TAHNIAH kepada kerajaan Malaysia kerana setelah pelbagai pembohongan, fitnah dan kecaman pembangkang, kerajaan tetap konsisten untuk melaksanakan struktur cukai yang baru ini.
Menangguhkannya beberapa kali sebelum ini membuktikan bahawa ia bukan keputusan yang mudah kerana sistem cukai yang sekian lama digunakan sebelum ini tidak pernah tertera dalam bil berbanding GST yang diisytiharkan walaupun nilainya lebih rendah.
Pembangkang memberi gambaran seolah-olah rakyat tidak pernah dikenakan cukai langsung sebelum GST. Peniaga pula yang tersepit dek aktiviti penipuan cukai selama ini terpaksa menaikkan harga untuk mengekalkan keuntungan mereka.
Bagi peniaga yang jujur dan pentingkan keberkatan dalam membayar cukai perniagaan, mereka sedikitpun tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan harga lama malah mampu menawarkan harga lebih murah.
Terpulang kepada kebijaksanaan pengguna untuk memilih barangan dengan harga yang kompetatif dan sentiasa mengelakkan diri dari diperdaya peniaga.
Dengan adanya struktur cukai baru ini kerajaan dapat mengawal kenaikan harga barang kerana ia mampu memantau margin keuntungan disetiap rantaian pembekal dan dalam masa yang sama menjana lebih banyak pendapatan untuk menjalankan perancangan pembangunan.
Kedua-duanya menguntungkan rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak pernah sunyi dengan keluh kesah tentang kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi pada bahan keperluan seperti petrol.
Pengguna perlu bangkit dan sedar dari pembohongan pembangkang yang tidak sudah-sudah menyalahkan kerajaan padahal apa yang pengguna patut lakukan sekarang ialah memboikot peniaga yang menaikkan harga barang hanya kerana GST.
Semoga pengguna terus bijak mempertahankan hak mereka. GST adalah kemenangan untuk pengguna. Hanya pengguna keliru sahaja akan melawan GST bagi pihak peniaga agar mereka terus bermaharajalela menaikan harga barang.
Akhir kata...
JADILAH PENGGUNA BIJAK
- zulhairi fetani - aktivis rakyat marhaen
No comments:
Post a Comment