Monday, September 5, 2016
TUNTUT HAK BUKAN TIDAK BERSYUKUR
Minta orang lain BERSYUKUR?
Setiap orang berhak untuk mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan masing2.
NAMUN adakah patut seorang yang boleh melanjutkan pelajaran diperingkat sarjana kita bantutkan hasrat mereka kerana bimbang dituduh TIDAK BERSYUKUR dengan ijazah yang ada dalam tangan?
Sama juga dalam isu tuntutan pampasan pencen tanggungan keluarga arwah Kapten Hasman Hussin meninggal dunia dihanyutkan banjir ketika menjalani kursus di Missouri, Amerika Syarikat.
ADAKAH PATUT dalam usaha keluarga beliau mendapatkan pembelaan selayaknya demi kelangsungan hidup waris beliau yang masih kecil dituduh tidak bersyukur kerana telahpun menerima sejumlah wang insuran nyawa?
Apapun yang dituntut oleh keluarga arwah adalah berkaitan HARTA ANAK YATIM yang bakal digunakan untuk menampung perbelanjaan hingga mereka dewasa. Jika mereka layak untuk dapat lebih dari apa yang telahpun mereka terima sebelum ini, siapa kita untuk menahannya dan kemudian menuduh keluarga arwah kononnya TIDAK BERSYUKUR?
ADAKAH kita tidak takut jika akibat perbuatan kita itu menyebabkan kita termasuk dalam golongan orang yang MENAHAN HARTA ANAK YATIM?
Anak yatim diberikan kedudukan yang amat istimewa dalam agama. Rasulullah SAW sendiri adalah seorang yatim piatu.
Disebabkan golongan yatim ini umumnya lemah dan sering ditindas diambil kesempatan termasuk oleh ahli keluarga sendiri kerana tertarik dengan harta peninggalan bapa mereka MAKA Allah telah menetapkan bagi mereka yang memakan atau menahan harta anak yatim sebagai salah satu daripada DOSA2 BESAR.
Labels:
balu,
hazwani,
kapten hasman hussin,
missouri,
pampasan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment