Monday, August 20, 2018

TELITINYA PAS, TUKANG KEMPEN PUN DITAPIS




Satu dimensi politik baru bagi UMNO apabila berkempen untuk calon PAS pada PRK Seri Setia. Beberapa personaliti dari UMNO dilarang untuk menyertai kempen kerana bimbang menyebabkan pengundi menjauhkan diri.

Begitulah cara berpolitik yang kita perlu pelajari dari PAS. Mereka sangat teliti dan mengambil kira segala aspek yang mempengaruhi pengundi dalam membuat pilihan. Kecenderungan pengundi majoriti, Latar belakang Allahyarham bekas ADUN malah orang2 yang mengelilingi calon ketika pilihanraya.

Sebelum ini UMNO yang memberi seluas2 ruang dan mengerahkan jentera seramai boleh untuk terlibat dalam kempen pilihanraya. Namun berbeza bagi pusingan kali ini apabila calon PAS yang bertanding, UMNO sebagai rakan gabungan terpaksa akur dan menghormati gerakkerja PAS.

UMNO selama ini beranggapan rakyat akan terima siapa saja calon yang mereka letakkan. Citarasa dan imej yang mempengaruhi pilihan rakyat setempat tidak langsung menjadi faktor. Apabila bergabung dengan PAS bukan imej calon saja yang diutamakan, tukang kempen pun amat diberi perhatian agar tidak mencemarkan imej calon.

Memang susah untuk buat orang suka kepada kita. Tetapi begitulah keadaannya apabila menjadi pembangkang. Menjadi pilihan rakyat adalah kemuncak segala pertaruhan.

No comments:

Post a Comment