Wednesday, January 8, 2020
JANGAN JADIKAN KELUARGA SEBAGAI TEBUSAN
Saya tak faham dengan orang perempuan ni yang penat melahirkan anak2 dari benih suami dimana letakkan kekuatan ikatan amat teguh boleh dengan mudah meleraikan semuanya dengan alasan suami ada isteri lain. Andalah yang pilih untuk menghancurkan keluarga yang anda bina.
Anda jadikan keluarga yang dibina sebagai tebusan kerana marah dengan perbuatan suami kerana berkahwin lain. Suami tu dia nak kawin satu ke dua ke 3 ke tidak bertentangan dengan fitrah pun. Kamu sepatutnya bijak mempertahankan kedudukan kamu sebagai Isteri dan ibu kepada anak2 nya yang lebih dahulu menjadi sebahagian dari kehidupan suami selama ini.
Jangan mengalah hanya kerana suami kawin lain. Jika anda tuntut perpisahan maka anda telah memberi kemenangan mudah kepada Isteri barunya. Bertahanlah dan teruskan laksana tanggungjawab sebagai Isteri. Syurga tetap ada di situ. Jangan buat undang2 sendiri hanya kerana amarah.
Kasih memang perlu dikongsi. satu hari nanti suami itu akan pergi jua. Apa yang perlu direbutkan sangat. Yang penting tanggungjawab. Kalau benar suami mu abaikan tanggungjawab kerana sudah berkahwin lain silakan bertindak. Tetapi bukan hanya kerana amarah tidak rela berkongsi kasih.
Berkahwin tidak ada masalah. Yang masalah ialah yang tamak dan fikir suami untuk diri anda seorang. Banyak2 beristigfar.. Fikirkan anak2.. Jangan cuba salahkan pihak lain jika anda yang pilih untuk menghancurkan.
Cukup2lah penceraian. Jangan sekali2 sebut tentang penceraian. Pilihlah untuk dahulukan anak2 berbanding kehendak diri yang tamakkan perhatian suami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment