Hal inilah yang pernah dipersoalkan oleh Tun Mahathir seketika dulu yang menjadi alasan Hudud tertangguh berpuluh tahun lamanya. Asal usul dan cara hukum Islam itu dijalankan oleh Nabi perlu didalami. Jika tidak maka sistem undang-undang konvensional akan dijadikan perbandingan hingga kita tidak mampu melihat maksud dan hikmah disebalik perintah hukum jenayah itu.
Hudud tujuannya ialah untuk membersihkan dosa dan sebagai pencegahan bagi mereka yang mahu melakukan jenayah. Maka bagi orang kafir, dosa apa yang mahu diampunkan jika diri mereka pun sentiasa dalam keadaan berdosa mensyirikkan Allah?
Menjaga diri orang Islam dan keturunannya itu lebih utama daripada memperhitungkan dosa-dosa orang kafir. Malah urusan nikah cerai mereka pun tak sama dengan undang-undang keluarga Islam selama ini.
Hudud adalah perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Iaitu agama yang kita percayai. Maka bagi kita adalah agama kita, bagi mereka adalah agama mereka. Itu lah konsep keadilan dalam Islam yang meletakkan orang yang beriman sentiasa berbeza dengan orang yang kufur kepada Allah termasuk dalam cara untuk mengadili mereka.
No comments:
Post a Comment