Wednesday, August 10, 2016

SALLEH GOPOH : MALAYSIA BAKAL HILANG IDENTITI BAHASA KEBANGSAAN



Dengan pengumuman Kementerian Penerangan untuk membuka kategori Filem Terbaik Malaysia kepada filem yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan maka bermulalah era baru apabila Bahasa Melayu dilucutkan taraf kebangsaannya selangkah demi selangkah.

Kementerian tidak sepatutnya terburu2 mengubah format anugerah Festival Filem Malaysia. Cukup sekadar berjanji akan mempertimbangkan cadangan pihak2 tersebut. Segala perubahan serta pengenalan format baru hanya akan digunapakai pada penganjuran akan datang.

Kementerian masih boleh mengumpul cadangan agar matlamat memperkasakan bahasa kebangsaan tidak menjadi taruhan.

Kementerian boleh mengenakan syarat sebagai contoh, jika sesuatu filem berbahasa bukan Melayu mahu dicalonkan sebagai filem terbaik, filem tersebut perlu mempunyai versi alih bahasa dalam bahasa kebangsaan.

Sikap Kementerian yang mudah mengalah akan membayar padahnya dikemudian hari. Peruntukan dalam perlembagaan berkenaan bahasa kebangsaan tidak lagi relevan seperti apa yang berlaku di Singapura. Pada hari ini rakyat Singapura sendiri pasti akan terkejut bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara itu.

Kementerian mungkin akan berpendapat lebih banyak lagi ruang dan cara untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.

Namun percayalah kewujudan ketegori sampingan khas untuk bahasa kebangsaan setara dengan bahasa yang lain akan menjadi panduan seperti bintang penunjuk arah diangkasa bahawa negara ini telah berubah identitinya dan perlu diperluaskan kepada kementerian2 yang lain. Akhirnya terlucutlah keistimewaan bahasa Melayu sebagai BAHASA KEBANGSAAN hingga generasi masa depan keliru dengan identiti negara ini.

No comments:

Post a Comment