Monday, May 28, 2018

BATAL HSR: PM 93 TAHUN TIADA KAITAN DENGAN MASA DEPAN RAKYAT





Umum tahu negara amat ketinggalan dalam rancangan pemodenan sistem perkhidmatan pengangkutan awam jauh berdekad lamanya. Dengan idea pembangunan HSR atau projek keretapi laju yang menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur  dalam tempoh 90 minit amat mengujakan ramai pihak.

Rancangan HSR ini turut mewujudkan kawasan pembangunan bersepadu serba baru di Jurong dan di Bandar Malaysia menjadi daya penarik meransang pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara dan menyuntik keyakinan pelabur.

Namun betapa malangnya rakyat negara ini apabila ia dimuktamadkan oleh kerajaan yang baru menggantikan kerajaan sebelumnya agar tidak diteruskan dan sanggup pula membayar pampasan bernilai ratusan juta ringgit untuk tujuan sia-sia ini.

Selogan UBAH hanya untuk mengubah kerajaan tetapi apa yang rakyat boleh harapkan perubahan yang boleh dibawa oleh seorang Perdana Menteri yang mencatatkan rekod paling tua didunia? Apa kaitan beliau dengan masa depan rakyat dan negara ini?

Dato Seri Najib yang menggantikan Tun Abdullah Badawi sejak 9 tahun lalu telah melakukan banyak perubahan yang cukup berani memberi wajah baru bagi negara ini. Segala perubahan ini berjaya dilakukan tanpa perlu menukar kerajaan. Namun apa yang berlaku apabila rakyat yang kononnya mahukan perubahan kerajaan tetapi dengan mengambil pemimpin yang pernah menjadi Perdana Menteri paling lama dalam sejarah negara? Apa lagi perubahan yang kita harapkan dari pemimpin seperti ini. Mustahil ada lagi saki baki idea setelah diberi peluang begitu lama untuk laksanakan perubahan.

Akhirnya projek yang bakal merubah gaya dan kualiti hidup rakyat ke suatu tahap persis sebuah negara maju terpaksa dilupakan. Garis masa negara ini diundurkan kebelakang ditangan pemimpin dari zaman purbakala.

TIDAK ADA GUNANYA BERBAKTI KEPADA RAKYAT MALAYSIA




Ibarat menyiram air ke daun keladi, itulah pepatah yang tepat untuk disimpulkan kepada sikap majoriti rakyat negara ini. Segala usaha susah payah mencurah idea melaksanakan pelan pembangunan demi kesenangan hidup rakyat pada masa hadapan hanyalah perkara yang sia-sia belaka. Rakyat tidak pandangpun segala usaha baik pemimpin mereka telah lakukan.

Pemimpin pada masa hadapan akan ingat apa yang rakyat negara ini telah lakukan kepada Dato Seri Najib. Beliau dibuang setelah memimpin sebuah pentabiran yang meletakkan tumpuan amat luar biasa hebatnya untuk dimanfaatkan oleh rakyat.

Rakyat negara ini memang selayaknya kembali diberikan pemimpin yang sentiasa mencari peluang melalui projek kerajaan untuk memperkayakan ahli keluarga sendiri. Menjadi pemimpin berjasa adalah sesuatu yang amat merugikan. Tidak perlulah terlalu bersungguh-sungguh untuk memperbaiki mutu kehidupan rakyat negara ini. Lihatlah apa yang dibalasnya nanti. Langsung tidak dikenangnya. Malah caci maki dan hinaan sahaja yang dilemparkan.

KENAPA MAHATHIR MASIH MARAHKAN NAJIB WALAUPUN DAH MENANG?





Agaknya setiap hari Mahathir masuk office menyumpah nama Najib. Apa tidaknya, habis semua kekayaan negara terikat dengan komitmen projek pembangunan yang hasilnya hanya boleh dituai antara 7 hingga 10 tahun lagi.

Mungkin PH telah membelanjakan dana yang cukup besar untuk PRU dan salah satu cara agar mereka dapat menebusnya kembali ialah dengan menguasai kerajaan pusat. Namun alangkah terkejutnya mereka apabila melihat angka2 yang ada amat menghampakan.

Malah, boleh dikatakan cerita pendek penuh emosi yang disebarkan untuk mendapat simpati rakyat sebelum ini adalah gambaran sebenar situasi di Putrajaya sekarang.

Saturday, May 26, 2018

UMNO PERLU PERJUANGKAN HAK SAMARATA DALAM ORGANISASI SWASTA





Agenda kesaksamaan peluang untuk maju dalam karier di syarikat swasta sepatutnya menjadi agenda UMNO sebagai pembangkang kini.

Syarikat persendirian yang majoritinya dimiliki oleh orang cina mempunyai komposisi kaum yang tidak seimbang diperingkat pengurusan.

Pekerja dari bangsa Cina mempunyai kelebihan   untuk menjawat jawatan sebagai pengurus dengan menafikan kaum lain yang mungkin mempunyai kelebihan dari prestasi atau  senioriti.

Komposisi ahli parlimen dan perlantikan semula jawatan penting seperti Menteri Kewangan dari kaum Cina dalam kerajaan PH sepatutnya dijadikan contoh oleh pemilik syarikat dinegara ini untuk membuang amalan perkauman dalam organisasi mereka.

Pelbagai cara dilakukan oleh majikan untuk menyekat kemaraan pekerja dari kaum Melayu untuk maju dalam karier mereka agar barisan pengurusan terus dimonopoli oleh kaum cina. Mereka sepatutnya lebih profesional dan memberi keutamaan kepada mereka yang benar2 layak dari segi pengalaman dan keupayaan berbanding perkauman.

PH atau DAP dalam banyak PRU sebelum ini menjadikan agenda kesaksamaan hak samarata sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Idea yang sama sepatutnya mencorakkan organisasi yang beroperasi di negara ini dan UMNO perlu mengambil peluang sebagai parti mewakili orang Melayu mendesak kerajaan PH memperkenalkan undang2 kesaksamaan dalam organisasi swasta dan menjadikan ia manifesto agar UMNO mampu untuk mendapat sokongan penuh orang Melayu yang membentuk suara majoriti dalam pemilihan kerajaan akan datang.

Monday, May 21, 2018

SELAMATKAN MALAYSIA 2.0





Nilah yang menjadi kebimbangan netizen... BN 2.0..  Guna kuasa untuk tutup kesalahan perasuah. Beri pula jawatan di kementerian strategik. Semuanya terletak pada keputusan PM.. PM terpaksa U turn kerana diugut dinasty lim dengan kes forex.

Inilah masalahnya apabila PM kita ada banyak jenayah masa silam. Banyak perkara yang dia nak buat baik untuk negara terpaksa dilupakan kerana tekanan. Belum lagi kisah seorang lagi bakal PM yang dibelenggu dengan masalah seks siap video pernah tersebar. Inilah wajah #Malaysiabaru. Masa depan yang tidak menentu bakal merencatkan kemajuan negara yang sebelum ini amat pesat berkembang dibawah pentadbiran Najib Razak.

Rakyat Malaysia perlu bertindak lakukan sesuatu. Kali ini benar2 untuk selamatkan negara kita dari dikuasai oleh individu2 yang boleh menjahanamkan negara.

Sunday, May 20, 2018

PAKATAN HARAPAN DIHANTUI TUDUHAN KEATAS NAJIB






Apakah peluang untuk UMNO bangkit semula tanpa Najib?

Beliau mungkin ambil tanggungjawab atas kekalahan UMNO tetapi tidak mustahil sokongan rakyat akan kembali pulih apabila lebih banyak dakwaan terhadap Najib dan kerajaan BN dalam PRU sebelum ini terpaksa dibersihkan oleh kerajaan PH sendiri. Situasi ini memberi kelebihan semula kepada Najib apabila rakyat akan mengakui negara sebenarnya dalam kedudukan yang amat baik ketika dibawah kepimpinan beliau.

Apa salahnya DS Najib dikekalkan? DAP yang pernah kalah 12 kali pun masih menggunakan khidmat pemimpin yang sama.

Dalam ucapan beliau ketika merasmikan persidangan cawangan UMNO di Pekan semalam, Najib melihat trend rakyat yang lebih tertarik kepada berita2 palsu yang dilemparkan PH berbanding laporan sahih prestasi ekonomi negara yang membuktikan kecemerlangan kerajaan pimpinan beliau.

Najib mendakwa PH menggunakan kaedah Machiavelli sanggup memperdaya rakyat dengan pelbagai janji palsu hanya semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Beliau dan keluarga menjadi sasaran kerana kedudukan beliau sebagai ketua parti.

KELETAH pemimpin kerajaan PH yang sedikitpun tidak menunjukkan rasa bersalah atau seolah-olah dakwaan seperti BRIM ITU RASUAH, NAJIB JUAL NEGARA KEPADA CHINA, NEGARA MALAYSIA BANKRAP tidak pernah keluar dari mulut mereka, menjadikan rakyat semakin terasa diperbodohkan dan amat terhina.

KEMARAHAN RAKYAT yang sebelum ini dibangkitkan PH terhadap GST yang kononnya menjadi penyebab kenaikan harga barang, begitu jua dengan Tol, hutang PTPTN dan harga petrol yang membebankan kos sara hidup rakyat, akan berpindah kepada mereka.

Demokrasi sepatutnya menghidangkan pilihan idea untuk diperbandingkan manakah parti yang lebih baik menjaga kepentingan rakyat. Walau bagaimanapun kita menyaksikan sebuah parti yang telah banyak berjasa tumbang dek serangan berita dan janji palsu.

Begitu rendahnya nilai susah payah rakyat yang keluar mengundi hanya sekadar  dijadikan bahan percaturan PH untuk menang secara tidak bermaruah. Tuduhan2 Pakatan Harapan terhadap NAJIB akan terus menghantui kerajaan pentadbiran mereka.

Najib tetap akan menjadi faktor untuk kebangkitan UMNO pada masa hadapan sungguhpun kepimpinan dalam UMNO telah bertukar ganti.

Thursday, May 17, 2018

SUCI DALAM DEBU






Saya sebagai antara mereka yang sekian lama mempertahankan Dato Seri Najib di Media Sosial menyaksikan hampir setiap hari Beliau dimaki hamun.. dipersenda .. dipanggil dengan nama yang buruk.. Isteri beliau dijadikan sasaran.. dan sepanjang masa itu tidak ada seorang pun dapat memberikan sebab yang jelas kenapa mereka sanggup memperlakukan pemimpin negara sedemikian rupa.

Namun dari riak wajahnya semalam saya dapat rasakan apa yang berlaku kini seolah2 satu proses yang memberi tamparan kepada mereka yang selama ini mencela beliau. Satu persatu tuduhan yang kononnya menjadi sebab beliau amat dibenci kini terpaksa dijelaskan sendiri oleh musuh beliau setelah mengambil alih pentadbiran negara.

Beliau kelihatan tenang dan tidak sedikit pun melatah. Sebaliknya wajah musuh beliau pula yang jelas kelihatan letih tidak bermaya kerana terpaksa menggalas tugas yang amat besar diusia tua pikun.

Seperti dalam ucapan terakhir beliau seusai PRU lalu... Beliau telahpun lakukan yang terbaik buat rakyat Malaysia. Ia kini terbukti apabila diakui oleh bekas gabenor yang dilantik musuh beliau sendiri untuk menjaga ekonomi.

Segala usaha beliau yang baik untuk rakyat seperti ECRL dan BRIM tetap diteruskan. Rakyat negara ini terus dapat menerima manfaat hasil usaha yang beliau ilhamkan. Cuma GST sahaja tetap kekal dihapuskan yang mana ia merupakan langkah yang sangat berisiko kepada kerajaan musuh beliau kerana perlaksanaannya bakal menyusutkan pendapatan negara dan mungkin juga menjadi kemarahan rakyat apabila sudah ada peniaga menjangkakan harga barang akan naik.

Bezanya kini beliau dapat lebih masa untuk luangkan bersama keluarga setelah lebih 40 tahun menghambakan diri kepada negara. Beliau akan dikenang sebagai Perdana Menteri yang terbaik rakyat Malaysia pernah ada. Terima Kasih Dato Seri... Kami akan merindui kepimpinan Dato Seri.. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa Dato Seri kepada kami semua.



Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlinding jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua

Wednesday, May 16, 2018

ANWAR DIMANGSAKAN MAHATHIR.. BUKAN NAJIB




Semua kata Anwar meliwat..

Ya itu kesudahan.. Tetapi tahu tak kita bagaimana kesalahan ini disiasat?

Bagaimana saya boleh katakan Anwar sememangnya merupakan mangsa tahanan politik?

Merujuk kepada kes liwat yang pertama. Mahathir terlebih dahulu mengetahui masalah perilaku Anwar melalui surat daripada Umi Hafilda Ali. Beliau kemudiannya tidak melakukan sebarang tindakan. Musa Hassan kemudiaannya ditugaskan secara rahsia untuk mengawasi pergerakan Anwar.

Ok perbuatan menghantar seseorang untuk mencari salahlaku ini lah yang dikatakan sebagai Victimisation. Jika keadaan yang sama berlaku di tempat kerja, perkerja yang menjadi mangsa boleh menidakkan hukuman kerana cara kesalahan itu dibongkar adalah dengan mencari-cari apa saja masalah yang boleh dijadikan sebab seseorang itu dikenakan tindakan displin dan kemudiannya diberhentikan kerja.

Hal ini berbeza keadaannya dengan Kes Liwat 2 kerana ada mangsa yang mengadu kepada pihak berkuasa.

Tuesday, May 15, 2018

THANOS DAH KELUAR





Konpius aku dengar ucapan Anwar.. Sama je macam masa mula2 dia kene pecat dengan Mahathir 1998 dulu.. Ya ketika itu aku ada disebelah Anwar sambil pimpin beliau berarak dengan ribuan rakyat yang lain dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka.

Auranya masih sama.. Beliau berada dalam mode REFORMASI selama 20 tahun! Sampai dah terlupa beliau sepatutnya mengubah tone ucapanya sama seperti mana beliau berucap dihadapan perwakilan UMNO ketika menjawat jawatan sebagai TPM dulu.

Sepanjang masa itu aku sebagai bekas reformis menulis tentang beliau beberapa kali. Amat faham dengan apa yang beliau maksudkan sebagai mangsa tahanan politik. Drama politik negara memang sangat intense dengan cerita perebutan kuasa diantara tokoh2 pemimpin Melayu yang amat berpengaruh.

Kita saksikan apa pula cerita yang mahu dihidangkan. Dunia itu berputar.. Kadang kala kita berada di atas dan adakala berada dibawah.. Namun semua itu ujian untuk Allah lihat sejauh mana kita tetap cekal mempertahankan kehendak Allah dalam kehidupan kita.

PSSTTT.. Aku nak ingatkan korang.. Anwar tak pernah merasa jadi Perdana Menteri.. Kita lihatlah sama ada dia akan kempunan lagi ataupun tidak dibawah Perdana Menteri yang sama..

AWAN GELAP DI PAGI 9 MEI




Perkataan yang paling kerap di ulang2 oleh netizen sebaik sahaja tewasnya kerajaan pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak ialah..

#FITNAH

Bagaimana rakyat dinegara ini terlalu mudah termakan fitnah. Lemahnya pertimbangan dan ceteknya akal fikiran hingga sanggup memangsakan pemimpin yang sekian lama bertungkus lumus memastikan setiap lapisan kumpulan rakyat dibawah pimpinannya menikmati hasil kemakmuran negara.

Boleh disimpulkan pada pagi 9 Mei yang lalu cahaya kebenaran hampir tidak sampai ke muka bumi. Ia dihalang oleh awan gelap fitnah menyelubungi sepanjang persisiran pantai barat semenanjung.

Awan gelap ini terlalu berat tidak lagi mampu untuk ditolak angin. Ia terus mengumpulkan kandungan fitnahnya hingga tidak ada sejalur pun cahaya dapat melepasinya.

Apabila sampai di daerah yang dilimpahi sinaran cahaya, mereka menekupkan muka dan telinga. Terus berjalan tanpa melihat terangnya cahaya. Apatah lagi mahu melihat wajah sendiri dicerminan.

Kini awan gelap tadi telahpun bertukar hujan membasahi bumi.. Giliran sang mentari melimpahkan cahaya. Tidak ada satu daerahpun terhalang dari menerima cahayanya. Mereka tidak dapat lari daripadanya. Kini mereka dipaksa untuk berfikir. Cuba menjawab dan menilai semula adakah jawapan sebelum ini masih sama.

Tidak... Tidak sama..

Dulu tidak mahu siasat.. Tak mahu dengar penjelasan.. Tak kisah sungguhpun ada yang sanggup berterus terang.. Yang dibawa bekal sampai ke peti undi hanyalah sangkaan semata mata... Kini telah jelas semuanya..  Apa tidaknya, ia datang dari pihak yang kamu sangat percaya hingga segala kotoran fitnah kamu sanggup terima daripadanya..










Monday, May 14, 2018

UMNO TUMBANG KERANA SI TANGGANG



"Apa mak nasihat dia cara jaga baby dia langsung tak mahu pakai.. die lebih percaya apa orang kata kat internet dari pengalaman mak besarkan 3 orang anak... "

Itulah keluhan mak bile adik aku baru dapat baby.. Itulah keadaan generasi hari ini yang rasa diri mereka sudah lebih cerdik dan tak perlu kepada nasihat orang tua. UMNO kekal memerintah sekian lama kerana hubungan kekeluargaan orang melayu sangat kuat. Mereka amat hormatkan Ibu dan Ayah.. Ayah tak putus2 nasihatkan anak2 jangan lupa kepada jasa UMNO. Kalau tak kerana UMNO kita takkan mampu hidup selesa seperti sekarang ini. Namun zaman sekarang apabila pulang dari bandar anak2 pula paksa mak ayah undi parti musuh dengan pelbagai alasan dengan penuh rasa kebencian.

Hari ni Mak Bapak kata.. Zaman aku dah habis dah.. anak2 aku dah pun hidup senang.. Aku dah tak ada apa2 yang aku mahu sebelum menutup mata. Kau lah yang buat pilihan untuk masa depan anak2 kau sendiri. Renunglah wajah mereka. Usah kau kesal jadi anak derhaka. Mak Bapak tetap doakan kau dan keluarga selamat..

Wednesday, May 9, 2018

LAWAN PEMYELEWENGAN DENGAN DAKWAH. BUKAN DENGAN UNDI



Kalau nak lawan penyelewengan kene lah melalui dakwah agar manusia kembali taat kepada agama dan yakin setiap perbuatan Allah perhatikan. 

Peti undi hanya bagi kuasa kepada orang kafir harbi yang merupakan dosa pula kepada kita bila berbuat demikian.

Monday, May 7, 2018

DAP NAK JAGA CINA, UNDI MELAYU PULA YANG HILANG




Di saat akhir sebelum Malaysia membuat keputusan, kelihatan DAP kini menghadapi situasi yang sukar apabila turun bertemu pengundi. Keadaan ini adalah disebabkan 2 perkara besar DAP lakukan sebelum ini.. Yang pertama: Menerima Tun Mahathir dalam PH...Yang Kedua: Menggunakan logo PKR dalam PRU.

Memanglah dari segi strategi, pimpinan DAP boleh menjelaskannya diperingkat tertinggi. Bagaimana dengan pengundi? Mereka pasti menuntut untuk mendapatkan penjelasan yang sama. Dalam usaha DAP ingin menyakinkan pengundi terutama sekali disaat akhir ini, mereka terpaksa mendedahkannya dalam siri ceramah yang terbuka.

Semalam melalui sebuah rakaman ceramah oleh Nga Kor Meng yang didedahkan melalui TV3, jelas beliau kelihatan menghadapi kesukaran untuk menyakinkan pengundi tentang strategi yang digunakan DAP ini.

Beliau menyatakan tugas Mahathir yang belum selesai ialah untuk menumbangkan Najib. Setelah tugas ini selesai beliau boleh ikut Lee Kuan Yew (meninggal dunia) bermain mahjong.   Strategi dan helah seperti ini tidak sesuai jika didengar oleh penyokong Tun Mahathir sekali gus mengesahkan DAP memperalatkan beliau untuk memperdaya pengundi Melayu.

Logo DAP yang hilang dalam PRU kali ini juga meresahkan ramai pengundi cina. DAP sebenarnya meletakkan calon mereka dibawah telunjuk pengurusi parti keadilan dan pasti jika PH menang, status YB PH adalah lebih terjamin dibawah kepimpinan PKR bebanding DAP.

DAP terpaksa membuang masa membuat penerangan sebegini kepada pengundi mereka diseluruh negara. Itu bagi mereka yang sempat hadir ke siri ceramah ini. Bagi yang tidak sempat hadir jumlahnya mungkin lebih besar lagi. Bak kata pepatah apa yang dikejar tidak kesampaian, yang dikendong pula keciciran..

Sunday, May 6, 2018

CERAMAH DAN ROADSHOW PELUANG TERAKHIR RAKYAT KEPADA PEMBANGKANG





Apa nak dihairankan jika yang hadir dalam siri ceramah pembangkang ramainya bagai LAUTAN?

Keadaan ini telah berlaku sejak dari zaman dahulu lagi. Lebih2 lagi ketika dalam tempoh berkempen. Di zaman belum adanya internet malah ketika kerajaan menyekat media pembangkang acara roadshow dan siri jelajah ceramah ini satu2nya cara mereka untuk sampai kepada rakyat.

Roadshow ini dianggap ekslusif kerana apa yang disampaikan melaluinya mungkin kita tidak berpeluang mendengarnya melalui media arus perdana. Sebagai rakyat yang ingin menjalankan tanggungjawabnya memilih dalam PRU adalah tindakan bijak bagi mereka turut sama menjadikan ceramah dan roadshow ini sebagai sumber maklumat untuk dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Namun bagaimana pula jika dapatan melalui isi kandungan ceramah yang dihadiri gagal untuk menyakinkan mereka dengan fakta dan hujah yang kuat? Ditambah pula dengan akses media sosial menjadikan mereka lebih bijak menilai sesuatu isu dan memperbandingkan maklumat  yang diperolehi untuk menilai siapa yang jujur dan siapa pula yang sebenarnya menipu?

Ceramah dan roadshow adalah PELUANG terakhir oleh rakyat untuk mendengar versi pembangkang. Bukan tanda sokongan. Jika isinya penuh dengan sumpah seranah dan pembohongan, maka ceramah dan roadshow itu bakal menghukum pembangkang dipeti undi.

ANGKAT SI PEMBOHONG: RAKYAT MENIPU DIRI SENDIRI




Menipu ni bukan dosa bagi mereka.. Ia adalah salah satu dari seni helah peperangan yang boleh diguna pakai dalam perniagaan mahupun politik.

Bagi kita orang Islam menipu pun dibenarkan dalam peperangan namun larangan menipu dalam jual beli ada disebut dalam Al Quran. Namun dalam politik, sifat amanah itu sangat penting. Pemimpin memikul amanah jutaan rakyat untuk dibela dan dijaga kebajikannya. Jika dalam menggapai kuasa pun pemimpin menghalalkan pelbagai cara termasuk penipuan untuk memburuk-burukkan lawan maka jika mereka berkuasa tidak mustahil cara yang sama digunapakai untuk menipu rakyat demi kepentingan tertentu.

Akhirnya rakyat yang terpaksa menerima kesannya apabila membiarkan sipenipu berkuasa dan menjadikan seluruh rakyat mangsanya. Oleh itu kita tidak boleh terima si PENIPU dan si PEMBOHONG mengambil bahagian dalam kuasa politik sistem demokrasi kita. Rakyat sepatutnya menghalang mereka dari terus berpolitik dan berterusan mereka penipuan demi penipuan untuk menang undi.

Namun sayang ada juga segelintir rakyat tidak kisah apapun cara yang digunakan oleh parti sokongan mereka asalkan ia memberi impak negatif kepada parti lawan. Ini adalah satu amalan merosakkan tujuan demokrasi yang mana sepatutnya digunakan rakyat memilih mereka yang benar2 layak untuk memikul tanggungjawab dan seterusnya membela nasib setiap rakyat negara ini. Mengangkat si PENIPU dan si PEMBOHONG sebagai pemimpin adalah seperti MENIPU DIRI SENDIRI.

MAHATHIR PERNAH NAK TUBUH PARTI LAIN SEBELUM JADI PM LAGI



Kisah dari FB Saiful Bahari Baharom

Saya baru pulang dari rumah ibu saya.

Ibu saya menceritakan, long time ago, dia dan arwah ayah, pergi dinner dengan (masa itu) Dr Mahathir di Lake Club.

Pada masa itu, Dr Mahathir tersangat marah dengan (Almarhum) Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri ketika itu.

Sembang Dr Mahathir malam itu berkisar dengan dia membidas Tunku.

Apparently, Dr Mahathir berkata bahawa dia ada perancangan untuk keluar UMNO dan tubuhkan parti lain.

Ibu saya marah Dr Mahathir, “Kalau marah, tegur dalam parti. Jangan hancurkan UMNO.”

Bila balik rumah, my late father said to my mum, “Wahh, berani you marah Mahathir.”

My mother jawab, “Betul pun. Apa takut?”

Heh, my mum! Love her so much.

Thursday, May 3, 2018

MUNDURNYA MALAYSIA ZAMAN MAHATHIR



Abdul Rahman Abdul Kadir
#MAHATHIR_NAIK_MALAYSIA_MUNDUR

Poster bongok di bawah diedarkan dari rumah ke rumah bertujuan menipu rakyat.

Jom kita bidas satu persatu:

1. GST

Zaman Tun tiada GST (6%) tetapi ada SST (10+ 6 %).
SST ini sistem tidak telus. Peniaga caj cukai kepada kita, tetapi tak serah kepada kerajaan untuk digunakan buat rakyat. Bermaksud mereka telan keuntungan free2.
Bayangkan kutipan SST hanya RM 17 billion tetapi apabila GST dilaksanakan, kutipannya mencecah RM 44 billion! Rakyat ditipu oleh peniaga sebanyak RM 27 billion setahun.
GST tidak dikenakan terhadap kebanyakan barang keperluan harian. Apa barangan yang rakyat miskin guna dan kena GST hari? Cuba sebutkan.

2. SUBSIDI

Siapa kata di zaman DS Najib tiada subsidi?
Zaman DS Najib subsidi kesihatan saja berjumlah RM 28 billion setahun.
Subsidi pukal adalah tidak adil kerana golongan kaya raya juga menikmatinya. Ini adalah merupakan satu ketirisan. Kerajaan DS Najib memberikan subsidi bersasar yang lebih telus kepada golongan sasaran dalam bentuk BR1M.
Zaman Tun, petrol pun beliau kenakan cukai Sales Tax sebanyak 58 sen seliter! Petrol dijual pada harga lebih mahal 58 sen seliter dari harga pasaran.
Zaman DS Najib, petrol RON 95 TIDAK DIKENAKAN GST.

3. HUTANG NEGARA

Hutang negara akan bertambah selaras dengan pertambahan pendapatan negara.
Ia perlu dibandingkan dengan nisbah KDNK.
Nisbah hutang kepada KDNK zaman Atok adalah hampir 103%.
Nisbah hutang kepada KDNK zaman DS Najib telah diturunkan kepada hanya 50.5%.
Negara2 maju adalah tinggi hutangnya.
Negara2 yang rendah hutangnya adalah seperti Myanmar dan Bangladesh. Apakah bagus negara2 ini?

4. PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

Ini satu temberang tahap babi pun boleh terbang oleh pembangkang. Zaman siapa yang perlahan? Mestilah zaman Atok. Projek2 asyik beri pada kroni. Tak pernah siap on time dan sentiasa bankrap dan kena bailout dengan harga berganda.

Zaman DS Najib beliau bina infrarakyat yang cukup bermakna di seluruh negara.

Mari kita lihat 172 projek dan jasa DS Najib hanya dalam 9 tahun pemerintahan vs 22 tahun Atok memerintah. Macam langit dan bumi beb.

Baca kat sini: https://m.facebook.com/HalimCatuarDawson/albums/1865658367022904/

5. HARGA BARANG

Kononnya harga barang adalah murah pada zaman Tun berbanding zaman DS Najib.
Tahukah anda pada zaman Tun, FOMCA melakukan mogok terhadap penjualan barang2 kerana kenaikkan harga mendadak. MTUC juga menyertai bantahan ini.
Zaman DS Najib, tidak ada lagi mogok seumpama ini oleh FOMCA atau mana2 persatuan pengguna.

Harga barang memang meningkat mengikut zaman. Tidak ada negara yang harga barangnya kekal atau turun mengikut zaman.
Zaman Tun, berapa kerat rakyat yang mampu menunaikan umrah dan melancong?
Zaman DS Najib, hari2 ada berbelas2 penerbangan ke Jeddah dan Madinah.

6. PROTON

Pada zaman Tun, Proton 100% milik kerajaan tetapi dijual pada harga yang lebih mahal, rendah kualiti berbanding spek antarabangsa dan tidak mematuhi ciri keselamatan antarabangsa seperti tiada airbag.
Untuk pasaran luar negara, Proton dibuat dengan kualiti tinggi, spek tinggi dan harga yang jauh lebih rendah kononnya untuk menyaingi pasaran. Apa gunanya memiliki 100% sedangkan rakyat tidak mendapat manfaat. Malah Proton rugi memanjang dan mengharapkan bantuan kerajaan berbillion ringgit setiap tahun. Apa gunanya pegang 100% sedangkan yang dikayakan hanya vendor2 kroni. Lebih 30 tahun berada di pasaran, Proton langsung tak dapat berdiri sendiri kerana tidak mampu buat R&D sendiri. Balik2 ambik kereta model lama Jepun, tukar lambang dan ngaku kereta nasional.

Zaman DS Najib, banyak projek2 infrarakyat adalah milik kerajaan. MRT sebagai contoh adalah 100% milik kerajaan Malaysia.
Sedangkan LRT dan monorail zaman Tun adalah milik kroni, bankrap dan dibailout oleh Atok pada harga berganda bagi memastikan kroni kekal kaya. Tak caya, tanyalah Tan Sri Tajuddin Ramli.

7. PERUNTUKAN PENDIDIKAN DIPOTONG

Kononnya peruntukan pendidikan diberi keutamaan hanya pada zaman Atok.
Aisey...zaman Atok yuran sekolah kena bayar.
Nak ambik exam awam macam UPSR, PMR, SPM dan STPM kena bayar yuran peperiksaan.
Buku teks pun kena mohon untuk pinjaman. Buku teks yang hancur dan lunyai pun masih diturunkan bagi peminjam SPBT.

Zaman DS Najib tiada lagi yuran sekolah. Yuran peperiksaan mansuh. Malah buku teks pun diberikan percuma kepada SEMUA rakyat.

Zaman siapa yang sedut hasil rakyat seperti lintah darat? Nampak kan?

Harap ada team yang boleh jadikan artikel saya dalam bentuk infografik.

#NegaraKru

MELAYU BANGSA YANG TIDAK BERNEGARA






Kita terlalu naive membuang masa meneliti satu per satu janji2 pembangkang padahal kita sedar mereka tidak pernah serius dan menjadikan ia sekadar alat untuk mencapai matlamat lebih besar iaitu mengUBAH sistem negara ini kepada sebuah negara Republik. Ketika itu mereka akan menjemput semua Singapura untuk menyertai Malaysia yang mana ia telah disuarakan oleh mendiang Lee Kuan Yew sebanyak 2 kali ketika beliau masih hidup.

Seperti yang kita sedia maklum Singapura kini membuka kerakyataan seluas2nya kepada warga china dengan harapan menambahkan jumlah warga negaranya secara sistematik hingga wujudnya masalag sosial dalam menima kehadiran mereka.

Apabila berlakunya penggabungan semula 2 negara berjiran ini maka jumlah orang Melayu tidak lagi significant untuk mewujudkan sebuah negara yang diperintah oleh melayu Islam buat selamanya. Melayu akan menjadi bangsa yang tidak bernegara. Ditindas dan dibuang menjadi bangsat sampai bila2..