Tuesday, February 26, 2019

PERKAHWINAN NABI PANDUAN ORANG ISLAM ..BUKAN UNTUK ORANG KAFIR




Nabi berkahwin dengan Aisyah dikata orang kafir sebagai PEDOFILIA. Itu sudah memang sikap orang kafir sentiasa ingin memburuk2kan Islam dan merosakkan pegangan orang Islam. Umur 9 tahun mungkin masih kategori kanak2 bagi zaman ini. Namun perkembangan kanak2 pada usia itu secara biologinya sudahpun bermula kitaran haid membuktikan Islam menepati ciri2 agama FITRAH yang didatangkan terus dari Tuhan yang menciptakan manusia.

Kehidupan Nabi Muhammad yang menjadi rujukan bagi seluruh umat Islam hikmahnya menjadikan perkahwinan Baginda dengan Siti Aisyah sebagai panduan bahawa itulah usia paling muda dibolehkan untuk dikahwini. Zaman mutakhir mengelaskan umur itu sebagai masih kanak2 adalah mengambil kira proses pendidikan kanak2 yang umumnya hanya akan tamat antara 6 hingga 8 tahun kemudian.

Jika perkahwinan Baginda ini disifatkan sebagai salah satu jenayah PEDOFILIA maka tuduhan itu natijah dari kejahilan dan sikap orang kafir yang tidak mahu memahami tetapi hanya berminat untuk menghina.

NAZRI AZIZ YANG LIBERAL KINI DIPANGGIL RASIS APABILA PEGUAM NEGARA TINDAS MELAYU





Nazri Aziz yang dulunya merupakan figura UMNO paling liberal kini diserang dituduh sebagai RASIS hanya kerana menyuarakan pendapat tentang kedudukan jawatan2 tertentu sepatutnya dijawat oleh anak Melayu Islam.

Bagi saya Nazri Aziz adalah orang yang paling layak untuk bercakap tentang hal ini kerana ia menandakan kekecewaan Nazri yang sebelum ini cuba memperlihatkan imej UMNO sebagai inclusive terhadap kaum2 lain.

Beliau sudah tentu kecewa apabila mendapati kaum lain apabila dilantik ke jawatan2 penting negara mereka menjadi PREJUDICE terhadap Melayu Islam dan melebihkan kaum sendiri.

Dalam kes ADIB adalah menjadi bukti yang jelas Peguam Negara bersikap berat sebelah hingga ke saat ini tidak berani membuat sebarang pendakwaan kerana yang terlibat adalah dari kaum India.

Sebagai individu yang pernah menjadi Menteri Perundangan sudah tentu Nazri Aziz sekali lagi orang yang paling layak untuk mempersoalkan kredibiliti Peguam Negara. Sudah tentu Peguam Negara akan menjadi tumpuan serangan orang Malayu Islam yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan mengendalikan kes Adib. Ia juga bakal menjadi rujukan buat selama2nya bahawa memiliki status WARGANEGARA dari kaum bukan Melayu dinegara ini tidak lagi boleh dipercayai untuk menjadi individu yang adil terhadap semua rakyat dinegara ini.

Tomy Thomas menjadi ukuran bahawa kaum2 lain selain Melayu Islam tidak layak untuk menjawat jawatan penting dalam negara jika mahukan Malaysia jadi sebuah negara yang ADIL.

Saturday, February 23, 2019

UNDI TIDAK PERCAYA SEBAGAI UGUTAN JIKA GAGAL PISAHKAN UMNO DAN PAS?






Tak mahu tulis panjang.. Inipun hanya spekulasi yang bertujuan untuk membina persepsi.  Sudah tentu pertemuan TGHA dan Mahathir tempohari memberi kelebihan kepada TGHA untuk kita percayai apakah sebenarnya yang sedang berlaku dalam PH sekarang.

Mahathir mungkin diugut oleh DAP dan PKR agar memaksa TGHA menjauhkan PAS dari UMNO. Sekiranya tidak mereka akan usulkan undi tidak percaya bagi menggulingkan Mahathir. Sebab itulah apabila TGHA nyatakan kesanggupan untuk menyokong Mahathir jika berlaku undi tidak percaya Mahathir jawab beliau mahu lihat apa yang dikatakan TGHA itu benar.

Pengumuman TGHA memberi peluang kepada Mahathir untuk menyekat hasrat usul undi tidak percaya itu dari diteruskan.. Persepakatan UMNO dan PAS ketika ini amat jitu hingga ia amat membimbangkan PH. Malah dari segi undi yang dimenangi PAS ketika PRU 14 jika dicampurkan dengan UMNO sudah pasti kedudukan dalam Perlimen amat berbeza.

Dalam keadaan rakyat telahpun memahami apakah untuk mereka mengundi PH tempohari sudah pasti PH hanya perlu bersiap2 untuk meninggalkan Putrajaya menjelang tamatnya penggal dan menerima hukuman tindak balas dari kerajaan perpaduan melayu Islam.