Sunday, March 17, 2019

BENCANA PASIR GUDANG SERIUS KE TAK?



Hanya separuh dari masyarakat Pasir Gudang tadi saya lihat tidak mengenakan face mask. Padahal keadaan berbeza di Stadium Pasir Gudang apabila semua mengenakan face mask dan kakitangan frondesk siap dengan baju khas. Sudah pasti mereka sentiasa dalam keadaan bersiapsiaga tahu dan sedar tentang bahaya dan risiko yang mereka hadapi berbanding penduduk pasir gudang sendiri.

TAKUT PANIK

Oleh kerana MB sendiri menyatakan bahawa perkara pertama yang menjadi keutamaan beliau ialah tidak mahu orang ramai panik maka sudah pasti dalam membuat sebaran maklumat terdapat maklumat yang dianggap serius dan berbahaya dielakkan dari terlepas kepada pengetahuan ramai.

Sebagai contoh maklumat bahawa kawasan pencemaran bukan hanya di sungai kim kim, Menteri terpaksa menggunakan media untuk beri amaran kepada pengilang supaya jangan membuat sebarang pembuangan sisa toksid secara panik. Melalui hebahan ini sudah pasti menteri mempunyai maklumat berkenaan penemuan lokasi baru. Sehingga kini tiada hebahan media secara rasmi tentang penemuan sisa kimia berbahaya itu di lokasi baru iaitu Sungai Masai. Mereka hanya diingatkan bahawa keadaan udara di Pasir Gudang belum benar2 selamat.

SOP di pusat rawatan kecemasan pula yang mahu pesakit mandi dan menukar pakaian sebelum masuk ke dalam kawasan rawatan memberi gambaran betapa berbahayanya bahan pencemaran ini hingga jika terdapat bahan tersebut pada pakaian pun boleh mendatangkan mudhorat.

Bencana toksid ini adalah merupakan bencana yang buat pertama kali dihadapi oleh semua pihak. Tidak seperti kejadian jerebu dan banjir sebelum ini, banyak perkara yang masih tidak jelas dan hanya boleh diberikan jawapan setelah melalui kajian teliti. Baik dari pihak petugas mahupun masyarakat masih bingung apa yang perlu dilakukan. Bagi mereka yang mengambil berat dan sedar tentang bahaya bencana pencemaran toksid ini mereka segera mencari jalan meninggalkan kawasan. Ada juga yang tak mahu bertindak apa2 dan menganggap hebahan di mediasosial hanya perbuatan nakal mengganggu ketenteraman ramai.


#PRAYFORPASIRGUDANG

No comments:

Post a Comment