Wa'alaikum salam, terima kasih atas kesudian Bro Afdlin meluangkan sedikit masa membaca nukilan saya sebagai blogger nasionalis dan berkongsi pandangan sebagai penggiat seni.
Isu bahasa ni sangat mudah. Kena faham tujuan manusia perlukan bahasa. Tanpa bahasa manusia tidak mampu untuk berkomunikasi. Tanpa komunikasi persefahaman tidak akan terbentuk. Tanpa persefahaman manusia akan saling bertelingkah. Apabila wujud pertelingkahan maka perpaduan akan musnah.
Lihatlah betapa pentingnya peranan bahasa bagi manusia. Malaysia model negaranya berdasarkan perlembagaan sama seperti Perancis, Indonesia, Jepun.. Kita berbilang bangsa namun menggunakan hanya satu bahasa. Berbeza dengan Switzerland dan Singapura .. mana2 papantanda akan ada semua bahasa utama negara.
Namun dalam negara demokrasi manusia bebas memilih mengikut kecenderungan. Tiada paksaan. Mereka sendiri memilih untuk hantar anak mereka ke sekolah perkauman. Itu menandakan bahasa kebangsaan bukan satu keperluan. Atau lebih tepat mereka boleh hidup tanpa perlu mahir berbahasa melayu. Identiti Malaysia tidak wujud dalam jiwa mereka.. Jika tidak, masakan kita mampu membezakan antara orang cina Indonesia dengan orang cina Perancis.
Apabila dalam sebuah negara wujud jurang komunikasi antara rakyat maka tidak perlulah mengharap perpaduan menjadi trend. Tidak wujud pun zaman perpaduan seperti yang tuan dakwakan. Mereka dilihat bersatu selagi ia memberi keuntungan kepada diri mereka.
Penggiat seni seperti tuan yang bergantung kepada filem bahasa Melayu satu hari nanti terpaksa menghasilkan filem berbahasa inggeris . Oh ya tamil pun tuan dah buat. Itulah jalan kesudahan untuk survive akibat kekangan bahasa.
Betul kata tuan bahasa bukan element paling utama. Penceritaan bergambar jauh lebih besar pengaruhnya dalam menghasilkan filem. Sebab itu filem yang menggunakan bahasa hindi telah mendapat tempat sekian lama di negara kita. Ini berlaku kerana filem mereka berjaya menarik minat hingga orang kita tidak kisah bersusah payah membaca sarikata.
Sebagai penggiat filem saya yakin tuan pasti setuju karya seniman agung P Ramlee masih terlalu tinggi nilainya untuk ditandingi hingga ke hari ini. Ini kerana beliau menjadikan karya seninya sebagai medium untuk menyampaikan mesej yang cukup besar menegur menyindir mentaliti masyarakat dengan tujuan untuk menyedarkan mereka. Tetapi filem melayu zaman sekarang sama seperti peniaga bazar ramadan.. Kualiti tidak seberapa, hanya bermodalkan muka terkenal untuk memerangkap pengguna pertama kali. Jika filem itu bagus pasti orang akan menonton lebih dari sekali atau mencadangkan kepada orang lain.
Maaf cakap slot cerekarama TV3 dalam banyak masa lebih berkualiti dari filem kerana ia dinilai oleh profesional. Seperti keluhan tuan sebelum ini memang sangat sukar untuk bawa orang macam saya menonton filem melayu dipawagam.. Zaman sudah berubah.. Tiket wayang dah jejak RM27.. Penonton lebih berkira untuk belanjakan wang mereka.
Belajar dan maju dengan cara bangsa lain? Kita telahpun berada dizaman dunia tanpa sempadan. Tak perlu hadkan gelanggang kita hanya dalam negara. Dato Rosyam pun sanggup jadi extra untuk belajar cara penggiat filem india bekerja. Kalau setakat belajar dengan pelajar filem Taiwan bernama Namewee, saya fikir tuan pun tahu dan tak perlu berprasangkapun terhadap sikap benci beliau terhadap Melayu dan Islam yang menjadi identiti negara kita..
No comments:
Post a Comment