Friday, December 2, 2016
ORANG YANG CAPAI IMPIANNYA SETIAP HARI
Saya percaya kawan-kawan masing-masing menyimpan impian tersendiri. Sungguhpun saban hari umur semakin meningkat namun angan-angan untuk mencapai cita-cita tidak pernah terpadam.
Ada yang impikan kehidupan yang bebas dari masalah kewangan.. Mempunyai mahligai yang mewah dan selesa.. Menelusuri lebuhraya dengan jentera moden dan bergaya menjadi kebanggaan bersafar ke mana-mana.. Mengembara ke serata pelusuk dunia sekerap yang mungkin.. Diangkat disanjung dan diingat jasanya dikalangan orang ternama..
Peluang untuk menggapainya menuntut kesabaran dan pengorbanan. Perlu bersedia jika ditakdirkan ia terus lenyap bersama masa. Realiti kehidupan menghambat impian jauh kesuatu sudut yang suram.
Namun sedarkah kita ada sebahagian kecil manusia yang TERPILIH menjadikan impiannya sebagai kenyataan pada SETIAP HARI. Bahkan peluang untuk menggapai cita-cita agungnya muncul sekerap 5 kali sehari.
Mereka tidak putus-putus bersyukur setiap kali berjalan pulang ke rumah membawa kenangan indah yang penuh ketenangan. Mereka merayu agar terus dipilih untuk datang kembali hingga tidak sedar air jernih mengalir perlahan di pipi.
Kerana mereka bimbang jika mereka berada ditempat lain sewaktu panggilan berkumandang, mereka tidak akan mampu lagi untuk mengingati saat-saat indah ketika berada di rumah Allah. Ketika itu mereka pasti sedang dihambat oleh jutaan impian lain yang tidak menjanjikan apa-apa selain perasaan gagal dan kecewa hingga menutup mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment