Tuesday, July 18, 2017
SISTEM PEMBELAJARAN CARI DUIT
Terkesan dengan caci maki tuduhan kotor pengguna media sosial pada salahsatu posting di page FB Dato Dr AsyrafWajdiDusuki tentang anak beliau . Apalah yang dosa sikecil dikecam hanya kerana menjadikan Dato Ser Najib sebagai idolanya? Dato Dr yang kecewa perlu berbuat sesuatu sebagai pemimpin yang turut bertanggungjawab membentuk perilaku dikalangan masyarakat negara ini.
Ada ditimbulkan sebilangan netizen sebelum ini untuk mengambil kira pembangunan syahsiah atau keperibadian setiap warganegara dalam merangka strategi TN50. Hal ini sepatutnya menjadi keutamaan pentadbiran Dato Seri Najib selain pembangunan infrarakyat dan peluang rakyat untuk meningkatkan pendapatan. Beliau sendiri saban hari terpaksa menerima akibat dari perbuatan individu berperangai dangkal. Dari komentar hinaan bertapakkan fitnah dan dusta si munafik di media sosial hinggalah silap mata berjuta ringgit dari si cerdik pandai dalam gedung2 agensi kerajaan.
Perdana Menteri yang mempunyai visi bagi membentuk masa depan negara perlu meletakkan individu yang betul sebagai MENTERI PELAJARAN. Anak2 wawasan perlu dididik dari peringkat awal agar mereka diterapkan dengan nilai2 yang baik seperti yang digariskan dalam AlQuran.
Ambillah contoh sistem pendidikan Jepun yang mengajar anak2 membersihkan sekolah sendiri sebagai memupuk sikap tanggungjawab bersama. Rakyat Malaysia yang semakin ramai mampu untuk melawat negara matahari terbit itu menjadi saksi betapa jujurnya rakyat Jepun hingga tiada jenayah berlaku sungguhpun dalam keadaan peluang yang terbuka.
Diketika artikel ini ditulis.. penulis memikirkan nasib anak yang terpaksa menerima beban teknik pembelajaran seawal darjah 2 yang sebahagiannya tidak pernah jumpa seumur hidup kami. Kononnya mahu mencapai sistem pendidikan kelas dunia menghasilkan si cerdik pandai pada usia yang masih muda.
Hala tuju pendidikan negara sudah jauh tersasar. Tidak berpijak dibumi yang nyata. Tidak memahami variasi keupayaan intelektual manusia. Hanya mementingkan pencapaian yang boleh diukur melalui pembentangan statistik peperiksaan tahunan. Pandang sebelah mata jumlah besar individu yang menghamburkan kata2 kesat menyebarkan berita bohong yang memusnahkan masyarakat. Yang sanggup khianat kepada negara demi nilai kebendaan.Seolah2 mereka2 ini bukan datang dari sistem pendidikan negara dan hanya golongan pengacau yang mana wajah2 mereka tidak pernah mucul dalam bilik2 darjah sekolah dinegara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment