Sunday, April 26, 2015

TUNTUT LALUAN MUDAH UNTUK ANAK CUCU



Maaflah ... baru ada masa nak lihat sedikit potongan video majlis dialog negarawan semalam... 

Kalau ada yang terperasan, Tun dah HINT sebab sebenar beliau menyerang Najib kepada semua. Beliau katakan baliau sangat terhutang budi kepada Arwah Tun Razak kerana melantik beliau jadi menteri. Malah mewasiatkan kepada Tun Hussein Onn untuk melantik beliau sebagai TPM yang seterusnya memastikan tempat yang selamat untuk beliau mengorak langkah sebagai pemimpin No.1 negara.

Lalu Beliau kemudiannya menyatakan bahawa Najib yang merupakan anakanda sulong Arwah Tun Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah kerana arahan beliau kepada Pak Lah. Tindakan beliau itu adalah untuk membalas budi kepada "anak".."cucu".. Arwah yang telah banyak berjasa kepada beliau.

PERKATAAN "ANAK" .... "CUCU" ... itu disebut bukanlah semata mata ingin berjenaka kepada penonton..  Perkataan itu adalah jelas SIGNAL beliau kepada semua termasuk DS NAJIB yang pasti turut cuba untuk menghadamkan kata-kata beliau BAHAWA anak beliau termasuk keturunan beliau perlu mendapat keistimewaan LALUAN MUDAH untuk menjadi pemimpin negara pada masa akan datang sama seperti apa yang dinikmati oleh keluarga atau golongan bangsawan yang lain.

Namun hal ini mungkin agak sukar bagi Najib kerana Beliau bukanlah bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan individu tertentu sahaja, beliau perlu mengutamakan kepentingan rakyat termasuk kedudukan beliau sendiri yang diperlukan untuk terus memimpin negara.



Thursday, April 23, 2015

JAWAPAN UNTUK TUN M




Soalan-soalan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Mohd Najib Tun Razak merupakan serangan-serangan peribadi yang mahukan Perdana Menteri Keenam Malaysia ini meletak jawatan.
Kita sayang, hormat dan kenang jasa Tun Mahathir. Sumbangan Tun Mahathir kepada negara tidak terkira besarnya. Demikian juga sumbangan UMNO dan rakyat Malaysia yang mengundi Barisan Nasional kepada Tun Mahathir.
Untuk menjatuhkan Barisan Nasional, UMNO atau Mohd Najib sendiri ia harus berlandaskan fakta dan isu yang besar bukan sekadar kerana Tun Mahathir menyatakan soalan-soalan beliau tidak dijawab oleh Mohd Najib.
Antara isu yang memberi keraguan besar kepada rakyat ialah dakwaan bahawa 1MDB telah melesapkan RM 42 bilion wang negara.
1. 1MDB hanya diberikan RM 1 juta sebagai modal permulaan kerana syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Sekarang kabinet meluluskan kemudahan kewangan RM 970 juta dalam bentuk “standby facility” kepada 1MDB. Kemudahan ini diberikan kerana 1MDB berhadapan masalah dalam menjana kecairan kewangan. Jumlah keseluruhan belum pun RM 1 Bilion.
Jadi tidak timbul wang kerajaan atau wang rakyat sebanyak RM 42 bilion telah dicuri atau dilesapkan oleh Mohd Najib Tun Razak atau sesiapa sahaja kerana ia tidak pernah wujud dalam bentuk tunai mahu pun berada dalam akaun bank 1MDB.
2. Dari mana datangnya RM 42 bilion yang disebutkan oleh Tun Mahathir ini?
i. RM 42 bilion ini merupakan hutang terkumpul 1MDB dari pembelian Penjana Kuasa Elektrik Bebas (IPP), pembelian hartanah untuk pembangunan dan penerbitan islamik bon sebanyak RM 5 bilion.
ii. Wang tunai yang ada dalam 1MDB untuk pelaburan dan pengambil alihan projek-projek yang disebutkan itu ialah hanya RM 5 bilion. Bakinya merupakan pinjaman ke atas pembelian hartanah dan IPP.
Seperti mana kita membeli tanah, kereta atau rumah, kita meminjam untuk membayar kepada penjual. Katakan kita membeli rumah berharga RM 3 juta. Kita perlu membayar kepada penjual 10% iaitu RM 300 ribu. Bakinya RM 2.7 juta yang dibiyai melalui pinjaman. Pembelian berbentuk pajakan ini dimasukkan terus ke dalam akaun penjual bukannya dalam akaun pembeli.
Inilah model pengembangan 1MDB dalam pembelian IPP dan hartanah. Justeru tidak ada langsung fakta menyatakan RM 42 bilion duit rakyat atau kerajaan telah dilesapkan.
Mustahil 1MDB atau Mohd Najib Razak boleh menyalahguna wang terbabit kerana ia merupakan pinjaman pajakan yang mana wang dimasukkan terus ke dalam akaun penjual.
3. Tidak mustahil ada pakatan antara penjual dengan Perdana Menteri? Tiada ketirisan dan penyelewengan?
Ia agak mustahil dilakukan kerana ia membabitkan banyak pihak (penjual) dalam dan luar negara. Lihat senarai pengambil alihan aset 1MDB hampir mustahil menyatakan Mohd Najib atau sesiapa sahaja boleh berpakat dengan pelbagai penjual dalam dan luar negara.
Namun kita tidak boleh menolak soal ketirisan dan “mark up” harga melebihi harga pasaran untuk keuntungan pihak tertentu.
Sebab itu Perdana Menteri pada 4 Mac 2015 telah mengarahkan Jabatan Audit Negara menyiasat pengurusan dan pembelian 1MDB. PM menyatakan tindakan harus diambil jika ada penyelewengan dan kesalahan dilakukan.
Perdana Menteri mengumumkan ini sebelum Tun Mahathir menyerang dengan soalan-soalan beliau lagi.
Laporan siasatan Jabatan Audit Negara akan dibentangkan kepada Parlimen melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
PAC ini dianggotai oleh wakil rakyat kerajaan dan pembangkang dan mereka boleh memanggil pihak terbabit sekiranya tidak berpuas hati dengan siasatan Ketua Audit Negara. Mereka juga boleh mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan.
Jadi kita tunggulah laporan Ketua Audit Negara sebelum membuat apa-apa kesimpulan.
4. Mengapa 1MDB perlu kemudahan RM 970 juta dari kerajaan jika tidak mempunyai sebarang masalah?
Pertamanya, kerajaan tidak pernah mendakwa 1MDB tiada masalah. Kerajaan menafikan ada penyelewengan duit rakyat bernilai RM 42 bilion. Perdana Menteri Najib Razak juga menafikan pembabitan anak tiri beliau dengan 1MDB.
Kerajaan mengetahui 1MDB bermasalah dari segi kewangan kerana mereka mengembangkan perniagaan terlalu cepat melalui pinjaman yang besar. Sekarang mereka memerlukan wang tunai untuk membayar pinjaman tahunan.
Sebab itu kerajaan melantik CEO 1MDB yang baru pada awal tahun ini untuk menstrukturkan semula perniagaan mereka.
Dari segi pelan perniagaan 1MDB mmepunyai kemampuan berjaya kerana keseluruhan aset yang mereka miliki apabila dibangunkan sepenuh bernilai ratusan bilion.
1MDB sepatutnya tiada masalah jika perancangan penyenaraiannya menjadi kenyataan pertengahan tahun ini. Namun dengan serangan dari pembangkang dan Tun Mahathir, 1MDB perlu mencari sumber lain kerana IPO pada masa ini tidak akan banyak membantu kerana imej buruk yang dipaparkan kepada mereka.
5. Mengapa wang dilaburkan di Pulau Cayman dan kemudiannya dipindahkan ke Singapura bukan Malaysia?
1MDB mendaftarkan dana mereka di Pulau Cayman kerana ia merupakan antara pusat kewangan antarabangsa. Terdapat ratusan syarikat Malaysia yang mendaftar dana di sana termasuk Maybank, Hong Leong Bank dan banyak lagi. Ini bagi memudahkan pelaburan antarabangsa dengan syarikat PetroSaudi.
Pada Januari 2015, 1MDB mengumumkan bahawa mereka telah mendapat semua pelaburan mereka dalam PetroSaudi beserta dengan keuntungan sebanyak USD 488 juta.
Kerana persepsi negatif rakyat terhadap Pulau Cayman, 1MDB telah membawa wang terbabit ke sebuah Bank di Singapura bagi tujuan mengekalkan mata wan US Dollar dan memudahkan pelaburan antarabangsa pada masa akan datang.
Perdana Menteri tidak pernah menyatakan wang tersebut tidak dibawa pulang ke Malaysia kerana akan disoal oleh Bank Negara. (Lihat Jawapan kepada Parlimen Mac 2015).
Soal simpanan di bank mana tidak sepatutnya ada isu kerana ia diaudit dan berada dalam laporan kewangan 1MDB.
6. Mengapa kerajaan perlu 1MDB?
Matlamat asal kerajaan menubuhkan 1MDB ialah untuk menstabilkan harga tenaga elektrik. Pada masa ini Tenaga Nasional Berhad berhadapan dengan kos penghasilan elektrik yang tinggi kerana perjanji berat sebelah antara TNB dengan IPP sedia ada.
TNB dikehendaki membayar sekian jumlah kepada IPP sama ada mereka menggunakan atau tidak. Harga dalam perjanjian juga agak tinggi berbanding kadar yang kompetitif. Selain itu, IPP ini juga menikmati subsidi bahan api yang banyak.
Justeru 1MDB ditubuhkan bagi tujuan mengambil alih sebahagian besar IPP ini dan bekerjasama dengan TNB untuk memberi harga yang lebih rendah. Ini akan membolehkan TNB tidak menaikakn kadar tarif elektrik yang tinggi untuk pengguna.
7. Pembabitan 1MDB dalam projek-projek lain ialah bertujuan mengembangkan perniagaan dan menjana kewangan bagi mengimbangi kerugian akibat urusniaga pengambil alihan IPP dan penyusunan semula perjanjian dengan TNB.
8. Siapakan Jho Low?
Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang telah berjaya sebelum Mohd Najib Razak menjadi Perdana Menteri lagi. Beliau juga datang dari keluarga yang kaya raya. Sehingga kini tuduhan Jho Low mencampuri atau mengambil keuntungan melalui penyelewengan dalam 1MDB adalah satu tuduhan dan gosip politik.
Ya, saya pernah berjumpa dengannya di Kuala Lumpur. Ini sama seperti saya berjumpa dengan orang lain yang terlibat dalam dunia perniagaan kerana saya berada di sektor perbankan. Tetapi Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB dan saya tidak menjumpai sebarang dokumen yang mengaitkannya dengan syarikat ini. Malah, dakwaan yang mengatakan ayahnya atau kawannya menjadi pengarah di 1MDB juga tidak tepat.
Ini satu lagi spekulasi. Jujurnya sebagai ahli perniagaan, saya tidak mahu memberi reaksi kepada sebarang aktiviti yang menjurus kepada berita-berita berbentuk spekulasi. Tetapi saya juga mempunyai kuasa untuk menghentikan apa jua cerita dibawa mereka. Apa yang boleh saya buat ialah akan terus bercakap secara jujur dan menerangkan fakta yang betul. – Arul Kanda, CEO 1MDB
1MDB dan Mohd Najib sendiri menafikan Jho Low terbabit dalam pengurusan 1MDB. Justeru tidak wajar kita menerima tuduhan-tuduhan sebegini sebagai alasan mengundi menentang Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil.

http://www.mykmu.net/2015/04/ringkasan-untuk-rakyat-malaysia-penceramah-dan-pengundi/

Tuesday, April 21, 2015

MELAYU ISLAM SUPREMACY DI KAMPUNG MEDAN.




Itulah yang ada dalam jiwa sekumpulan orang melayu membantah perletakkan langbang salib sebesar tubuh manusia di sebuah lot hujung rumah kedai, Kampung Medan. 
Tiada sesiapakah ingin mengulas tentang latar belakang sekumpulan penduduk yang membantah? Mereka ini pernah melalui peristiwa berdarah pada awal tahun 2001 akibat perselisihan faham antara kaum. Dato Seri Dr Khir Toyo, Menteri Besar Selangor ketika itu terpaksa berkawal dihadapan sebuah kuil Hindu bagi meredakan ketegangan yang berlarutan hingga 5 hari dengan jumlah korban yang tidak diketahui.

Sejak peristiwa itu sekiranya ada apa saja masalah melibatkan hubungan antara kaum di situ, mereka lebih selesa untuk mengadu terus kepada pihak polis. Sebagai kawasan yang dihuni oleh majoriti orang Melayu, mereka berhak untuk membantah sebarang pembinaan atau struktur yang bertentangan dengan nilai-nilai yang mereka percaya tidak sesuai untuk berada dikawasan mereka. 

Namun seperti kekecewaan yang diluahkan oleh seorang seniman yang juga aktivis masyarakat saudara Mustapha Kamal dalam isu lambang salib ini, mengapa hanya kita sahaja yang perlu meminta maaf kepada mereka? Tidak ada seorang pun wakil mereka tampil untuk meminta maaf kepada penduduk kerana sikap mereka yang tidak sensitif dengan sensitiviti masyarakat setempat. 

Saya ingin bandingkan juga dengan struktur bangunan yang membentuk lambang salib yang bakal dibina di muara sungai Plentong Johor ini. Bukan kerana ia maka orang Islam akan mudah tukar agama. Ia adalah tanggungjawab kita memelihara persekitaran kehidupan untuk diwariskan kepada generasi akan datang agar simbol agama lain selain Islam tidak kelihatan dominan di negara ini.

Monday, April 20, 2015

TINGGALKAN NOSTALGIA TUN DEMI MASA DEPAN LEBIH GEMILANG




Asyik bernostalgia dengan pengambilalihan GUTHRIE dari milikkan penjajah Margeret Thatcher dengan kejayaan mendapatkan kembali aset berupa berekar ekar tanah perladangan di Malaysia.

Tidak sedarkah kita sudah masuk alaf baru? Kita sekarang sudah sampai ketahap berlumba-lumba membeli hartanah terkemuka dunia ditanah asal penjajah. 

Selain berjaya membida pembangunan kawasan BATTERSEA, KWSP semalam melengkapkan kejayaan mereka dalam dunia pelaburan dengan mencatatkan nilai jualan hartanah TERTINGGI dalam sejarah Kota London. Keseluruhan aset KWSP sudah mencecah 600 BILLION DOLLAR. Kita ni dok bergelut nak joli duit sebelum mati.


Sunday, April 12, 2015

JAMBATAN BENGKOK VS JAMBATAN PERSAHABATAN




Dulu saya pernah tanya sepupu saya DAUD YUSOF seorang penyampai berita kanan bahagian berita bahasa Melayu Mediacorp Singapura tentang Projek Jembatan Bengkok. "HABISLAH SINGAPURA" Respon beliau secara spontan. 

Ketika itu juga peminpin Singapura telah membayangkan ekonomi negara yang bakal suram dan mula mencari-cari buah fikiran untuk meneroka punca pendapatan yang baru termasuk idea pembukaan kasino. 

Mendiang Lee Kuan Yew juga ada menyatakan hasrat agar satu hari nanti Singapura dapat kembali bersatu dengan Malaysia kerana beliau tidak berfikir Singapura dapat bertahan lagi jika kedudukan strategik mereka jatuh ketangan Malaysia. 

Bukan perkara yang aneh membuka laluan bagi memendekkan perjalanan seperti terusan Suez dan Panama. Namun pembukaan Tambak Johor hanya memangsakan satu negara.. Singapura. 

Sekiranya negara jiran itu dalam keadaan terdesak pasti Malaysia tetap akan menerima tempiasnya. Oleh yang demikian, perlunya ada persetujuan yang menguntungkan kedua-dua negara berjiran ini tanpa meletakkan salah satu darinya dalam keadaan terdesak.

Saturday, April 11, 2015

SEBAB SEBENAR TUN MENYERANG



Perlantikan mengejut Tun M sebagai pengurusi Proton menyebabkan tekanan kepada Putrajaya untuk tidak berkata tidak ke atas permintaan bantuan kewangan bagi syarikat kereta nasional itu yang mengalami penurunan jualan dan jumlah hutang yang besar. 

Namun sehingga kini tiada tanda-tanda persetujuan dari Kementerian Kewangan ke atas permintaan Tun itu. Satu demi satu isu-isu yang mungkin menjadi motif serangan Tun terhadap Perdana Menteri dibongkar Putrajaya selain Jambatan Bengkok yang disebut sendiri oleh Perdana Menteri dalam program khas soal jawab kelmarin. 

BRIM yang ditentang oleh Tun M kononnya dianggap rasuah tidak akan menjadi satu pembaziran sekiranya ia dibelanjakan dalam bentuk bantuan kewangan kepada Proton. Proton yang seusia penubuhannya dengan Kia dan Hyundai sepatutnya lebih profesional dalam pengurusan kewangan mereka. Mereka tidak akan serius dalam mempertahankan survival syarikat sekiranya sentiasa mengharapkan ada bantuan kewangan dari kerajaan. 

Proton adalah maruah Tun. Beliau yang menubuhkannya. Kerajaan yang ditadbir oleh Najib hari ini menolak pembiayaan yang menyebabkan Tun berang.

Friday, April 10, 2015

BERSEDIALAH! TUN M BENAR BENAR MAHU JATUHKAN NAJIB

Seperti yang telah saya jangkakan.. Tun benar-benar ingin menjatuhkan Najib. Beliau telah menafikan hak Perdana Menteri untuk mempunyai kebebasan mentadbir negara mengikut acuan sendiri. 

Ini adalah penghinaan terhadap sistem demokrasi yang hanya meletakkan individu yang mendapat mandat rakyat terbanyak untuk mentadbir negara.

Saya berikrar selagi Tun dan mana-mana pihak bersekongkol dengan beliau berterusan menggangu pentadbiran negara dan menjejaskan kedudukan Perdana Menteri sebelum penggalnya berakhir, saya akan pastikan Tun akan menjalani pengakhiran sejarah kegemilangannya di sudut yang paling sepi dan memalukan!

Berikut adalah laporan blogger senior RBF bagi pihak portal Perak Today yang berpeluang menemuramah Tun petang tadi.


Friday, April 3, 2015

KRITIKAN TUN MAHATHIR: TAJUK PUN DAH TAK LOGIK



Nampaknya ramai tidak mempedulikan tajuk blog Tun yang mendakwa UMNO akan kalah pada PRU 14 sekiranya Najib kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Tak logik... Tajuk pun dah tak logik...

Bukankah kini kita semua dapat saksikan Pakatan Rakyat dalam proses menggantung diri sendiri?Mereka seperti retak menunggu belah. Malah sebelum PRU lagi ada kemungkinan negeri-negeri PR boleh goyang dan jatuh ke tangan BN.


Tajuk blog Tun sepatutnya memberi makna beliau sudah putus asa dengan Najib yang tidak melakukan perubahan. Apa perubahan yang Tun mahukan? Bukankah selama ini Tun secara konsisten mengkritik Najib kerana tidak tegas terhadap pembangkang hingga bermaharajalela menghasut rakyat? Najib kemudiannya menenangkan Tun dengan memberi alasan bahawa mandat yang diberikan oleh rakyat tidak cukup kuat untuk beliau bertindak.

Namun, apabila keadaan semakin baik dengan keretakkan pembangkang, Najib bertindak tegas mengumpulkan personaliti pembangkang ke dalam lokap, tiba-tiba sahaja Tun tampil mengaitkan Najib dengan kes mainan pembangkang yang telah selesai prosesnya mahkamah. Tidakkah hal ini cukup kuat untuk memberi maksud bahawa seperti ada yang tidak kena dengan teguran Tun kali ini?

Adakah Tun cuba bermain politik kali ini? Adakah benar desas desus sebelum ini kononnya direka oleh agen pejabat Perdana Menteri mengatakan Tun tidak mahu seseorang Perdana Menteri itu berkuasa terlalu lama sebagai memberi laluan kepada anakanda beliau Mukhriz untuk turut berpeluang menjadi Perdana Menteri?

Apapun agenda yang tersirat Tun, pemilihan isu dan tajuk penulisan sepatutnya diberi perhatian pembaca. Jika tajuk pun bunyinya sudah tidak logik. Apa lagi kisah-kisah yang disentuh memang akan berkongsi masalah dengan tajuk yang dipilih.

Wednesday, April 1, 2015

Hudud tidak adil jika hanya dikenakan kepada orang Islam?



Hal inilah yang pernah dipersoalkan oleh Tun Mahathir seketika dulu yang menjadi alasan Hudud tertangguh berpuluh tahun lamanya. Asal usul dan cara hukum Islam itu dijalankan oleh Nabi perlu didalami. Jika tidak maka sistem undang-undang konvensional akan dijadikan perbandingan hingga kita tidak mampu melihat maksud dan hikmah disebalik perintah hukum jenayah itu.

Hudud tujuannya ialah untuk membersihkan dosa dan sebagai pencegahan bagi mereka yang mahu melakukan jenayah. Maka bagi orang kafir, dosa apa yang mahu diampunkan jika diri mereka pun sentiasa dalam keadaan berdosa mensyirikkan Allah?

Menjaga diri orang Islam dan keturunannya itu lebih utama daripada memperhitungkan dosa-dosa orang kafir. Malah urusan nikah cerai mereka pun tak sama dengan undang-undang keluarga Islam selama ini.
 
Hudud adalah perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Iaitu agama yang kita percayai. Maka bagi kita adalah agama kita, bagi mereka adalah agama mereka. Itu lah konsep keadilan dalam Islam yang meletakkan orang yang beriman sentiasa berbeza dengan orang yang kufur kepada Allah termasuk dalam cara untuk mengadili mereka.

KISAH BENAR: TONG KOOI ONG PENGKHIANAT NEGARA



 Oleh Saiful Bahari Baharum

Tong Kooi Ong adalah pemilik surat khabar kewangan The Edge (yang saban mengeluarkan berita ekonomi dan kewangan negatif negara kita secara "bias"), The Malaysian Insider dan BFM Radio.

Tong Kooi Ong ini dulunya memiliki sebuah bank - Bank Phileo Allied dimana lesennya di beri oleh Menteri Kewangan pada masa itu, Anwar Ibrahim.

Sekitar tahun 2000, semasa saya bertugas di CIMB, saya menemuramah bekas ketua dealer matawang asing (head forex dealer) bank tersebut.

Lepas interview saya tanya direct, "Were you selling or buying the Ringgit during the Asian Crisis?"

Jawapnya, sambil tersenyum, "We were selling it like crazy".

Bayangkan sebuah bank Malaysia yang di miliki oleh rakyat Malaysia, seorang kroni Menteri Kewangan Malaysia, bersungguh-sungguh menjual matawang Malaysia di waktu matawang Malaysia di serang oleh spekulator asing.

Adakah penjualan tersebut tidak di ketahui oleh Menteri Kewangan?

Atau di buat di atas arahan Menteri Kewangan?

Perlu di ingatkan bahawa pemantauan prnjualan matawang asing adalah di bawah tanggunjawab Bank Negara Malaysia. Anwar Ibrahim telah meletakkan seorang lagi kroninya Dato Abdul Murad Khalid, Penolong Gabenor, Bank Negara Malaysia. Datuk Murad ini telahpun di dakwa di mahkamah di atas kegagalanya mengishtiharkan hartanya berjumlah puluhan juta ringgit (sila Google untuk pengetahuan lanjut).

Penjualan ini berlaku di waktu Kerajaan Malaysia terpaksa menghadapi saat-saat genting menghadapi serangan bertubi-tubi krisis kewangan dan ekonomi pada waktu itu.

Pengkhianat-pengkhianat negara sebegini bukannya cukup di penjarakan tetapi sepatutnya di pancung.

http://greatermalaysia.com/2015/02/06/timeline-tong-kooi-ong-saga/