Friday, March 31, 2017

TAK KENAL MELAYU SINGAPURA



Berapa ramai kawan2 pejuang cyber yang tak pernah ke Singapura?

Saya lahir pun di Singapura.. Saudara mara pun ramai di Singapura berbanding Malaysia..

Kalau nak berjuang demi agama bangsa dan negara saya cadangkan banyak2lah belajar dan ambil tahu tentang nasib orang Melayu Singapura.

Banyak pengajaran yang kita boleh guna untuk sedarkan orang Melayu melalui sikap dan cara layanan pemerintah Cina Singapura jika dibandingkan dengan sikap dan cara layanan kerajaan yang masih diperintah oleh orang Melayu.

Jika hal keadaan ini kita tidak ambil tahu maka kita tidak akan faham mengapa kuasa yang orang Melayu ada di Malaysia pada hari ini perlu dipertahankan.

Sunday, March 26, 2017

HITLER DAN TUNKU ABDUL RAHMAN



Hitler tinggalkan sedikit Yahudi untuk terus hidup sehingga kini agar dunia mengerti mengapa beliau menghapuskan bangsa itu.

Tunku Abdul Rahman tinggalkan Singapura dibawah pemerintahan bangsa pendatang agar kita mengerti apa kesudahannya nasib bangsa Melayu jika tidak berkuasa lagi.

Thursday, March 23, 2017

BAHAYA KETAKSUBAN YANG TIDAK KITA SEDARI



Dahulu kita sering mencerca dan menyindir penyokong PAS kerana ketaksuban mereka terhadap Tuan Guru Nik Aziz..

Tetapi dalam masa yang sama kita tidak sedar wujudnya kumpulan dari kalangan kita sendiri yang kononnya mahu mengenang jasa seorang Tokoh, namun cara mereka memuji menyanjung dengan keterlaluan membentuk karang KETAKSUBAN yang membinasakan.

Walau apapun kerja baik jasa dan pengorbanan seseorang itu, hendaklah kita yakin itu semua datangnya dari Allah.

Mengangkat seseorang manusia biasa terlalu tinggi sehingga segala kata-kata dusta dan perbuatan kotornya dipandang indah dan manis belaka, menghina kelebihan akal yang telah Allah anugerahkan kepada kita semua.

Selayaknya kita sebagai khalifah dimukabumi ini pertahankanlah hak dan kebebasan kita untuk berfikir dan menilai buruk baik demi kebaikan ummah dan memakmurkan bumi Allah.

Moga sarang ketaksuban terhakis dengan kesuburan iman yang MEMBESARKAN Allah mengatasi segala mahkluk ciptaannya.

Sunday, March 19, 2017

ZAMAN SUARA ORANG MUDA




Saya lihat zaman sekarang ramai orang muda diberi kepercayaan mengepalai organisasi. Mereka lebih dinamik dan mudah untuk menerima perubahan. Dengan syarat mereka diberi kebebasan untuk mencorak organisasi tanpa campurtangan orang2 lama.

Begitu juga dengan kerajaan kita. Perdana Menteri memberi seluas2 peluang kepada generasi muda untuk bersuara. Dan lebih penting mereka yang sudah bersara berhenti memaksa Perdana Menteri mengikut cakap mereka.

Perdana Menteri adalah kedudukan yang perlu dihormati semua. Jika seorang Perdana Menteri pun tidak mampu mengeluarkan keputusan mengikut prerogativenya maknanya kita mempunyai pemimpin yang lemah dan boleh dipengaruhi pihak berkepentingan.

Wednesday, March 15, 2017

FATTAH AMIN VS MAWI WORLD





Mawi sepatutnya lebih layak menerbitkan buku berbanding Fattah Amin.

Saya bukan mahu memperkecilkan pengaruh Fattah Amin dalam dunia hiburan mutakhir, cuma saya tertarik dengan sikap positif yang Mawi tampilkan dalam menghadapi kejutan fenomena populariti luarbiasa yang belum pernah mana-mana individupun mengalaminya dalam sejarah industri hiburan tanah air.

Dalam temuramah ringkas antara pengacara Astro yang bertandang di butik milik beliau di Kilang Bateri, Johor, sesuatu yang tidak pernah didedahkan kepada umum dikongsikan beliau. Bagi sesiapa yang masih ingat, sungguhpun beliau belum dinobatkan sebagai juara Akedemi Fantasia, kelibat beliau hatta ketika sedang menunaikan Solat Jumaat telahpun memenuhi ruang muka hadapan akhbar.

