Sunday, May 6, 2018

ANGKAT SI PEMBOHONG: RAKYAT MENIPU DIRI SENDIRI




Menipu ni bukan dosa bagi mereka.. Ia adalah salah satu dari seni helah peperangan yang boleh diguna pakai dalam perniagaan mahupun politik.

Bagi kita orang Islam menipu pun dibenarkan dalam peperangan namun larangan menipu dalam jual beli ada disebut dalam Al Quran. Namun dalam politik, sifat amanah itu sangat penting. Pemimpin memikul amanah jutaan rakyat untuk dibela dan dijaga kebajikannya. Jika dalam menggapai kuasa pun pemimpin menghalalkan pelbagai cara termasuk penipuan untuk memburuk-burukkan lawan maka jika mereka berkuasa tidak mustahil cara yang sama digunapakai untuk menipu rakyat demi kepentingan tertentu.

Akhirnya rakyat yang terpaksa menerima kesannya apabila membiarkan sipenipu berkuasa dan menjadikan seluruh rakyat mangsanya. Oleh itu kita tidak boleh terima si PENIPU dan si PEMBOHONG mengambil bahagian dalam kuasa politik sistem demokrasi kita. Rakyat sepatutnya menghalang mereka dari terus berpolitik dan berterusan mereka penipuan demi penipuan untuk menang undi.

Namun sayang ada juga segelintir rakyat tidak kisah apapun cara yang digunakan oleh parti sokongan mereka asalkan ia memberi impak negatif kepada parti lawan. Ini adalah satu amalan merosakkan tujuan demokrasi yang mana sepatutnya digunakan rakyat memilih mereka yang benar2 layak untuk memikul tanggungjawab dan seterusnya membela nasib setiap rakyat negara ini. Mengangkat si PENIPU dan si PEMBOHONG sebagai pemimpin adalah seperti MENIPU DIRI SENDIRI.

No comments:

Post a Comment