Friday, March 8, 2019

KALAU MELAYU TAK SEDAR LAGI TAK TAHU LAH





"KALAU MELAYU TAK SEDAR LAGI TAK TAHU LAH"

Inilah yang selalu diulang-ulang oleh bapak setiap kali saya menjenguknya. Berbaki 2 bulan sahaja lagi maka cukuplah setahun negara kita buat kali pertamanya sejak merdeka berada dibawah kuasa DAP. DAP yang sekian lama dibiar terus hidup setelah jelas berniat jahat terhadap kedudukan orang Melayu dan tidak langsung menghormati Perlembagaan Negara tentang agama Islam. Padahal Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang dikatakan agen UMNO telah lama diharamkan. Mungkin UMNO tidak fikir DAP mampu mendapatkan cukup sokongan untuk menumbangkan parti itu dan mereka juga percaya akan terus mendapat sokongan orang Melayu yang membentuk kumpulan majoriti pengundi di negara ini.

Namun, zaman sudah berubah. Benih ditabur dahulu kini telah membuahkan hasil. Jika duhulu mereka di bangku sekolah dan universiti, kini anak-anak Melayu yang bangkit dari kemiskinan memegang jawatan penting di dalam organisasi besar. Mereka mungkin tidak pernah merasai kerut dahi ayah dan ibu ketika mencongak belanja yang perlu diketepikan untuk membiayai perjalanan pertama mereka ke universiti. Malah mungkin sudah timbul rasa benci untuk mengenang saat dibesarkan di pondok kecil dan sempit, ke sekolah dengan kasut yang koyak dan berlubang hingga terpaksa diseret. Kehidupan baru mereka dibandar besar ternyata cukup hebat hingga mereka anggap ia sekadar nasib yang hadir secara tiba-tiba.

Saya bersama rakan-rakan lain secara konsisten sejak 10 tahun dahulu telahpun mengingatkan orang Melayu bahawa apa yang mereka nikmati pada hari ini boleh hilang jika UMNO hilang kuasa. Mungkin kini ramai yang sudah hidup senang tetapi perlu ingat masih ramai lagi Melayu lain yang miskin perlu dibantu. Bahkan tiada jaminan anak dan keturunan kita sendiri boleh bernasib baik seperti kita atau mungkin hanya sekadar berebut hasil peninggalan apabila kita meninggal dunia nanti.

10 tahun dahulu kami hanya sekadar membuat simulasi berdasarkan agenda tersurat melalui tindak -tanduk parti DAP dalam banyak isu negara dan menjelmakan keinsafan melalui nasib orang Melayu di Singapura untuk dijadikan sempadan menduga bahaya agenda tersirat. Namun ada Melayu begitu yakin itu semua tidak akan berlaku kerana negara masih mempunyai perlembagaan dan Raja-raja. Ada juga yang menganggap kami hanya berpropaganda untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin ketar lutut takut hilang pangkat dan jawatan.

Kini 10 bulan telah berlalu. Masa untuk bersimulasi telah lama tamat. Hanya memperhatikan apa yang dijangka berlaku..  terjadi satu persatu. Kalau Melayu tidak sedar lagi aku tak tahulah..






No comments:

Post a Comment