Malam sebelum beliau diumumkan sebagai juara, beliau bermimpi sedang meniti sebatang jambatan gantung yang mana dibawahnya kelihatan ramai manusia telah jatuh dan lemas. Dipinggir jambatan pula masih terdapat manusia-manusia bergantungan cuba menyelamatkan diri dari terus jatuh ke dalam arus. Ada yang memaut-maut kaki beliau meminta tolong. Namun beliau meneruskan perjalanan menuju seorang lelaki yang sejak mula melambai2 ke arah beliau dari hujung jambatan. Walaupun sekadar mainan tidur, kegerunan beliau melihat situasi itu mempengaruhi cara beliau menghadapi fenomena ini.

Beliau kerap menangis sungguhpun dikhalayak ramai kelihatan ceria dan sporting. Beliau seolah-olah telah masuk ke dunia yang sangat berbeza. Dari si kecil yang baru pandai bercakap hingga ke warga emas memanggil2 nama dan menyambut beliau dengan jumlah crowd yang cukup besar dimana2pun beliau buat kemunculan. Pengalaman yang paling pelik beliau kongsikan ialah sambutan dari peminat kaum cina.

Penulis sendiri pernah menantikan kemunculan beliau di suatu program di Dangabay, persembahan artis-artis terkenal tanahair seperti Tam Spiderpun hanya sekadar selingan sementara menunggu Mawi muncul diakhir program. Itupun setelah Perdana Menteri ketika itu Pak Lah selesai berucap! Beliau sendiri bingung entah apa yang telah berlaku pada dirinya ketika itu hingga beliau berdoa agar Allah kembalikan kehidupan beliau yang dulu.

Yang paling membimbangkan beliau ialah kemunculan saudara mara rakan dan taulan yang cuba merapati beliau. Ada yang mengaku pernah makan roti john di pasar malam. Katanya jika tidak ingat nanti dikata sombong pula. Yelah sudah kaya sudah terkenal lupa diri pula. Bimbangkan dengan tuduhan sebegitu beliau terpaksa jadi seorang yang hipokrit. Tidak mampu untuk jadi diri sendiri hanya kerana mahu menjaga hati peminat yang ratusan ribu jumlahnya.

Kini Mawi cukup tenang dengan kehidupannya, mempunyai perniagaan sendiri hasil sikap jimat cermatnya ketika dibayar Astro melebih RM 100K setiap bulan. Anak muda Johor ini memang dari awal lagi mendapat perhatian kerana sikap rendah diri dan kayanya budi pekerti beliau yang sangat disegani ramai.. Alhadulillah sehingga kini sikap itu masih miliknya sungguhpun persona bintang semakin ditenggelami masa.











GAME ORANG CINA KUASAI NEGARA



Game mereka cukup mudah.. Isu GST dan Subsidi adalah memang sikap mereka yang selalu menipu cukai dan mengambil keuntungan melalui subsidi kerajaan.

Barang Naik pula adalah situasi yang di wujudkan oleh komuniti perniagaan mereka sendiri melalui menguasaan keatas bekalan barangan.

Bangsa yang cukup rasis dan tamak haloba ini sentiasa berbangga dengan sebilangan orang Melayu yang dapat mereka perbodohkan dengan GAME ini.

Wednesday, March 8, 2017

DILEMMA AHLI POLITIK SENJA


Manusia ini digambarkan terlalu hebat malah diangkat pengkagumnya ke tahap yang luar biasa berbanding pemimpin negara yang lain.

Sungguhpun begitu, beliau perlu melakukan pelbagai usaha yang melanggar segala prinsip perjuangan, diinjak-injak tugu yang pernah  dijunjungi dan meminta kita semua pertahankan selama ini.

Beliau yakin sungguhpun tindakannya telah menghiris perasaan orang Melayu dan mengecewakan ramai pengikutnya, tetap akan ada saki baki penyokong yang setia bersama sanggup menutup sebelah mata.

Tetapi setelah segalanya dikorbankan termasuklah ego terhadap musuh tradisi berpuluh tahun lamanya, beliau masih mempunyai satu persoalan..

Mengapa sehingga kini Dato Seri Najib Tun Razak masih kekal berkuasa?

Beliau akan terus dalam dilemma hingga ke akhir hayat meninggalkan pengikut-pengikut yang tidak tahu arah dan haluan.

MZH

Tuesday, March 7, 2017

JONG NAM : ELAK MUDHORAT LEBIH BESAR



Dalam sejarah negara telah beberapa kali istilah tertentu digunakan demi mengelak mudhorat yang lebih besar.

Negara boleh pilih untuk bertegas mungkin untuk mengelak kejadian yang serupa berulang kembali di masa hadapan. Tetapi apa nak dihairankan..Kejadian pembunuhan antara kongsi gelap di negara kita pun semakin kerap berlaku sekarang.

Tidak hairanlah sikap Malaysia yang berlebihan dalam menegakkan undang2 tanpa mengambil kira risiko ancaman luar menyebabkan Korea Utara mengambil pendirian bahawa Malaysia telah dipengaruhi negara2 yang memusuhinya.