Thursday, September 22, 2016
ALASAN UNTUK MENGHALALKAN PENGKHIANATAN
Saya sangat bersimpati dengan mereka yang melompat ke parti #BERSATU tetapi dalam masa yang sama mengharapkan rakan2 yang masih setia bersama UMNO tidak memusuhi atau membenci mereka.
Mereka memberi alasan BERSATU masih mempunyai agenda yang sama dengan UMNO cuma bezanya mereka memilih platform yang berlainan.
Mereka juga membayangkan tindakan mereka hanyalah sementara untuk menjalankan agenda tertentu dan akan tetap kembali kepangkuan UMNO sama seperti S46 dan PKR kerana yakin parti itu tetap yang terbaik.
Mereka juga yakin tindakan mereka tidak akan menjejas UMNO kerana parti itu cukup kuat untuk ditumbangkan.
Bagi saya alasan2 yang mereka berikan hanyalah untuk menghalalkan sebuah pengkhianatan.
Sebagai parti yang membawa label BERSATU pasti mereka dengan mudah menyambung pepatah BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH. Selagi mereka tidak tunduk dengan kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri tidak ada gunanya mereka mendakwa membawa perjuangan yang sama kerana ia hanya akan mencuri undi UMNO dan melemahkan parti utama orang Melayu itu.
Jelas kita dapat saksikan UMNO lebih yakin melangkah apabila membentuk kerjasama dengan PAS. Maka kewujudan sebuah lagi parti orang Melayu yang tidak sanggup bekerjasama dengan UMNO adalah selayaknya dilayan sebagai musuh nombor satu berbanding parti2 lain.
Tindakan mereka walaupun sekadar mahu menimbulkan panik untuk menghilangkan keyakinan orang Melayu terhadap UMNO dan kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak adalah sebesar-besar pengkhianatan terhadap bangsa, negara dan agama kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment