Wednesday, March 11, 2015

PAKATAN RAKYAT TIDAK PERLU BIMBANG JAGA PRESTASI





Bersembang dengan Dato Dr Simon Khoo seorang pemilik syarikat penyedia latihan, mengeluh kerana dua orang tenaga pakar motivasi beliau berhasrat untuk berhijrah ke Canada dan Australia. Mereka berhijrah kerana muak dengan suasana politik dicetuskan oleh PAKATAN RAKYAT yang asyik berpolitik hingga sanggup menafikan hak dan kepentingan rakyat.. 

Pengurusan sampah semakin buruk... 

Bekalan air pula tidak mencukupi dan berkualiti rendah.. 

Di negara asing tidak kira mana-mana parti politikpun, mereka sentiasa konsisten memberikan komitmen dalam memenuhi keselesaan rakyat yang diwakilinya. Kualiti bekalan air paip mereka selamat diminum. Pengurusan sisa pepejal mereka effisien mengikut jadual.

Tetapi di Malaysia, pengundi seolah-olah tidak kisah dengan masalah yang terpaksa mereka tanggung asalkan parti pilihan hati mereka PAKATAN RAKYAT terus berkuasa. Mereka terlalu selesa dengan gaya politik tuduh-menuduh suapan PAKATAN RAKYAT yang tidak memberi apa-apa kemajuan kepada kualiti hidup mereka. 

Entah apakah fenomena yang boleh menyebabkan mereka tersentak apabila keperitan kehidupan harian tidak lagi mampu menginsafkan betapa cuainya mereka dalam membuat pilihan kepimpinan negeri. Mereka terus dikhianati pemimpin pilihan sendiri bermodalkan air liur dusta, tanpa perlu bersusah payah menjaga prestasi.

No comments:

Post a Comment