Friday, December 14, 2018

BERBUAH DI DAHAN YANG RAPUH




Najib seorang yang idealis dan mempunyai kemampuan luarbiasa untuk membawa Malaysia terus maju kehadapan JIKA beliau mempunyai kuasa MONARKI. Namun hakikatnya beliau hanyalah lantikan suara rakyat yang berstatus majoriti mudah. Kedudukan beliau sangat RAPUH.

Pun begitu beliau terus jua melaksanakan agenda idealisnya tanpa mempedulikan risiko kerapuhan kedudukan beliau sendiri. Lebih malang apabila beliau tumbang ia membawa Melayu dan Islam tenggelam bersama.

Kini beliau menyedari diri beliau dan perjuangan idealis beliau tidak lagi penting berbanding survival Melayu dan Islam. Hampir semua usaha beliau selama menjadi Perdana Menteri dimusnahkan dan tidak lagi bermakna apa2 apabila beliau hilang kuasa.

Sunday, December 9, 2018

KISAH HIDUP BERMAJIKAN MAHATHIR DAN ANWAR



Saya fahamlah kalau bekerja dengan majikan cina ni.. Apa dia hendak memang tak boleh nak bantah walaupun terpaksa memangsakan kawan kita sendiri. Begitulah yang dihadapi Mahathir sekarang.. Apa saja Lim Kit Siang mahukan dia akan turuti. Habis semua peruntukan kepada Melayu Islam dibatalkan.. Dari subsidi baja pesawah, bantuan untuk nelayan sampailah ke pembinaan masjid baru semua disekat. Sekolah swasta cina pula menerima bantuan. Jika dibantah atau gagal laksanakan arahan maka Mahathir perlu berhati2 kerana pasti akan ada pihak lain yang sanggup lakukan hal itu dan bersedia untuk menggantikan beliau.

Kesudahan perhimpunan 812 yang menghimpunkan hampir 2 juta orang Melayu seluruh negara di Kuala Lumpur sudah semestinya membuatkan Lim Kit Siang jadi takut. Kesempatan ini digunakan Mahathir untuk memujuk Lim Kit Siang agar lebih berperi kemanusiaan kepada orang Melayu demi menjaga keselamatan beliau sendiri. Dalam masa yang sama Anwar pula membayangkan kesediaan untuk membawa semula usaha rektifikasi ICERD jika beliau berkuasa dengan harapan dapat mempercepatkan peralihan kuasa.

Begitulah orang Melayu memang sentiasa selesa dengan suasana hidup saling menjatuhkan antara satu sama lain asalkan bukan mereka yang SEBANGSA dan SEAGAMA menjadi MAJIKAN.

#ICERD

#812

#BUBARPARLIMEN

#HIDUPMELAYU

#KERAJAANBUMIPUTRA











Saturday, October 27, 2018

ABAIKAN STRATEGI TUTUP KEGAGALAN KERAJAAN PH



Salam DS Najib.

Saya berpendapat apa yang sedang berlaku sekarang adalah modal yang berulang kali digunakan sungguhpun kebenaran telah lama berpihak kepada Tuan. Ini kerana mereka terdesak untuk menutup kelemahan kerajaan PH yang kini dihukum atas strategi politik yang memperdaya rakyat Malaysia dengan janji2 palsu.

Mereka sepatutnya telah menerima tentangan sengit oleh rakyat Malaysia yang bangkit menuntut kerajaan bertanggungjawab atas penipuan besar besaran ini. Bermula dengan tekanan Persatuan pemandu teksi atas isu e hailing dan seterusnya kesatuan pekerja menuntut gaji minimum.

Kita menyaksikan kebangkitan ini berlaku bukan bersifat politik dan bakal mengheret lebih ramai golongan rakyat yang tertipu seperti peneroka felda dengan kejatuhan harga sawit dan mungkin rakyat terbanyak yang kini terpaksa menanggung kos sara hidup lebih tinggi dengan pengenalan SST. Kerajaan PH tiada pilihan lain selain dari menggunakan semula senjata lama ini untuk kembali menekan tuan yang sepatutnya sedang aman menjalani persaraan.

Ini dilakukan kerana ...pertama tuan masih aktif mendedahkan kelemahan kerajaan  dengan cara yang amat berkesan.. yang kedua mereka perlu mengalihkan tumpuan rakyat terhadap kegagalan kerajaan PH dan seterusnya menghentikan gelombang kebangkitan rakyat keatas kerajaan PH. Jika kebangkitan ini terus merebak dan gagal disekat sudah pasti kerajaan akan terus didesak untuk membubarkan parlimen dan memberi laluan kepada pilihanraya semula.

Saya berharap tuan terus fokus kepada isu2 kelemahan kerajaan PH dan terus memberi penerangan kepada rakyat agar mereka tahu dan sedar apa sebenarnya yang sedang berlaku. ABAIKAN serangan isu2 lapok seperti yang berlaku sekarang ini dan jangan biarkan diri tuan menjadi pemangkin untuk isu ini kembali hangat dan berjaya menenggelamkan kelemahan kerajaan PH seperti yang menjadi perancangan mereka.

Selamat maju jaya kepada tuan dan rakan2 .. Ikhlas dari saya.

ZULHAIRIFETANI

Saturday, October 20, 2018

PASKAL THE MOVIE bukan cikai punya barang.




Pada asal rasa memang dah menyesal tengok wayang filem melayu setelah publisiti kutipan jutaan ringgit diawal tayanganpun tak sehebat yang disangkakan. Orang macam saya ni bukan harga tiket jadi halangan tetapi yang lebih besar ialah masa. Beberapa babak layu dalam filem hantu kak limah sebelum ni pun buat saya menyesal datang ke panggung. TETAPI alangkah puas hatinya setelah berjaya mencuri masa menonton filem PASKAL semalam saya rasakan filem ni dah boleh bungkus filem2 lain yang viral juta2 baru2 ni paling tidak sebagai keadilan buat filem yang benar2 hebat seperti ini.

Kita boleh bezalah mana filem yang sekadar karya individu dan mana filem yang dihasilkan berdasarkan kajian yang amat teliti dan membawa mesej yang sangat ikhlas bukan semata mata bermatlamatkan keuntungan. Lebih2 lagi filem yang digarap berdasarkan kisah benar yang sememangnya ada peminat tersendiri. Kita boleh kaitkan dengan tajuk2 akhbar yang pernah menggemparkan tanahair sebelum ini.

Sebagai peminat sukan Airsoft atau military simulation, saya pun amat cukup berpuas hati dengan persembahan taktikal yang cukup realistik, mudah difahami dan amat mendebarkan. Terus terang cakap.. Kalah beb filem2 aksi ketenteraan holywood yang sesetengahnya dah sampai tahap basi dengan penceritaan yang dapat diagak. Versi MALAYSIA ini ternyata berjaya disampaikan dan kita akhirnya mempunyai filem aksi peperangan yang amat membanggakan setelah Bukit Kepong.

Jangan salah sangka, filem ini juga boleh menyebabkan mata saya berkaca berkali2 kerana kehebatan penceritaan tuan director yang amat menyentuh hati dalam soal kekeluargaan yang menjadi moto filem ini. Ini adalah filem kedua saya buat review setelah kekecewaan saya terhadap filem Ola Bola salute saya kepada setiap mereka yang terlibat menghasilkan karya ikhlas berjaya membakar samangat cintakan negara dan mengangkat martabat pasukan keselamatan dimata rakyat Malaysia. TAHNIAH 100 KALI THUMBS UP. HIDUP PASKAL. HIDUP FILEM MELAYU.




Aksi penulis dalam sukan milsim Airsoft


Tuesday, October 2, 2018

MAHATHIR TIDAK DAPAT TIDUR MALAM




Masalah yang paling besar bagi Mahathir sekarang ialah orang ramai makin hilang percaya atas segala pertuduhan yang beliau lemparkan ke atas Najib. Keadaan ini semakin memburuk dengan peluang wartawan BBC menemubual beliau dalam program bual bicara Hard Talk.

Orang ramai sudah mula yakin bahawa Mahathir adalah seorang yang penipu. Dan beliau terus kekal meneruskan penipuan memalukan diri sendiri hingga dipentas antarabangsa dengan harapan keadaan akan menjadi sebaliknya. Dengan kedudukan beliau sekarang sebagai ketua kerajaan sudah pasti menyebabkan keadaan tidak akan menyebelahi beliau.

Mahathir terus gigih mengulangi pertuduhan memburuk-burukkan Najib dikala semakin ramai pihak sudah mula menyedari pembohongan ini. Menjadi seorang Perdana Menteri yang kerap berbohong melucutkan penghormatan ramai pihak terhadap beliau.

Monday, October 1, 2018

MELAYU tak perlu takut kepada ASIMILASI.






Acap kali kita menyaksikan seorang demi seorang artis atau selebriti bukan Islam bertindak memeluk agama Islam setelah melalui proses asimilasi yang berlaku apabila bercampur gaul dengan rakan artis dan selebriti beragama Islam.

Malah seperti satu tradisi mereka tidak dapat lari dari melayan harapan ribuan pengikut industri hiburan tanah air untuk melihat satu hari nanti mereka akan bertemu pasangan yang beragama Islam dan seterusnya memeluk agama Islam.

Sungguhpun golongan seni bukanlah pendakwah bertauliah, namun persahabatan dan hubungan akrab yang tidak bersempadan antara mereka menjadikan artis bukan Islam ini sedikit demi sedikit mendekati Islam bermula dengan mengambil tahu tentang amalan dan ajaran agama rakan2 mereka.

Dalam lakonan pula adakalanya mereka diberikan watak sebagai mualaf.. Pasangan kekasih dari set yang kemudiannya dibawa keluar set. Perkahwinan kemudiannya campur berlaku secara semulajadi.

Maka perkara yang sama akan berlaku jika asimilasi berlaku dalam masyarakat negara kita. Bahasa dan identiti Melayu tidak sepatutnya menjadi satu kebimbangan. Hasilnya kita mempunyai lebih banyak peluang berlakunya perkahwinan campur yang menambahkan bilangan penganut agama Islam.

Islam kemudiannya berkembang kepada adik beradik dan keluarga saudara baru. Disaat itu kita akan mulai sedar bahawa Islam itu telah menjadikan Cina Melayu India soal yang tidak penting berbanding nilai persaudaraan yang dibawa oleh agama itu.

Sesuai dengan anjuran Islam agar kita saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Dari situ kita akan mampu melihat betapa besarnya kesempurnaan dan kehebatan Allah yang menjadikan manusia dengan pelbagai suku kaum serta bahasa.

HENTI KULIAH UNTUK BERI LALUAN SOLAT JEMAAH



Harini nak solat Isyak terpaksa menjarah dari masjid ke masjid. Akhirnya masjid ke 3 baru ada jemaah bersolat. 2 masjid yang pertama masih berkuliah entah belum tahu bila masa nak mula solat berjemaah.

Kalau pun ada berjela muka kitab mahu disampaikan berhentilah sementara beri laluan kepada mereka yang mahu solat berjemaah. Bukan semua yang datang ke Masjid ada masa untuk tunggu kuliah selesai baru boleh solat berjemaah.

Harap kepada pihak pengurusan Masjid Jabatan Agama Negeri tolonglah keluarkan garis panduan tentang hal ini. Bukan saya seorang bersuara tapi ramai lagi. Tetapi dizaman orang boleh mengadu pelbagai hal di media sosial ada pihak seperti terlalu angkuh menolak mentah2 keluhan dan aduan ramai.

DOKTRIN BERSIH HALANG DARURAT



Pernah disuatu ketika saya terdengar kebimbangan segelintir ahli politik kononnya membayangkan sekiranya BN dan UMNO hampir hilang kuasa pentadbiran kerajaan maka akan ada perancangan kacau bilau untuk membolehkan negara diperintah dengan menggunakan undang2 darurat dan seterusnya menghalang pembangkang menguasai Putrajaya.

Pada ketika itu saya berharap ia benar2 akan berlaku sebagai langkah yang perlu diambil apabila kedudukan dan kuasa politik orang Melayu terancam dek demokrasi mutlak.

Namun sejak beberapa tahun yang lalu dengan siri demo BERSIH yang menuduh negara mengamalkan pilihanraya kotor menjadikan kerajaan dan pemimpin mulai mendakap erat dan menjadikan demokrasi bebas sepenuhnya sebagai prinsip peribadi serta penghormatan tidak berbelah bagi kepada mandat dan kuasa penentu rakyat.

Ternyata ia tidak sia sia apabila demokrasi tidak lagi berpihak kepada kuasa orang Melayu proses penyerahan kuasa terjadi dengan begitu aman sekali.

Maka lenyaplah sudah kisah telekkan yang menyedapkan hati. Tanggapan bahawa pemimpin atasan sentiasa ada jalan untuk mempertahankan kuasa orang Melayu ternyata  meleset meleset meleset sama sekali. Pemimpin atasan telah termakan strategi BERSIH yang memberi tekanan hingga memaksa pemimpin berbangga dengan proses peralihan kuasa yang menjadikan ia sebagai BUKTI himpunan BERSIH tidak tepat sama sekali.

BERSIH memainkan peranan menjadikan kuasa orang Melayu terlepas dengan lebih mudah tanpa sebarang halangan.

Kini nasi sudah jadi bubur. Jika dikenang ia hanya membengkakkan hati. Namun UMNO hanya boleh angkat muka untuk memulakan permainan baru jika mereka sanggup berjanji jika diberikan kuasa semula jangan sekali2 menyerahkan kuasa kepada pihak lawan dengan begitu mudah. Pemimpin perlu bijak menggunakan apa sahaja kuasa yang ada dalam tangannya untuk memastikan kuasa orang Melayu tidak akan terlepas lagi ketangan bangsa pendatang. Hak orang Melayu di bumi mereka sendiri bukan sesuatu yang boleh dipertaruhkan. Ia bukan sekadar modal politik yang biasa timbul dan  tenggelam mengikut cuaca.

ZAMAN YANG MEMALUKAN


Apa itu VICTIMISATION?

Ia satu perbuatan yang bersifat tidak bertamadun oleh mereka yang mempunyai kuasa MEMANGSAKAN orang tertentu berdasarkan masalah yang bersifat peribadi atau permusuhan mahupun persaingan.

KUASA adalah amanah. Bukan milik MUTLAK. Sungguhpun kuasa itu milik seorang raja yang berhak secara penuh namun dia masih mempunyai TUHAN yang perlu disediakan jawapan jika memperkosa amanah dan kuasa apatah lagi menggunakan kuasa untuk menzalimi dan memberi kesusahan kepada orang lain dengan cara penyalahgunakan kuasa.

DUNIA kini semakin prihatin dan membuang jauh amalan yang menzalimi orang lain. Hatta binatang dan tumbuh-tumbuhan pun mempunyai rantaian pembela dari kumpulan manusia yang sanggup berbuat apa saja demi membenteras segala jenis penginayaan dan kerosakkan.

Adakah kita boleh terus berdiam diri membiarkan segelintir individu bermaharajalela menggunakan kuasa semahunya tanpa bimbang sebarang tindak balas awam?

Negara ini kita punya. Lalu yang terus berdiam diri itu mungkin tidak mahu ambil peduli urusan negara yang dimiliki segelintir Maharaja jadian.a



Saturday, September 8, 2018

SEKALI PANTAI BERUBAH...






Orang dah berpuluh tahun makan maggi... Mereka sampai tak biasa sebut mee segera... Maggi tu lah mee segera..  Sekali sekala mereka terfikir nak tukar selera..  Nak cuba maggi mamee ... EH SEDAP PULAK.. Menyesal mereka kerana selama ini asyik percaya hanya maggilah mee segera paling sedap didunia. Sebelum ini mereka tak berani untuk buat perubahan.

Sentimen sebegini banyak mempengaruhi rakyat di negara kita terutama sekali mereka yang tinggal di bandar2. Kehidupan mereka semakin maju dan mampu untuk mencipta pelbagai perubahan yang mana kebiasaannya lebih baik dengan harga yang lebih murah.

Pengalaman yang positif ini memberi keyakinan bahawa perubahan itu walaupun perit, ia pasti membuahkan hasil. Mereka yang telah berkorban demi perubahan itu akan tetap mengharapkan hasilnya dan akan terus memberikan lebih masa serta kekal bersabar.

Tuesday, September 4, 2018

PEMIMPIN POLITIK TIDAK PROFESIONAL RUGIKAN NEGARA



Diperhujung pertarungan badminton biasa kita lihat yang menang berjabat tangan dengan yang kalah. Ada juga kita dengar mereka menjadi rakan karib sambil menyokong antara satu sama lain. Ini lah sikap professional yang amat kita kagumi. Cukup matang dan dihormati.

Namun ia tidak berlaku dikalangan parti dan pemimpin politik yang bertanding dalam pilihanraya. Mereka cukup tidak berdisplin dan sanggup menang dengan cara yang tidak bermaruah.

Mereka saling bermusuhan hingga kelihatan seperti keanak-anakkan. Yang kalah tidak mahu membimbing mereka yang bakal mengambil tugas dan yang menang mencari2 salah orang yang mereka telah gantikan.

Akhirnya rakyat dan negara rugi akibat sikap tidak profesional orang2 politik yang menguasai negara ini.

KALAH MENANG, TERUSKAN YANG BAIK UNTUK RAKYAT



Setelah melalui satu malam diselubungi mimpi ngeri yang menerjah alam realiti, saya kembali memujuk diri untuk terima hakikat semua yang berlaku atas kehendakNya.

Cuma saya harapkan projek2 pembangunan yang diilhamkan DS Najib dapat diteruskan dan manfaatnya tetap boleh dinikmati generasi masa hadapan.

Kelak nanti kerajaan sedia ada juga boleh berbangga mengambil kredit apabila rakyat dan negara bertambah makmur dan maju..

Saturday, September 1, 2018

KENAPA KAWAN DAN LAWAN MENJATUHKAN NAJIB?


Kalau sebut siapa dia anak orang politik yang dapat pelbagai manfaat projek dan kontrak kerajaan memang mudah.

Tetapi sukar bagi sesiapapun jika sebut tentang keluarga Najib Razak.

Itulah sebabnya kawan dan lawan bekerjasama mahu menjatuhkan beliau. Tetapi rakyat tidak sedar perancangan dan mainan politik mereka.

SST : JIKA KERAJAAN MISKIN MACAM MANA NAK BANTU RAKYAT




SST memiskinkan KERAJAAN dengan memotong separuh daripada pendapatan yang sepatutnya boleh diperolehi dari pengusaha dan perbelanjaan rakyat yang berada.

Kedudukan KEWANGAN negara yang lebih miskin ini jua menjadi alasan pelbagai projek rakyat dibatalkan dan bantuan sasar kepada rakyat kurang berkemampuan dihentikan.

Wednesday, August 22, 2018

TIBA2 RAMAI MELAYU YANG KAYA RAYA



UNTUK RENUNGAN BERSAMA.

Sejak zaman DSN lah dasar ransangan ekonomi memberi byk peluang kepada usahawan2 melayu tak kira iks.. Pertanian.. Perladangan... Ditambah pula kebijaksanaan beliau menyokong org2 felda.. Menaiktaraf kehidupan pekebun2 felda... Anak2 felda sampai diberi peluang masuk universiti Lim Kok wing dgn inisiatif beliau...

Ledakan globalisasi perniagaan secara online yg beliau beri kebebasan utk seluruh rakyat meniaga tanpa sempadan.. Bila taraf hidup dan gaji rakyat naik terutama org melayu.... Maka berbondong2 lah melayu kita lihat semakin senang.. Kaya raya... Malahan makin ramai bergelar jutawan... Market melayu semakin besar dan kukuh... Jual tudung je dah jd milionaire..

Apa bidang meniaga zaman DSN lah kita lihat melayu ada modal utk venture sama2 dgn kaum cina...org2 melayu semakin bijak menyokong industri dan peniaga2 melayu...

Dan inilah punca kaum yg satu itu semakin hairan.. Bila banglo mereka beli berjiran dgn ramai org2 melayu yg bkn terdiri daripada aristokrat tapi asal rakyat marhein sahaja... Kaum2 inilah yg makin sakit jiwa bila makin ramai melayu2 kita byk duit menyemak penuh kat airport kuar holiday g oversea...

Kaum inilah yg makin penuh dendam kesumat bila lihat anak2 muda melayu sudah pandai memandu kereta2 mewah dgn hanya berniaga coconut shake mahupun nasi lemak udang galah...

Dan semakin lama market bukan melayu makin slow hingga menyebabkan tokey2 cina spt Hai O.. Coway... Cuckoo.. Amway dan pelbagai pemilik produk2 lain terpaksa bergantung kepada salesman2 melayu demi menguasai pasaran belian dlm kalangan org2 melayu... Sampaikan pondan.. Transgender melayu pun mampu bergelar jutawan walaupun dgn bayar gst??!!!๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ..

Kauorg rasa x sakit jiwa ke kaum yg satu tu??!!!! ๐Ÿ™„๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚... Akhirnya mereka tiada pilihan kecuali membunuh bapa transformasi kekayaan org2 melayu... ๐Ÿ˜’๐Ÿ˜’.. Demi menjatuhkan pasaran org melayu dan menghentikan kemajuan serta kekayaan masyarakat melayu di Malaysia masa kini... ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”...

Yg sedihnya org2 melayu yg dibantu dan diberi peluang oleh DSN sendiri kufur nikmat.. Percaya hasutan dan bersama2 menjatuhkan beliau tanpa mereka sedari mereka sdg menggali kubur kemiskinan untuk bakal anak cucu mereka sendiri... ๐Ÿคจ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Coretan dari sahabat FB Ann Fardan.

Monday, August 20, 2018

DUNIA BENCI MAHATHIR




Untuk selamatkan hubungan Malaysia/China, TunM kena letak jawatan kerana China dah terasa hati apabila TunM menuduh mereka nak jajah Malaysia melalui ekonomi dan menuduh Syarikat China ada pakatan rasuah sedangkan syarikat2 tersebut adalah dalam jaminan Kerajaan China sendiri, menuduh syarikat mereka sama lah macam menuduh kerajaan China itu sendiri.

Lagi merumitkan keadaan ialah kerana kenyataan TunM nak batalkan semua projek dengan negara China semasa berkempen dulu, akhirnya ia memakan diri TunM sendiri.
Telah dijangka lawatan TunM ke China akan gagal dan ianya akan membuat pelabur semakin takut dengan kita.
Jepun pun hilang keyakinan dengan kita, apabila kita bercakap tentang hutang negara yang angkanya berubah2.
Dalam keadaan ekonmi kita didakwa teruk oleh Kerajaan PH, TunM bercakap pasal nak buat projek kereta nasional ke3, mana lah Jepun tak pening dengan kita.

Dengan Arab saudi pun kita bakal bermasaalah kerana TunM pernah kata hanya orang gila sahaja yg sanggup beri derma RM2.6B dulu sedangkan yang menderma itu adalah Raja Arab Saudi sendiri dan kita kena ingat Arab Saudi diperentah oleh rajanya secara mutlak.

Tulisan Tuan Bahazelan

PEMIMPIN PH DITEKAN DAN DIMALUKAN





Baru2 ini saya selaku wakil syarikat dijemput menyertai jamuan makan malam persatuan pengilang. Apa yang menjadi kejutan pada malam itu ialah cara Presiden Persatuan menyampaikan ucapan yang mana ditujukan khas kepada wakil kerajaan PH.

Beliau bukan sahaja meninggi suara malah beliau mengulang-ulang peringatan dan tuntutan mereka terhadap kerajaan PH seolah-olah beliau sedang bercakap dengan budak sekolah yang tidak faham bahasa.

Apabila melihat cara Perdana Menteri China ini menjawab keluhan Mahathir dengan persetujuan yang telah dibincangkan dalam sidang media ini saya teringat cara kurang hormat ucapan presiden persatuan pengilang itu. Sungguhpun situasinya isunya berbeza, apa yang saya ingin sampaikan ialah pemimpin yang mewakili kerajaan PH ditekan dengan cara yang tidak selayaknya dengan kedudukan mereka.

Mereka dimalukan di khalayak tetamu makan malam dan di sebuah sidang media terbuka hubungan diantara negara.

TELITINYA PAS, TUKANG KEMPEN PUN DITAPIS




Satu dimensi politik baru bagi UMNO apabila berkempen untuk calon PAS pada PRK Seri Setia. Beberapa personaliti dari UMNO dilarang untuk menyertai kempen kerana bimbang menyebabkan pengundi menjauhkan diri.

Begitulah cara berpolitik yang kita perlu pelajari dari PAS. Mereka sangat teliti dan mengambil kira segala aspek yang mempengaruhi pengundi dalam membuat pilihan. Kecenderungan pengundi majoriti, Latar belakang Allahyarham bekas ADUN malah orang2 yang mengelilingi calon ketika pilihanraya.

Sebelum ini UMNO yang memberi seluas2 ruang dan mengerahkan jentera seramai boleh untuk terlibat dalam kempen pilihanraya. Namun berbeza bagi pusingan kali ini apabila calon PAS yang bertanding, UMNO sebagai rakan gabungan terpaksa akur dan menghormati gerakkerja PAS.

UMNO selama ini beranggapan rakyat akan terima siapa saja calon yang mereka letakkan. Citarasa dan imej yang mempengaruhi pilihan rakyat setempat tidak langsung menjadi faktor. Apabila bergabung dengan PAS bukan imej calon saja yang diutamakan, tukang kempen pun amat diberi perhatian agar tidak mencemarkan imej calon.

Memang susah untuk buat orang suka kepada kita. Tetapi begitulah keadaannya apabila menjadi pembangkang. Menjadi pilihan rakyat adalah kemuncak segala pertaruhan.

Sunday, August 19, 2018

TAK LAMA DULU LAH..





Tak lama dulu lah... Najib dituduh #JualNegara kepada China. Sebilangan uneducated Malaysian menyahut tuduhan ini dengan rasa teruja kerana hal itu keluar dari mulut Ayahanda Mahathir. Bagi mereka apa sahaja yang keluar dari mulut Mahathir adalah betul. Tidak perlu dipertikai dan tak perlu bukti. Mereka yakin sebagai individu yang pernah 22 tahun memerintah negara semestinya Mahathir lebih arif dan tidak pernah silap.

Apabila ditegur tentang kesanggupan Mahathir bersekongkol dengan komunis DAP, mereka kaitkan pula hubungan akrab antara Barisan Nasional dan Parti Komunis China.

Sesungguhnya Allah itu Maha adil. Jika BN terus memerintah sudah tentu kita semua tidak akan dapat menyaksikan bagaimana Mahathir sanggup datang menyembah ke negara China. Beliau mengaku China bertindak balas atas tindakan Mahathir mengganggu projek2 syarikat milik China di Malaysia.

Jenuh saya dan rakan2 tak lama dulu.. bukan setahun lepas.. mungkin lebih sikit dari 100 hari yang genapnya 2 hari lepas mempertahankan dan memuji tindakan Najib menjalinkan hubungan ekonomi yang begitu hebat dengan China. DS Najib dalam respon beliau ketika serangan Mahathir itu hanya mampu berkata bahawa dakwaan tidak masuk akal.

Najib hilang kata2 bagaimana kejayaan beliau menarik perhatian pelabur2 syarikat gergasi dunia dari China memakmurkan negara dengan jumlah pelaburan bernilai puluhan billion ringgit beserta ribuan peluang pekerjaan dituduhnya sebagai menjual negara.

Kini Mahathir yang tidak pernah menyangka dapat kembali menjadi Perdana Menteri terpaksa berhadapan dengan realiti dan mengaku betapa pentingnya pelaburan negara tanah besar itu kepada Malaysia. Mahathir kini bertindak memujuk China kembali melabur kepada Melaysia menyambung jalan yang pernah dirintis DS Najib yang mencapai kejayaan paling besar dalam sejarah hubungan China - Malaysia.

Rakyat sebenarnya semakin hari semakin yakin dengan kemampuan Najib dan mula menilai siapakah sebenarnya Mahathir..







Friday, August 17, 2018

100 HARI: RAKYAT BARU SEDAR TENTANG PRESTASI BERBANDING OMONG KOSONG



YB KJ kata rakyat tak kisah PH tunai manifesto atau tidak. Ya itu hanya mewakili sebahagian jenis pengundi yang terlalu taksub dengan politik kepartian. Ramai lagi golongan rakyat yang memerhatikan secara dekat prestasi kerajaan PH dan memperbandingkan dengan kerajaan terdahulu terutama sekali mereka yang telah banyak menerima manfaat dari kerajaan dahulu.

Ada yang sudah keluar dari cara berfikir dikuasai persepsi. Hakikat kerajaan telahpun bertukar tangan membantu untuk menghilangkan banyak persepsi negatif samada ia direka oleh PH ataupun yang terbit dari imej BN sendiri. Rakyat kini lebih fokus tentang perkara yang mereka kurang memberi perhatian ketika membuang undi dulu, iaitu apa yang mereka boleh dapat dari kerajaan.

100 hari jelas menunjukkan Kerajaan PH hampir putus nafas memberikan pelbagai alasan bagi menutup kegagalan. Terbaru kenyataan Tun Mahathir bahawa negara lebih kaya jika rakyat bergaji rendah dan kecaman beliau terhadap rakyat Malaysia kononnya suka kepada wang percuma, menggambarkan betapa kuat tekanan rakyat tidak kira dari pembangkang mahupun penyokong mereka sendiri. Ini adalah pengenalan dan permulaan yang cukup tidak baik bagi PH yang buat julung kalinya diberikan peluang memerintah negara.

Tindakan PH tergopoh-gapah menghentikan kutipan cukai GST selama 3 bulan mengesahkan kepada rakyat cara urus tadbir Kerajaan PH yang amat tidak cermat dan meletakkan kewangan negara diambang defisit.

Oleh itu dalam politik KJ tidak boleh pukul rata dan menafikan impak beberapa isu kegagalan kerajaan PH dan mendakwa rakyat secara keseluruhannya tidak kisah jika PH abai janji tunai manifesto. Sebarang isu kegagalan kerajaan PH perlu diambil peluang dan mendapatkan seberapa ramai rakyat tahu dan tidak ketinggalan memerhatikan gelagat kerajaan pilihan mereka.

Tuesday, August 14, 2018

ALASAN HUTANG KERAJAAN PH TIDAK BERTAHAN LAMA




Apabila peruntukan sekolah swasta cina dibatalkan, ramai orang cina mempersoalkan kejujuran kerajaan menggunakan alasan hutang.

Kini semakin ramai pihak terjejas atas alasan yang sama termasuk 1.6 juta penjawat awam apabila kerajaan mengumumkan tiada kenaikan gaji buat masa ini.

Akan lebih ramai pihak akan lebih berani untuk mempertikaikan alasan kerajaan itu ditambah pula dengan pelbagai tindakan kerajaan yang tidak seiring dengan alasan kewangan itu termasuklah penetapan GST kosong selama 3 bulan, perbelanjaan menyelenggaraan kapal Equanimity, upah menurunkan logo 1 Malaysia di UTC seluruh negara dan banyak lagi yang dilihat perbelanjaan yang dilihat sebagai tidak perlu, tidak penting dan boleh dielakkan.

Saya berpendapat kerajaan tidak lagi dapat mempertahankan alasan HUTANG ini dan adalah lebih baik kerajaan berterus terang kepada rakyat yang kini merasa dimangsakan untuk menafikan apa yang mereka anggap sebagai hak yang mereka patut terima dan mampu dilaksanakan kerajaan BN tetapi dinafikan oleh Kerajaan PH.

Adakah benar kerajaan PH sebenarnya menipu rakyat tentang keadaan hutang negara kerana rakyat bukan menjadi keutamaan dan peruntukan kerajaan digunakan untuk kepentingan lain termasuk tujuan politik?

Sunday, August 12, 2018

MEROMPAK? MENCURI? ADAKAH KITA PASTI?



MEROMPAK? MENCURI? APAKAH KITA PASTI?

Mudahnya perkataan seperti itu keluar dari kata-kata kita. Mana datang dan asalnya? Adakah kita melihat  perbuatan itu berlaku? Siapakah yang mengesahkannya? Jika tiada bukti kita menuduh berdasarkan apa? Cukupkah sekadar ramai orang memperkatakan tentang perkara yang sama?

Apakah hubungan kita dengan orang yang kita tuduh? Apa sebab kita begitu yakin dengan tuduhan yang kita buat? Adakah kita terlibat dengan siasatan atau diri kita sendiri menjadi saksi kejadian? Atau kita sekadar mendengar cerita orang? Boleh jadi betul dan boleh jadi tidak.

Jika tidak betul apa akibatnya? Atas kepercayaan agama mana yang kata kita boleh terlepas jika suka2 menuduh orang tanpa bukti?  Mengapa tidak biarkan saja mereka mereka yang berani menuduh menanggungnya. Apa perlunya kita terlibat sama atas perkara yang kita tidak pasti?

Apa perasaan kita jika orang mengatakan perkara yang tidak betul tentang diri kita?Mahukah diri kita dituduh dilaung atas perkara yang sama? Apa sudahnya jika penafian dan penjelasan kita tak seorang pun mahu ambil peduli? Marah atau Pasrah? Apakah kesudahannya? Apakah yang mampu kita lakukan?

Dimanakah kewarasan kita? Dimanakah pertimbangan kita? Apakah makna ini semua? Adakah segala perlakuan kita ini tidak akan dikira dalam kitab amalan? Sudah lepaskah kita dari perhitungan antara syurga dan neraka? Atau bolehkah kita hanya melihat kawan2 serta sanak saudara kita sahaja yang akan dibungkus dan ditimbus dalam tanah tetapi tidak kepada diri kita? Adakah hanya apabila tubuh badan kita kesejukan menanti sakaratulmaut baru kita berharap agar kita tidak pernah menuduh sesiapapun dengan perkara yang tidak baik agar ulat dan perut bumi menjaga tubuh kita dengan baik?

HUJAH TERBAIK DS NAJIB!



Saya terkejut membaca kenyataan Lim Guan Eng yang cuba memberi bukti kononnya dia juga mempertahankan golongan yang miskin. Terkejut saya berselang ketawa sebenarnya.

Guan Eng memberi dua bukti bagi menyokong dakwaannya itu.

Pertama, Guan Eng mendakwa kerajaan PH telah mengambil langkah tambahan bagi membayar RM400 sebagai bayaran Bantuan Sara Hidup kepada golongan B40 bulan ini.

Pembayaran BSH itu sebenarnya BR1M yang kerajaan saya luluskan dalam Bajet 2018. Ia hanya ditukar nama namun hakikatnya ia adalah cetusan inisiatif kerajaan BN.

Malahan, jika BN menang bayaran ini sepatutnya RM800 dan bukan RM400 sahaja untuk ansuran ini.

Alasan kedua yang Guan Eng bagi ialah harga petrol tetap RM2.20 satu liter walaupun harga minyak dunia sudah naik ke tahap US$70 (RM290) satu tong.

Katanya, ini bukti bahawa kerajaan PH sangat baik kerana masih menetapkan harga petrol pada tahap RM2.20.

Pada September 2013, bila harga petrol RON95 dinaikkan 20sen dari RM1.90 kepada harga RM2.10 oleh kerajaan saya, harga minyak dunia ketika itu setinggi US$120 (RM400 masa itu) satu tong.

Ketika itu, Guan Eng pernah menjerit harga petrol RM2.10 terlalu tinggi dan menuduh kerajaan saya zalim biarpun harga minyak dunia pada masa itu jauh lebih tinggi dari sekarang.

Namun ada yang tidak ingat bahawa harga RON95 juga ada turun sehingga RM1.60-RM1.70 pada tahun 2015 dan 2016. Apabila harga minyak dunia rendah, kita kembalikan kepada rakyat.

Tetapi saya pelik mengapa harga petrol pada tahap RM2.10 pada ketika harga minyak dunia ialah RM400 satu tong dianggap tindakan kejam tetapi harga petrol RM2.20 hari ini pada ketika harga minyak RM290 satu tong tidak zalim pula?

Guan Eng perlu buktikan bahawa dia benar-benar mahu membantu golongan B40 dan bukan hanya mahu menolong golongan kaya, peniaga dan ekonomi gelap untuk mengelakkan cukai atau membantu pengaliran dana haram ke luar negara.

Dia patut turunkan harga petrol seperti mereka janjikan, tol dihapuskan, turunkan harga elektrik dan gas dan bukan dinaikkan sebagaimana berlaku bulan lepas, naikkan gaji penjawat awam dan bayaran BR1M seperti kerajaan BN dahulu.

Dia juga patut menjamin harga barang tidak akan naik bila SST diperkenalkan bulan depan pada ketika harga barang tidak turun selepas GST telah dimansuhkan, menjamin bahawa bantuan dan bayaran bonus kepada peneroka, petani dan nelayan tidak akan dibatalkan dan lain-lain janji-janji manifesto mereka.

Saya sedia mengaku saya tersalah sangka jika Guan Eng boleh membuat demikian.

Guan Eng juga berkata bahawa Malaysia masih tidak mengalami masalah kewangan walaupun GST telah dimansuhkan.

Ya. GST baru dimansuhkan dan harga minyak dunia masih tinggi tetapi jawapan saya ialah seperti alasan yang diberikan oleh pemimpin-peminimpin PH apabila ditanya mengapa janji-janji manifesto100 hari belum ditunaikan lagi:

"Takkan hari ini kahwin, esok sudah beranak?"

HANYA NAJIB MAMPU MENUMBANGKAN PH



Antara sebab Mahathir diterima untuk menyertai PH ialah kerana BN menyerang beliau selama setengah jam saban hari di berita TV. Serangan tersebut menandakan Mahathir amat digeruni BN. Itulah hujah pakar strategik PH Rafizi Ramli apabila ditanya mengapa PH terima Mahathir.

Tetapi serangan PH terhadap Najib tidak menyembabkan beberapa pemimpin UMNO melihat Najib sebagai kekuatan kepada parti malah liabiliti. Pemimpin itulah sebenarnya tidak lagi releven dengan dunia politik mutakhir dan perlu berundur.

Najib Perdana Menteri yang terlalu bersih dan terlalu hebat. Jika kenyataan ini tidak ditimbuskan dengan pelbagai fitnah sudah tentu pembangkang tiada peluang langsung untuk menang.

Sama seperti PKR dengan Anwarnya, PPBM dengan Mahathirnya, PAS dengan Tok Gurunya, DAP dengan Dynasty Limnya, UMNO perlu mengangkat Najib sebagai pemimpin terulungnya dan hanya membawa bersama mereka yang sanggup berdiri teguh dibelakang Najib.

Hal ini terpakai selagi mana Najib menjadi tumpuan serangan PH sungguhpun beliau bukan lagi presiden parti. Kebenaran yang ada pada Najib merupakan bom jangka yang boleh meruntuhkan sokongan rakyat terhadap PH.

Sudah tentu kedudukan PH akan lebih bahaya sekiranya BN sebulat suara mengangkat semula Najib sebagai PRESIDEN PARTI dan calon PERDANA MENTERI.

Thursday, August 9, 2018

KALAH PRK SG KANDIS: UMNO MASIH BERTARUNG DENGAN BAYANG2




Satu persoalan yang masih ramai gagal rungkai ialah... Kenapa rakyat mudah percaya fitnah terhadap UMNO dan DS Najib?

61 tahun lamanya telah tertanam dalam minda rakyat bahawa kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO penuh dengan cerita pembongkaran penyelewengan dan rasuah. Organisasi yang saling bantu membantu mensuburkan rasuah hingga menjadi budaya. Hanya dengan pertukaran kerajaan saja persepsi ini dapat dihilangkan.

Pakatan pembangkang yang menggunakan perkataan HARAPAN membawa mesej jelas hasrat rakyat melalui pemimpin2 yang baru mempunyai potensi besar menghapuskan amalan rasuah dan kronisme yang hampir mustahil dapat dibenteras oleh kerajaan BN UMNO.

Atas alasan inilah rakyat masih memberikan peluang dan terus meletakkan harapan agar kerajaan baru dapat benar2 menjadikan Malaysia lebih bersih dari muka2 lama yang senonim dengan gaya hidup mewah hanya kerana mereka bergelar ahli politik.

Gagal melihat hasrat rakyat ini menyebabkan ramai penyokong BN seolah2 bertarung dengan  bayang2. Tidak mampu mencari punca sebenar ramai rakyat beralih arah mencari harapan dengan kerajaan yang baru.

Tuesday, August 7, 2018

KENAPA KERAJAAN PH SEPERTI MENSABOTAJ EKONOMI NEGARA SENDIRI



Saya lihat kerajaan PH seperti masih berperanan sama seperti ketika mereka menjadi pembangkang iaitu mensabotaj ekonomi negara.

Tidakkah mereka sedar apa yang mereka lakukan ini hanya memburukkan rekod pencapaian mereka sendiri setelah rakyat sanggup memberi kepercayaan.

Setelah 61 tahun baru diberi peluang sepatutnya inilah masanya PH membuktikan mereka merupakan kerajaan yang jauh lebih baik dari BN.. Bukan terus melakukan kerja2 sabotaj terhadap ekonomi negara sendiri seperti ketika berada dalam kem pembangkang.

Saturday, August 4, 2018

KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN SEPATUTNYA RUNTUH



Maaf.. Saya amat tidak berpuas hati dengan keputusan PRK ni. Kepercayaan rakyat terhadap PH sepatutnya sudah runtuh. BN mempunyai banyak kelebihan dan perlu meletakkan strategi yang lebih berani kerana parti itu bukan lagi parti kerajaan. Kemenangan yang berpihak kepada PH membuktikan mereka masih mampu bertahan setelah rakyat tahu apa yang mereka lakukan apabila membentuk kerajaan.

BN dan UMNO mempunyai jentera yang serba kompleks namun masih gagal mencari apakah sebenarnya kemahuan pengundi. Tidakkah mereka melakukan sebarang kajian dan bertindak atas hasil kajian itu. Bagai mana isu2 besar masih tidak dapat dipergunakan sebaiknya untuk menghasilkan impak paling maksimum dalam peti undi?

Apakah strategi yang dijalankan masih lagi ketinggalan berbanding parti lawan atau kerja2 yang dilakukan hanya sekadar cantikkan report kepada pimpinan tanpa sebarang kemahuan untuk menghasilkan keputusan yang benar2 memberi makna atas segala susah payah yang dilakukan?

Sekiranya keadaan ini berterusan tanpa sebarang langkah drastik maka saya lihat PH dapat terus bertahan dan berjaya memujuk pengundi mereka untuk terus mengekalkan kerajaan sedia ada buat masa yang cukup lama.

Tuesday, July 31, 2018

PEMIMPIN JUJUR DIBUANG. PENGKHIANAT DAN PENZALIM MENJADI GANTI




Apa nak jadi dengan orang Malaysia ni?

Pemimpin yang jujur dan banyak membantu rakyat di jatuhkan. Diganti pula dengan pemimpin yang hanya mengulangi sejarah hitam negara dengan sikap kuku besi dan kleptokarsi disiangharinya.

Ditambah parahnya pemimpin tua ini membawa bersama kuasa politik orang cina menyokong dibelakangnya. Membelenggu setiap kata-kata  dan gerak gerinya. Meminggirkan kaum bumiputra yang membentuk majoriti rakyat negara ini.

Diangkat pula jadi Menteri dan ketua syarikat kaitan kerajaan mereka yang tidak berpengalaman dan merosakkan prestasi baik yang dibina kerajaan terdahulu.

Semua ini kita saksikan bersama meniti hari2 gelap runtuhnya kegemilangan yang kita banggakan selama ini.

Thursday, July 12, 2018

HUKUMAN KEPADA MEREKA YANG ISLAM HANYA PADA NAMA




Jawatan strategik yang berkuasa untuk tentukan orang lain buat tu betul atau salah telah pun diberikan kepada orang bukan Islam. Jadi apa yang kita boleh buat sekarang ialah usahakanlah agar mereka memeluk agama Islam ataupun setidak2nya faham dan tidak memusuhi Islam.

Islam itu agama yang dinamik dan paling cepat luas berkembang di dunia. Tetapi tidak bagi Malaysia.. Islam amat tidak disukai malah dibenci oleh penganut lain.

Sungguhpun Malaysia mempunyai majoriti rakyat beragama Islam, kita masih lagi berdepan dengan masalah memberi kefahaman kepada minoriti bukan Islam.

Pada pendapat saya mereka yang bukan Islam di Malaysia ini masih rendah kefahaman mereka terhadap Islam hingga mereka rasa tidak selamat apabila negara ditadbir oleh orang Islam.

Yang menjadi masalah sebenarnya orang Islam itu sendiri. Mereka tidak faham tentang Islam. Tindak tanduk kelakuan mereka tidak membezakan antara mereka dan penganut2 agama lain. Malah Islam dikalangan orang Melayu termasuk mereka yang bergelar asatizah pun sifatnya terlalu negatif hingga saling berbalah dan menggambarkan Islam sebagai agama yang bermasalah.

Pengabaian orang Melayu terhadap agama mereka sendiri menyebabkan tumbangnya pemerintah yang selama ini gigih menjaga kepentingan agama Islam. Mereka tidak menjadikan Al Quran sebagai sumber rujukan dalam mendepani sebarang permasalahan ummah. Akhirnya mereka mengikut hawa nafsu sendiri dan itulah natijah dari perbuatan mereka yang selama ini Islam hanya pada nama.

Friday, July 6, 2018

KERAJAAN MILIK RAKYAT. BUKAN MILIK PERIBADI MANA2 INDIVIDU




Bolehkah guna mandat kerajaan untuk tujuan balas dendam?

Kerajaan ni bukan hak peribadi mana2 individu.  Kerajaan adalah milik rakyat dan berfungsi untuk menjaga kepentingan rakyat.

Jika kuasa diberi digunakan oleh individu tertentu untuk memenuhi dendam peribadi maka ia satu perbuatan yang menyalahgunakan kuasa.

Jangan gunakan kuasa yang ada pada Polis dan SPRM untuk tujuan peribadi. Polis dan SPRM adalah badan berkecuali yang tidak sepatutnya dilacurkan untuk memenuhi dendam peribadi sesiapa pun.

Pasukan ini diwujudkan untuk menjaga keamanan negara. Hak setiap rakyat untuk hidup aman jauh dari ketakutan dan gangguan perlu dipertahankan. Bukan manjadi senjata mana2 ahli politik untuk menakut2kan sesiapa demi menyelamatkan kedudukan sendiri.

Ketua Polis dan Ketua Pengarah SPRM juga sepatutnya tidak menjalankan tugas untuk memenuhi hasrat mana2 ahli politik atau sebagai menjamin jawatan yang mereka duduki sendiri.

Kerjasama antara IGP dan KP SPRM dengan ahli politik adalah perbuatan yang tidak menghormati mandat yang rakyat berikan. Perbuatan memberi tekanan dan memangsakan warganegara lain bukanlah urusan rasmi kerajaan dan ia mencemarkan imej dan integriti kerajaan dimata dunia.

Thursday, July 5, 2018

KERAJAAN PH MILIK ORANG KAFIR. MELAYU DAH JADI HAPRAK DINEGARA SENDIRI.





Rafizi tak tahu ke Kerajaan PH ni memang milik orang KAFIR. Sekarang dah kene maki dengan orang KAFIR baru Rafizi nak terkedu?

Kerajaan PH adalah kerajaan yang mempunyai majoriti orang kafir. Serta merta suara orang Islam macam Rafizi yang mahu menegur kerajaan PH akan dibalas dengan maki hamun orang Kafir. Tak kiralah berapa besarnya peranan Rafizi untuk tumbangkan UMNO. Yang penting orang Kafir lah akhirnya yang mendapat manfaat.

Rafizi selama ini bekerja untuk berikan kuasa kerajaan kepada orang KAFIR.

Pengundi Pakatan Harapan mengundi untuk berikan kuasa kerajaan kepada orang KAFIR.

Macai yang bermati-matian siang dan malam bergelumang dengan cerita fitnah, mendabik dada kononnya mereka sudah menang pun rupanya hanya bersusah payah untuk memberikan kuasa kerajaan kepada orang KAFIR.

Jika panglima perang yang hebat sanggup terima apa saja risiko demi Pakatan Harapan pun dilayan sebegitu rupa orang2 KAFIR PH, layanan yang macam mana pencacai bawahan PH boleh harapkan jika tidak setuju dengan kerajaan. Melayu PH tiada nilai apa2.. Tak mampu buka mulut untuk suarakan pendapat kepada kerajaan pilihan sendiri. Ini kerana mereka Melayu dan mereka beragama Islam.

Allah dah larang kita orang Islam dari bersekongkol dengan kuasa politik orang KAFIR. Tetapi korang DEGIL. Korang tak pedulikan hukum agama sendiri. Korang dah bertuhan nafsu dendam terhadap saudara seagama. Akhirnya seluruh orang Melayu termasuk sikitol seperti kau kini seperti melukut ditepi gantang. Ramai tetapi lemah seperti buih dipantai. Tadah dan pasrah dengan apa saja keputusan kerajaan orang KAFIR ni.

Allah tetapkan larangan sebab nak orang Islam kuat. Allah benci dengan orang Islam yang lemah. Agama bakal tergadai. maruah Islam akan tercemar. Orang Islam akan jadi orang suruhan dan mangsa buli orang KAFIR dinegara mereka sendiri. Malang sungguh nasib orang Melayu Islam di Malaysia ini..


TEKANAN KEWANGAN TERHADAP PARTI LAWAN MENCABUL HAK ASASI RAKYAT DAN MEMPERKOSA DEMOKRASI






Satu daripada strategi PAP Singapore benamkan musuh politik mereka ialah dengan memberi tekanan dari segi KEWANGAN. Musuh politik mereka sungguhpun tidak dipenjara tetapi mereka akan jadi bankrap dengan saman dari kerajaan. Di Malaysia saya percaya cara yang sama di ilhamkan oleh DAP dengan membekukan semua akaun yang ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri dan parti yang beliau wakili.

Ini jelas adalah satu tindakan yang mencabul hak asasi rakyat negara ini. Parti yang membentuk kerajaan sekarang telah menyalahgunakan kuasa dengan mencipta alasan dan melanggar SOP penguatkuasaan untuk menekan parti lawan.

Kerajaan PH ternyata tidak profesional dan sanggup mencemar imej mereka yang kononnya mempertahankan prinsip KEADILAN UNTUK SEMUA. Adakah kerajaan hari ini sedar kerana demokrasi yang suburlah mereka dapat merasa menjadi Kerajaan selama ini? Adakah kini mereka ingin BUNUH demokrasi kerana bimbang kedudukan mereka tergugat?

MEMPERTAHANKAN DEMOKRASI BERMAKNA MEMPERTAHANKAN HAK MEMILIH RAKYAT. Kerajaan PH perlu berhenti dari sewenang2nya mempergunakan kelebihan kuasa yang rakyat telah amanahkan kepada mereka dari terus diperkosa dengan agenda politik sempit dan kotor mereka.

Kerajaan PH sepatutnya menumpukan kepada prestasi mereka bagi memberi keyakinan kepada rakyat bahawa mereka tidak tersalah pilih pada pilihanraya yang lalu. Menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak rakyat bersuara adalah satu pengkhianatan dan penyelewengan terhadap amanah yang rakyat telah berikan.




MACAI ASYIK LAWAN SALAH ORANG. TU YANG MASALAH TAK PERNAH SELESAI




MACAI ASYIK LAWAN SALAH ORANG. TU YANG MASALAH TAK PERNAH SELESAI

Selama ni macai ulang kerajaan BN zalim sebab siksa rakyat dengan cukai GST. Kononnya cukai GST nilah yang naikkan harga barang. Sekarang ni GST dah takde apasal harga barang tetap naik? Menteri korang kata yang naikkan harga barang adalah peniaga. So selama ni korang dah salah lawan orang ke? Nak tunggu menteri korang cakap baru nak percaya. Selama ni kau sindir dan ejek menteri BN. Kau tuduh tanpa sebab yang munasabah.

Sama la dengan banyak tuduhan lain sesuka hati je korang main percaya cakap Penghasut PH dan Pandikutty sampai sanggup kau gelarkan PERDANA MENTERI TERBAIK rakyat Malaysia pernah ada dengan gelaran PEROMPAK PENCURI PENYAMUN.

Kau sedar tak apa yang korang buat tu sebenarnya?

Atas propaganda yang memperbodohkan korang macam isu GST ni la korang bagi undi kepada PH. Bila sudah jadi kerajaan harga barang mahal macam mana pun korang telan rilek je. Jadi yang korang dok bising harga barang mahal ni bila nak selesai? Makin teruk lagi adalah!

Cuba korang bagi tahu aku duit korang cukup ke tak bulan2 ni ingat diorang kisah ke? Kerajaan sekarang memang selama ni ditaja taukey... Kalau tak kerana derma taukey ingat boleh ke diorang ada pejabat sendiri di setiap pelusuk negara. GST dihapuskan negara rugi lebih 21 Billion selama 3 bulan. Tapi diorang buat jugak sebab dah terhutang budi dengan sumbangan Taukey.

Korang selama ni dah kene game dengan taukey dan diorang ni terus terselamat dari persalahkan even lepas korang dah jadi bangsat kat tanahair sendiri.

Kalau dah jadi macai mana boleh pikir bro... Lawan salah orang brader.. Macam tembak kaki sendiri..

Kalau tak rasa bodo dan hina aku tak tahu la.. Tauke jugak tahan gelak duit bank akaun berkepok menipu korang ... Korang dan pemimpin yang sebangsa dan seagama dengan korang kene tekan siang malam.

Memang patut la Rafizi pun pelik la dengan macai macam korang.. Seumur hidupla korang terus lawan salah orang .. Kerja sia2 langsung takde untung dan menyusahkan diri dan merugikan anak cucu sendiri..Macai oh macai...

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/445573/harga-barangan-asas-mahal-walaupun-selepas-gst-sifar