Saturday, May 26, 2018
UMNO PERLU PERJUANGKAN HAK SAMARATA DALAM ORGANISASI SWASTA
Agenda kesaksamaan peluang untuk maju dalam karier di syarikat swasta sepatutnya menjadi agenda UMNO sebagai pembangkang kini.
Syarikat persendirian yang majoritinya dimiliki oleh orang cina mempunyai komposisi kaum yang tidak seimbang diperingkat pengurusan.
Pekerja dari bangsa Cina mempunyai kelebihan untuk menjawat jawatan sebagai pengurus dengan menafikan kaum lain yang mungkin mempunyai kelebihan dari prestasi atau senioriti.
Komposisi ahli parlimen dan perlantikan semula jawatan penting seperti Menteri Kewangan dari kaum Cina dalam kerajaan PH sepatutnya dijadikan contoh oleh pemilik syarikat dinegara ini untuk membuang amalan perkauman dalam organisasi mereka.
Pelbagai cara dilakukan oleh majikan untuk menyekat kemaraan pekerja dari kaum Melayu untuk maju dalam karier mereka agar barisan pengurusan terus dimonopoli oleh kaum cina. Mereka sepatutnya lebih profesional dan memberi keutamaan kepada mereka yang benar2 layak dari segi pengalaman dan keupayaan berbanding perkauman.
PH atau DAP dalam banyak PRU sebelum ini menjadikan agenda kesaksamaan hak samarata sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Idea yang sama sepatutnya mencorakkan organisasi yang beroperasi di negara ini dan UMNO perlu mengambil peluang sebagai parti mewakili orang Melayu mendesak kerajaan PH memperkenalkan undang2 kesaksamaan dalam organisasi swasta dan menjadikan ia manifesto agar UMNO mampu untuk mendapat sokongan penuh orang Melayu yang membentuk suara majoriti dalam pemilihan kerajaan akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment