Baru-baru ini saya terbaca satu berita dari UK, kira-kira 1,000 orang Malaysia "tiada bernegara" merempat di negara itu setelah mengambil keputusan membatalkan atau 'mengoyakkan' pasport Malaysia kerana mahu menjadi warganegara England.Setelah membuat keputusan melepaskan kerakyatan Malaysia, hampir sebahagiannya yang berasal dari Pulau Pinang, kini menghadapi dilema kerana tidak mendapat hak kerakyatan negara itu.Mereka kini sudah menjadi manusia terumbang-ambing kerana sudah "tiada bernegara" atau stateless. Negara Malaysia mereka sudah berpaling-tadah, negara orang putih itu pula tidak mahu menerima mereka.Ada antara mereka adalah profesional yang kini terpaksa bekerja sebagai pencuci pinggan atau ada yang terpaksa mengemis.
Namun, saya tertarik apabila terbaca satu portal berita fz.com yang menyebut nama Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Berita itu berbunyi begini:GEORGE TOWN (4 April): Kira-kira 500 orang yang didakwa "tiada bernegara" (stateless) dari Malaysia yang tinggal di United Kingdom seharusnya menarik nafas lega apabila kerajaan Malaysia memberi jaminan untuk menguruskan kepulangan mereka.Ia dilihat sebagai satu kejayaan kepada Ahli Parlimen DAP, Tanjung Ng Wei Aik yang begitu bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan masalah kumpulan tidak bernegara itu, yang ada antaranya hidup dalam daif kerana tidak dibenarkan kerja di UK.
Kumpulan itu yang telah menyerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan kemudian memohon Taraf Kewarganegaraan Luar Negara British (BOC), setelah mempercayai ia adalah sijil yang laku digunakan di negara itu.Ketika mendedahkan maklum balas yang diberikan oleh Ahmad Zahid dalam sepucuk surat (pada 3 April), Ng berkata, kerajaan Malaysia telah bersetuju menyediakan perkhidmatan imigresen bagi membolehkan mereka berada di Malaysia secara sah apabila pulang kelak.
Kementerian Dalam Negeri berkata, perbincangan dengan kerajaan British berhubung dengan rayuan pemegang BOC itu juga akan dilakukan."Sebuah kaunter khas akan diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membolehkan pemegang BOC melapor diri sebaik tiba di Malaysia dan mereka akan dibantu oleh pegawai imigresen di KLIA."Zahid berkata pemegang BOC itu akan diberi nasihat oleh atache imigresen Malaysia di UK, serta pegawai-pegawai jabatan imigresen di sini dan KDN," kata Ng dalam satu sidang akhbar.
Berita lanjut mengenainya baca di sini:http://m.fz.com/content/stateless-malaysians-uk-can-return-ministry-tells-dap-repBacaan tambahan mengenai kisah itu di sini:*http://jebatmustdie.wordpress.com/2009/10/14/boc-disloyalty-has-its-price/*http://www.independent.co.uk/news/uk/politics/immigration-rules-leave-stateless-malaysians-in-limbo-2240532.html*http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/6316612/Malaysians-left-stateless-in-UK-after-passport-gamble-backfires.html
Apabila membaca berita-berita itu dan kisah bekas rakyat Malaysia yang "berpaling tadah" itu dan kemudian mahu kembali semula, setelah UK enggan menerima mereka, maka kesimpulan saya mengenai erti "ketaatsetiaan kepada negara" ialah: Baik sungguhlah negara kita ini.
Maka itu saya teringat sajak Allahyarham Usman Awang mengenai sikap "baik hati" orang Melayu yang antara petikannya:
Baiknya hati Melayu itu
tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkanSuami pulang lapar tak makanKera di hutan disusu-susukanAnak di pangkuan mati kebuluran"
Tetapi malangnya, kebaikan kita sering kali diambil kesempatan pula oleh orang lain. Kebaikan kita, dibalas dengan tuba.
No comments:
Post a Comment