Friday, March 20, 2015

TERIMA KAWANGAN ISLAM TETAPI TOLAK HUDUD?



TERIMA KEWANGAN ISLAM TETAPI TOLAK HUDUD?

Hudud bukan sekadar hukuman, ia merupakan signal yang cukup mudah difahami betapa sesuatu perbuatan keji itu sangat dibenci oleh agama sepertimana setiap manusia sangat benci dikenakan tindakan melalui hukuman-hukuman yang telah dijelaskan di dalamnya.

Tanpa Hudud maka kita lihat jenayah zina dan rogol seperti satu perkara mainan anak muda. Dek penangan dunia cyber, anak-anak bebas dari pemantauan ibu dan bapa sungguhpun jasad mereka masih berada di hadapan mata. Hududlah yang akan memelihara setiap tingkahlaku mereka disebabkan ketakutan yang cukup mengesankan.

Dikala Hudud dikaitkan dengan amalan kekejaman hukuman zaman kuno, kewangan Islam yang mana prinsip asasnya berkongsi kalam dengan Hudud kini mendapat sambutan luar biasa dari mereka yang bukan Islam berbanding orang Islam sendiri. Kewangan Islam menjadi produk mesti ada oleh segah manapun nama institusi kewangan itu di mata dunia. Betapa nilai duit itu lebih mudah difahami hingga ia berkuasa dengan sendirinya menarik minat ramai yang bencikan penginayaan dalam sistem ekonomi.

Peluang yang sama sepatutnya diberikan kepada Hudud dan mana-mana hukum lain seperti terkandung dalam kalamullah. Hak mereka yang dizalimi serta memelihara kehormatan orang Islam perlu ditegakkan melalui sistem jenayah ini. Setelah perlaksanaannya nanti barulah dunia akn mampu membuka mata atas kebaikkannya. Penangguhannya hanya menyebabkan penyakit sosial dalam masyarakat semakin melarat dan mewariskan masa depan negara kepada generasi yang tidak  tentu nasab serta keturunannya. Generasi inilah yang akan berterusan membawa dosa dan menarik segala balak dan bencana dek dosa kerosakan yang dirintis oleh mereka yang tidak pernah didisiplinkan oleh hukum Allah.


No comments:

Post a Comment