Tuesday, July 3, 2018

KORANG SIBUK BERGADUH HABIS RAKYAT NI MACAM MANA?




Baik ketika zaman BN mahupun PH keadaannya sama saja. Pelbagai isu digunakan untuk menjatuhkan pihak lawan. Isu menjadi senjata untuk dikumandangkan setiap hari tanpa mengharapkan kesudahan.

Rakyat diheret dalam kancah permusuhan dan perebutan kuasa orang lain hingga mereka terlupa untuk bertanya apakah ini semua memberi manfaat dan membantu memperbaiki kehidupan diri mereka sendiri dan keluarga?

Apakah politik itu sama nilainya seperti menang dan kalahnya pasukan bolasepak pilihan? Perasaan sedih dan gembira atau mainan ejekkan kepada mereka yang kalah tanpa ada apa2 kesan dalam kehidupan kita sehari hari?

Cukup2lah rakyat dipermainkan seperti lembu dan kambing ternakan. Kita semua dianugerahkan dengan kelebihan akal menilai untung rugi hasil dari perbuatan sendiri dan orang sekeliling.

Menggunakan kebijaksanaan untuk mengelak dari membuat keputusan yang boleh memudhoratkan diri sendiri. Mengambil langkah berjaga2 agar tidak menjadi mangsa mereka yang sentiasa berniat buruk dan mahu kelebihan yang ada pada diri kita dilucut dan keturunan kita dimalukan.

Sudah tiba masanya rakyat bangkit memikirkan nasib mereka sendiri. Jangan mudah terbawa2 dengan isu yang bertujuan untuk melekakan diri kita dari menuntut hak dan janji2. Mereka pihak yang berjanji gunung dan laut memang licik memberikan alasan untuk melepaskan diri. Kuasa sudah ditangan rakyat diabaikan. Kemahuan mereka menggenggam rakus melepaskan dendam menjadi keutamaan.

Apa jadi dengan rakyat dan negara? Di manakah tahap dan prestasi mereka? Adakah memuaskan atau sekadar dilapikkan pelbagai alasan? Sejauh mana ketelusan? Apakah jaminan negara ditadbir dengan jujur? Adakah tuntutan dan teguran rakyat dilayan selayaknya? Atau tekanan dan ugutan melalui kuasa yang diberikan pula menjadi balasan?

Jika rakyat tidak biarkan minda mereka dikawal sesiapa sudah pasti skandal dan isu bukan menjadi kepentingan mereka. Mereka hanya perlu lihat hasil dan manfaat kebaikan yang diterima. Abaikan serangan cerita yang berteraburan.

Selagi rakyat mengabaikan nasib mereka sendiri maka jangan haraplah ada kerajaan yang akan ambil peduli menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup mereka. Mereka akan terus ditindas dan diperbodohkan dengan cerita2 yang sedikit pun tidak melegakan perut anak yang kelaparan.

No comments:

Post a Comment