Thursday, July 5, 2018
TEKANAN KEWANGAN TERHADAP PARTI LAWAN MENCABUL HAK ASASI RAKYAT DAN MEMPERKOSA DEMOKRASI
Satu daripada strategi PAP Singapore benamkan musuh politik mereka ialah dengan memberi tekanan dari segi KEWANGAN. Musuh politik mereka sungguhpun tidak dipenjara tetapi mereka akan jadi bankrap dengan saman dari kerajaan. Di Malaysia saya percaya cara yang sama di ilhamkan oleh DAP dengan membekukan semua akaun yang ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri dan parti yang beliau wakili.
Ini jelas adalah satu tindakan yang mencabul hak asasi rakyat negara ini. Parti yang membentuk kerajaan sekarang telah menyalahgunakan kuasa dengan mencipta alasan dan melanggar SOP penguatkuasaan untuk menekan parti lawan.
Kerajaan PH ternyata tidak profesional dan sanggup mencemar imej mereka yang kononnya mempertahankan prinsip KEADILAN UNTUK SEMUA. Adakah kerajaan hari ini sedar kerana demokrasi yang suburlah mereka dapat merasa menjadi Kerajaan selama ini? Adakah kini mereka ingin BUNUH demokrasi kerana bimbang kedudukan mereka tergugat?
MEMPERTAHANKAN DEMOKRASI BERMAKNA MEMPERTAHANKAN HAK MEMILIH RAKYAT. Kerajaan PH perlu berhenti dari sewenang2nya mempergunakan kelebihan kuasa yang rakyat telah amanahkan kepada mereka dari terus diperkosa dengan agenda politik sempit dan kotor mereka.
Kerajaan PH sepatutnya menumpukan kepada prestasi mereka bagi memberi keyakinan kepada rakyat bahawa mereka tidak tersalah pilih pada pilihanraya yang lalu. Menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak rakyat bersuara adalah satu pengkhianatan dan penyelewengan terhadap amanah yang rakyat telah berikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment