Sunday, December 10, 2017

ARTIS TAHU AKIBATNYA JIKA MEREKA TERSILAP KOMEN





Isunya artis komen tanpa maklumat yang tepat hingga memberi impak yang tidak baik kepada pihak yang berkaitan. Isu dialihkan kononnya ada usaha untuk merendahkan nilai suara golongan itu sekali gus menafikan hak mereka dalam sistem demokrasi..

Kenapa boleh jauh sangat menyimpangnya?

Nak komen boleh tetapi fikirlah nama baik diri sendiri jika komen anda mendatangkan masalah dan menimbulkan rasa tidak puas hati orang lain.

Komen dengan bertanggungjawab bukan sesedap rasa. Lebih2 lagi anda seorang yang dikenali, bebannya lebih berat jika tersilap. Sama juga keadaannya dengan seorang Perdana Menteri, perlu komen dengan berhati2. Tersilap fakta dan tak kena cara sudah tentu ramai yang akan tersinggung.

Takkan artis tiba2 saja bingung bagaimana nak uruskan public relation? Golongan ini cukup terlatih dan tahu bagaimana nak berdepan dengan wartawan agar tidak tersilap komen yang mana akhirnya kerjaya mereka menjadi taruhan.Bezanya kali ni kesilapan dan kejahilan mereka memangsakan pihak lain. Maka mereka perlu bersedialah dengan serangan balas itu. Bukan menjerit minta kasihan atas hak kononnya mereka boleh komen sesuka hati.

Saturday, December 9, 2017

POLITIK MALAYSIA: RAKYAT TIADA HAK MEMILIH




POLITIK memang proses yang penuh hiruk pikuk. Tidak sunyi dengan drama berbalas serangan. Sama saja keadaannya dengan politik pejabat. Sesama rakan sekerja saling mencari peluang memburukan dan menafikan sumbangan dalam mendaki tangga pangkat. Di hadapan boss berusahalah kita membersihkan nama, memperingatkan sumbangan dan prestasi jika terlupa, agar bos memberi penilaian yang tepat dan adil.

Dalam politik sebuah negara rakyat yang jumlahnya berjuta menggantikan peranan seorang bos di pejabat. Usaha yang sama perlu dilakukan parti politik yang bertanding agar rakyat memberikan penilaian yang adil. Penjelasan dan propaganda perlu sampai ke setiap rakyat. Namun uniknya Malaysia sejak hari pertama pembentukannya tidak pernah tegas dalam soal integrasi dan perpaduan antara kaum.

Kewujudan parti mewakili kepentingan sesuatu kaum menjadikan demokrasi tidak berfungsi untuk memilih yang terbaik. Pengundi menjadikan faktor survival kaum sebagai asas pemilihan kepimpinan.

Wednesday, November 22, 2017

MAJLIS ANUGERAH NADI PRESTASI SEKOLAH



Saya tak ada masalah dengan majlis anugerah murid cemerlang sekolah.. Yang sepatutnya diperhatikan adalah sikap ibu bapa terhadap prestasi pelajaran anak2..

Majlis sebegini menjadi pembakar semangat. Menarik perhatian ramai murid lain kembali fokus atas matlamat mereka datang ke sekolah. Banyak masa mereka lalai bermain, tidak menumpukan kepada pelajaran.. Malah ada yang berkelakuan buruk hingga mengganggu murid lain untuk fokus kepada pelajaran.

Jika tiada majlis anugerah sebegini, cara yang bagaimana lagi pihak sekolah dapat menyedarkan murid agar lebih serius dan memasang cita2 untuk berjaya dalam pelajaran?

Tuesday, November 21, 2017

TERPULANGLAH ANAK KU..



Saya amat beruntung jadi anak seorang penjual kueh dan pekerja kilang tepung. Kerana mereka tidak pernah mengharapkan kami adik beradik menyinar dalam pelajaran. Berapapun kedudukan kami dalam kelas dan apakah mata pelajaran yang kami lulus, hatta jam berapa kami perlu berhenti tonton TV, tak pernah menjadi masalah dan bebanan sesiapapun.

Terpulanglah.. terpulanglah... Kami adik beradik menyaksikan segala susah payah mak dan bapak mencari rezki untuk menyara kehidupan keluarga. Menanggung segala keperluan persekolahan kami. Terpulanglah kepada diri sendiri untuk membuat pilihan. Masa depan kami tiada siapa yang tentukan. Semua atas pilihan dan kesedaran yang ada pada diri sendiri. Jika ditakdir kami mewarisi kehidupan yang sama dengan mereka ... Tiada siapa yang akan kesal dan kecewa.

Tetapi kenapa hal ini tidak berlaku kepada anak2 kami? Bercucuran air mata anak yang masih belum puas bermain dengan kawan2 dimomokkan dengan masa depan yang kelam apabila markah rendah. Anak dituduh memusnahkan harapan ibu dan ayah padahal tidak pernah surutpun kasih sayang mereka kepada kita.

Terpulanglah nak... Usahalah ikut kemampuan mu. Ayah tetap akan sokong dan bantu. Allah dah jamin rezki kamu. Tidak ada sebab kami berhenti berharap atas kebahagiaanmu..

Monday, November 13, 2017

SENGAJA MEMPERTONTONKAN KEKAYAAN



Sengaja mempertontonkan kekayaan, itulah menjadi strategi keluarga Tun Mahathir untuk menyampaikan mesej kepada lawan bahawa mereka tidak pernah bersedih. 

Malah mereka telah memiliki segala apa yang diimpikan. Kehidupan anak cucu keluarga bekas Perdana Menteri itu diulit kemewahan se'gah' keluarga diRaja Brunei. Seawal pemecatan Mukhriz lagi beliau sekeluarga memuat naik gambar-gambar percutian eksklusif di Dubai. Show-case yang berterusan hinggalah ke hari ini langsung tidak mengambil kira atau mempedulikan kedudukan politik dan imej Tun Mahathir yang saban hari terpaksa bergelut dengan pendedahan demi pendedahan amalan penyalahgunaan kuasa memperkayakan diri sendiri sepanjang 22 tahun berkuasa. 

Seiring dengan trend anak muda masakini, cucu2 Tun Mahathir diusia yang masih remaja tidak dapat menahan diri untuk turut sama berkongsi kegembiraan dengan kehidupan amat luarbiasa mereka. Dikala wujudnya berpuluh akaun instagram ikon anak muda berjaya meninggalkan ramai follower dalam keadaan mulut terlopong menyaksikan kehidupan mewah mereka, apalah daya cucu-cucu Tun M yang masih muda ini untuk mempertahankan privasi yang selama ini tidak pernah diketahui oleh orang kebanyakan. Setiap hari ada saja pose ala selebriti, update dengan asesori berjenama mewah, dan yang terbaru kapal layar yang mempunyai nama sendiri berlabuh di kelab elit kepunyaan makcik sendiri.  




Saturday, November 11, 2017

PERBALAHAN ULAMAK TIDAK SEPATUTNYA MENYEKAT LALUAN HIDAYAH



Perbincangan tentang keaslian hadis ini bukan baru dikalangan para sarjana dan ulamak dari dahulu sampai sekarang. Fokus mereka saya lihat lebih bertumpu kepada hukum terutamanya bab perlaksanaan hukuman rejam yang menjadi kontroversi besar kerana satu2nya hukum melibatkan kehilangan nyawa tetapi tiada dibincangkan dalam Al Quran.

Kita sebagai individu yang bukan ahli dalam menentukan keaslian hadis berkaitan rejam ini cukup sekadar mengambil iktibar betapa besarnya dosa seorang pelaku zina yang mana ia secara jelas banyak dibincangkan dalam Al Quran. Tak perlu tambahkan kekusutan yang menyebabkan kita hilang fokus terhadap banyak lagi tuntutan agama lain yang masih belum mampu kita laksanakan.

Pertelingkahan yang tidak terkawal boleh menyumbang kepada perpecahan yang jelas ditegah oleh agama. Ada yang tidak sedar sanggup mengkafirkan muslim yang lain hanya kerana berlakunya perbezaan pendapat.

Saya berharap ahli agama terus menyokong usaha agar masyarakat celik Al Quran dan tidak menjadikan isu sensitif sebegini sebagai satu penghalang. Al Quran bukan semata mata berkisarkan tentang hukum. Malah hukum hanya mengambil jumlah ayat terlalu kecil berbanding banyak lagi nasihat, panduan dan kisah2 yang boleh dijadikan iktibar kepada kita sepanjang menjalani kehidupan.

Friday, November 10, 2017

ADAKAH ULAMAK BIMBANG APABILA RAMAI CELIK AL QURAN?




Sejak arwah nenda saya meninggal dunia, saya berpeluang untuk mendalami terjemahan Al Quran kerana hanya buku itu sahajalah yang tidak di tuntut oleh sesiapa ahli keluarga saya. Peniggalan yang lain seperti jam tangan dan motor kuasa besar terlebih dahulu dituntut oleh orang lain termasuk anak saudara arwah yang agak jauh pertaliannya. Saya ketika itu berumur 14 tahun memang amat manja dengan arwah. Oleh kerana itu saya amat sayangkan buku terjemahan itu lebih-lebih lagi pada muka surat pertamanya ada tulisan arwah tertera nama beliau dan tarikh buku itu dibeli. Saya bawa buku itu ke mana saja saya pergi. Tidak seperti remaja lain, seusia yang amat muda saya banyak habiskan masa membelek buku ini. Apabila tinggal di asrama saya membaca buku ini dari waktu selesai waktu makan petang lebih kurang jam 6.00 hinggalah azan maghrib berkumandang. Tiang paling dekat dengan mimbar tempat saya simpan buku itu menjadi lokasi tetap saya setiap hari dari berseorangan hinggalah penuh musolla. Itupun saya masih berseorangan sebagai pelajar tingkatan 5, yang lain junior saja. Tidak pernah jemu ulang membaca hingga saya rasakan gaya bahasa terjemahan telah mempengaruhi cara saya menulis dalam karangan bahasa melayu. Amalan itu Alhamdulillah saya teruskan hingga kini walaupun tidak lagi menggunakan buku peninggalan arwah kerana keadaannya telah terlalu uzur.

Membaca terjemahan menjadi kemestian sehingga tidak lengkap hari tanpanya. Tiada siapa yang suruh dan tiada siapa yang memaksa, saya rasakan amat penting bagi saya untuk mengetahui apa yang terkandung di dalamnya. Ketika bergelar pelajar, bermacam jenis buku kita terpaksa ulang dari kulit ke kulit. Ada sebahagian dari buku2 itu baru hari ni kita tahu tidak membantu apa2 dan tiada kaitanpun dalam kehidupan kita. Tetapi kita baca juga kerana peperiksaan. Jadi apalah salahnya saya mendalami Al Quran memahami apa yang mahu disampaikan oleh Allah kepada kita. Kedudukan Al Quran sebagai kitab suci yang dijamin keasliannya menjadi langkah mudah untuk saya pelajari agama berbanding buku2 kompilasi hadis dan karangan pendapat pelbagai ulama yang mengambil terlalu banyak masa hingga hampir mustahil untuk kita baca kesemuanya. Terjemahan Al Quran amat mudah untuk difahami. Kisah2 nabi dan individu2 yang dimuliakan yang menjadi bualan serta perdebatan di zaman Rasulullah dijelaskan didalamnya. Misteri penciptaan diri kita dan alam semesta malah kehidupan selepas hari kebangkitan yang menjadi tandatanya bagi setiap kita yang hidup didedahkan. Dan yang lebih penting ada banyak panduan bagaimana hubungan kita dengan ibu bapa, isteri, keluarga, masyarakat dan mereka yang bukan islam.

Apa yang saya hairankan, jika AlQuran ini asas dan panduan paling utama dalam agama Islam, mengapakah sepanjang laluan kehidupan saya dari seorang kanak2 hingga dewasa AlQuran seperti sesuatu perkara yang asing seolah-olah ada usaha untuk menghalang masyarakat mempelajarinya secara sistematik. Apa yang terdapat dalam kitab2 rujukan dan buku2 pelajaran agama Islam disekolah tidak dapat menandingi kesempurnaan dan kemuliaan ilmu serta maklumat yang ada dalam Al Quran. Apa yang biasa kita jumpa dalam bilik darjah ialah beberapa potong ayat hafazan dan cara2 menyebut perkataan dalam AlQuran yang menepati dengan cara kedudukan lidah dan bibir orang arab. Tidak cukup itu, keadaan yang sama berlaku apabila saya menjejakkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa. Enam tahun lamanya saya tidak dilepaskan dari menghadiri kelas tilawah, namun tiada satu pun kelas khusus untuk mengkaji Al Quran. Ketika bergiat dalam PKPIM-ABIM pula pemimpin dan guru2 agama jemputan untuk sesi usrahnya tidak membincangkan tentang Al Quran, Mereka lebih berminat membelek buku tulisan cendiakawan dan karangan nasihat ulamak2 seperti Maududi, Qardhawi dan puluhan lagi nama2 lain yang menjadi zikir harian mereka. Akhirnya saya terpaksa meninggalkan pergerakan siswa itu apabila saya dapat tahu individu yang terlalu asing dengan terjemahan AlQuran hingga ayat2 yang dibacakan reaksinya seperti baru pertama kali mendengarnya dilantik menjadi ketua saya.

Di dalam pergerakan Tabligh pula banyak point2 dalam bayan mereka diambil dari AlQuran, sebab itu bayan atau ceramah mereka amat menyentuh hati mereka yang dahagakan pentunjuk yang ada pada Al Quran. Namun sepanjang saya keluar bersama mereka sejak tingkatan 4 hingga alam pekerjaan belum lagi terlihat jemaah yang membaca terjemahan Al Quran.

Masa beredar pantas, kini Terjemahan Al Quran ada dalam bentuk digital. Kita bawa aplikasinya ke mana2 sungguhpun ia jadi ikon paling kurang disentuh jari kita. Amalan membaca terjemahan ini amat membantu saya dalam melihat banyak isu2 berkaitan agama. Malah Al Quran jadikan diri kita dapat melihat penyelesaian sesuatu isu dari kaca mata Islam. Sungguhpun saya bukanlah seorang hafiz Al Quran, namun saya dapat membezakan mana yang ada atau tiada disebut dalam Al Quran dan perkara2 yang bertentangan dengan Al Quran.

Saya tidak pernah rasa ada keperluan untuk menghafal kerana Al Quran digital mampu membantu untuk kita dapatkan ayat2 yang mahu dirujuk dengan sekejap masa. Penulisan saya sebelum inipun ada beberapa kali cuba mengajak ramai kawan2 untuk mendalami Al Quran dan jangan berpuashati sekadar tahu membunyikan sebutannya saja. Namun saya mendapat beberapa reaksi negatif kononnya membaca terjemahan Al Quran amat merbahaya, jangan baca sendiri, perlu rujuk dengan guru yang mursyid, kononnya bimbang berlaku tersalah tafsiran hingga boleh menyesatkan. Al Quran yang Allah kata ia adalah kitab panduan boleh pula ada yang dakwa membacanya boleh menyesatkan. Bukankah hidayah dan pentunjuk itu milik Allah? Adakah larangan sebegini boleh dikategorikan sebagai menghalang manusia menuju ke jalan Allah? Besar dosanya, berat kecaman oleh Nya kepada golongan ini. Saya sendiri sebagai individu yang membaca secara berulang sejak umur 14 tahun hingga kini sudah hampir menjangkau umur 40 an tidak pernah terlintas langsung dalam fikiran untuk menwujudkan kumpulan ajaran sesat. Malah saya bersyukur dikala ramai orang lain tidak didedahkan dengan amalan membaca Terjemahan Al Quran sejak kecil, saya telah biasa dengan buku itu hingga membantu saya mengenal pasti mana ajaran yang betul dan mana yang tidak. Di dalam Al Quran terdapat larangan keras terhadap perbuatan mengada-adakan sesuatu yang tidak pernah diajarkan oleh Allah dan Rasul seperti yang disebut dalam ayat 94 (Ali Imran), 50 (An nisa), 140(Al An'am), 28 & 33 (Al A'raf), 17 & 59 & 60 (Yunus), 116 (An Nahl), 15 (AL Kahf). Jadi mana mungkin saya yang membaca Al Quran secara berulang-ulang tidak menjumpai larangan ini. Malah yang membuat keputusan yang itu Halal dan itu Haram atas dasar kebimbangan sendiri saya lihat lebih patut bimbang dengan ancaman Allah melalui ayat2 tadi. 

Kebimbangan yang melampau ini sebenarnya telah banyak dijadikan asas bagi para Ulamak dalam membentuk peraturan2 agama. Di Arab Saudi contohnya kerana mahu menjauhi zina, orang perempuan tidak dibenarkan memandu kereta sendirian. Di Malaysia pula anak tidak sah taraf tidak dibenar berbinkan ayah kandung kerana terlalu bimbangkan nasab yang salah sungguhpun ada angkat sumpah mahupun pembuktian nasab melalui ujian DNA. Dari kumpulan Ulamak yang sama boleh pula menggunakan teknologi DNA untuk mengesan pencemaran daging babi dalam coklat Cadbury. Lebih malang isu2 kecil seperti dobi muslim dan pertelingkahan dikalangan ilmuan agama menjadikan Islam seperti agama yang kacau bilau tiada panduan yang mampu memuktamatkan. Padahal orang Islam dituntut untuk kembali kepada Al Quran untuk dicari kata putus.

Tingkahlaku saling mempertikai dan melekeh antara satu sama lain dikalangan ulamak dan ilmuan ini semakin tidak dapat ditutup. Masyarakat semakin hilang hormat dan tidak lagi mahu menerima bulat2 keputusan yang dibuat oleh mereka. Kedudukan mereka semakin terancam apabila isu berkaitan agama dibawa ke mahkamah sivil dan menafikan kuasa yang ada pada mereka. Segala-galanya bermula apabila golongan Ulamak mutakhir mula membuat pelbagai peraturan mengharamkan itu dan ini melalui ijtihad atau pendapat dan pemahaman mereka sendiri. 

Tidak lama dulu pengharaman aplikasi permainan PokemonGO pernah menjadi sensasi. Asas fatwanya ia boleh mendatangkan kemudaratan bahaya kemalangan. Walau bagaimanapun baik dan buruk yang menjadi pertimbangan dan kemalangan diakibatkan permainan itu adalah suatu yang bersifat kebimbangan dan kebarangkalian. Bukannya tentu buruk dan bahaya. Bergantung kepada tahap kesedaran masing2 dalam menggunakan aplikasi tersebut. Namun, istilah HARAM yang digunakan menjadikan masyarakat keliru mana larangan yang diputuskan melalui Wahyu dan yang mana pula sekadar pendapat manusia biasa. Tidak seperti di Arab yang mana perkataan HARAM digunakan secara meluas, sebagai contoh, polis menggunakan perkataan itu untuk menghalang orang ramai memasuki kawasan larangan, di Malaysia HARAM ini dianggap sama seperti haramnya daging babi dan arak seperti diturunkan oleh Wahyu. Mereka menganggap memuat turun aplikasi permainan itu saja adalah berdosa dan akan disiksa di dalam neraka. Perkataan HARAM menjadi permainan hingga ada kawan2 anak saya mendakwa Hello Kitty pula HARAM. Serba serbi HARAM. Macam2 perkara orang Islam tak boleh langsung buat malah perlu jauhkan kerana berdosa. Lebih malang ada yang menjadikan fatwa2 sebegini sebab untuk mengkafirkan atau menjatuhkan maruah orang Islam lain kononnya tidak Islamik kerana bermain pemainan POKEMON GO. 

Polemik agama ini tidak pernah berhenti, ditambah buruk apabila ia melibatkan pertentangan 2 parti politik yang mewakili Muslim dan Non Muslim di negara ini. Kedua-dua mempunyai pengaruh yang seimbang kerana Malaysia merupakan negara majmuk. Beberapa kali badan pentadbiran agama dan Ulamak menjadi perhatian kerana mengeluarkan pendapat2 yang mengelirukan. Terbaru Sultan pula terpaksa masuk campur agar pemuka agama tidak terus bermaharajalela merosakkan agama. Huru-hara satu negara dengan isu penyucian yang mana fatwa2 yang tidak berpandukan kepada Al Quran, malah ia semata-mata atas kebimbangan yang melampau golongan Ulamak ini membuktikan Allah tidak pernah merestui perbuatan mengada-adakan sesuatu yang tidak pernah di ajar oleh Allah dan RasulNya. Mengada-adakan kebohongan terhadap agama yang akhirnya Islam terpaksa menanggung beban dan kerosakkan yang dilakukan oleh ulamak2 ini. Fitnah bahawa Islam itu agama sempit, agama rigid, Islam yang sifatnya universal kini sudah jadi terlalu eksklusif dan menyusahkan penganut2 agama lain yang hidup bersama-sama dengan mereka. Dari perbuatan siapakah punca fitnah ini hadir? 

Berhempas pulas komuniti Islam dunia menyampaikan kepada semua bahawa Islam agama keamanan, Islam agama keharmonian, Islam agama dunia untuk membersihkan fitnah Islam agama keganasan. Kini di Malaysia pula tak habis-habis fitnah baru memburukkan imej Islam sebagai agama sempit dan menyusahkan. Kedua-duanya masalah ini datang kerana kita telah mengabaikan perintah2 Allah dalam Al Quran. Ditambah pula dengan masyarakat yang tidak celik AlQuran dibiarkan mereka hingga umur senja gigih merangkak-rangkak berlatih agar lidah sambal belacan mereka dapat membunyikan sama seperi lidah pengembala unta. Mereka ini tidak pernah faham tentang apakah sebenarnya agama yang mereka anuti melainkan apa yang telah diberitahu oleh ustaz2 dalam ceramah di masjid dan TV. Baik dalam sistem pelajaran di sekolah dan universiti hinggalah kelas2 agama mingguan yang diadakan di masjid2 langsung tidak mendedahkan orang Islam di negara ini untuk mempelajari apakah yang terkandung dalam isi Al Quran. Adakah keadaan ini berlaku kerana ada usaha pihak2 tertentu agar masyarakat terus gelap dari disinari cahaya Al Quran? Apakah pihak2 ini bimbang segala keputusan mereka menghalal dan mengharamkan itu dan ini dipertikai masyarakat. Sampai bila proses kejahilan ini terus menjalankan peranannya menutup kelemahan institusi agama agar masyarakat dapat dipermainkan dengan ajaran- ajaran rekaan mereka. 

Saya tidak langsung berniat buruk terhadap sesiapa atas penulisan ini. Namun saya tahu individu yang membawa pemikiran Tajdid atau penyucian dan pembaharuan agama ini dari mereka yang bergelar mufti hinggalah saya yang sekadar pembaca Terjemahan Al Quran akan dilabel dan dituduh dengan stigma yang menjijikkan dari mereka yang sekian lama melanggar perintah Allah dalam Al Quran.

Lebah (An-Naĥl):116 - Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.







Tuesday, October 24, 2017



#PPIM pernah mendakwa tepung cap sauh menggunakan peluntur yang membahayakan kesihatan. Siap edarkan artikel dan bersiaran beberapa kali di radio semata2 nak menyedarkan masyarakat akan bahayanya tepung yang menggunakan peluntur.

Namun kebenaran dan maklumat tidak semestinya berpihak kepada mereka. Namun mereka terus mendapat liputan dan mungkin ini cara mereka untuk kekal relevan dimata masyarakat.

Premis salah satu kilang kami pernah didatangi penguatkuasa .... dalam masa yang sama ada pula pihak berlabelkan bumiputra Islam yang mengambil kesempatan menjadikan tepung tanpa peluntur sebagai kelebihan produk mereka padahal belum disahihkan lagi bahan peluntur itu bahaya kepada kesihatan.

Tiada permohonan maaf setelah kenyataan KKM ini dikeluarkan mengesahkan bahan peluntur dalam tepung tidak merbahaya.

Saya nasihatkan PPIM janganlah gunakan jenama Islam jika hanya buat orang bukan Islam pandang serong kepada agama kita atas perbuatan jelek seperti ini.




Monday, October 23, 2017

PPIM PERLU DIDIK UMAT ISLAM. BUKAN JADI PENGUATKUASA




Apakah aktiviti ceti haram, judi, pelacuran ini menggugatkan orang Islam?

Sepatutnya Persatuan Pengguna Islam Malaysia #PPIM tumpukan kepada program2 kesedaran dikalangan masyarakat Islam untuk menjauhkan diri dari menjadi pelanggan kepada aktiviti2 haram ini dan bukan bertindak seperti penguatkuasa.

Selagi aktiviti2 ini berlegar dikalangan non Muslim apa sebab kita perlu sibuk dengan kebajikan dan hal ehwal masyarakat mereka?

Mana tahu hasil kegiatan mereka ini memberi kelebihan kepada kerajaan memperuntukkan subsidi sekolah cina dan majlis2 keraian melibatkan mereka. Kan dah tak pasal2 orang PPIM yang tunjuk hero kene tahan reman kerana bertindak diluar batasan.

Sunday, October 22, 2017

ABAIKAN MAKNA ALQURAN GOLONGAN TIDAK BERIMAN




Orang yang hanya berpuas hati sekadar membaca AlQuran dan mengabaikan usaha untuk memahami AlQuran ialah orang yang tidak sempurna imannya kerana dia meninggalkan rukun iman ke 3..

Jika hanya membunyikan bacaan tanpa peduli maknanya lalu bagaimana seseorang itu mampu untuk beriman kepada apa yang terkandung dalam AlQuran?

BACA SAJA DAH CUKUP?



Memanglah baca hatta satu huruf dalam AlQuran pun dapat pahala.. TETAPI ia bukan bermakna Allah minta kita berpuas hati sekadar tahap dapat membaca saja..

Allah suruh kita bayangkan betapa besarnya PAHALA orang yang dapat faham, beriman dan amalkan apa yang terkandung dalam isi AlQuran..

Takkan nak baca sampai mati tanpa sebarang perkembangan?

Thursday, October 12, 2017

LEBIH SELESA HIDUP TERPISAH



Senarai isu sensitif dinegara kita ini semakin hari semakin meningkat. Ini adalah kerana sejak dari bangku sekolah rakyat negara ini melalui kehidupan yang terpisah.

Mereka kurang mempunyai peluang untuk berkongsi cara kehidupan dan amalan agama masing2. Akhirnya ia menjadi percikkan api kejutan setiapkali berlaku pertembungan.

Sekiranya sejak dari awal usia mereka saling mengambil tahu antara satu sama lain maka dengan sendirinya mereka mampu membentuk persefahaman dan meletakkan batas2. Masing2 sentiasa berusaha untuk menyediakan persekitaran kehidupan yang selesa bagi semua. Tidak timbul keadaan mereka saling mempertikai amalan agama mahupun cara kehidupan yang berbeza.

Teknologi yang mengubah cara manusia bersosial pun tidak membantu intergrasi. Ia menjadikan menusia hidup terpisah dalam kumpulan yang berkongsi minat sama. Kebiasaan mereka sejak dari kecil bergaul dalam kelompok sendiri mencipta keadaan selesa yang mana mereka sentiasa akan cari  dan wujudkannya. Kerana mereka lebih selesa dengan kehidupan yang terpisah..

Tuesday, October 10, 2017

TIADA LAGI PERJUANGAN SUKARELA



Ramai sebenarnya kawan2 yang menyokong PM secara sukarela atas tanggungjawab dan keperihatinan terhadap survival bangsa.

NAMUN kerja sukarela anda kini boleh dikategorikan sebagai CREDIT yang tidak dituntut. Ia tidak akan dibiar begitu saja. Tetap akan ada pihak yang akan menuntut CREDIT tersebut bagi pihak anda.

Sejak beberapa penganjuran program yang kononnya untuk memberi penghargaan kepada penyokong kerajaan dari seluruh pelusuk negara, MAKA dengan secara tidak langsung TIADA LAGI istilah berjuang secara SUKARELA.

Semua aktiviti menyokong pentadbiran YAB Perdana Menteri dalam media sosial adalah aktiviti berbayar diagihkan dalam bentuk wang tunai mahupun handphone.

Sekiranya anda masih lagi rasakan setiap kerja anda buat untuk menyokong PM itu adalah kerja SUKARELA ikhlas demi bangsa sungguhpun anda dan keluarga anda hidup serba kekurangan maka makin hebatlah perebutan2 CREDIT ini berlaku dikalangan orang2 seperti contoh dibawah ini.

Friday, September 29, 2017

WASPADA ADALAH PILIHAN SENDIRI, BUKAN TUNTUTAN AGAMA





Dalam kisah Dr Syahr ni saya berpendapat pujian patut diberikan kepada rakan2 sepengajian disana kerana sanggup melayan kerenahnya dalam memenuhi perasaan was was terhadap bahan larangan dalam agama.

Saya juga rasakan sikap itu tiada bezanya jika kita melakukan perkara yang sama terhadap kawan2 beragama Hindu yang tidak memakan daging lembu dan ada juga vegetarian. Sikap menghormati agama lain ini adalah perkara universal.

Namun kita harus berhati2 jangan sampai orang bukan Islam menganggap agama kita cukup rumit untuk di amalkan dan memberi mesej tidak baik malah boleh juga menyusahkan mereka atas perkara2 yang bersifat waspada dan bimbang ini..

Waspada dan Bimbang adalah pilihan kita sendiri.. Bukan tuntutan agama.

YANG JAHIL TUDUH DISKRIMINASI



Saya ada seorang kawan sekerja berketurunan Singh amat mengambil berat isu Halal malah peka dengan larangan dan suruhan agama serta ibadah orang Islam.

Satu hari ketika mesyuarat, sedang beliau lantang berhujah tentang syarat halal keluaran syarikat dan minta semua patuhi, saya menemplak dengan berkata.. "Mr Singh, sebab itu saya memang nak awak jadi pengurusi Halal Syarikat.  Dengan janggut dan serban awak tu dah cukup moleklah.". Berderai semua orang ketawa melihatkan gelagatnya angkat tangan sambil menggelengkan kepala..

Moralnya.. Kalau rakyat Malaysia saling faham memahami tidak akan timbul soal diskriminasi dobi muslim only ni. Tuduhan diskriminasi terbit dari kejahilan anggota masyarakat yang menolak semangat perpaduan.

Wednesday, September 27, 2017

DISKRIMINASI DOBI VS MAJIKAN CINA



Setakat ini apabila pekerja melayu didiskriminasi majikan Cina kebanyakkan mereka hanya ambil jalan keluar dengan cari kerja ditempat yang lain.

Amalan diskriminasi ni tidak terhad dalam syarikat milik cina saja.. Syarikat Jepun yang dikuasai barisan pentadbiran orang cina pun berlaku diskriminasi.

Pekerja Melayu yang cukup berpengalaman diketepikan dari menjawat jawatan penting dalam syarikat. Mereka seboleh2nya meletakkan bangsa mereka sebagai pembuat keputusan sungguhpun terpaksa merujuk kepada pekerja Melayu dibawah seliaannya sebelum membuat apa2 keputusan.

Isu ini seolah2 tidak mendapat sambutan sebagaimana isu dobi muslim berkumandang. Alangkah bagusnya jika isu diskriminasi ini dapat dihalakan pula kepada majikan2 Cina sementara masih hangat.

Kerajaan boleh buat bancian berapakah ratio jawatan pengurus diantara Melayu Cina dan India, kemudian kongsikan kepada umum agar masyarakat membuka mata dan majikan2 rasis ini dapat merasakan mereka sentiasa diperhatikan.

Tuesday, September 26, 2017

SEMPITKAH DOBI MUSLIM?




SEMPIT

Jika seorang Non Muslim itu gemar mencari makanan Halal kerana yakin dengan kebersihannya.. Menyimpan duit dan mendapatkan pinjaman dari bank Islam kerana tertarik dengan sistem kewangan yang tidak menindas pelanggannya... Turut jijik dengan najis dari pakaian pelanggan dobi yang mungkin memelihara anjing dirumah TETAPI DIHALANG untuk menggunakan dobi khas untuk Muslim KERANA agama beliau.

Barulah beliau tersentak dan tertanya2 mengapa Islam di kedai dobi ini terlalu sempit untuk dirinya tidak seperti Islam di Bank dan Restoran?

Kenapa tidak letakan saja larangan membasuh pakaian dicemari najis atau larangan bagi pemilik anjing peliharaan dan bukannya terhadap Non Muslim secara keseluruhan untuk menggunakan perkhidmatan dobi Muslim?

Sunday, September 24, 2017

TIADA HUKUM ISLAM ..HANYA ADA HUKUM NEGARA


Hukum Islam seperti larangan minum arak, judi, zina, LGBT sepatutnya bukan lagi dikenali sebagai hukum Islam.

