Friday, May 6, 2016

KEINDAHAN HIDUP HANYA DALAM AGAMA



Dalam Khutbah Jumaat tadi Khatib ada membicarakan tentang SOLAT KHUSYUK yang mana dapat diusahakan jika kita memahami apa yang kita baca..

Khusyuk boleh saya gantikan dengan perkataan ASYIK...

Apabila seseorang itu keasyikan dalam bercinta.. Kita biasa akan gunakan perkataan MABUK..

Jika ditanya mereka yang sedang MABUK CINTA, mereka akan katakan itulah saat yang paling INDAH...

Maka jika mahukan HIDUP kita INDAH.. Fahamilah panduan HIDUP yang Allah tinggalkan dalam bahasa ARAB itu.. Jika sekadar baca tanpa memahaminya maka kempunanlah kita untuk mengecapi KEINDAHAN HIDUP

NORIAH KASNON WANITA YANG FAHAM AGAMA



Respect Arwah Datuk Noriah Kasnon, dialah wanita yang berjaya dalam karier tetapi tetap faham tentang fitrah yang telah Allah tentukan bagi kaum Hawa dan bercita-cita untuk kembali menumpukan perhatian kepada keluarga dikala karier beliau berada dipuncak. Ini baru betul orang faham agama. Bukan macam Marina Mahathir yang terlalu extreme dalam memperjuangkan FEMINISM sehingga menafikan hakikat kedudukan terbaik bagi wanita yang telah ditetapkan oleh agama..

_____________________________


Hasrat Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya akan datang bagi menumpukan perhatian kepada keluarga tidak kesampaian apabila beliau terkorban dalam nahas helikopter Batang Lupar, Sarawak, semalam.

Menurut bekas menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon yang juga merupakan timbalan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, ada menyatakan kepada beliau untuk berhenti menjadi Ahli Parlimen bagi penggal akan datang untuk memfokuskan kepada keluarga beliau.

Dr Mohamad Khir dalam laman Facebooknya menulis, “bulan lalu ketika melawat saya, allahyarham ada menyatakan hasrat bahawa penggal ini merupakan penggal terakhir beliau. Beliau mahu mengundur diri dan menumpukan kepada keluarga tersayang.”

Dalam nahas semalam, pesawat Eurocopter AS350 Écureuil disahkan terhempas dan dipercayai mengorbankan kelima-lima penumpang termasuk Noriah dan juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Dr Mohamad Khir yang juga boleh dianggap antara mentor politik Noriah turut melahirkan rasa sedih dan simpati atas tragedi yang menimpa Noriah dan suaminya.

“Semoga roh allahyarham Dato Noriah Kasnon dan Suami dilimpahi rahmat rahim Allah s.w.t. Beliau merupakan sahabat dan rakan politik yang sangat akrab dengan saya. Nampaknya harapan dan hasrat beliau meluangkan lebih masa bersama keluarga tidak tercapai. Allah lebih mengasihi beliau dan memanggilnya pulang lebih awal.”

Bekas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu turut melahirkan simpati dan berharap anak-anak Noriah dapat bersabar dan redha dengan takdir ini.

“Kita hanya mampu merancang, Allah juga yang mentakdirkan kehidupan ini. Ini adalah satu kesedihan untuk saya dan seluruh penduduk Parlimen Sungai Besar. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan beliau kepada Sungai Besar. Al-fatihah.”

Monday, May 2, 2016

Anti Wahabi golongan EXTREMIST



Apa yang penting sekarang ialah meraikan kepelbagaian. Ia adalah tanda kesempurnaan Allah. Cabaran buat kita dalam meletakkan apakah perkara yang lebih utama dalam agama dan yang mana tidak. Sedikit perbezaanpun nak dijadikan sebab untuk bermusuh sesama sendiri. Mereka yang anti WAHABI ni saya rasa sudah sampai ke peringkat extremist. Bagaimana anda mahu segalanya sama dimana Allah pula menciptakan kita sentiasa mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan berbeza-beza..  Selagi kita berpegang kepada kalimah yang sama kita tetap bersaudara.