Wednesday, March 8, 2017

DILEMMA AHLI POLITIK SENJA


Manusia ini digambarkan terlalu hebat malah diangkat pengkagumnya ke tahap yang luar biasa berbanding pemimpin negara yang lain.

Sungguhpun begitu, beliau perlu melakukan pelbagai usaha yang melanggar segala prinsip perjuangan, diinjak-injak tugu yang pernah  dijunjungi dan meminta kita semua pertahankan selama ini.

Beliau yakin sungguhpun tindakannya telah menghiris perasaan orang Melayu dan mengecewakan ramai pengikutnya, tetap akan ada saki baki penyokong yang setia bersama sanggup menutup sebelah mata.

Tetapi setelah segalanya dikorbankan termasuklah ego terhadap musuh tradisi berpuluh tahun lamanya, beliau masih mempunyai satu persoalan..

Mengapa sehingga kini Dato Seri Najib Tun Razak masih kekal berkuasa?

Beliau akan terus dalam dilemma hingga ke akhir hayat meninggalkan pengikut-pengikut yang tidak tahu arah dan haluan.

MZH

No comments:

Post a Comment