Tuesday, November 12, 2019

DIHUJUNG NYAWA BIMBANG ZAMAN GELAP


Di hujung nyawa bimbang zaman gelap?

Ya mungkin ketika ini kita bukan berada di dalam kedudukan itu. Kita tahu masanya akan sampai tetapi buat masa ini ada perkara yang lebih menarik untuk difikirkan dahulu. Impian masih panjang. Namun apakah dapatanmu apabila saat itu hampir tiba,  zaman yang sering menjadi kebimbangan, zaman gelap yang penuh dengan noda hitam itu rupa-rupanya adalah zaman ini.

Dihujung nyawa kita berharap jika diberikan peluang ingin kita padam terus zaman gelap itu. Atau jika diizinkan kembali mahu saja kita menghambat diri sendiri diketika sedang asyik mencipta noda demi noda sambil berkata tidakkah kamu sedar betapa perbuatan mu itu membuatkan hari-hari akhir mu di dunia penuh dengan kegelisahan, Diakhirat menanti penderitaan tidak berkesudahan! Nikmat yang kamu kejar pula hanya memanjangkan tempoh kebinasaan.

Alangkah bagusnya jika laungan penyesalan itu dapat didengar oleh kita yang masih berada dizaman gelap ini. Saban hari merayu memohon belas kasihan agar dihentikan perbuatan dosa lalai leka. Setiap kali kedengaran maka hati serta merta sayu keinsafan. Terbantut maksiat dan dosa ditinggalkan. Nafsu terhidang tidak disapa. Lebih jauh suara situa itu kedengaran menjengah dirinya sewaktu masih muda remaja lebih banyak peluang untuk dirinya membersihkan dosa. Jiwa yang dulu kegelisahan bertukar tenang dan yakin berdepan dengan saat tercabutnya nyawa.

TETAPI sayang semua itu tidak pernah berlaku kepada sesiapa pun. Tiada upaya seseorang itu memberi peringatan kepada dirinya sendiri diwaktu lampau. Hari demi hari dilalui dengan kehidupan nikmat dosa dan leka tanpa sedar makan bertahun lamanya. Baki masa yang tinggal belum tentu dapat mengumpulkan amal yang cukup untuk menimbuskan dosa. Jiwa longlai pasrah tanpa rela diheret ke perkuburan entah apa nasib malang bakal menimpa.

No comments:

Post a Comment