Tuesday, April 21, 2015

MELAYU ISLAM SUPREMACY DI KAMPUNG MEDAN.




Itulah yang ada dalam jiwa sekumpulan orang melayu membantah perletakkan langbang salib sebesar tubuh manusia di sebuah lot hujung rumah kedai, Kampung Medan. 
Tiada sesiapakah ingin mengulas tentang latar belakang sekumpulan penduduk yang membantah? Mereka ini pernah melalui peristiwa berdarah pada awal tahun 2001 akibat perselisihan faham antara kaum. Dato Seri Dr Khir Toyo, Menteri Besar Selangor ketika itu terpaksa berkawal dihadapan sebuah kuil Hindu bagi meredakan ketegangan yang berlarutan hingga 5 hari dengan jumlah korban yang tidak diketahui.

Sejak peristiwa itu sekiranya ada apa saja masalah melibatkan hubungan antara kaum di situ, mereka lebih selesa untuk mengadu terus kepada pihak polis. Sebagai kawasan yang dihuni oleh majoriti orang Melayu, mereka berhak untuk membantah sebarang pembinaan atau struktur yang bertentangan dengan nilai-nilai yang mereka percaya tidak sesuai untuk berada dikawasan mereka. 

Namun seperti kekecewaan yang diluahkan oleh seorang seniman yang juga aktivis masyarakat saudara Mustapha Kamal dalam isu lambang salib ini, mengapa hanya kita sahaja yang perlu meminta maaf kepada mereka? Tidak ada seorang pun wakil mereka tampil untuk meminta maaf kepada penduduk kerana sikap mereka yang tidak sensitif dengan sensitiviti masyarakat setempat. 

Saya ingin bandingkan juga dengan struktur bangunan yang membentuk lambang salib yang bakal dibina di muara sungai Plentong Johor ini. Bukan kerana ia maka orang Islam akan mudah tukar agama. Ia adalah tanggungjawab kita memelihara persekitaran kehidupan untuk diwariskan kepada generasi akan datang agar simbol agama lain selain Islam tidak kelihatan dominan di negara ini.

No comments:

Post a Comment