Saturday, March 16, 2019

HOLYWOOD BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEGANASAN DI NEW ZEALAND






Siapa pernah saksikan filem Sicario : Day of the Soldado? Salah satu babak di sebuah pasaraya seperti yang dibincangkan dalam screenshot ini amat menyayat hati.

Setelah 2 pengganas Islam (Bom diletupkan sambil pengganas mengangkat tangan berdoa dengan menyebut nama Allah) berjaya meletupkan diri, rakan mereka yang sepatutnya meletupkan bom yang ke 3 masih teragak2 mengambil sedikit masa dihampiri seorang Ibu bersama anak perempuan yang ketakutan merayu agar mengizinkan mereka keluar dari pasaraya tersebut. Namun pengakhirannya menyentap hati sesiapapun yang menontonnya  meninggalkan rasa geram, benci dan terkilan yang amat walaupun ia sekadar babak dalam sebuah filem.

Terkini bukan sahaja SKMM malah Facebook dan beberapa platform perkongsian media sosial bertindak mengharamkan rakaman pembunuhan beramai2 umat Islam yang sedang menunaikan solat Jumaat (Mendengar Khutbah) oleh pengganas kulit putih di Christchurch, New Zealand.

Alasan mereka ialah rakaman tersebut amat menyinggung dan boleh meninggalkan kesan buruk selain tidak menghormati mereka yang sedang bersedih dengan kehilangan ahli keluarga dalam insiden itu. Namun persoalannya bagaimana pula dengan deretan filem Holywood yang masih menampilkan babak pengganas Islam dijaja ke seluruh dunia hingga memarakkan lagi kebencian seluruh dunia terhadap agama Islam?

Walaupun ia sekadar filem, dengan teknologi canggih pembikinan filem masa kini gambarannya amat realistik hingga kelihatan ia seperti benar2 berlaku.

Saya sebagai peminat filem aksi terutama sekali dari tema ketenteraan atau taktikal yang melibatkan banyak penggunaan senjata api apabila menyaksi video yang diharamkan seluruh dunia itu saya seolah2 tidak dapat membezakan kejadian itu dengan babak dalam filem Holywood.

Jelas pengharaman video ini hanya menggambarkan ketakutan orang kulit putih bukan Islam yang rasa terancam sekiranya kejadian yang amat menyayat hati pembunuhan kejam yang menyasarkan rumah ibadat orang Islam itu bakal memarakkan kebencian kepada mereka.

Oleh itu dimanakah keadilan terhadap orang Islam apabila filem Holywood pula bebas menyebarkan kebencian seluruh dunia terhadap umat Islam dan mungkin juga menghasut keganasan dilakukan terhadap penganut agama itu?




No comments:

Post a Comment