Monday, April 21, 2014

KEZALIMAN KARPAL




Karpal antara mereka yang berani bersama DAP memperjuangkan visi Malaysian Malaysia dikala ramai yang menjauhkan diri dari parti itu selepas peristiwa 13 May... Begitulah pendapat Lim Kit Siang apabila ditanya tentang jasa mendiang terhadap dirinya. 

Tidak ada apa yang perlu dihairankan bagi mereka yang bukan bertaraf bumiputra ini apabila mereka menuntut hak kesamarataan ini. Keadilan bagi mereka adalah sama rata sama rasa. Manakala keadilan dalam Islam pula adalah meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Maka kelebihan yang dinikmati kaum bumiputra adalah yang selayak dan seadilnya mengikut prinsip keadilan dalam Islam. Keadilan yang difahami Karpal adalah kezaliman terhadap kaum pribumi negara ini. 

Mereka harus sentiasa sedar bahawa mempertikaikan status bumiputra bermakna mempertikaikan status kewarganegaraan mereka sendiri kerana ia adalah kurniaan dan hasil tolak ansur pemimpin kaum bumiputra terhadap kehadiran nenek moyang mereka sewaktu ketika dahulu. 

Adalah lebih terhormat jika mereka yang tidak berpuashati terhadap hak istimewa bumiputra melepaskan taraf kewarganegaraan mereka di negara ini dari terus menyakiti masyarakat peribumi yang banyak berkorban rasa selama menerima mereka menjadi sebahagian dari Malaysia.






No comments:

Post a Comment