yang menjadi identiti negara kita..

Monday, August 8, 2016

KHAS BUAT AFDLIN SHAUKI..



Perjuangan BAHASA KEBANGSAAN semakin hari semakin tengelam. Bakal lenyap ditimbuni nilai barat negara golongan merempat.

Anak bangsa sendiri menilainya hanya dari segi tiket dan harga ringgit. Bukan maruah keturunan yang sepatutnya dipertahankan.

Identiti negara mahu dicairkan, yang dikutip serta dibanggakan model negara tanpa asal. Menafikan susah payah nenek moyang sendiri hidup merana demi sebuah negara.

Negara ini ada tuannya. Menafikan hakikat ini maka samalah seperti mengkhianati keturunan dan membunuh masa depan anak cucu sendiri.

Kesetiaan bangsa mendatang kesetiaan bersyarat. Selagi kuasa tidak digenggam selagi itu mengatur helah menyusun jerat.

Memang benar kata tuan Laksamana Melayu takkan hilang dibumi. Yang hilang ialah jatidiri kerana sudah terlalu lama hidup diulit dengan SUBSIDI.

LOW PROFILE BANTU BISNES MAJU



Kenapa orang Melayu tak mahu SUPPORT bisnes bangsa sendiri?

Sebab mereka tidak mahu SUFFER bile tengok orang Melayu macam dirinya kaya raya..

So yang dah kaya raya tu boleh tak LOW PROFILE untuk bantu orang kita yang ramai tengah struggle berniaga..

LOW PROFILE biar orang ingat kamu merempat, bisnes melingkup, jangan sekali kali pamerkan kekayaan kamu.