Friday, September 29, 2017
YANG JAHIL TUDUH DISKRIMINASI
Saya ada seorang kawan sekerja berketurunan Singh amat mengambil berat isu Halal malah peka dengan larangan dan suruhan agama serta ibadah orang Islam.
Satu hari ketika mesyuarat, sedang beliau lantang berhujah tentang syarat halal keluaran syarikat dan minta semua patuhi, saya menemplak dengan berkata.. "Mr Singh, sebab itu saya memang nak awak jadi pengurusi Halal Syarikat. Dengan janggut dan serban awak tu dah cukup moleklah.". Berderai semua orang ketawa melihatkan gelagatnya angkat tangan sambil menggelengkan kepala..
Moralnya.. Kalau rakyat Malaysia saling faham memahami tidak akan timbul soal diskriminasi dobi muslim only ni. Tuduhan diskriminasi terbit dari kejahilan anggota masyarakat yang menolak semangat perpaduan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment