Friday, June 1, 2018
MANSUH GST PERANGKAP BAGI KERAJAAN PH
NAJIB pernah kata negara bernasib baik kerana harga minyak jatuh, kita telahpun mulakan GST. Tanpanya kemungkinan besar negara kita akan bankrap.
Kini hari pertama negara hilang pendapatan GST dan dijangka jumlah hasil kutipan yang hilang itu akan mencapai 21 Billion ringgit sebelum SST diperkenalkan. SST pula dijangka berupaya mengutip sekitar 17 Billion ringgit dan lompong yang ditinggalkan melalui pemansuhan GST akan ditanggung dengan menggunakan pendapatan negara melalui Petronas yang mencatatkan keuntungan yang besar baru2 ini.
Dalam keadaan itu pun kerajaan terpaksa mengkaji beberapa projek pembangunan yang dirasakan perlu dibatalkan disebabkan oleh hilangnya pendapatan melalui GST.
Persoalannya sekiranya harga minyak jatuh lagi, dimanakah kedudukan kewangan negara ketika itu? Adakah kerajaan akan memperkenalkan semula GST seperti banyak negara2 yang pernah mansuhkan GST sebelum ini? Pemansuhan GST adalah perangkap bagi kerajaan PH untuk bertahan lama dan bakal menyebabkan negara berada diambang KEBANKRAPAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment