Nampaknya ramai tidak mempedulikan tajuk blog Tun yang mendakwa UMNO akan kalah pada PRU 14 sekiranya Najib kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Tak logik... Tajuk pun dah tak logik...
Bukankah kini kita semua dapat saksikan Pakatan Rakyat dalam proses menggantung diri sendiri?Mereka seperti retak menunggu belah. Malah sebelum PRU lagi ada kemungkinan negeri-negeri PR boleh goyang dan jatuh ke tangan BN.
Tajuk blog Tun sepatutnya memberi makna beliau sudah putus asa dengan Najib yang tidak melakukan perubahan. Apa perubahan yang Tun mahukan? Bukankah selama ini Tun secara konsisten mengkritik Najib kerana tidak tegas terhadap pembangkang hingga bermaharajalela menghasut rakyat? Najib kemudiannya menenangkan Tun dengan memberi alasan bahawa mandat yang diberikan oleh rakyat tidak cukup kuat untuk beliau bertindak.
Namun, apabila keadaan semakin baik dengan keretakkan pembangkang, Najib bertindak tegas mengumpulkan personaliti pembangkang ke dalam lokap, tiba-tiba sahaja Tun tampil mengaitkan Najib dengan kes mainan pembangkang yang telah selesai prosesnya mahkamah. Tidakkah hal ini cukup kuat untuk memberi maksud bahawa seperti ada yang tidak kena dengan teguran Tun kali ini?
Adakah Tun cuba bermain politik kali ini? Adakah benar desas desus sebelum ini kononnya direka oleh agen pejabat Perdana Menteri mengatakan Tun tidak mahu seseorang Perdana Menteri itu berkuasa terlalu lama sebagai memberi laluan kepada anakanda beliau Mukhriz untuk turut berpeluang menjadi Perdana Menteri?
Apapun agenda yang tersirat Tun, pemilihan isu dan tajuk penulisan sepatutnya diberi perhatian pembaca. Jika tajuk pun bunyinya sudah tidak logik. Apa lagi kisah-kisah yang disentuh memang akan berkongsi masalah dengan tajuk yang dipilih.
No comments:
Post a Comment