Adakah orang Melayu tidak sedar apa yang sedang mereka lakukan ketika ini hanya memenuhi kehendak musuh? Bila ada satu pihak yang beralah pasti pihak yang satu lagi tunjuk ego dan mengaku kuat dan hebat. Begitulah tempat mereka saling bertukar. Yang menjadi mangsa orang Melayu itu sendiri. Negara terus kekal berada ditangan musuh dan sudahpun masuk tahun ke-2. Berbillion aset kebanggaan orang Melayu yang menjadi tempat bergantung harap memenuhi keperluan pendidikan dan kebajikan mereka dilelong kepada pihak asing. Mereka ini tidak mampu berkata apa-apa hanya mampu berharap situasi perit ini akan pulih segera. Tidak dapat ditaksirkan besar manakah kerugian yang harus ditanggung apabila segala perancangan yang sekian lama berjalan tiba-tiba terbantut dan disekat dengan pelbagai alasan. Rayuan mereka pula dibalas dengan cemuhan.
Segolongan lagi kumpulan profesional Melayu yang masih baru nak merasa hidup senang sibuk mencari ruang untuk memajukan diri hanya memandang sepi nasib bangsa mereka yang tidak terbela ini dan tidak pula mampu untuk menghulurkan bantuan menggantikan tempat kosong yang ditinggal kerajaan Melayu yang telah tumbang.
Ya Mahathir pengkhianat, Mahathir itu dan ini. Biarlah dia tanggung segala perbuatan dia. Tetapi ingatlah dia boleh saja terima cemuhan oleh anak cucu hingga kiamat dengan jaminan keturunan beliau sentiasa dijaga seperti Othman Wok tetapi sekirannya beliau menyeru kepada penyatuan maka itu tandanya apa yang beliau lakukan selama ini bukanlah apa yang sebenarnya beliau mahukan.
Bukan lagi rahsia, segala macam malapetaka yang menyelubungi umat Melayu kini pada mulanya hanyalah sekadar api yang amat kecil dan cukup mudah untuk dipadamkan. Tetapi disebabkan tersilap perkiraan dalam membuat sekecil-kecil keputusan kesannya tidak pernah sampai dalam jangkauan. DS Najib tidak sangka boleh sampai sebegini dasyat amarah seorang yang bernama Mahathir. Tidak pernah terlintas seorang negarawan yang sentiasa menjadi penunjuk jalan dan aspirasi bagi anak bangsa ketika mereka leka dan bingung sanggup menggunakan apa saja pengaruh yang ada untuk melepaskan segala kekecewaan.
Dalam masa yang sama Tun Mahathir jua tidak pernah mengjangka DS Najib mampu mencetuskan fenomena dan PAS sedia menerima UMNO untuk berdepan dengan kerajaan pimpinannya. Yang lebih membimbangkan ialah ancaman sebenar yang selalu beliau peringatkan Melayu bakal menjadi kenyataan sekiranya beliau berundur. Disaat ini dalam tekanan dan krisis kepercayaan terhadap janji beliau untuk melepaskan tampuk kuasa sekali sekala beliau menyeru mengharapkan ada yang faham akan risiko besar bakal menimpa umat Melayu jika masih enggan bersatu.
Baik DS Najib dengan tersilap jangkaannya dan Tun Mahathir dengan letusan amarah, mereka masing-masing telah menerima hukumannya. Namun apa yang tidak patut terus dibiarkan menerima kesan ialah MELAYU.
Melayu perlu bergerak tinggalkan dua pemimpin ini bersama masalah dan sengketa mereka. Melayu perlu memikirkan masa depan mereka. Tiada yang perlu ragu tentang semangat kemelayuan kedua-dua tokoh ini tidak kira siapa yang bakal memimpin negara. Singkirkan musuh yang sedang bermaharajalela perlu menjadi keutamaan. Jika kuasa sudah kembali ke tangan ayuh kita hukum mereka pula atas tembelang yang mereka pentaskan selama berkuasa. Bersatulah umat Melayu kembalikan MARUAH mu!
Melayu perlu bergerak tinggalkan dua pemimpin ini bersama masalah dan sengketa mereka. Melayu perlu memikirkan masa depan mereka. Tiada yang perlu ragu tentang semangat kemelayuan kedua-dua tokoh ini tidak kira siapa yang bakal memimpin negara. Singkirkan musuh yang sedang bermaharajalela perlu menjadi keutamaan. Jika kuasa sudah kembali ke tangan ayuh kita hukum mereka pula atas tembelang yang mereka pentaskan selama berkuasa. Bersatulah umat Melayu kembalikan MARUAH mu!
No comments:
Post a Comment