Monday, October 1, 2018
MELAYU tak perlu takut kepada ASIMILASI.
Acap kali kita menyaksikan seorang demi seorang artis atau selebriti bukan Islam bertindak memeluk agama Islam setelah melalui proses asimilasi yang berlaku apabila bercampur gaul dengan rakan artis dan selebriti beragama Islam.
Malah seperti satu tradisi mereka tidak dapat lari dari melayan harapan ribuan pengikut industri hiburan tanah air untuk melihat satu hari nanti mereka akan bertemu pasangan yang beragama Islam dan seterusnya memeluk agama Islam.
Sungguhpun golongan seni bukanlah pendakwah bertauliah, namun persahabatan dan hubungan akrab yang tidak bersempadan antara mereka menjadikan artis bukan Islam ini sedikit demi sedikit mendekati Islam bermula dengan mengambil tahu tentang amalan dan ajaran agama rakan2 mereka.
Dalam lakonan pula adakalanya mereka diberikan watak sebagai mualaf.. Pasangan kekasih dari set yang kemudiannya dibawa keluar set. Perkahwinan kemudiannya campur berlaku secara semulajadi.
Maka perkara yang sama akan berlaku jika asimilasi berlaku dalam masyarakat negara kita. Bahasa dan identiti Melayu tidak sepatutnya menjadi satu kebimbangan. Hasilnya kita mempunyai lebih banyak peluang berlakunya perkahwinan campur yang menambahkan bilangan penganut agama Islam.
Islam kemudiannya berkembang kepada adik beradik dan keluarga saudara baru. Disaat itu kita akan mulai sedar bahawa Islam itu telah menjadikan Cina Melayu India soal yang tidak penting berbanding nilai persaudaraan yang dibawa oleh agama itu.
Sesuai dengan anjuran Islam agar kita saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Dari situ kita akan mampu melihat betapa besarnya kesempurnaan dan kehebatan Allah yang menjadikan manusia dengan pelbagai suku kaum serta bahasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment