Sunday, December 11, 2016

INILAH WAJAH MALAYSIA MODEN




Inilah Wajah Malaysia Moden yang kita nantikan buat sekian lama..

Bagi yang pernah keluar negara, jaringan pengangkutan yang cekap khususnya sistem train akan menjadi tajuk utama dalam memperbandingkan antara negara kita dengan negara yang dilawati.

Tidak seperti negara-negara Eropah yang sudah memiliki sistem train buat sekian lama, negara-negara di rantau Asia khususnya mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang menjadikan sistem train lebih dari sekadar membawa manusia dari satu tempat ke tempat yang lain.

GAYA HIDUP MODEN

Di Paris sebagai contoh stesen-stesen Metronya tidak mempunyai kemudahan tandas.  Tiada kemudahan escalator pada banyak stesen sama seperti di London. Ini kerana negara-negara ini antara yang terawal memiliki sistem train di dunia.

Di Asia, negara-negara yang baru merangka sistem train ini berpeluang mengambil kira faktor-faktor keselesaan, keselamatan, kelestarian penggunaan tenaga, perancangan bandar masa hadapan dan kegiatan ekonomi setempat.

Di Singapura yang memulakan sistem MRT pada 1985, stesen-stesen MRT mereka disambungkan dengan pusat membeli belah bawah tanah. Bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk ke gedung membeli belah, kewujudan pusat membeli-belah seperti NU Sentral yang menyambungkan KL Sentral dengan Monorail adalah salah satu contoh kegiatan ekonomi yang boleh diwujudkan melalui jaringan pengangkutan moden ini.

Di negara maju seperti Switzerland tidaklah dipenuhi dengan bangunan pencakar langit. Namun jaringan pengangkutan awam yang cekap, selesa dan moden menjadi mengukur keunggulan gaya hidup rakyat negara itu berbanding negara-negara lain di dunia. Ini kerana stesen-stesen train ini menjadi tumpuan utama rakyat pada setiap hari. Ia menjadi laluan kehidupan mereka selain pejabat dan rumah.

Pengalaman bersesak dalam jem dan tidak ketentuan masa untuk sampai ke destinasi bakal menjadi sesuatu yang amat perit untuk diingati selepas ini. Di tambah dengan lebuhraya "jalan potong" berTOL yang berlapis-lapis di Kuala Lumpur seolah-olah ada pihak yang sengaja menghalang perluasan jaringan train moden ini hingga ia menjadi isu kemarahan penduduk bandar setiap kali piliharaya.

Pengambilalihan pentadbiran kerajaan oleh Dato Seri Najib Tun Razak seumpama membayar segala hutang-hutang kerajaan yang sepatutnya telah lama dinikmati oleh rakyat tetapi dilengah-lengahkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

Negara bakal menyaksikan lebih banyak perubahan significant dalam gaya hidup moden rakyat dengan termetrainya perjanjian High Speed Railway hasil hubungan baik antara Malaysia dan Singapura.

Sungguhpun penulis bukanlah salah seorang yang diundang dalam sesi pengalaman pertama perjalanan menggunakan MRT bersama Perdana Menteri, pemilihan salah seorang rakan rapat penulis yang banyak pengikut maya khususnya dalam dunia perubatan Dr Abdul Rahman Abdul Kadir adalah cukup mewakili keterujaan penulis dengan buah tangan terbaru dari Perdana Menteri terbaik rakyat Malaysia pernah ada.

Sama-samalah kita berdoa semoga beliau terus diberikan kesihatan dan mandat yang lebih kukuh untuk memimpin negara kita. Amin.








Friday, December 2, 2016

ORANG YANG CAPAI IMPIANNYA SETIAP HARI


Saya percaya kawan-kawan masing-masing menyimpan impian tersendiri. Sungguhpun saban hari umur semakin meningkat namun angan-angan untuk mencapai cita-cita tidak pernah terpadam.

Ada yang impikan kehidupan yang bebas dari masalah kewangan.. Mempunyai mahligai yang mewah dan selesa.. Menelusuri lebuhraya dengan jentera moden dan bergaya menjadi kebanggaan bersafar ke mana-mana.. Mengembara ke serata pelusuk dunia sekerap yang mungkin.. Diangkat disanjung dan diingat jasanya dikalangan orang ternama..

Peluang untuk menggapainya menuntut kesabaran dan pengorbanan. Perlu bersedia jika ditakdirkan ia terus lenyap bersama masa. Realiti kehidupan menghambat impian jauh kesuatu sudut yang suram.

Namun sedarkah kita ada sebahagian kecil manusia yang TERPILIH menjadikan impiannya sebagai kenyataan pada SETIAP HARI. Bahkan peluang untuk menggapai cita-cita agungnya muncul sekerap 5 kali sehari.

Mereka tidak putus-putus bersyukur setiap kali berjalan pulang ke rumah membawa kenangan indah yang penuh ketenangan. Mereka merayu agar terus dipilih untuk datang kembali hingga tidak sedar air jernih mengalir perlahan di pipi.

Kerana mereka bimbang jika mereka berada ditempat lain sewaktu panggilan berkumandang, mereka tidak akan mampu lagi untuk mengingati saat-saat indah ketika berada di rumah Allah. Ketika itu mereka pasti sedang dihambat oleh jutaan impian lain yang tidak menjanjikan apa-apa selain perasaan gagal dan kecewa hingga menutup mata.

Thursday, December 1, 2016

MUSUHI PEMIMPIN RAKYAT YANG RUGI



Pemimpin adalah pilihan rakyat. Rakyat tiada pilihan lain selain bersama2 pemimpin memperbaiki kualiti kehidupan mereka.

Bukan mencari sebab bermusuh dengan pemimpin yang mana akhirnya rakyat yang akan rugi kerana pemimpin hilang semangat untuk berkhidmat.

TAK MAMPU LIHAT KEBAIKAN PEMIMPIN SENDIRI



Aku terkejut melihat kesesakkan di UTC sudah lebih kurang sama keadaannya ketika rakyat terpaksa hadir ke pejabat di wisma persekutuan. Bezanya nombor giliran masih boleh diperolehi pada jam 8 malam!

Rakyat kebanyakkannya sudah nampak keberkesanan polisi DS Najib dalam mengutamakan perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Jangan pula jentera pilihanraya nanti ketandusan idea untuk mencari kebaikan pemimpin sendiri.

Sunday, November 20, 2016

BERHENTI MENGFITNAH LAWAN. BUKTIKAN KAMU LEBIH BAIK DI NEGERI YANG KUASAI



Dalam satu2 perhimpunan mempunyai matlamatnya tersendiri. Solat jemaah di masjid merupakan salah satu jenis perhimpunan dari ribuan jenis perhimpunan manusia lakukan.

Dalam sejarah penubuhan negara pula rakyat pernah turun ke jalanan untuk menentang pembentukan Malayan Union.

Namun #BERSIH adalah satu2nya perhimpunan yang dilakukan atas matlamat MEMGFITNAH kerajaan memerintah kononnya telah menang secara penipuan dalam pilihanraya.

Rakyat perlu mendesak pembangkang agar berhenti daripada menggunakan taktik mengfitnah dalam usaha mereka menggapai kuasa memerintah negara. Mereka sepatutnya menjadikan peluang berkuasa dalam beberapa negeri dinegara ini untuk menunjukkan contoh bahawa mereka lebih dipercayai dan cekap memerintah kerajaan.

Bukan dengan cara mengheret rakyat dalam agenda mengfitnah pihak lain namun dalam masa yang sama terbelenggu dengan pelbagai masalah pentadbiran dan skandal penyelewengan di negeri yang mereka kuasai.

Saturday, November 12, 2016

CIKGU BUGHAH



Kapada guru2 berkhidmatlah dengan penuh ikhlas.

Jangan cemari usaha murni kamu dengan kerja haram BUGHAH yang merupakan perangkap kepada umat Islam melalui sistem demokrasi.

Pada hakikatnya kita tidak diberi pilihan dalam mentaati pemimpin yang juga merupakan saudara sesama Islam.

Usah lah minta kami mengiktiraf kerja BUGHAH kamu hanya kerana status kamu sebagai pendidik. Terlalu jijik untuk bergelar pendidik jika bergelumang dengan contoh kelakuan yang diharamkan dalam Agama.

DOKTOR VS GURU



Tidak timbul soal Doktor atau Guru yang lebih baik. Kedua2nya mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan tahap professionalismenya.

Namun tidak dinafikan malah seakan menjadi tradisi GURU mesti didominasi oleh pemikiran pemberontak dan anti kerajaan. Ia sebenarnya boleh dikaji seawal permulaan seseorang individu itu membabitkan diri dengan profession perguruan.

Kebanyakkan mereka menjadikan kerjaya sebagai seorang guru pilihan terakhir setelah gagal mendapat tempat dalam pasaran kerjaya terbuka berkaitan atau tidak berkaitan dengan bidang yang mereka ceburi. Ada juga menjadikan kerjaya itu sebagai laluan mudah untuk menjadi sebahagian daripada kakitangan kerajaan yang diyakini mempunyai masa depan lebih terjamin.

Akhirnya mereka sedari tugas sebagai seorang guru bukanlah semudah yang disangka. Ia menuntut komitmen yang tinggi dan sikap yang betul sebagai seorang pendidik. Jika mereka menganggap kerjaya itu sebagai perangkap yang menyekat diri mereka untuk lebih maju maka jalan penyelesaiannya sudah pastilah dengan memberi lebih banyak tekanan kepada majikan mereka iaitu kerajaan.

Friday, November 4, 2016

HARGA BARANG DAN DEMOKRASI JAHILIYYAH




Nabi Muhammad SAW hanya meminta para sahabat yang mengadu tentang kenaikan harga barang untuk berdoa kepada Allah dan beliau enggan menetapkan harga barang seperti yang diminta.

SEKIRANYA para sahabat digantikan dengan masyarakat demokrasi jahiliyyah akhir zaman seperti di Malaysia ini sudah pasti mereka akan bersekongkol dengan ABU LAHAB untuk menewaskan Nabi Muhammad.

WALAU BAGAIMANAPUN para sahabat yang dijamin syurga mentaati pemerintahnya yang juga Nabi Allah tanpa syarat.

SEGALA USAHA UNTUK TETAPKAN HARGA BARANG AKAN GAGAL



Usaha pemerintah untuk mengawal harga barang adalah satu bentuk cubaan untuk mencabar peranan dan kuasa Pencipta yang sudah pastinya ia akan berakhir dengan KEGAGALAN.

Peristiwa Nabi Sulaiman yang dikurniakan Allah dengan kekuasaan yang cukup besar hingga binatang2 tunduk dengan kekuasaannya pernah meminta agar Allah memberikan beliau peluang untuk memberi makan kepada seekor ikan paus.

Ikan paus itu yang cukup besar mengambil masa 3 hari untuk timbul kedaratan. Makanan yang menggunung terpaksa disediakan sehingga akhirnya Nabi Sulaiman tunduk sujud dengan kekuasaan dan kebesaran Allah.

TERLALU KEDEKUT UNTUK BARANGAN KEPERLUAN




Teringat seorang kawan universiti dulu sangat pandai berjimat. Bulan puasa setiap hari buka percuma di masjid. Kalau lihatkan kehidupannya memang kita akan rasa simpati..

Suatu hari aku jumpa dia sedang pasang exhaust baru kat motor.. Aku tanya "Kau beli ke?".. Dia mengangguk.. Hemm barulah aku tahu ke mana duit dia banyak2..

Samalah dengan minyak masak...RM8 terlalu besar dibelanjakan untuk beli barang keperluan.. RM 8 yang sama juga jadi terlalu kecil apabila beli barang yang kita suka dan idam2kan..

MELAYU: POLITIK BUNUH DIRI



Seorang professor dari sebuah universiti di Indonesia diminta komen oleh wartawan TV Singapura semalam tentang situasi politik di Malaysia dan ini ulasan beliau.

Orang Melayu di Malaysia mengamalkan POLITIK BUNUH DIRI.

Di Indonesia bila JAWA diturunkan maka JAWA yang lain akan naik. Tetapi di Malaysia jika yang Melayu itu diturunkan maka cina yang menunggu.

Tuesday, November 1, 2016

SUBSIDI BUKAN HARTA PENINGGALAN NENEK MOYANG



Kita hanya menyedari sesuatu itu amat berharga apabila ia hilang dari kehidupan kita..

Tetapi tidak bagi subsidi yang kerajaan bagi.. Bila hilang segala kebaikan kerajaan bagi subsidi selama ini tidak dihargai.. malah di balas dengan caci maki..

Hello kawan..segala dalam dunia ni pinjaman sahaja.. Bile2 masa Allah boleh tarik balik sekelip mata..Subsidi bukan harta peninggalan nenek moyang hang..

AMIRULMUKMININ JUMPA APA JIKA BERJALAN MALAM DI MALAYSIA




JIKALAU zaman dahulu Amirulmukminin berjalan malam untuk menyaksikan realiti kehidupan rakyatnya maka terjumpalah seorang ibu yang cuba menghiburkan hati anaknya dengan memasak batu batuan

ZAMAN SEKARANG rasanya apa yang Amirulmukminin jumpa?

Cafe hipster tumbuh bagaikan cendawan..

Restoran dengan hidangan berharga RM 30 ke RM100 sepinggan penuh orang..

Makin berkurang kereta jenama tempatan dijalanan..

Facebook penuh gambar selfie di luar negara..

Nak beli tiket wayang terpaksa beratur panjang..

Menunggu seawal subuh untuk mendapatkan telefon pintar terbaru..

YOU all ingat apa yang AMIRULMUKMININ akan buat?

Kalau sayalah.. Memang patutpun hapuskan semua subsidi...Kenakan GST..

Monday, October 31, 2016

PERANGKAP DEMOKRASI



Walau apapun yang berlaku..

Jangan biarkan sampai diri kita tewas dengan perangkap bughah (DEMOKRASI).

Iaitu bila kita mempercayai menukar kerajaan mampu menyelesaikan masalah padahal pilihan selain kerajaan yang sedia ada tidak ditunjangani oleh orang Islam.

Thursday, October 20, 2016

SIJIL HALAL UNTUK MEDIA





cc Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Sudah tiba giliran pemain Industri Media pula diberi peluang untuk mendapatkan SIJIL HALAL bagi mengangkat kredibiliti mereka sebagai pembentuk minda masyarakat dengan lebih bertanggungjawab dan PATUH SYARIAH.

Sekiranya mereka terlibat dengan laporan berunsur nagatif menghasut rakyat atau fitnah SIJIL HALAL mereka boleh ditarik balik.

Etika dalam menyampaikan berita serta SOPnya ada terkandung dalam AlQuran. Media boleh menjadi medium dakwah menyampaikan kebenaran menyebarkan kasih sayang sesama insan dan menyatukan ummah dalam mendepani cabaran.

Tuesday, October 18, 2016

KEWUJUDAN NASI BAJET BIMBANGKAN PENIAGA CEKIK DARAH





PENIAGA antara mereka yang sangat beruntung jika pengguna percaya kononnya semua barang dah mahal. Maka mereka dengan mudah gunakan alasan itu untuk memaksa pelanggan menerima harga mereka yang tidak masuk akal. Tampa disedari, hari demi hari pelanggan semakin dapat menerima harga lebih mahal untuk hidangan yang sama.

Namun kewujudan peniaga NASI BAJET membuka persoalan sejauh manakah kebenaran dakwaan bahawa harga barang semua dah mahal? Peniaga Nasi Bajet mempunyai modal yang kecil tetapi mampu untuk menawarkan harga yang luar biasa murah berbanding peniaga2 lain.

Jenama Nasi Bajet tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Mereka masak lebih sedap, ayam yang lebih besar, nasi yang lebih banyak. Pengguna bijak telah buat keputusan memburu gerai Nasi Bajet. Mereka sedar selama ini mereka telah tertipu dengan ketamakkan peniaga.

Masak macam baru belajar sehari dua.. Resepi tiru internet.. Bahan serba serbi tak cukup.. Harap bubuh cheese dan guna bahan terbuang buat perhiasan ala hipster.. Sekali makan berdua bill jejak RM140.. Itulah keluhan pelanggan sekarang.. Mahukan kelainan bukanlah lesen untuk membazir. DUIT KITA MARUAH KITA. Jangan suka2 belanja tanpa berkira.

PEMBANGKANG PRO PENIAGA BUKAN ISLAM




Rata2 komuniti perniagaan tidak senang dengan NAJIB RAZAK akibat banyak polisi yang  menekan mereka. Sebab itu isu GST tidak pernah lekang dari mulut pembangkang. Jangan lupa isu Halal pun menjadi sebab mereka menyerang kerajaan kerana majoriti pengeluar makanan HALAL ialah dimiliki peniaga bukan Islam.

Oleh itu seluruh rakyat perlu sedar NAJIB RAZAK sanggup menerima risiko ini hanyalah demi mempertahankan hak dan menjaga kepentingan rakyat terbanyak yang juga terdiri daripada golongan pengguna Islam dari terus ditindas oleh golongan peniaga bukan Islam.

HOT DOG HARAM ISU MUSUH ISLAM




Adalah satu kilang saya buat bahan susu bayi tidak dapat (BELUM DAPAT) Halal kerana belum ada Lesen Perniagaan.

Banyak lagi sebab yang tiada kaitan dengan HALAL bagi makanan yang ingin dikeluarkan menjadi salah satu syarat kepada pengeluaran sijil halal.

Lain2 sebab GAGALnya dapat sijil Halal ni ialah penggunaan iklan atau label pada produk yang menghairahkan.

Isu #HOTDOG pula bukan isu baru. Kawan saya yang pernah bekerja di A&W Suria KLCC pernah dimarahi pelanggan Arab kerana mendakwa HOTDOG adalah Halal untuk dimakan.

Maka jika mahukan sijil HALAL silalah akur dengan sensitiviti komuniti Islam walaupun bagi kita isu itu agak remeh dan sepatutnya dipencilkan.

Isu ini diperbesar2 kan dengan harapan membuka pertikaian oleh umat Islam sendiri (YANG TIDAK FAHAM). Kita sepatutnya membina kefahaman dalam diri kita terlebih dahulu. Bukan mementingkan padangan orang bukan Islam terhadap isu ini..

Sudah pasti mereka yang bukan Islam dan memusuhi Islam akan mengambil kesempatan memburukkan agama kita. Itu sudah memang kerja mereka.

Saturday, October 15, 2016

PENCABULAN HAK RAKYAT DAN BARANG NAIK




Kerajaan yang tegas bukanlah kerajaan yang menyumbat ramai musuh politiknya ke dalam lokap, tetapi kerajaan yang buat apa yang difikirkan perlu walaupun tidak popular demi menjaga hak rakyat dari dicabuli pihak2 tertentu demi keuntungan perniagaan.

Saya berpengalaman 10 tahun berurusan dengan KPDNKK mewakili syarikat saya yang juga merupakan pengeluar minyak masak jenama utama negara.

Oleh itu saya tahu tentang masalah yang dihadapi kerajaan dalam pengurusan sistem subsidi terutama sekali subsidi minyak masak. Tidak seperti subsidi minyak diesel yang mempunyai teknologi nano untuk memerangkap kilang apabila menggunakan Diesel bersubsidi, kerajaan menghadapi kesukaran untuk mengesan industri yang menggunakan MINYAK MASAK BERSUBSIDI.

Dalam krisis bekalan minyak masak yang berlaku beberapa tahun dahulu kakitangan kerajaan dikerah untuk membuat pemeriksaan mengesan kemanakah bekalan minyak masak bermula dari puluhan kilang pengeluaran hinggalah ke ke ribuan kedai runcit diseluruh negara.

Penemuan ribuan botol minyak masak yang telah kosong ditinggalkan dalam kontena di Taman Rinting Pasir Gudang dan banyak lagi lokasi lain membuktikan wujudnya sindiket yang mendapat untung jutaan ringgit atas perbezaan harga antara subsidi dan harga industri.

