Wednesday, April 2, 2014

Tamat Sudah Misteri MH370..Tidak sangka tuntutan tidak dipenuhi..



Seorang ahli politik Taiwan yang telah bersara mendakwa pesawat MH370 telah dirampas oleh kru pesawat dalam usaha menekan kerajaan untuk membebaskan hukuman penjara ke atas pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim.

Chiu Yi, bekas penggubal undang-undang parti pemerintah Taiwan, Kuomintang. Menerusi blognya di Sina Weibo mikroblog Selasa lalu membuat dakwaan terbabit sebaik Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengesahkan satelit mengesan penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi. Mendakwa mempunyai rakan dalaman di dalam pentadbiran kerajaan U.S., Chiu menghuraikan kandungan mikroblognya kepada wartawan dengan mendakwa pesawat tersebut telah dirampas anak kapal dan kru penerbangan dan menuntut pihak berkuasa membebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat dengan denda lima tahun penjara.

Berbeza dengan versi rasmi yang menyatakan hubungan dengan pesawat terputus sekitar jam 1.20am. Chiu meneruskan dakwaan beliau dengan menyatakan kru pesawat telahpun dalam rundingan dengan kerajaan Malaysia dari jam 1.30am. Kerajaan Malaysia menolak tawaran tersebut dan kemudiannya pesawat tersebut kehabisan minyak sebelum hilang di Lautan Hindi, dakwa beliau lagi.

Chiu berkata kepada wartawan bahawa pesawat berkenaan tidak mendarat di mana-mana lapangan kerana juruterbang bukanlah seorang pengganas yang terlatih. Lebih-lebih lagi pendaratan memerlukan landasan dan panduan dari tanah atau pusat kawalan. Tambah beliau, kru penerbangan tidak menyangka tuntutan mereka akan ditolak. Menurut Chiu, berdasarkan pendedahan sumbernya, jururterbang mempunyai kaitan dengan Anwar walaupun ianya telah didedahkan kepada umum seminggu sebelum ini.

Chiu bukanlah yang pertama mengaitkan kehilangan pesawat MH370 dengan politik. Lebih-lebih lagi, teori beliau telah disangkal oleh kenalan-kenalanjuruterbang dengan menggambarkan kapten Zaharie sebagai seorang yang baik hati. Anwar Ibrahim juga menggambarkan penyokongnya itu merupakan seorang lelaki yang baik dan dia merasa jijik apabila musibah ini dikaitkan dengan politik.

Saya secara peribadi berpendapat bahawa kenyataan oleh Chiu ini bukanlah berdasarkan spekulasi atau agakkan dari orang seperti saya yang mempunyai kehidupan jauh dari punca-punca maklumat bersifat first hand. Malah teori yang dihasilkan sebelum ini hanya suka-suka setelah bosan dengan pelbagai teori tidak masuk akal dan tidak berpaksikan dengan maklumat yang telah ada walaupun terhad.

Maklumat dari Chiu ini perlu diambil serius dan kerajaan tidak boleh lagi menganggap ia masalah politik domestik seperti masalah yang pernah ditimbulkannya sebelum ini. Segala tindakan kerajaan dalam kes ini perlu mewakili setiap waris keluarga yang terkorban atau hilang dalam tragedi ini.

Cukup-cukuplah terlalu cermat dan berlembut dengan pengkhianat negara hanya kerana bimbang dengan kuasa pengaruh politiknya. Keselamatan harta benda dan nyawa rakyat negara ini perlu diberi keutamaan. Dalam situasi ini prosedur mahkamah tidak sepatutnya menjadi laluan.

Bagai manakah isu keselamatan dan kestabilan negara ini boleh diserahkan kepada beberapa orang peguam dan hakim dalam kamar mahkamah?

Benar Anwar tiada kaitan dengan jenayah ini. Namun siapa yang dapat menafikan kuasa dan daya tarikan yang ada pada Anwar? Beliau diakui mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi dan menunduk sebegitu ramai orang untuk mempercayai dan menuruti segala kata-katanya. Dalam isu MH370 ini, kru atau  anak kapal mungkin melakukannya tanpa sebarang paksaan mahupun arahan dari Anwar.

Cukup sekadar kata-kata kebencian terhadap kerajaan yang menjatuhkan hukuman atau dengan hanya bermodalkan wajah sedihnya dan keluarga untuk menarik simpati kononnya sekali lagi menjadi mangsa fitnah percaturan politik kotor pihak pemerintah. Bahkan mungkin Anwar sendiri tidak menyangka perkara ini boleh pergi terlalu jauh dan tidak dapat mengukur kesanggupan yang macam mana boleh dilakukan oleh pengikut yang bersimpati kepadanya. Beliau hanya tahu menghentam sehabis dan semahunya kerana itu sahaja yang beliau mampu lakukan apabila kariernya telah sampai kepenghujung...




No comments:

Post a Comment