Friday, June 29, 2018

APABILA PENJAHAT DAPAT KUASA



Saya nak ingatkan orang2 yang mengemudi kerajaan sekarang ini adalah orang2 yang tidak amanah, suka berbohong, sanggup menginaya dan mengaibkan orang lain.

Satu ciri2 peribadi yang tidak patut diangkat jadi pemimpin. Apatah lagi menjaga keadilan dan perbendaharaan negara.

Ciri2 manusia yang semakin ditolak oleh masyarakat global kerana tidak menepati etika. Sanggup berbuat apa saja dengan melanggar hak perundangan dan kemanusiaan. Jauh sekali mahu menghormati perlembagaan negara dan rakyat raja berdaulat.

Kebanyakkan mereka dahulunya adalah pengkhianat.. Pemberontak.. Sanggup memalukan negara sendiri dengan cerita bohong dan kotor.. Yang sepatutnya jika digunapakai undang2 terhadap mereka sudah tentu tidak layak lagi berkeliaran bersama orang merdeka.

Mereka kini menjadi kerajaan yang mengawal pelbagai agensi penguatkuasaan yang boleh sahaja memangsakan sesiapa. Keadilan dan kemanusiaan adalah mengikut takrifan dan kehendak mereka. Mereka tiada kepentingan untuk menjaga nama baik rakyat dan negara ini. Golongan yang susah dan miskin menjadi bebanan mereka. Taukey dan golongan kaya raya adalah keutamaan mereka.


MAKA fahamilah jenis kerajaan yang macam mana  kita ada jika ia dikuasai oleh orang2 sebegini..

Thursday, June 28, 2018

MAHATHIR TARIK NAFAS LEGA JIKA BN MENANG




Jika PRU yang lalu BN masih mampu memerintah maka sudah tentu PH dan Mahathir akan MENARIK NAFAS LEGA. Namun hal itu tidak berlaku. Mereka dipaksa untuk bentuk kerajaan yang sampai artikel ini ditulispun mereka masih terumbang ambing dengan barisan kabinet yang belum sempurna.

Kemenangan PH ibarat satu TAMPARAN terhadap parti itu yang sebelum ini cukup lancang mengecam kerajaan dan mendabik dada kononnya mampu melakukan yang lebih baik untuk rakyat.

Apabila mereka membentuk kerajaan maka segala pembohongan dan pendustaan mereka selama ini secara semulajadinya tidak mampu untuk dipertahankan. Mereka kini perlu berdepan dengan realiti mencipta seribu satu alasan untuk menenangkan pengundi yang selama ini terpengaruh dengan propaganda mereka suapkan.

Tuduhan mereka sebelum ini kononnya negara akan muflis kini menghantui mereka. Hari demi hari bergelut dengan prestasi buruk melalui data2 ekonomi membayangkan negara diambang kebankrapan dan masa depan semakin suram.

Mereka masih tercari2 langkah untuk memperbetulkan keadaan sebelum rakyat menerima kesan dan sedar dengan kedudukan ekonomi semasa. Kelihatan tiada tanda2 pemulihan akan berlaku kerana pelabur sebelum ini amat yakin dengan cara pentadbiran kerajaan BN dan tidak mahu letakkan risiko kepada individu2 yang baru nak bertatih dan seorang tua yang hanya tahu melepaskan dendam kesumatnya.

MELEPASI UJIAN ZAMAN FITNAH




Saya sendiri pernah buat beberapa ketika berada dipersimpangan apabila maklumat masih terlalu sedikit.

Saya boleh pilih sama ada nak ke barat atau nak ke timur jika saya mahu tanpa sebarang tekanan atau kepentingan. Tetapi hari demi hari saya hadam penjelasan dan bukti hingga saya yakin DS Najib dipihak yang benar.

Dalam keadaan itu pun ada lagi kebenaran yang dizahirkan melalui pendedahan siasatan SPRM ke atas Bekas Gabenor selepas DS Najib dihukum rakyat.

Dalam soal ini saya tidak pernah berbelah bagi dan hari demi hari keyakinan itu makin bertambah dengan tindak tanduk musuh beliau yang kini mempunyai kuasa.

Apa pun yang berlaku adalah kehendak Allah yang sentiasa mengulangkan hakikat kebanyakkan umat zaman akhir ini akan memihak kepada kebatilan.

Sungguhpun begitu saya mohon kepada Allah agar satu hari nanti kebenaran akan bercahaya seperti terangnya matahari hingga tidak beri sedikit ruangpun kepada sipendusta untuk menyelamatkan diri.

Saturday, June 16, 2018

KU LI AMAT MENGGERUNKAN MAHATHIR




Takut betul Mahathir dengan Ku Li hingga menghalang keanggotaan Ku Li dan penyokong2 beliau dalam UMNO baru. Mahathir juga tidak yakin boleh menang jika berlaku pemilihan semula dikala keputusan dalam pemilihan pertama hanya beza beberapa undi sahaja dalam pemilihan Presiden parti.

Sudah tentu ramai yang memendam rasa tidak puas hati tetapi takut kepada Mahathir merasakan inilah peluang terbaik untuk menyingkirkan beliau jika berlaku pemilihan semula. Ku Li dan rakan2 akhirnya terpaksa mencuba nasib berjuang dalam parti baru iaitu semangat 46. Jika tidak kerana keengganan Mahathir menempuhi pemilihan semula sudah pasti Ku Li telahpun memendekkan usia pemerintahan Mahathir dari 22 tahun kepada sekadar 7 tahun sahaja.

Begitulah sejarah mencatatkan penolakkan secara besar-besaran yang berlaku dalam UMNO terhadap kepimpinan Mahathir yang generasi saya masih tidak mengerti apa2 ketika peristiwa itu mengambil tempat. Sudah semestinya Ku Li bukanlah calang2 pemimpin Melayu jika pengaruh beliau mampu memaksa Mahathir membakar kubu setelah menyedari kedudukan beliau tidak selamat lagi.

Sunday, June 10, 2018

ORANG MELAYU AKAN BERFIKIR SEMULA - KU LI




"UMNO dan PAS mewakili parti terbesar orang Melayu Islam yang membentuk hampir 60% rakyat di negara ini, ia belum termasuk bumiputra  di Sabah dan Serawak. Mereka ini disisih dari kedudukan mereka sebagai pemerintah dalam PRU ini. Mungkin mereka selepas ini akan berfikir semula tentang keadaan ini dan bertindak ingin kembalikan suara mereka dalam kerajaan."

Itulah ujar Tengku Razaleigh Hamzah sebaik sahaja ditanya tentang peluang UMNO untuk bangkit semula mentadbir negara. Undi yang diperolehi oleh PH hingga mampu untuk membentuk kerajaan pada hari ini adalah datangnya dari mereka yang selama ini mengundi kepada UMNO & BN. Mereka ini mungkin mempunyai sebab-sebab tertentu yang bersifat sementara ketika bertindak mengundi PH. Isu berkaitan Islam dan Melayu amat dekat dihati mereka. Jika PH terutamanya DAP melaksanakan dasar yang menyebabkan Islam dan Melayu rugi, sudah tentu ia tidak mengambil masa bagi orang Melayu untuk kembali menyokong UMNO.

Perlantikan Peguam negara sebagai contoh yang cukup kuat menyebabkan orang Melayu mula mencegilkan mata mengakui kesilapan mereka mengalihkan undi kepada PH. Bagaimanakah seorang AG bukan Melayu dan beragama katolik membuat keputusan dalam pendakwaan jika terdapat pertikaian atau konflik antara penganut agama Islam dan Kristian?




SAYA SUKA CARA KU LI



Saya suka cara Ku Li.  Dia langsung tak salahkan Najib seperti sebahagian orang2 UMNO termasuk yang rapat dengan Najib sendiri. Dia letakkan kesalahan sepenuhnya terhadap bekas presiden UMNO yang belot kepada parti sendiri. Sanggup bekerjasama dengan musuh agama dan bangsa demi cita2nya menumbangkan UMNO. Sejak dari awal pembelotan Mahathir terhadap parti lagi sepatutnya UMNO mampu membawa ahlinya benci terhadap pengkhianatan tidak kira siapa pun pelakunya. Kerana gerak geri pengkhianat inilah runtuhnya kerajaan yang dipertahankan selama 60 tahun. 

Mungkin Ku Li tidak mempunyai sedikit pun rasa hormat kepada Mahathir yang pernah menjadi lawannya suatu ketika dahulu. Rasa hormat yang amat tinggi dikalangan ahli UMNO terhadap MAHATHIR menjadikan Najib yang merupakan Presiden Parti ketika itu sama seperti seekor langau. Makin beliau bertindakbalas makin ramai membenci beliau. 

Saya tidak sabar untuk menanti apa lagi komen  Ku Li selepas ini lebih2 lagi jika Beliau berpeluang memimpin parti berdepan dengan Mahathir sekali lagi.. Saya tidak berapa kenal dengan Ku Li..  Zaman beliau hampir2 menumbangkan Mahathir umur saya sekitar 9 tahun. Sama dengan umur Syed Saddiq ketika zaman saya sedang bertempur dengan FRU di demo mingguan REFORMASI.

Friday, June 8, 2018

PROPAGANDA "HUTANG NEGARA TERUK" AMAT BERGUNA UNTUK PH BUAT MASA INI.




PROPAGANDA "HUTANG NEGARA TERUK" AMAT BERGUNA UNTUK PH BUAT MASA INI.

1)TAK PAYAH TUNAI MANIFESTO.

2)TAMATKAN PROJEK LEGASI NAJIB.

3) NAFIKAN PRESTASI KERAJAAN BN.

4) LETAKKAN SEMUA KESALAHAN KEPADA BN.

5) MEMPUNYAI LEBIHAN DANA TIDAK DIGUNAKAN MELALUI DERMA ORANG RAMAI DAN PEMBATALAN PROJEK RAKYAT.

6)TIDAK PERLU FIKIR TENTANG PRESTASI KEWANGAN NEGARA DIBAWAH PENTADBIRAN PH.

OLEH ITU KITA BAKAL SAKSIKAN LEBIH BANYAK ATUCARA KEMPEN KUTIP DERMA DARI SEMASA KE SEMASA HINGGA KE BEBERAPA TAHUN AKAN DATANG.

Manfaat Rakyat lebih penting dari hapuskan legasi saya. -NAJIB



Dunia sudah tidak bermakna bagi saya, Akhirat lebih diutamakan.  Sebelum saya pergi saya berusaha memberi kesenangan kepada rakyat malaysia seikhlas hati saya.

Manfaat Rakyat lebih penting dari hapuskan legasi saya.

Satu laporan media antarabangsa dua hari lalu menyebut, sejak memenangi PRU14, kerajaan Pakatan Harapan telah mengarahkan kesemua poster dan papan tanda dengan slogan ‘1Malaysia’ perlu diturunkan semua manakala perpustakaan kerajaan diminta tidak meletakkan buku yang ada menyebut tentang saya.

Laporan ini turut menyebut bangunan Exchange 106 di Tun Razak Exchange (TRX), yang lebih tinggi dari bangunan berkembar KLCC, terlepas dari pembatalan berikutan pembinaannya semakin hampir siap.

Turut bernasib baik adalah projek infrastruktur awam yang memanfaatkan berpuluh juta rakyat seperti sambungan LRT1 dan LRT2, KLIA2, jambatan kedua Pulau Pinang, MRT1 & MRT2, puluhan UTC, RTC, Lebuhraya Pan Borneo,  Central Spine Road (CSR), projek yang sudah disiapkan atau pada peringkat terakhir untuk siap. Jika tidak, kerajaan Pakatan mungkin akan turut membatalkan projek-projek rakyat ini.

Saya tidak kisah jika kerajaan Pakatan berusaha untuk memadamkan segala legasi ditinggalkan sepanjang 9 tahun saya sebagai Perdana Menteri namun, kerajaan perlu lebih telus dan lebih bertimbang rasa apabila mereka mula membatalkan pelbagai projek atau inisiatif yang dimulakan untuk manfaat rakyat dan negara, hanya kerana mahu memadamkan legasi saya atau mempunyai persepsi, ia dimulakan oleh saya, lantas ia perlu dihenti atau dipadamkan.

Dalam tempoh dua minggu, kerajaan Pakatan sudah membatalkan projek Keretapi Laju Kuala Lumpur Singapura dan MRT3 di sebalik kajian yang dilakukan mengambil masa bertahun-tahun yang menunjukkan manfaat ekonomi melampaui kos pembinaannya. Projek MRT3 juga diperlukan bagi memperlengkapkan jaringan bagi mewujudkan sistem pengangkutan awam yang lebih berintegrasi di Lembah Klang dan tanpanya,  Lembah Klang akan terus berdepan dengan peningkatan masalah kesesakan jalan raya.

Satu lagi projek yang mahu dibatalkan oleh Perdana Menteri dua hari lalu ialah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sangat diperlukan bagi pembangunan jajaran pantai timur Malaysia.

Biarpun Fasa 1 projek ini bagi Gombak hingga Kota Bahru sudah melepasi status 20 peratus siap dan pembatalannya akan menyebabkan kos RM22 bilion, kerajaan PH tetap mahu membatalkannya atau menangguhkan projek ini.

Saya juga difahamkan, pembayaran pembinaan bagi projek ECRL ini adalah berdasarkan kepada pencapaian pembinaan dan bukan bersandarkan kepada tempoh masa sebagaimana didakwa kerajaan Pakatan. Bagaimanapun, itu tidak menghentikan Pakatan Harapan untuk menggunakan maklumat tidak betul itu sebagai alasan untuk membatalkan projek bermanfaat kepada rakyat ini.

Tidakkah siapa sedar yang tiga negeri yang bakal menerima manfaat paling banyak daripada ECRL ini iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, adalah negeri yang bukan di bawah kerajaan Pakatan.

Adakah ini satu kesinambungan daripada amalan menghukum negeri pembangkang sebagaimana dilakukan Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun apabila Kelantan dinafikan kemudahan asas rakyat seperti lebuhraya, jalan raya, bekalan air dan pembangunan infrastruktur pembentungan?

Ketika saya sebagai Perdana Menteri, saya telah memastikan kesemua negeri, tidak kira negeri di bawah pembangkang sekalipun, menerima pembangunan infrastruktur asas untuk manfaat rakyat.

Sebab itu, kerajaan persekutuan pada ketika pentadbiran saya telah menyalurkan berpuluh bilion Ringgit bagi membantu penstrukturan bekalan air di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Berikutan Kelantan agak ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negeri lain, saya juga telah memastikan Kelantan menerima lebih banyak dana pembangunan bagi manfaat rakyat dan projek menaiktaraf lebuhraya, bekalan air dan infrastruktur pembentungan. Lebuhraya CSR yang tidak dikenakan tol di mana sebahagian besarnya sudah dibuka kepada pengguna adalah salah satu contoh.

Kerajaan PH sudah diberi mandat untuk mentadbir, maka adalah menjadi hak mereka untuk memadamkan legasi saya atau menghukum negeri pembangkang dengan membatalkan projek bermanfaat untuk rakyat namun saya menggesa kerajaan hari ini, jika mahu membuat pembatalkan projek bermanfaat kepada rakyat ini, ia perlu dilakukan melalui cara yang telus dan penelitian yang terperinci dengan mendapatkan pendapat rakyat.

Sekali lagi, saya menggesa kerajaan PH untuk mendedahkan laporan impak ekonomi dan kajian kebolehlaksanaan bagi kesemua projek manfaat rakyat ini untuk diakses rakyat.

Kerajaan tidak seharusnya membatalkan projek atas motif yang salah atau memberi alasan sebagaimana mereka lakukan pada kenyataan mengenai hutang negara yang tidak tepat, tetapi mereka juga perlu mengambil kira pembangunan positif ekonomi, peluang pekerjaan yang akan hilang serta manfaat buat rakyat yang akan disumbang projek ini untuk negara.

Wednesday, June 6, 2018

UMNO PERLU BERSEDIA JADI PILIHAN APABILA PH PULA DITOLAK RAKYAT



Ucapan YB KJ sempena ulang tahun UMNO perlu naikkan semangat BUKAN meletakkan UMNO terlalu malang seperti mereka yang telah hilang segala-galanya. UMNO kelihatan tidak bermaya kerana ramai yang masih terkejut sebab terlalu yakin boleh menang dan mampu sambung hidup seperti biasa.

Semua rakyat Malaysia termasuk puak yang menang dalam PRU lepas sedar kita sudah masuk ke fasa sistem kerajaan 2 parti. Timbul tenggelam bentuk kerajaan akan jadi perkara biasa selepas ini. Jadi modus operandi melalui penipuan dalam manifesto hanya membentuk kerajaan sementara.

UMNO perlu segera sesuaikan dengan keadaan baru dan bersedia jadi pilihan alternatif apabila kerajaan sedia ada ditolak rakyat. Contohi gerak kerja parti lawan yang mana sesuai hingga mereka akhirnya berhasil tumbangkan kerajaan. UMNO tidak ditolak secara total.. Hanya tidak cukup kerusi untuk bentuk kerajaan. Jangan samakan UMNO dengan nasib kakitangan kerajaan yang diberhentikan.


Tuesday, June 5, 2018

NAJIB PENCURI: PELUANG PH BUKTIKAN MEREKA BENAR



Apabila PH berjaya membentuk kerajaan, ia adalah peluang yang amat dinantikan pengundi agar mereka dapat membuktikan apa yang didakwa selama ini terhadap parti lawan adalah benar.

Kini tiada lagi alasan bukti disembunyikan, agensi penguatkuasa dan badan kehakiman tidak bebas menjalankan tugas, siasatan bebas dari dipengaruhi atau disekat oleh sesiapa yang berkepentingan.

Kegagalan mereka dalam hal ini akan menyebabkan hilangnya sokongan rakyat malah segalanya akan beralih serta memihak kepada pihak lawan.












Sunday, June 3, 2018

RINGKASAN KISAH DONGENG POLITIK NEGARA




Sejak Merdeka, Malaysia tidak pernah kenal kerajaan selain daripada Barisan Nasional. Oleh itu, pertukaran "peranan" melalui PRU14 yang lalu persis sebuah cerita dongeng bagi Pakatan Harapan. Saya percaya dari riak wajah Mat Sabu melalui hari-hari serba baru sebagai salah seorang pemimpin kerajaan juga adalah seperti menonton sebuah kisah dongeng. Kisah-kisah dongeng yang dihidangkan pada hari ini adalah sebenarnya bermula dari sebuah kisah dongeng juga.

KISAH DONGENG 40 BILLION

Tok Selampitlah yang memainkan peranan bermula dengan kisah dongeng hilangnya wang 40 Billion Ringgit dari sebuah syarikat pelaburan milik negara. Kisah ini berjaya menyukarkan syarikat tersebut mendapatkan dana melalui penyenaraian IPO di Bursa. Namun belum berjaya mempengaruhi sesiapa bahkan tidak menjejaskan sokongan ahli terhadap kedudukan Presiden UMNO.

KISAH DONGENG 2.6 BILLION

Apabila orang paling kanan Presiden dipecat maka bermulalah kisah dongeng yang benar-benar menjadi ibu bagi segala kisah-kisah dongeng yang lain. Muhyiddin menyimpan pelbagai rahsia seiring dengan kedudukannya. Apabila kisah 2.6 Billion keluar dari mulutnya, maka Presiden tidak mampu berterus terang kerana tidak mahu rahsia itu keluar dari mulutnya. Maka segeralah dongeng ini dikaitkan dengan kisah dongeng yang diceritakan sebelum ini cuma ia dikurangkan nilai yang hilang dari 40 billion ke 2.6 billion. Presiden yang kelihatan gugup menjadikan kisah ini benar-benar membangkitkan kemarahan rakyat. Rakyat mula dapat menerima pemimpin negara mereka adalah seorang yang tidak amanah, menyalahgunakan kuasa untuk memperkayakan diri sendiri. Apa sahaja alasan hadir selepas itu dianggap sebagai cover up atau damage control kerana ia mengambil masa yang lama hingga membenarkan kisah ini mencapai tahap DONGENG MASYARAKAT.

Dongeng inilah yang menjadi punca kejatuhan Presiden malah sehingga kini ia dimainkan oleh kerajaan yang baru untuk mengukuhkan kedudukan dongeng itu dalam minda rakyat. Begitulah cara mereka mengekalkan momentum kisah dongeng ini agar dapat bertahan selama bertahun-tahun. Bezanya dahulu mereka perlukan bantuan laporan WSJ dan 2 kali pengumuman DOJ, kini mereka boleh gunakan hebahan siasatan dan geledahan SPRM dan Polis yang kini mutlak dalam kawalan mereka.