Jelas sistem subsidi Minyak Masak mempunyai kelemahan hingga ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan dalam masa yang sama kerajaan terpaksa mengerahkan ramai kekitangan yang perlu dibayar gaji bulan2 semata mata untuk menguatkuasakan sistem subsidi ini.

Penghapusan subsidi barang keperluan pernah lakukan sebelum ini iaitu gula dan tiba masanya kerajaan terus bertegas dengan meneruskan perlaksanaannya terhadap minyak masak pula. Kelihatan akan ada lagi gelombang kenaikan harga barangan pengguna yang seterusnya meningkatkan lagi sara hidup rakyat. Namun ketirisan wang subsidi rakyat yang telah mencipta ramai jutawan atas angin juga adalah satu cara untuk mengelakan lebih banyak wang rakyat jatuh ketangan lintah darat.

Kerajaan dalam ikrarnya untuk menyalurkan lebih banyak bantuan kewangan kepada kumpulan sasar rakyat pendapatan rendah bagi mengurangkan bebanan mereka seharusnya menutup mulut kotor pembangkang yang mengalunkan lagu BARANG NAIK untuk membakar kemarahan rakyat demi kepentingan politik mereka semata.

Rakyat perlu sedar kerajaan ini milik rakyat dan aktiviti mengambil kesempatan terhadap sistem kerajaan ini adalah sesuatu yang mencabuli maruah rakyat negara ini. Rakyat perlu bersama2 wakil mereka (Pemimpin yang dipilih) terus komited melakukan apa saja yang perlu demi penambahbaikan serta keselesaan kehidupan rakyat pada masa hadapan.

Thursday, October 6, 2016

PENGUNDI MELAYU TERUK DISERANG. PENGUNDI CINA SERONOK DI SOGOK



Rakyat Malaysia mengundi berdasarkan perkauman mengikut kepentingan kaum masing2..

UMNO sepatutnya ganggu pengundi DAP iaitu orang Cina dan DAP ganggu pengundi UMNO iaitu orang Melayu..

Tetapi selama ini kita banyak bertahan.. Jarang sekali ada isu kita bawa untuk menghilangkan keyakinan pengundi Cina terhadap DAP.

Jika ada pun hanyalah sekadar janji dan taburan dana sebagai sogokkan. Itupun dibalas dengan helah di dalam peti undi.

GAGAP KERANA TAKUT DENGAN KAUM SENDIRI




Saya faham apa sebab Sis Mazita Na MohamadYusop menyentuh tentang peratusan kehadiran ujian kemasukan program Permata Pintar yang kebanyakannya adalah dari kaum Cina.

Jika DAP terus dengan strategi cuba menggagalkan program itu sudah tentu parti itu akan hilang kepercayaan dari pengundi Cina yang juga merupakan punca survival DAP selama ini.

Permata Pintar tidak perkauman. Tetapi DAP yang perkauman kerana hanya mengaku kalah apabila dipaksa berdepan dengan kaum Cina.

Thursday, September 29, 2016

MAHATHIR PERNAH REKA SURAT BOHONG





Tan Sri Zainudin Maidin mendedahkan dalam buku beliau bertajuk SURAT DARIPADA DR MAHATHIR bahawa negarawan itu pernah beberapa kali memaksa beliau memaparkan dalam ruangan surat pembaca UTUSAN surat yang beliau tulis sendiri demi  usaha beliau untuk mengawal pemikiran rakyat..

Surat yang tidak genuine kononnya luahan rakyat itu adalah satu contoh pembohongan MAHATHIR yang rakyat baru ketahui sekarang.

Entah apa lagi pembohongan beliau sembunyikan namun pasti kebanyakkan orang yang mengenali beliau dahulu tidak mampu menyimpan rahsia lagi..

Mungkin juga sebahagian besar telah lama menemui Ilahi..

Wednesday, September 28, 2016

ISI NERAKA DALAM POLITIK




Politik akan membawa kita ke neraka melainkan kita kata benar untuk perkara yang benar dan berani kata salah untuk perkara yang salah..

Seperti mana yang disebut oleh Allah dalam surah Adz Zaariyaat dari ayat 8 hingga 11.. Sesungguhnya kamu benar2 dalam keadaan berbeza pendapat. Dipalingkan daripadanya orang yang dipalingkan (ingkar). Terkutuklah orang yang banyak berdusta. Iaitu orang yang terbenam dalam kebodohan yang melalaikan.

Dalam politik kebarangkalian untuk bercakap bohong hanya kerana mempertahankan imej pemimpin tertentu adalah besar. Tidaklah ada kuasa dan syafaat bagi peminpin itu membela kita atas kebohongan yang kita lakukan demi mempertahankan kedudukan dia di dunia.

Tuesday, September 27, 2016

BAHASA UNTUK FAHAM, BUKAN DARJAT



Orang Malaysia cukup dan bangga jika ada bangsa mereka mampu bertutur dalam bahasa asing yang mana bunyinya cukup sempurna. Atas alasan yang sama mereka melatih anak2 bertilawah cukup dengan tajwid hingga boleh menang pertandingan diperingkat antarabangsa.

Berbeza dengan seorang rakan sekerja saya yang berasal dari Nigeria, Mereka boleh bertutur dalam banyak bahasa dari bahasa pertuturan beberapa suku kaum di negera kelahiran mereka mahupun bahasa pengantar zaman kolonial sama ada Perancis mahupun Inggeris.

Mereka cukup benci kepada golongan yang gemar membeza-bezakan pengguna bahasa antarabangsa mengikut negara asal mereka melalui berbezaan dialek atau telor. Kerana tujuan bahasa ialah untuk faham. Bukan menaiktaraf seseorang hingga boleh mendakwa kononnya mereka setaraf dengan bangsa kolonial.

BAHASA BUKAN SOAL KELAYAKAN, TETAPI KEBIASAAN





Saya sebelum ni ade juga terperasan DS Zahid tidak selesa berbahasa inggeris. Beberapa kali ditemubual pada asalnya berbahasa inggeris namun kembali berbahasa kebangsaan apabila sukar mendapat perkataan yang sesuai.

Saya sudah jangka hal macam ni memang akan ada pihak yang cuba ambil kesempatan sama seperti apa yang berlaku kepada Zainuddin Mydin ketika beliau menjawat jawatan menteri penerangan.

Bahasa ini bukan soal kelayakan.. Bahasa ini soal kebiasaan.

Saya walaupun duduk diceruk rantau bernama Pasir Gudang ni terpaksa berkomunikasi dalam meeting email telefon dalam bahasa inggeris.

Mungkin DS Zahid belum pernah lalui keadaan yang memaksa beliau menggunakan bahasa antarabangsa itu pada setiap masa dalam tugas2 beliau sebelum ini. Ia bukan satu perkara yang aneh untuk diperbesarkan.

KETOKOHAN DALAM PENIPUAN





TRUMP dituduh menipu kerana mendakwa OBAMA tidak dilahirkan di USA sehingga memaksa OBAMA menunjukkan sijil lahir beliau yang merekodkan kelahiran bayi bakal Presiden Amerika Syarikat itu di Hawai.

Namun jangan ingat penipuan yang dilakukan oleh politikus boleh menyebabkan orang ramai tidak lagi mempercayai mereka...

#48billion1MDB hilang dan #40ribuBANGLA pengundi hantu adalah PENIPUAN terbesar dalam sejarah politik negara namun masih ada ramai mangkuk mempercayai manusia bernama MAHATHIR dan ANWAR..

ANWAR PERDANA MENTERI YANG DINAFIKAN




Anwar adalah PERDANA MENTERI yang diNAFIkan.

Siapa yang menafikannya kalau bukan MAHATHIR..

Kerana Mahathir tahu jika Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri, beliau akan menjadi Perdana Menteri yang lebih hebat dari MAHATHIR.

Namun oleh kerana kini Malaysia mempunyai Perdana Menteri yang sedang mengukir nama sebagai Perdana Menteri paling berjaya dalam sejarah negara sejak merdeka malah menjadi juara rakyat dalam menghapuskan kroni hisap darah zaman MAHATHIR.

Maka terpaksalah MAHATHIR bersama2 ANWAR berganding bahu mengumpulkan tenaga mengeluarkan segala kehebatan yang ada untuk menumbangkan NAJIB BIN RAZAK.

SURVIVAL ORANG MELAYU SINGAPURA






90% Saudara mara sebelah ibu saya masih menetap di Singapura..

Alhamdulillah kehidupan mereka banyak bergantung kepada belas ihsan anak2 sanggup berkongsi tempat berteduh sungguhpun sudah berkeluarga.

Bagi yang mempunyai anak2 yang tidak berkemampuan, mereka menyewakan bilik2 yang ada dirumah mereka sebagai punca pendapatan.

Namun bagi mereka yang tidak menemui jalan keluar dari tekanan sara hidup diusia tua, Kerajaan mencadangkan kepada mereka untuk menjual unit flat yang mereka tinggal dan digantikan dengan unit flat yang lebih murah dikawasan berhampiran.

Tahun lepas saya menziarahi seorang saudara meninggal dunia disebuah flat satu bilik yang agak usang padahal beliau (Arwah) dahulu mempunyai banyak rumah termasuk sebuah rumah mewah di Johor.

Monday, September 26, 2016

NYAWA RAKYAT MALAYSIA MASIH KURANG BERHARGA




Ikut pengalaman saya ketika masih berada dalam industri Keselamatan, dapat saya simpulkan bahawa NYAWA orang Malaysia masih kurang berharga..

Dari segi kesanggupan pihak tertentu berbelanja demi keselamatan..

Sikap atau cara masyarakat respon terhadap situasi kecemasan..

Statistik yang membimbangkan tidak menyebabkan perubahan mentaliti..

Antara contoh negara lain yang murah nyawa rakyatnya ialah CHINA di mana beribu-ribu pekerja lombong arang batu mati setiap tahun.

Insiden 2 sekeluarga terbunuh.. 3 kes kanak2 maut ketika melintas jalan dihadapan sekolah..

Hanya beberapa cara untuk mati berbanding 1001 lagi cara lain yang masih belum dilakukan tindakkan untuk mengurangkan kehilangan nyawa..

Thursday, September 22, 2016

MATI HIDUP SEMULA PUN TAKKAN DAPAT KUMPUL DUIT BANYAK TU BRO



Seorang anggota GRC Singapura gajinya sudah jejak RM 300K sebulan.. PM pula RM 900K antara gaji PM termahal di dunia mengalahkan Presiden Barrack Obama.

Agak2 berapa OTHMAN WOK dapat bulan2 jadi menteri goyang kaki selama 18 tahun dan dilantik pula BOD Sentosa selepas pencen?

Bro.. Dengan gaji yang sedia ada mati hidup semula pun tak boleh kumpul duit banyak tu bro..

Yang penting kau sanggup tengok anak cucu kau hidup merempat jadi bangsat di tanah air sendiri..

#BANGSAT

ALASAN UNTUK MENGHALALKAN PENGKHIANATAN



Saya sangat bersimpati dengan mereka yang melompat ke parti #BERSATU tetapi dalam masa yang sama mengharapkan rakan2 yang masih setia bersama UMNO tidak memusuhi atau membenci mereka.

Mereka memberi alasan BERSATU masih mempunyai agenda yang sama dengan UMNO cuma bezanya mereka memilih platform yang berlainan.

Mereka juga membayangkan tindakan mereka hanyalah sementara untuk menjalankan agenda tertentu dan akan tetap kembali kepangkuan UMNO sama seperti S46 dan PKR kerana yakin parti itu tetap yang terbaik.

Mereka juga yakin tindakan mereka tidak akan menjejas UMNO kerana parti itu cukup kuat untuk ditumbangkan.

Bagi saya alasan2 yang mereka berikan hanyalah untuk menghalalkan sebuah pengkhianatan.

Sebagai parti yang membawa label BERSATU pasti mereka dengan mudah menyambung pepatah BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH. Selagi mereka tidak tunduk dengan kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri tidak ada gunanya mereka mendakwa membawa perjuangan yang sama kerana ia hanya akan mencuri undi UMNO dan melemahkan parti utama orang Melayu itu.

Jelas kita dapat saksikan UMNO lebih yakin melangkah apabila membentuk kerjasama dengan PAS. Maka kewujudan sebuah lagi parti orang Melayu yang tidak sanggup bekerjasama dengan UMNO adalah selayaknya dilayan sebagai musuh nombor satu berbanding parti2 lain.

Tindakan mereka walaupun sekadar mahu menimbulkan panik untuk menghilangkan keyakinan orang Melayu terhadap UMNO dan kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak adalah sebesar-besar pengkhianatan terhadap bangsa, negara dan agama kita.

Friday, September 16, 2016

MELAYU..JANGAN LUPAKAN APA MAHATHIR KATA



KALAU dulu Mahathir menangis merintih kerana MELAYU MUDAH melupakan kesusahan kehidupan mereka diwaktu lampau.. Taktik ini beliau gunakan agar melayu bersyukur saja dengan apa yang ada..Tidak perlu minta lebih dari dia..

KINI Mahathir berharap MELAYU telah MELUPAKAN segala apa yang dia pernah katakan ketika berkuasa.. Kerana jika MELAYU masih ingat sudah pasti ramai yang percaya Mahathir sudah buang tabiat...

Thursday, September 15, 2016

PENGKHIANAT MEMBOCORKAN TAYAR BAS




ORANG MUDA PERLUKAN PLATFORM BERSUARA?

Nak naik bas pun tak boleh salah PLATFORM..

Kalau PLATFORM dah betulpun kene tanya driver nak bawak kita pergi mana..

Bukan main naik saja..

KELUAR PARTI?

Kalau salah naik bas boleh tekan loceng.

Tetapi kalau dah turun bas jangan pulak dibocorkan tayarnya.. Itu kurang ajar namanya.. Punyalah banyak jasa bas tu.. Nak mangsakan pula ramai lagi penumpang dalam bas yang masih jauh lagi perjalanannya..

Ingat apa agenda parti tajaan Mahathir.. Nilai sendiri jenis orang macam mana nak bunuh parti yang cukup berjasa kepada rakyat termasuk dirinya sendiri..

Moral dalam politik perlu dijaga jika tidak mahu merosakkan nama keturunan hingga matahari timbul dari barat..

Tuesday, September 13, 2016

TIDAK TENTERAM APABILA SISI GELAP TELAH TERBONGKAR



Saya sangat kecewa dengan Dato Husni Hanadzlah yang tiba2 saja memberikan alasan terbaru menambah atas senarai alasan yang pernah beliau umumkan kepada media sebelum ini sebaik sahaja berundur dari semua jawatan kecuali Ahli Parlimen.

Jelas alasan kali ini yang menyatakan beliau menghadapi masalah kesihatan kerana tertekan dengan isu 1MDB hanya mempersoalkan kemampuan beliau dalam menggalas tugas sebagai Menteri Kewangan 2.

Adakah beliau tidak malu jika diri beliau dibandingkan dengan Arul Kanda yang juga sama seperti beliau, tidak terlibat dari awal penubuhan 1MDB tetapi tidak pernah sekalipun menampakkan kelemahan diri dalam mengepalai syarikat pelaburan negara itu?

Apakah tujuan beliau sekali lagi mendapatkan perhatian media pembangkang atas isu perletakan jawatannya dan adakah lagi alasan lain yang mahu beliau nyatakan pada masa akan datang? Kelihatan beliau seperti cuba mendapatkan perhatian Perdana Menteri dan meminta rakyat bersedia jika ada lagi alasan yang disembunyikannya.

Selaku bekas Menteri Kewangan 2 sudah pasti beliau menyimpan seribu satu maklumat sulit kewangan negara dan ia sangat bernilai bagi ramai musuh Perdana Menteri didalam dan luar negara.

Namun yang menarik alasan beliau tidak mahu ditukarkan ke kementerian lain menggambarkan beliau sebenarnya mempunyai masalah yang sama seperti beberapa individu yang ditukarkan jabatan lain kerana Perdana Menteri telah dapat menghidu hilangnya keberkesanan mereka dalam melaksanakan tugas.

Perletakkan jawatan beliau sebelum ini memberi isyarat bahawa beliau sendiri tidak lagi tenteram berada dibawah Najib Razak dan hanya mampu mengekalkan jawatan Ahli Parlimen kerana merasakan segala sisi gelap beliau sebelum ini telah terbongkar.

Monday, September 5, 2016

TUNTUT HAK BUKAN TIDAK BERSYUKUR




Minta orang lain BERSYUKUR?

Setiap orang berhak untuk mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan masing2.

NAMUN adakah patut seorang yang boleh melanjutkan pelajaran diperingkat sarjana kita bantutkan hasrat mereka kerana bimbang dituduh TIDAK BERSYUKUR dengan ijazah yang ada dalam tangan?

Sama juga dalam isu tuntutan pampasan pencen tanggungan keluarga arwah Kapten Hasman Hussin meninggal dunia dihanyutkan banjir ketika menjalani kursus di Missouri, Amerika Syarikat.

ADAKAH PATUT dalam usaha keluarga beliau mendapatkan pembelaan selayaknya demi kelangsungan hidup waris beliau yang masih kecil dituduh tidak bersyukur kerana telahpun menerima sejumlah wang insuran nyawa?

Apapun yang dituntut oleh keluarga arwah adalah berkaitan HARTA ANAK YATIM yang bakal digunakan untuk menampung perbelanjaan hingga mereka dewasa. Jika mereka layak untuk dapat lebih dari apa yang telahpun mereka terima sebelum ini, siapa kita untuk menahannya dan kemudian menuduh keluarga arwah kononnya TIDAK BERSYUKUR?

ADAKAH kita tidak takut jika akibat perbuatan kita itu menyebabkan kita termasuk dalam golongan orang yang MENAHAN HARTA ANAK YATIM?

Anak yatim diberikan kedudukan yang amat istimewa dalam agama. Rasulullah SAW sendiri adalah seorang yatim piatu.

Disebabkan golongan yatim ini umumnya lemah dan sering ditindas diambil kesempatan termasuk oleh ahli keluarga sendiri kerana tertarik dengan harta peninggalan bapa mereka MAKA Allah telah menetapkan bagi mereka yang memakan atau menahan harta anak yatim sebagai salah satu daripada DOSA2 BESAR.

Wednesday, August 10, 2016

IZINKAN SAYA BERKONGSI PENGALAMAN MENONTON OLA BOLA



Izinkan saya berkongsikan pengalaman peribadi saya menonton Ola Bola

Saya cukup seronok ada penerbit tempatan berani membawa konsep filem yang diinspirasikan oleh sejarah kegemilangan bolasepak negara. Filem yang mengambil tempat dizaman era tahun 70an sudah pastinya mereka tidak kira bangsa dan keturunan sangat fasih berbahasa melayu dan cukup rapat hubungan antara kaum berbanding sekarang.

Namun saya kecewa apabila sepanjang menonton filem tersebut saya terpaksa membaca sarikata apabila pelakon bertutur dalam bahasa cina dan banyak pula babak menggunakan bahasa inggeris seolah2 mak bapak saya yang turut melalui zaman itu menggunakan bahasa inggeris dengan sebegitu meluas.

Ia langsung tidak menggambarkan keadaan sebenar masyarakat Malaysia pada zaman itu dan ia adalah satu penipuan terhadap rakyat Malaysia kononnya pada zaman itu lagi penggunaan bahasa kebangsaan telah dipinggirkan.

Saya lihat pembikin filem tidak kira dari Indonesia, India mahupun Thailand amat berbangga jika ada watak dalam filem mereka dari bangsa asing tetapi mampu bertutur dalam bahasa kebangsaan mereka dengan baik sekali.

Dalam program pertandingan pidato bahasa kebangsaan yang disertai oleh pelajar bidang pengajian bahasa Melayu dari seluruh dunia juga telah mencipta keterujaan dan perasaan ingin tahu rakyat bagaimana mereka boleh berbahasa Melayu dengan sebegitu fasih hingga mampu menyampaikan pidato.

Saya mengajak rakan2 semua untuk memboikot filem yang merosakkan identiti negara seperti Ola Bola dan saya berharap kerajaan lebih bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap kewujudan filem sebegini kerana ia secara halus telah merosakkan mentaliti rakyat untuk menerima perkara yang cukup asing malah bertentangan dengan nilai2 identiti kebangsaan yang selama ini menyatukan rakyat negara kita.

#FestivalFilemMalaysia

SALLEH GOPOH : MALAYSIA BAKAL HILANG IDENTITI BAHASA KEBANGSAAN



Dengan pengumuman Kementerian Penerangan untuk membuka kategori Filem Terbaik Malaysia kepada filem yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan maka bermulalah era baru apabila Bahasa Melayu dilucutkan taraf kebangsaannya selangkah demi selangkah.

Kementerian tidak sepatutnya terburu2 mengubah format anugerah Festival Filem Malaysia. Cukup sekadar berjanji akan mempertimbangkan cadangan pihak2 tersebut. Segala perubahan serta pengenalan format baru hanya akan digunapakai pada penganjuran akan datang.

Kementerian masih boleh mengumpul cadangan agar matlamat memperkasakan bahasa kebangsaan tidak menjadi taruhan.

Kementerian boleh mengenakan syarat sebagai contoh, jika sesuatu filem berbahasa bukan Melayu mahu dicalonkan sebagai filem terbaik, filem tersebut perlu mempunyai versi alih bahasa dalam bahasa kebangsaan.

Sikap Kementerian yang mudah mengalah akan membayar padahnya dikemudian hari. Peruntukan dalam perlembagaan berkenaan bahasa kebangsaan tidak lagi relevan seperti apa yang berlaku di Singapura. Pada hari ini rakyat Singapura sendiri pasti akan terkejut bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara itu.

Kementerian mungkin akan berpendapat lebih banyak lagi ruang dan cara untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.

Namun percayalah kewujudan ketegori sampingan khas untuk bahasa kebangsaan setara dengan bahasa yang lain akan menjadi panduan seperti bintang penunjuk arah diangkasa bahawa negara ini telah berubah identitinya dan perlu diperluaskan kepada kementerian2 yang lain. Akhirnya terlucutlah keistimewaan bahasa Melayu sebagai BAHASA KEBANGSAAN hingga generasi masa depan keliru dengan identiti negara ini.

Tuesday, August 9, 2016

MENJAWAB AFDLIN SYAUKI


Wa'alaikum salam, terima kasih atas kesudian Bro Afdlin meluangkan sedikit masa membaca nukilan saya sebagai blogger nasionalis dan berkongsi pandangan sebagai penggiat seni.

Isu bahasa ni sangat mudah. Kena faham tujuan manusia perlukan bahasa. Tanpa bahasa manusia tidak mampu untuk berkomunikasi. Tanpa komunikasi persefahaman tidak akan terbentuk. Tanpa persefahaman manusia akan saling bertelingkah. Apabila wujud pertelingkahan maka perpaduan akan musnah.

Lihatlah betapa pentingnya peranan bahasa bagi manusia. Malaysia model negaranya berdasarkan perlembagaan sama seperti Perancis, Indonesia, Jepun.. Kita berbilang bangsa namun menggunakan hanya satu bahasa. Berbeza dengan Switzerland dan Singapura .. mana2 papantanda akan ada semua bahasa utama negara.

Namun dalam negara demokrasi manusia bebas memilih mengikut kecenderungan. Tiada paksaan. Mereka sendiri memilih untuk hantar anak mereka ke sekolah perkauman. Itu menandakan bahasa kebangsaan bukan satu keperluan. Atau lebih tepat mereka boleh hidup tanpa perlu mahir berbahasa melayu. Identiti Malaysia tidak wujud dalam jiwa mereka.. Jika tidak, masakan kita mampu membezakan antara orang cina Indonesia dengan orang cina Perancis.

Apabila dalam sebuah negara wujud jurang komunikasi antara rakyat maka tidak perlulah mengharap perpaduan menjadi trend. Tidak wujud pun zaman perpaduan seperti yang tuan dakwakan. Mereka dilihat bersatu selagi ia memberi keuntungan kepada diri mereka.

Penggiat seni seperti tuan yang bergantung kepada filem bahasa Melayu satu hari nanti terpaksa menghasilkan filem berbahasa inggeris . Oh ya tamil pun tuan dah buat. Itulah jalan kesudahan untuk survive akibat kekangan bahasa.

Betul kata tuan bahasa bukan element paling utama. Penceritaan bergambar jauh lebih besar pengaruhnya dalam menghasilkan filem. Sebab itu filem yang menggunakan bahasa hindi telah mendapat tempat sekian lama di negara kita. Ini berlaku kerana filem mereka berjaya menarik minat hingga orang kita tidak kisah bersusah payah membaca sarikata.

Sebagai penggiat filem saya yakin tuan pasti setuju karya seniman agung P Ramlee masih terlalu tinggi nilainya untuk ditandingi hingga ke hari ini. Ini kerana beliau menjadikan karya seninya sebagai medium untuk menyampaikan mesej yang cukup besar menegur menyindir mentaliti masyarakat dengan tujuan untuk menyedarkan mereka. Tetapi filem melayu zaman sekarang sama seperti peniaga bazar ramadan.. Kualiti tidak seberapa, hanya bermodalkan muka terkenal untuk memerangkap pengguna pertama kali. Jika filem itu bagus pasti orang akan menonton lebih dari sekali atau mencadangkan kepada orang lain.

Maaf cakap slot cerekarama TV3 dalam banyak masa lebih berkualiti dari filem kerana ia dinilai oleh profesional. Seperti keluhan tuan sebelum ini memang sangat sukar untuk bawa orang macam saya menonton filem melayu dipawagam.. Zaman sudah berubah.. Tiket wayang dah jejak RM27.. Penonton lebih berkira untuk belanjakan wang mereka.

Belajar dan maju dengan cara bangsa lain? Kita telahpun berada dizaman dunia tanpa sempadan. Tak perlu hadkan gelanggang kita hanya dalam negara. Dato Rosyam pun sanggup jadi extra untuk belajar cara penggiat filem india bekerja. Kalau setakat belajar dengan pelajar filem Taiwan bernama Namewee, saya fikir tuan pun tahu dan tak perlu berprasangkapun terhadap sikap benci beliau terhadap Melayu dan Islam yang menjadi identiti negara kita..

Monday, August 8, 2016

KHAS BUAT AFDLIN SHAUKI..



Perjuangan BAHASA KEBANGSAAN semakin hari semakin tengelam. Bakal lenyap ditimbuni nilai barat negara golongan merempat.

Anak bangsa sendiri menilainya hanya dari segi tiket dan harga ringgit. Bukan maruah keturunan yang sepatutnya dipertahankan.

Identiti negara mahu dicairkan, yang dikutip serta dibanggakan model negara tanpa asal. Menafikan susah payah nenek moyang sendiri hidup merana demi sebuah negara.

Negara ini ada tuannya. Menafikan hakikat ini maka samalah seperti mengkhianati keturunan dan membunuh masa depan anak cucu sendiri.

Kesetiaan bangsa mendatang kesetiaan bersyarat. Selagi kuasa tidak digenggam selagi itu mengatur helah menyusun jerat.

Memang benar kata tuan Laksamana Melayu takkan hilang dibumi. Yang hilang ialah jatidiri kerana sudah terlalu lama hidup diulit dengan SUBSIDI.

LOW PROFILE BANTU BISNES MAJU



Kenapa orang Melayu tak mahu SUPPORT bisnes bangsa sendiri?

Sebab mereka tidak mahu SUFFER bile tengok orang Melayu macam dirinya kaya raya..

So yang dah kaya raya tu boleh tak LOW PROFILE untuk bantu orang kita yang ramai tengah struggle berniaga..

LOW PROFILE biar orang ingat kamu merempat, bisnes melingkup, jangan sekali kali pamerkan kekayaan kamu.

Friday, July 29, 2016

LEMBU KORBAN MASIH ASYIK MENGUNYAH




Keamanan dan kemakmuran bukanlah milik kita buat selamanya. Untuk mendapatkannyapun perlukan recikkan darah dan keringat orang tua kita yang serba kekurangan.

Hatta bank yang berusia 100 tahunpun bisa tersungkur hanya kerana angkara seorang pegawainya. Inikan pula sebuah negara yang masih muda dengan kebanyakkan rakyatnya naif dalam memahami betapa pentingnya mempertahankan apa yang mereka nikmati selama ini.

Negara ini tempat kita dibesarkan dan membina kehidupan. Namun, entah berapa kali kita perlu meletakkan kehidupan sendiri sebagai pertaruhan sebelum berjaya dicengkam kuasa asing hanya kerana mahu melunaskan dendam individu tertentu.

Kita masih keliru dalam meletakkan keutamaan hingga kita tidak lagi mempedulikan masa depan anak2 kita yang masih tidak mengerti apa-apa. Menafikan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi selama ini untuk terus diwarisi mereka.

Demi perkara yang kita panggil perjuangan kebenaran namun langkahnya sumbang mengkhianati segala prinsip, menuruti hati amokkan mereka yang dihajatkan.

Ingatlah negara kita senantiasa dalam radar musuh yang mengaku polis dunia. Sikap kita tidak ubah seperti Lembu Korban, masih enak mengunyah dihadapan kawan yang bertarung nyawa menanti darah berhenti mengalir. Kisah kehancuran Iraq, Syria, Libya dan yang terbaru Turki mungkin bagi kita tidak ada bezanya dengan filem perang hebat yang menjadi hiburan keluarga ketika berehat pada hujung minggu.

Kita masih asyik mencari sebab untuk bercakar sesama sendiri dan menjadi lemah. Sanggup pula membuka pintu kota kepada musuh yang sekian lama menanti diluar sambil menghunus pedang. Pedang yang kita sangkakan hanya akan memakan mangsa amukkan kita, padahal darah anak isteri sendiri yang diidam-idamkan.

Thursday, July 28, 2016

KALAU TAK KERANA DIA PERNAH JADI PM..



Kedudukan sebagai Perdana Menteri itu yang keramat.. Kalau tak kerana Tun M pernah jadi PM tak hingin saya menghormatinya.

Negara tanpa PM adalah ibarat tubuh tidak berkepala. Mempertahankan PM samalah juga dengan mempertahankan Negara.

Tun M sendiri mengaku kini rakyat biasa.. Tiada beza dengan kami semua.. Tiada sebab kami perlu percaya kata2 karut marut orang tua yang sudah lama bersara..

Wednesday, July 27, 2016

KAKITANGAN AWAM DAN PENGKHIANATAN TERHADAP NEGARA BERPISAH TIADA



Di mana silapnya KAKITANGAN AWAM negara ini dari yang bekerja dibawah teriknya sinaran matahari hinggalah yang setiap hari berlaga bahu dengan Perdana Menteri. Besar atau kecil amanah yang dipertanggungjawabkan bukan halangan untuk mereka berpaling tadah mengkhianati rakyat negara mereka sendiri.

Saban hari mereka bertanya, apakah lagi peluang yang boleh diperolehi untuk diri mereka sendiri? Cemburu dengan kejayaan rakan2 mereka yang telah bersara mampu mencipta peluang kekayaan yang tidak luak dimakan untuk tujuh keturunan.

Mereka berbangga untuk menceritakan kepada sanak saudara dan rakan2 bahawa mereka bukan kakitangan awam biasa2. Mereka boleh menentukan nasib untung rugi jatuh bangun seorang Perdana Menteri.

Gandingan 3 orang pegawai tertinggi instrument yang sepatutnya berfungsi untuk mempertahankan kedaulatan negara dan institusi pemerintahan berasaskan demokrasi berpelembagaan ini dalam komplot untuk menggulingkan Perdana Menteri benar2 mengejutkan ramai pihak.

Pemecatan mereka bertiga dijadikan modal untuk menuduh Perdana Menteri cuba melepaskan diri dari dikenakan sebarang tindakan undang2 atas skandal yang menghantui beliau.   Padahal kisah komplot mereka bertiga telah dihidu lebih awal lagi. Mereka tahu Perdana Menteri menerima dana pilihanraya namun tidak menasihatkan apa2 malah menyasarkan segala tindakan dengan kuasa yang mereka ada untuk memerangkap Perdana Menteri.

Kini mereka bergelut apabila penyudah yang diharapkan setelah sekian lama mengatur strategi gagal untuk mencapai impak, diri mereka pula terdedah dengan risiko jenayah pengkhianatan terhadap negara.

Kenyataan pertuduhan berat Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang dibuat tanpa mendapatkan mengesahan terlebih dahulu memerangkap Abu Kassim untuk berterus terang bagi menyelamatkan kepala sendiri.

Saya sebagai rakyat negara Malaysia yang berdaulat ini tidak rela nasib negara dan pemimpin yang kami pilih ditentukan oleh negara asing. Sebarang kerjasama dengan pihak asing untuk menggugat sistem demokrasi  berperlembagaan negara ini haruslah di tentang habis-habisan dan diberikan pengajaran selayaknya.