Thursday, November 28, 2019

PEDULI APA DENGAN ORANG LAIN!



Apa ni? Setiap hari kita dipaksa untuk tahu tentang masalah orang ini dan itu. Buka saja handphone keluar pelbagai cerita. Semua nak diluahkan. Hal dalam kain pun nak dikongsikan. Mana yang sengaja cari peluang untuk dapat lebih perhatian. Terdesak melakukan segala macam adegan pelik malah tidak senonoh hanya kerana mahukan lebih banyak follower dan like.

Semua orang mahu mencuba nasib untuk jadi popular. Tak perlu siaran TV malah TV semakin hilang pengaruh ditenggelamkan Handphone. Manusia celik mata saja dah cari handphone. Memanglah handphone tu kecil dan nipis tetapi kesannya amat besar dan telahpun berjaya mengubah dunia. Ketika ini kita melalui suasana yang cukup berbeza berbanding 10 ke 15 tahun yang dulu. Cara kita menguruskan kehidupan pun sudah berubah. Bukan sekadar satu kemudahan, keboleh capaian kita terhadap maklumat dari penyiar amatur dan keupayaan diri kita sendiri untuk menyiarkan segala macam perkara membentuk satu zaman baru yang amat asing dan membingungkan.

Kita mungkin tidak perasan. Tetapi lihatlah kini betapa banyaknya jenis2 pekerjaan semakin luput digantikan dengan jenis pekerjaan yang langsung kita tidak sangka boleh menjana pendapatan. Ramai kini tidak perlukan pejabat dan majikan. Siapa sangka hanya buat siaran main game pun boleh buat duit macam seorang yang bekerja sebagai pengurus bank.

Kita sebenarnya dieksploitasi oleh dunia koperat yang sentiasa pantas mengenalpasti peluang dikala kita sedang asyik melayari perkara yang kita suka lihat setiap hari. Lebih banyak masa kita habiskan dengan handphone maka lebih besarlah nilai platform itu dan kos yang perlu dilaburkan kepada penyiarnya yang berpengaruh.

Penyiar2 ini semakin ligat mencari sumber untuk mendapatkan lebih banyak pengaruh. Mereka mengkaji apa yang kita suka lihat. Hiburan yang kita selalu cari. Kisah yang mudah buat kita terbawa2. Dan boleh juga isu yang buat kita marah dan melenting. Kita dimanipulasi setiap hari untuk mendapatkan perhatian.

Bagi yang sekadar mahu mendapatkan perhatian dan tidak mahu ketinggalan melihat kawan2 lain yang ada ramai kawan. Setiap hari kita berfikir apa yang mahu dipostkan di FB dan IG untuk ramai orang like. Tidak hairanlah ramai yang berhabis duit untuk bercuti keluar negara sekadar mahu bersiaran di FB dan IG. Bila pulang pun masih boleh buat throwback dari ribuan pict yang dah disnap. Bukan itu sahaja.. Yang dah kahwin cukup sepuluh tahun dapat idea pula nak postkan gambar perkahwinan sekali lagi lengkap dengan dandanan mak andam dan sesi photoshoot outdoor. Berapa pula RM habis tu? Nak lagi kuat magnet tarik likers buatlah photoshoot kawin di kuburan. Lagi pelik lagi power. Terbaru budak baru merdeka SPM pakat dengan kawan2 buat video celebrate di tengah2 jalanraya. Mereka ni baru 17 tahun ..generasi ni akan ada lebih banyak idea pelik dalam tempoh 10 tahun lagi dan adik2 mereka akan menyusul dengan modal yang lebih hebat lagi.

Semua ini kita lakukan adalah semata mata untuk mendapatkan perhatian orang lain. SIAPA ITU ORANG LAIN? Tak bolehkah kita buat sesuatu itu hanya untuk kepuasan diri sendiri sahaja. Tak perlu publish dan tak perlu posting. Simpan dalam handphone berkurun. Tak mungkin bukan..

Like dan perhatian amat penting bagi diri kita ketika ini. Cara baru bersosial ini amat pelik tetapi bayangkan orang yang duduk dihujung kampung tidak dikenali sesiapa apakah jenis kehidupan yang mereka lalui. Walaupun anda seorang yang peramah tetapi tidak menjadikan anda seorang yang ramai kawan jika tak suka buat live di FB dan IG.Cara kita bermasyarakat pun kini berubah dan bersosial adalah keperluan asas sebagai seorang manusia. Jadi bagaimana pula cara kita untuk sampai ke syurga kerana kehidupan kita ini sebenarnya adalah sekadar jambatan untuk sampai ke sana? Adakah cara kira dosa dan pahala juga kini berbeza?


No comments:

Post a Comment