Sejauh mana kisah dongeng ini dapat bertahan dalam fasa baru pasca PRU14 memang menjadi persoalan besar kerana dahulu mereka boleh menggunakan alasan Presiden masih berkuasa dan mampu menutup bukti. Apabila presiden dilucutkan kuasa barulah kebenaran dakwaan mereka dapat dirungkai. Bagaimana mungkin ia berlaku kerana kisah dongeng tetap kan menjadi kisah dongeng selamanya. Ia kisah yang tidak berpijak dibumi yang nyata.

KISAH DONGENG HUTANG NEGARA

Maka kerajaan hari ini memaksa rakyat untuk hidup dalam kisah dongeng mereka. Hari-hari mereka berusaha menyulamkan cerita kononnya negara tiada wang kerana percaya cerita dongeng seperti ini mampu mengekalkan kedudukan mereka. Namun realiti semakin mencengkam dan ia bukan berasal dari perbuatan sesiapa. Ia hadir dengan sendirinya. Rakyat sedikit demi sedikit keluar dari terus dikuasai segala macam cerita dongeng dan kini terpaksa berhadapan dengan realiti. Hanya dengan cerita dongeng jualah kerajaan terpaksa mempertahankan diri mengharapkan masih mempunyai nasib yang lebih kurang baik sama seperti sebelum menggapai kuasa.



Friday, June 1, 2018

SAYA RAKYAT MALAYSIA. SAYA TAK MAHU KERAJAAN PH BANKRAP




Sungguhpun sokongan kita bukan kepada govt of the day, Islam mengajar kita untuk mendoakan pemerintah dengan doa yang baik2.

Baik keputusan yang dibuat pemerintah.. Baiklah jua manfaat dapat dinikmati oleh rakyat. Sebaliknya jika pemerintah tersilap percaturan maka negara dan rakyat semua akan menanggung bencananya.

Saya tetap berharap kerajaan PH dapat mengelakkan dari memenuhi manifesto yang boleh merugikan rakyat dan negara ini. PH sudah pun berkuasa, tidak perlulah bimbang dengan undi lagi. Fokus kepada rakyat yang sentiasa mengharapkan nasib mereka dibela. Cukuplah dengan sekadar mengakui kesilapan atas janji yang dibina tidak berlandaskan realiti pengurusan sebuah negara. Rakyat akan cuba memahaminya.

Saya tidak mahu kerajaan bangkrap hanya kerana tekanan golongan peniaga yang tidak mesra dengan cukai GST. Kerajaan perlu terus disokong oleh sistem percukaian yang cekap agar mempunyai kewangan yang kukuh untuk meneruskan projek2 penbangunan yang mampu mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat.

Kerajaan mungkin akan dikecam, namun ia lebih baik dari memperjudikan kemakmuran dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

MANSUH GST PERANGKAP BAGI KERAJAAN PH






NAJIB pernah kata negara bernasib baik kerana harga minyak jatuh, kita telahpun mulakan GST. Tanpanya kemungkinan besar negara kita akan bankrap.

Kini hari pertama negara hilang pendapatan GST dan dijangka jumlah hasil kutipan yang hilang itu akan mencapai 21 Billion ringgit sebelum SST diperkenalkan. SST pula dijangka berupaya mengutip sekitar 17 Billion ringgit dan lompong yang ditinggalkan melalui pemansuhan GST akan ditanggung dengan menggunakan pendapatan negara melalui Petronas yang mencatatkan keuntungan yang besar baru2 ini.

Dalam keadaan itu pun kerajaan terpaksa mengkaji beberapa projek pembangunan yang dirasakan perlu dibatalkan disebabkan oleh hilangnya pendapatan melalui GST.

Persoalannya sekiranya harga minyak jatuh lagi, dimanakah kedudukan kewangan negara ketika itu? Adakah kerajaan akan memperkenalkan semula GST seperti banyak negara2 yang pernah mansuhkan GST sebelum  ini? Pemansuhan GST adalah perangkap bagi kerajaan PH untuk bertahan lama dan bakal menyebabkan negara berada diambang KEBANKRAPAN.