Ia perlu diterima sebagai sebahagian dari senarai Undang2 Negara yang dirangka berasaskan kepentingan menjaga masyarakat dari kebinasaan dan kecelaruan.

Jika undang2 jelas.. Tiada lagi pertikaian mengasingkan antara agama dan kerajaan. Ia sepatutnya jadi satu dan dihormati setiap warganegara tanpa mengira agama.

Kebaikan dalam Islam sepatutnya dikongsi bersama yang lain, bukan exclusive dan terhad untuk umat Islam sahaja. Dengan cara ini sama ada penganut agama lain perlu faham tentang agama Islam atau tidak bukan lagi isu. Mereka hanya perlu jadi warganegara yang bertanggungjawab dan menghormati undang2 negara.

Thursday, September 14, 2017

KEJAHILAN DIHUKUM DENGAN TRAGEDI




Saya lihat cara kerajaan mengurus komunikasi dengan rakyat membuka seluas2nya jalan untuk pihak yang tidak bertanggungjawab cuci tangan dengan meletakkan segala beban masalah kepada kerajaan.

Kuasa yang ada pada kerajaan termasuk bajet mempunyai hadnya. Dalam isu tragedi kebakaran Sekolah Tahfiz ini semua pihak mempunyai peranan untuk mengelakkan tragedi ini daripada berulang lagi. Namun ada pihak2 tertentu cuba membawa fokus orang ramai kononnya soal pembiayaan dan bajet kerajaan lah yang menyebabkan insiden ini berlaku.

Mana dia tanggungjawab pengusaha sekolah atas keselamatan murid2 dibawah tanggungjawab mereka? Bagaimana sekolah yang tersergam indah dengan hiasan dan perabut lengkap boleh mengabaikan aspek keselamatan penghuninya. Ini bukan soal bajet. Ini soal kecuaian dan sikap sambil lewa.

Takdir mungkin sudah tertulis tetapi adakah melayangnya nyawa anak2 itu melenyapkan kealpaan atau mungkin kedegilan pengusaha sekolah itu untuk mematuhi peraturan bangunan selamat?

Dimana pula keperihatinan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke dalam jerigi bara api tanpa mempedulikan amanah yang masih terletak pada bahu mereka untuk menjaga nyawa anak kandung darah daging mereka sendiri.

Kerajaan yang kuasanya cukup terbatas dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat terhadap tindakan penguatkuasa terhadap pengusaha sekolah agama swasta hingga menjadikan mereka kebal dan meletakkan nyawa anak2 itu seperti tidak mempunyai apa2 harga.

Dimana tahap kesedaran masyarakat terhadap bahaya risiko kebakaran dan setakat mana langkah keselamatan yang telah mereka ambil demi menjaga nyawa ahli keluarga mereka sendiri? Berhentilah ambil jalan mudah untuk selesaikan masalah.. Sikap tidak ambil peduli tentang keselamatan ini adalah bukti masyarkat kita masih jauh untuk menyaingi standard minda masyarakat negara maju terus dihukum atas  kejahilan diri sendiri.



Sunday, September 3, 2017

ISU ROHINGYA BUKTI PENGABAIAN TERHADAP ALQURAN




An-Nisā':97 - Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Tidakkah seorang pun manusia yang beragama Islam terbaca akan ayat ini? Bukankah ia sangat berkaitan dengan situasi orang Islam ROHINGYA. Tidak bimbangkah mereka dengan ancaman neraka jahanam setelah hidup penuh dengan kesusahan dan mati penuh dengan tragis?

Saya lihat makin ramai orang Islam dah abaikan AlQuran. Ini adalah tanda2 Kiamat yang sangat jelas. Bukan tulisan hilang dari mashafnya tetapi ajaran isi kandungannya telah hilang dari jiwa orang Islam.

Biarlah kita mati kerana apa yang ada dalam isi AlQuran, bukan atas perkara2 lain yang tiada nilai langsung disisi Allah. Kita mati bertemu Allah, Hal hak dan keadilan di dunia bukan boleh dibawa ke dalam kubur.

Wednesday, August 30, 2017

CARA YANG BAGAIMANA ANDA MENGENALI TUHAN?



Membina keyakinan akan kewujudan TUHAN itu bukanlah satu proses yang mudah. Sungguhpun buat anak kecil, penjelasan tentang TUHAN berdepan dengan kekeliruan apabila sukar dipadankan dengan logik akal yang paling asas. Namun soal TUHAN perlu bertapak dalam jiwa jauh lebih kuat dari apa yang boleh di capai oleh pancaindera.

Untuk mengenali TUHAN punyai seribu satu jalan. Jalan yang dirasakan amat berkesan menyebabkan seseorang itu merasai kehadiran TUHAN adalah berbeza berbanding individu yang lain. Ada yang dapat mengenali TUHAN melalui penciptaan alam semulajadi. Namun ia masih sukar untuk dijelaskan, malah ramai yang tidak mempedulikan hubungkait kewujudan TUHAN walaupun berada dekat dengan alam semulajadi.

SEBENARNYA manusia tidak dapat langsung lari dari hakikat kewujudan TUHAN. Malah ia saban hari menghambat kehidupan manusia dengan hakikat itu apabila membicarakan soal masa hadapan. Wujudnya istilah MISTERI dan KEBARANGKALIAN adalah menjelaskan tentang bahagian yang manusia tidak mempunyai sebarang jawapan. Dikala manusia hanya mampu meletakkan harapan, TUHAN menyimpan jawapan dan menetapkan laluan.

Tiada paksaan untuk manusia menerima hakikat kewujudan TUHAN, namun tidak seorang manusiapun mampu mengecualikan diri dari dipaksa menerima apa saja ketentuan yang diputuskan TUHAN.

Lalu ruang yang menjadi misteri dalam kehidupan manusia itu membelenggu mereka dengan persoalan SIAPAKAH TUHAN, DI MANAKAH TUHAN dan APAKAH AKU PERLU LAKUKAN UNTUK TUHAN.

Dan MISTERI yang paling besar bagi setiap manusia ialah KEMATIAN.



Tuesday, August 29, 2017

ATLIT TIDAK KALAH KERANA FITNAH



Prestasi atlit berpandukan unit yang boleh diukur seperti berapa jauh, berat, masa, jaringan.. dan ada juga melalui nilaian juri profesional.

BUKAN melalui persepsi, populariti atau cerita rekaan dari pihak lawan.

INILAH GELANGGANG yang dipilih oleh Perdana Menteri kita Dato Sri Najib Razak, beliau menumpukan strateginya melalui prestasi yang boleh diukur oleh rakyat. Kejayaan beliau diakui oleh badan akreditasi dan agensi penilaian antarabangsa.

Terpulang kepada rakyat untuk melihat dari kaca mata yang jernih dan adil atau dikaburi kisah rekaan pihak lawan yang merendahkan mentaliti rakyat Malaysia.

Monday, August 28, 2017

FAHAM AL QURAN PERBETUL NEGARA



Terima kasih YB Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki atas kesungguhan beliau melaksanakan pelbagai langkah dan usaha bagi menarik minat masyarakat untuk membaca dan sekaligus memahami isi kandungan Qalamullah yang menjadi panduan menerangi jiwa setiap muslim dalam menjalani kehidupan ini.

Sesungguhnya bukan mudah untuk merintis jalan menanggalkan kerak kebiasaan yang sekian lama menjadi amalan mak bapak kita. Dari kecil diabaikan kepentingan untuk memahami, hanya diberatkan soal bunyi bacaan Arabnya semata.

Saya berharap generasi akan datang adalah generasi yang mempunyai akhlak Al Quran yang juga merupakan cerminan ketingian peribadi Baginda Nabi Muhammad Pesuruh Allah.

Wednesday, August 23, 2017

SEA GAMES JADI PLATFORM HINA MALAYSIA



SEA games jadi platform untuk negara2 jiran menghina tuan rumah atas perkara2 sebegini. Lepas cetakan bendera terbalik, chanting anjing pula ambil tempat.

Tindakbalas mereka pula lebih hebat di media sosial hingga terlupa hal berkaitan dengan etika yang menyebabkan mereka bangkit marah. Halnya dilakukan oleh segelintir tetapi yang terpalit dan terpaksa menanggung balasannya keseluruhan rakyat negara itu.

Nampak sangat seperti ada dendam yang terpendam atau meluat dengan kejutan kemajuan sukan negara.

Sunday, August 20, 2017

PERLU MATI SEBELUM 90 TAHUN



Sorang pakcik saya di Singapura yang telah berumur 60 tahun diberi pilihan untuk gadaikan rumah beliau kepada kerajaan kerana tidak mampu lagi membiayai hidupnya sendiri. Akaun EPF beliau sudah pun kering kerana digunakan untuk perbelanjaan kesihatan di hospital kerajaan.

Dengan pilihan itu beliau boleh hidup lagi 30 tahun dengan wang saraan bulanan dan 60 tahun tinggal dirumah beliau. Selepas itu rumah itu akan jadi milik kerajaan. Jadi beliau perlu mati sebelum umur jejak 90 tahun.


Berbeza betul dengan nasib seorang lagi pakcik yang umurnya dah jejak 90 tahun tetapi masih aktif berpolitik hingga sanggup nak gadaikan negara dia kepada parti cawangan kerajaan Singapura.

Monday, July 31, 2017

ANAK TIDAK SAH TARAF DAN DNA



Lepas baca Fatwa Mufti wilayah tentang isu anak luar nikah yang dilarang berbinkan bapa kandung ni baru saya faham tujuan ia diwartakan. Ia menitik beratkan soal keturunan yang tidak pasti. Kehidupan seks bebas seorang penzina tidak terhad atau terikat kepada seorang lelaki kerana belum ada ikatan yang sah. Oleh itu kaedah yang cukup berhati-hati digunakan untuk mengelakkan kebimbangan itu dari berlaku.

Saya harap ketentuan keturunan ini dapat diselesaikan melalui kecanggihan teknologi DNA. Allah telah banyak mudahkan orang Islam untuk selesaikan masalah melalui teknologi. Sayanglah teknologi tiada tempat dalam menyelesaikan permasalahan orang Islam.

Tuesday, July 18, 2017

SISTEM PEMBELAJARAN CARI DUIT



Terkesan dengan caci maki tuduhan kotor pengguna media sosial pada salahsatu posting di page FB Dato Dr AsyrafWajdiDusuki tentang anak beliau . Apalah yang dosa sikecil  dikecam hanya kerana menjadikan Dato Ser Najib sebagai idolanya? Dato Dr yang kecewa perlu berbuat sesuatu sebagai pemimpin yang turut bertanggungjawab membentuk perilaku dikalangan masyarakat negara ini.

Ada ditimbulkan sebilangan netizen sebelum ini untuk mengambil kira pembangunan syahsiah atau keperibadian setiap warganegara dalam merangka strategi TN50. Hal ini sepatutnya menjadi keutamaan pentadbiran Dato Seri Najib  selain pembangunan infrarakyat dan peluang rakyat untuk meningkatkan pendapatan. Beliau sendiri saban hari terpaksa menerima akibat dari perbuatan individu berperangai dangkal. Dari komentar hinaan bertapakkan fitnah dan dusta si munafik di media sosial hinggalah silap mata berjuta ringgit dari si cerdik pandai dalam gedung2 agensi kerajaan.

Perdana Menteri yang mempunyai visi bagi membentuk masa depan negara perlu meletakkan individu yang betul sebagai MENTERI PELAJARAN. Anak2 wawasan perlu dididik dari peringkat awal agar mereka diterapkan dengan nilai2 yang baik seperti yang digariskan dalam AlQuran.

Ambillah contoh sistem pendidikan Jepun yang mengajar anak2 membersihkan sekolah sendiri sebagai memupuk sikap tanggungjawab bersama. Rakyat Malaysia yang semakin ramai mampu untuk melawat negara matahari terbit itu menjadi saksi betapa jujurnya rakyat Jepun hingga tiada jenayah berlaku sungguhpun dalam keadaan peluang yang terbuka.

Diketika artikel ini ditulis.. penulis memikirkan nasib anak yang terpaksa menerima beban teknik pembelajaran seawal darjah 2 yang sebahagiannya tidak pernah jumpa seumur hidup kami. Kononnya mahu mencapai sistem pendidikan kelas dunia menghasilkan si cerdik pandai pada usia yang masih muda.

Hala tuju pendidikan negara sudah jauh tersasar. Tidak berpijak dibumi yang nyata. Tidak memahami variasi keupayaan intelektual manusia. Hanya mementingkan pencapaian yang boleh diukur melalui pembentangan statistik peperiksaan tahunan. Pandang sebelah mata jumlah besar individu yang menghamburkan kata2 kesat menyebarkan berita bohong yang memusnahkan masyarakat. Yang sanggup khianat kepada negara demi nilai kebendaan.Seolah2 mereka2 ini bukan datang dari sistem pendidikan negara dan hanya golongan pengacau yang mana wajah2 mereka tidak pernah mucul dalam bilik2 darjah sekolah dinegara ini.

Monday, June 26, 2017

CERITA POLITIK RAYA DI SINGAPURA




Pakcik di Singapura tanya saya tentang politik Johor.. Saya Jawab .. Ahli Politik UMNO sendiri membuka ruang kepada DAP sehingga kini JOHOR merupakan negeri yang mempunyai kemungkinan paling besar untuk bertukar kerajaan.

Bila dia tanya tentang Najib.. Saya jawab.. Perdana Menteri kami terlalu bersih sehingga pembangkang kelihatan terlalu bergantung kepada isu rekaan. Najib mengunakan medan perang yang pembangkang tidak mempunyai peluang untuk menang iaitu dari segi keadilan sosio ekonomi dan pembangunan infrastruktur serta menambah peluang pekerjaan.

Pakcik saya tersenyum lega walaupun terselit perasaan bimbang..

Thursday, June 22, 2017

DOA KITA SUDAH DIMAKBULKAN..USAH BERUNDUR KEBELAKANG



Sesuatu yang pernah kita anggap sebagai hampir mustahil dulu kini merupakan rutin.. Persaudaraan dan perpaduan antara sesama mukmin semakin kuat terjalin..

Tiada gunanya lagi kita melayan orang kecewa memuaskan nafsu dendam peribadinya kerana nasib anak keturunan kita itu lebih UTAMA.

Wednesday, June 14, 2017

HOSPITAL PASIR GUDANG




Keadaan penuh sesak sehingga ibu sarat mengandung terpaksa berdiri menunggu berjam-jam sebelum giliran tiba adalah pemandangan yang biasa di Klinik Kesihatan Pasir Gudang.

Isu ini telahpun dibawa oleh Ahli Parlimen yang amat dikasihi warga bandar industri termaju di selatan tanahair, Yang Berhormat Dato Hajah Normala AbdulSamad dan pernah menghiasi dada akhbar mengukirkan senyuman dan memberikan harapan sebesar gunung agar projek pembinaan hospital baru untuk warga Pasir Gudang itu bakal dimulakan.

Namun setelah insiden kebakaran Hospital Sultanah Aminah tahun lalu, ia seolah-olah didiamkan atau mungkin peruntukan bagi membina hospital itu terpaksa disalurkan untuk proses pemulihan bangunan yang terlibat dengan kebakaran.

Tidak dapat dibayangkan betapa tertekannya kakitangan perkhidmatan perubatan di sini apabila terpaksa menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai dari seluruh wilayah Iskandar ini. Namun apa yang kami lihat hanyalah pembinaan beberapa kompleks membeli-belah mega yang bakal beroperasi pada penghujung tahun ini termasuk IKEA JOHOR BAHRU, PARADIGM MALL, AEON BANDAR DATO ONN, MEGAMALL dan banyak lagi.

Apabila melihatkan kedudukan hospital2 sedia ada, kami terasa dipinggirkan kerana lokasi yang dipilih seolah-olah hanya mengutamakan pengundi2 dari kawasan bangsa cina. Hospital swasta memang banyak di kawasan kami tetapi bukan semua mampu atau mempunyai GL dari majikan.

Saya sekadar menulis secara sukarela bagi menyampaikan hasrat orang Pasir Gudang sebagai bandar strategik yang semakin penting peranannya dalam menyumbang kepada ekonomi negara malah menjadi rebutan pembangkang. Dari zaman Dato Seri Anwar hinggalah Tun Mahathir sudah tidak terkira kehadiran mereka berulang kali menghasut pengundi dikawasan kami.

Saya yakin YB Ahli Parlimen telah menjalankan peranannya sehabis baik malah menjadi satu fenomena yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Pasir Gudang apabila hubungan antara rakyat dan wakil yang dipilih ini kelihatan sebegitu intim sekali. Namun kelewatan pembinaan Hospital Pasir Gudang sedikit sebanyak menjejaskan usaha gigih beliau dalam menambat hati pengundi pada PRU akan datang.


PASIR GUDANG: Residents in Pasir Gudang can look forward to get medical treatment and related services in the district with the opening of a hospital here.
Pasir Gudang MP Normala Abd Samad said the project had received approval from the Federal Government under the 11th Malaysia Plan and is expected to start early 2016.
She said a 20.23ha land in Jalan Gunung in Bandar Seri Alam township here has been identified as the site for the Pasir Gudang public hospital.
“We expect the hospital to be completed within three years after the project kicks off,” Normala said when met at the “Program Wanita Industri 1Malaysia” here on Sunday.
The event was attended by Deputy Women, Family and Commuity Development Minister Datuk Azizah Mohd Dun and Deputy Human Resources Minister Datuk Ismail Abdul Muttalib.
She said under phase one of the project, the facility would be a full-fledged district hospital with 100 beds costing between RM100mil and RM150mil.
Normala said the number of beds would be increased to 300 under its future expansion and also related facilities to cater for the surge of population here and the surrounding areas.
“This is good news for many Pasir Gudang residents who have been waiting to have a public hospital in the area for many years,” she said.
Normala said the hospital would cater to the medical needs of about 350,000 residents from Pasir Gudang and nearby areas such as Masai, Plentong and Kong Kong.
Presently, Pasir Gudang residents seeking treatment at public hospitals would have to go to the Sultan Ismail Hospital in Panda or the Sultanah Aminah Hospital in Johor Baru.
Separately, she said a secondary school would be built in Taman Scientex, Pasai and could accommodate about 2,000 students.
Normala said the school project would start next year and expected to be completed after two years, it would help to reduce over-crowding at existing secondary schools in Masai.

Read more at http://www.thestar.com.my/news/community/2014/10/23/new-hospital-in-pasir-gudang/#q2TmD2yxkzOoTaM3.99

Sunday, June 4, 2017

TITIK NOKTAH RAMADHAN



Kepada kawan2 yang masih belum ketemu jalan penyudah untuk menyelesaikan konflik, kita ambillah berkat bulan mulia ini sebagai waktu terbaik untuk mencari titik noktah. Berbaliklah kepada Allah.. Segalanya yang berlaku adalah dengan izin Allah jua. Buruk baik...Suka atau tidak suka.. Terimalah segala itu sebagai ketentuanNya. Usahlah kita terlalu mempertikaikannya. Memang manusia itu tidak sempurna.. Tidak ada gunanya kita saling mencari kelemahan sesama kita. Berlapang dada dan tanya diri kita sendiri apakah tujuan sebenar kita berada disini.. Mengapa biarkan hal remeh temeh menguasai diri hingga tergelincir dari landasan nawaitu kita yang sebenar..

#RAMADHANKAREEM

Ikhlas dari saya

Ps: Tolong tag orang sedang bergaduh tu di sini..

Zulhairi Fetani

Friday, June 2, 2017

KEGILAAN NAFSU DAN KEMUSNAHAN AKIBATNYA



Apa itu NAFSU?

Terlalu ramai manusia telah diperdayakannya.. Kesannya ada yang menderita penyakit hingga menutup mata, ada yang terpaksa merengkuk dalam penjara berpuluh tahun lamanya. Bulan puasa ni adalah peluang yang terbaik untuk kita mengenali apa itu NAFSU dan cara mengawalnya agar diri kita tidak ditimpa oleh bencana yang dibawanya.

Seharian kita berpuasa, pelbagai juadah dan air minuman bermain difikiran menggambarkan kelazatan dan betapa segarnya jika ia dapat membasahi tekak. Keghairahan semakin memuncak apabila tiba di Bazar Ramadhan, bergantungan bungkusan makanan dan air pelbagai warna demi menurutkan kehendak NAFSU. NAMUN setelah perut penuh dengan makanan, NAFSU yang sepanjang hari melonjak keghairahan berjam-jam lamanya kini tiba-tiba hilang. Hanya kesengsaraan yang dideritai akibat muatan terlalu penuh hingga membataskan pergerakkan.

Jika dikaji perjalanan makanan itu sendiri dalam tubuh badan kita, NAFSU deria rasa pada lidah mewakili proses yang paling kecil berbanding laluan yang jauh lebih panjang dan rumit di bahagian perut dan usus. Tetapi kerana lidah inilah anggota tubuh badan seseorang itu menanggung sengsara menderita pelbagai jenis penyakit hingga ada yang terpaksa dipotong kaki kerana kencing manis dan ada pula yang lumpuh akibat serangan stroke.

Seperti laluan yang singkat di lidah dan pendeknya nikmat waktu berbuka tadi.. Hidup ini juga sangat singkat berbanding waktu yang perlu kita lalui selepas mati. Bayangkan jika kehidupan kita ini dipenuhi dengan amalan yang memuaskan hawa NAFSU, harapkan sajalah kesengsaraan dan penderitaan yang tidak berkesudahan. NAFSU itu nikmatnya sementara.. Penderitaan kerana menjadi hamba abdinya hanya Allah sahaja yang tahu.

Zulhairi Fetani

SEBURUK BURUK MANUSIA SITUA BURUK AHKLAK


Melihat kerenah orang yang sudah berumur tetapi masih tidak segan berperangai buruk  menginsafkan saya..

Saya yakin keputusan yang kita mampu lakukan sesegera sekarang adalah untuk mengelakkan diri kita dari terus hanyut ditelan arus masa hingga tidak sedar waktu yang berbaki sudah terlalu suntuk.

Ambillah peluang hikmah bulan #Ramadhan ini untuk laksanakan perubahan ke arah yang lebih baik..

Saturday, May 20, 2017

DOKTOR DAN MEKANIK BENGKEL



Seharian di hospital semalam jenuh aku menasihatkan Bapak jangan persoalkan kerja doktor.. Mereka telah menjalani cukup latihan dan paling layak untuk buat keputusan berkaitan kedudukan kesihatan kita. Namun Bapak tidak pernah berhenti bersyakwasangka dengan doktor.. Doktor dilayan seperti makanik bengkel yang adakalanya tidak tahu apa yang mereka lakukan hingga akhirnya yang jadi mangsa tubuh badan atau nyawa kita..

Di zaman mutakhir ini generasi kita mempunyai akses yang luas untuk mendapatkan maklumat tentang dunia perubatan.. Malah doktor sesama doktor berselisih pendapat menegakkan cara siapakah yang lebih baik untuk selesaikan masalah.. Hilangnya kepercayaan umum terhadap profession kedoktoran bertambah parah apabila perubatan alternative semakin mendapat perhatian.

Sikap doktor di hospital swasta terhadap pesakit yang mempunyai jaminan insuran pula meninggalkan bekas dalam minda umum bahawa mereka ini akan sedaya upaya mencari jalan agar dapat menuntut jumlah yang paling maksimum bagi menyumbang kepada keuntungan hospital.

Jika dulu guru semakin hilang kedudukannya dalam masyarakat disebabkan sikap graduan terhadap pilihan kerjaya sebagai guru, kini mungkin masyarakat tidak lagi memandang profession sebagai doktor itu sama seperti dulu..

Monday, April 17, 2017

MEMBIAKNYA BAKA PENGKHIANAT BANGSA



Beliau menuduh Tunku mahu merampas tanah orang Melayu apabila UMNO berkuasa. Ramai orang Melayu membenci Tunku kerana fitnah beliau.

Orang Melayu terpesona dan yakin dengan janji beliau kononnya Lee Kuan Yew akan menyelesaikan masalah banjir di kampung mereka.. Selang beberapa tahun apabila PAP menang.. Lee Kuan Yew mengarahkan agar perkampungan orang Melayu dirobohkan secara berperingkat dan kini suasana kampung nelayan langsung telah tidak wujud lagi.

Melayu Singapura adalah pembakar semangat bahawa usaha untuk mengUBAH MALAYSIA bukanlah suatu yang Mustahil.. Baka PENGKHIANAT dikalangan orang Melayu terus berkembang biak menjadikan impian setiap anak Cina satu kenyataan.

Friday, April 7, 2017

SEKS DAN BUAH KULDI HUKUM ISLAM




Kalau bercakap tentang hukum Islam yang paling hangat akan dibicarakan ialah bab berkaitan JENAYAH SEKS.

Padahal ada banyak lagi hukuman menyentuh pelbagai aspek kerukunan hubungan antara manusia yang menonjolkan keunggulan prinsip keadilan Islam.

Hal ini adalah kerana kita terjerat dengan mainan musuh Islam yang lebih berminat memperlihatkan kepada dunia betapa kejam dan zalimnya hukum Islam.

SEKS bagi mereka yang bukan Islam mungkin setara dengan keperluan manusia yang lain seperti makan, tidur dan berhibur di hujung minggu. Namun apa bezanya dengan larangan terhadap Nabi Adam daripada mendekati buah kuldi ketika berada di dalam Syurga? Adakah wajar hanya kerana memakan sejenis buah boleh menyebabkan seluruh keturunan manusia meneruskan hidup di dunia?

Beratnya sesuatu hukuman bukanlah berdasarkan apa yang kita mahukan, tetapi ia adalah semata-mata ketetapan yang Maha Pencipta bagi menguji sejauh manakah kita mampu patuh dan taat dengan perintahNya.

Friday, March 31, 2017

TAK KENAL MELAYU SINGAPURA



Berapa ramai kawan2 pejuang cyber yang tak pernah ke Singapura?

Saya lahir pun di Singapura.. Saudara mara pun ramai di Singapura berbanding Malaysia..

Kalau nak berjuang demi agama bangsa dan negara saya cadangkan banyak2lah belajar dan ambil tahu tentang nasib orang Melayu Singapura.

Banyak pengajaran yang kita boleh guna untuk sedarkan orang Melayu melalui sikap dan cara layanan pemerintah Cina Singapura jika dibandingkan dengan sikap dan cara layanan kerajaan yang masih diperintah oleh orang Melayu.

Jika hal keadaan ini kita tidak ambil tahu maka kita tidak akan faham mengapa kuasa yang orang Melayu ada di Malaysia pada hari ini perlu dipertahankan.

Sunday, March 26, 2017

HITLER DAN TUNKU ABDUL RAHMAN



Hitler tinggalkan sedikit Yahudi untuk terus hidup sehingga kini agar dunia mengerti mengapa beliau menghapuskan bangsa itu.

Tunku Abdul Rahman tinggalkan Singapura dibawah pemerintahan bangsa pendatang agar kita mengerti apa kesudahannya nasib bangsa Melayu jika tidak berkuasa lagi.

Thursday, March 23, 2017

BAHAYA KETAKSUBAN YANG TIDAK KITA SEDARI



Dahulu kita sering mencerca dan menyindir penyokong PAS kerana ketaksuban mereka terhadap Tuan Guru Nik Aziz..

Tetapi dalam masa yang sama kita tidak sedar wujudnya kumpulan dari kalangan kita sendiri yang kononnya mahu mengenang jasa seorang Tokoh, namun cara mereka memuji menyanjung dengan keterlaluan membentuk karang KETAKSUBAN yang membinasakan.

Walau apapun kerja baik jasa dan pengorbanan seseorang itu, hendaklah kita yakin itu semua datangnya dari Allah.

Mengangkat seseorang manusia biasa terlalu tinggi sehingga segala kata-kata dusta dan perbuatan kotornya dipandang indah dan manis belaka, menghina kelebihan akal yang telah Allah anugerahkan kepada kita semua.

Selayaknya kita sebagai khalifah dimukabumi ini pertahankanlah hak dan kebebasan kita untuk berfikir dan menilai buruk baik demi kebaikan ummah dan memakmurkan bumi Allah.

Moga sarang ketaksuban terhakis dengan kesuburan iman yang MEMBESARKAN Allah mengatasi segala mahkluk ciptaannya.

Sunday, March 19, 2017

ZAMAN SUARA ORANG MUDA




Saya lihat zaman sekarang ramai orang muda diberi kepercayaan mengepalai organisasi. Mereka lebih dinamik dan mudah untuk menerima perubahan. Dengan syarat mereka diberi kebebasan untuk mencorak organisasi tanpa campurtangan orang2 lama.

Begitu juga dengan kerajaan kita. Perdana Menteri memberi seluas2 peluang kepada generasi muda untuk bersuara. Dan lebih penting mereka yang sudah bersara berhenti memaksa Perdana Menteri mengikut cakap mereka.

Perdana Menteri adalah kedudukan yang perlu dihormati semua. Jika seorang Perdana Menteri pun tidak mampu mengeluarkan keputusan mengikut prerogativenya maknanya kita mempunyai pemimpin yang lemah dan boleh dipengaruhi pihak berkepentingan.

Wednesday, March 15, 2017

FATTAH AMIN VS MAWI WORLD





Mawi sepatutnya lebih layak menerbitkan buku berbanding Fattah Amin.

Saya bukan mahu memperkecilkan pengaruh Fattah Amin dalam dunia hiburan mutakhir, cuma saya tertarik dengan sikap positif yang Mawi tampilkan dalam menghadapi kejutan fenomena populariti luarbiasa yang belum pernah mana-mana individupun mengalaminya dalam sejarah industri hiburan tanah air.

Dalam temuramah ringkas antara pengacara Astro yang bertandang di butik milik beliau di Kilang Bateri, Johor, sesuatu yang tidak pernah didedahkan kepada umum dikongsikan beliau. Bagi sesiapa yang masih ingat, sungguhpun beliau belum dinobatkan sebagai juara Akedemi Fantasia, kelibat beliau hatta ketika sedang menunaikan Solat Jumaat telahpun memenuhi ruang muka hadapan akhbar.

Malam sebelum beliau diumumkan sebagai juara, beliau bermimpi sedang meniti sebatang jambatan gantung yang mana dibawahnya kelihatan ramai manusia telah jatuh dan lemas. Dipinggir jambatan pula masih terdapat manusia-manusia bergantungan cuba menyelamatkan diri dari terus jatuh ke dalam arus. Ada yang memaut-maut kaki beliau meminta tolong. Namun beliau meneruskan perjalanan menuju seorang lelaki yang sejak mula melambai2 ke arah beliau dari hujung jambatan. Walaupun sekadar mainan tidur, kegerunan beliau melihat situasi itu mempengaruhi cara beliau menghadapi fenomena ini.

Beliau kerap menangis sungguhpun dikhalayak ramai kelihatan ceria dan sporting. Beliau seolah-olah telah masuk ke dunia yang sangat berbeza. Dari si kecil yang baru pandai bercakap hingga ke warga emas memanggil2 nama dan menyambut beliau dengan jumlah crowd yang cukup besar dimana2pun beliau buat kemunculan. Pengalaman yang paling pelik beliau kongsikan ialah sambutan dari peminat kaum cina.

Penulis sendiri pernah menantikan kemunculan beliau di suatu program di Dangabay, persembahan artis-artis terkenal tanahair seperti Tam Spiderpun hanya sekadar selingan sementara menunggu Mawi muncul diakhir program. Itupun setelah Perdana Menteri ketika itu Pak Lah selesai berucap! Beliau sendiri bingung entah apa yang telah berlaku pada dirinya ketika itu hingga beliau berdoa agar Allah kembalikan kehidupan beliau yang dulu.

Yang paling membimbangkan beliau ialah kemunculan saudara mara rakan dan taulan yang cuba merapati beliau. Ada yang mengaku pernah makan roti john di pasar malam. Katanya jika tidak ingat nanti dikata sombong pula. Yelah sudah kaya sudah terkenal lupa diri pula. Bimbangkan dengan tuduhan sebegitu beliau terpaksa jadi seorang yang hipokrit. Tidak mampu untuk jadi diri sendiri hanya kerana mahu menjaga hati peminat yang ratusan ribu jumlahnya.

Kini Mawi cukup tenang dengan kehidupannya, mempunyai perniagaan sendiri hasil sikap jimat cermatnya ketika dibayar Astro melebih RM 100K setiap bulan. Anak muda Johor ini memang dari awal lagi mendapat perhatian kerana sikap rendah diri dan kayanya budi pekerti beliau yang sangat disegani ramai.. Alhadulillah sehingga kini sikap itu masih miliknya sungguhpun persona bintang semakin ditenggelami masa.